Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Saturday, April 24, 2010

MELARAM JAP..

Salam,

N3 ni berkaitan dengan besday me dua hari lepas, ada yang tanya aku dapat adiah apa???kalau tak cakap di katanya sombong pulak kan.....kalau cakap orang kata nak menunjuk2 pulak kann....pendek kata semuanya tak kena, nak tak nak aku cakaplah jugak, tapi tiada niat apa pun, sekadar untuk kenangan aku jerk kan.....

Adiahnya biasa2 jerk, tiada yang luar biasa semua orang mampu milik, dah rasmi pun arini, hahahahah........mokcik yang gelojoh.

Mula2 tunjuk mukee tuannya dulu bolehhhh.........masa ni nak balik kampung, sambut besday aku kat sana bersama family, aku bawa balik 2 biji kek coklat.





Eh eh..........apa snap gambor kat belakang nih????

Nak tahu tu la dia adiahnya, hi hi.........serba putih lagik tu.


Bertambahlah lagik koleksi henbag aku, yang dulu dulu dulu.........................sapa nak?????angkat kaki, hi hi.......aku lupa dalam kotak mana satu aku letak nih.......

p/s: rugi semalam kak tie takde, kami makan2, borak2, gelak2 semua balik umah mek tau..........

Thursday, April 22, 2010

HAPPY BESDAY TO ME.........

Salam,

HAPPY BESDAY TO ME......HAPPY BESDAY TO ME......

Khas untuk diri aku sendiri, semoga tahun ni aku akan jadi lebih matang, lebih banyak beribadat, lebih bahagia, (selama ni pun bukan tak bahagia) lebih banyak tempahan, chehhh.........semuanya nak lebih2 ya......jangan badan pulak jadi lebih udahhh........terlebih sudahhh.............

Syukran... syukran....syukur kehadrat ilahi di atas limpah kurnianya waktu ini, saat ini dan ketika ini aku masih lagi bernafas di muka bumi ini. Tahun ni bertambah lagi umur aku, kejap jer.......pejam celik pejam celik dah 37 tahun you..........dah tua kerrr??????......hahahahaha............mokcik perasan muda lagik tu.

Malam tadi che abang balik masa tu aku tengah bersilat kat dapur buat kek coklat, yahoooooooooooooooooo...................akulah orang yang paling seronok, bukan ape............nak adiah jer.......jam 12 malam tadi dapat diah dari che abang, tq abang, terharu sungguh!! walau sesibuk mana pun dia selalu ingat besday kami, tak jemu2 kasi adiah, bang...........pemberian mu akan ku kenang sampai bila2 pun.

Daaaaaaaaaaaaaaa...................

Wednesday, April 21, 2010

BILA SUAMI TIADA DI RUMAH

Salam,

Bukan main lagik tajuk diatas tu, jangan syak yang bukan2 pulak yea..................tiada maksud lain sekadar nak berkongsi cerita jer dengan uols semua, ini bukan kisah isteri keluar pintu belakang yer.........sila bersihkan hati korang bila baca tajuk yang tak boleh blah tu, kih kih...........

Ini kisah yang berlaku pada aku minggu ni, banyak cerita dan peristiwa yang aku nak kongsi dengan korang bila che abang out station dan seminggu takde kat rumah. Bagi korang biasalah kan......tapi bagi aku, susahnyaaaa..............ditambahkan lagi dengan semua benda didalam dan diluar rumah nak kita uruskan sendiri, ponat mokcik nyahhh.....................

Pagi2 lagi dah bangun siap bagai antar anak2 kesekolah, berdesup balik rumah masak untuk breakfast dan lunch sekali, lepas makan kemas rumah dan terus menyiapkan tempahan, tengahari antar yang sekolah petang dan tunggu anak2 yang sekolah pagi jam 2,30 baru selesai, balik rumah solat dan lunch lepas tu bereskan apa2 yang patut, jam 6.30 ambik anak sekolah petang, balik dah magrib, jam 8.00 antar anak tuisyen, jam 10.00 ambik, aiihhhhh............poning mokcik, kalau che abang ada kat rumah taklah penat sangat bolehlah bagi2 tugas kan....

Nak dijadikan cerita, mula2 penapis air rosak, maka aku kenalah masak air paip tak bertapis bagi minum kat anak2, nak baiki memang dah sah tak pandai, lepas tu hari kedua sedang syok2 memasak klung klang klung kleng, gas pulak habis itu nasib baik ada spare kalau tak maunya aku panik giler, dahle aku tak biasa kat sini, gas tu dari kl lagi tu........jimat tak aku, hi hi........

Yang berikutnya ini yang paling tragis, hahahahahahh..............................minyak keta aku nak habis, sapa nak tolong aku nih weeiiii..... aku bukannya biasa dengan benda2 macam ni, semuanya che abang yang buat, yang aku tahu bawak jer........minyak mesti selalu kasi penuh ya.........kali ni baru padan dengan mukee aku, pannnggggggggggggggggg............ bagi penampar kat aku sendiri biar mokcik sedar sikit, terlalu manja sangat.

Kali ni aku kena tebalkan mukee pegi jugak isi minyak, hu hu........sampai kat sana terkial-kial, nasib ada pakwe kat sebelah terus mintak tolong dia isi minyak kat aku, muahahahahahhhh....................................masih taknak berdikari lagik tu, apa punya perangai nih.......(bang.... nanti ganti balik yea.....)

Malam tadi pulak tengah siap2 nak beradu, tak pasal2 letrik pulak black out, aduyaaiiiiiiiiiiiii........aku ni jenis penakut skit kalau gelap2 macam ni, anak2 pun menurun sama semua penuh selonggok dalam bilik aku, tapi aku tak panik sebab lilin dan lighter sentiasa ada kat bilik aku nih.

Bangggg.................cepatlah balikkkkkk.....................esok besday aku, ingat nak buat kek coklat tapi............tak larat la weeiiiii..............rasa macam nak demam pulakkk.............

Daaaaaaaaaaaa....................

Monday, April 12, 2010

HADIAH KERRRRR?????..............


Salam,

Sukeeeenyaaaaaa................................aku dah dapat lappy baru, la la la..................adakah ini hadiah besday ku??? aku pun tak pasti.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...................mana mungkin, besday aku lambat lagi, tak aci la kan......ha ha ha..........botak kepala che abang dapat bini macam ni.

Dah che abang kasi, aku ambik ajerlah..........bukan aku yang mintak tau...........che abang yang belikan sebab tak tahan asyik berebut lappy jer.

Sekarang ni aku pun dah jatuh chenta dengan lappy ni tau...................layannnn..................





Daaaaaaaaaaaaaaaaaa...........................

Saturday, April 10, 2010

DUA MINGGU LAGI

Salam,

Dah lama tak update blog ai nih, bukannya apa yang benarnya laptop kesayangan aku dah rosak, nampak gayanya kena beli yang baru, tapiii............ongkosnya bukan korang tak tau kan......laptop satu lagi che abang bawa pi kursus la pulak, tinggallah aku terkulat2 kat rumah ni.

Nak dijadikan cerita rabu aritu tiba2 jer aku sakit, nasib kejap jew kalau lama2 susah pulak dahle che abang takdak kat rumah, hu hu..............sebagai suami yang sayangkan isterinya chehh...bila dapat tahu yang isterinya tak sihat terus terbang balik dari bentong ke kuala terengganu jam tu jugak, ish ish....sape tak sayang bini oiii......lautan api sanggup direnangi tau.....sanggup ker???hi hi hi................


Dah lari tajuk la pulak........yang sebenarnya dua minggu lagi pada 22 april ni aku akan
menyambut besday aku yang ke berapa erkk???????aku pun dah lupa la...........muahahahahhhh......boleh gitu, nak rahsiakan umur la konon........macam la muda sangat kan....................

Tahun ni pun nak sambut macam biasa jerk.........buat ala kadar jew....kek ker.....cupcake ker...........yang penting semua tu aku nak buat sendirik.

Dah malam ni, mata pun dah ngantuk, biasalah laptop curi kan.........faham2 ler yer......

Daaaaaaaaaaaaaa........................

Saturday, April 3, 2010

KASUT SIAPAKAH ITU???

Salam,

Tentu uols dah boleh agakkan kasut siapakah itu, heh heh heh............macam kasut pengantin la pulak................... kasut sape lagi kalau kecik macam saiz budak sekolah tu, dah besar saiz kaki anak daripada maknya, hu hu.........

Tak tau nak pakai bila atau ke majlis apa, rasa2nya pakai masa hari konvokesyen che abang kot......tapi lambat lagi, buat masa ni aku simpan dulu buat pekasam, hi hi.......




Aku sukeee dengan patternnya yang ringkas tu, reganyanya pun murah jew....mampu milik boleh la kan.........

N3 ni nak cepat jugak sebab curi laptop che abang, ha ha ha.......yang sendiri punya rosak la pulak, seksanya......................che abang nak bawa pegi kursus jadi minggu ni tak dapatlah ai nak mengadap, kita jumpa minggu depan ler yea.....

Daaaaaaaaaaaaa..........

Friday, April 2, 2010

KENDURI NAIK RUMAH BARU

Salam,

Semalam terpaksa balik kampung lagi dapat call dari su paksa aku balik jugak sebab dia kenduri naik rumah baru, jadi dengan kelam kabutnya aku tak tau nak kasi apa, dalam dok kalut tu baru teringat yang aku ada terbeli 2 buah tray kayu kat nilai 3 aritu.

So apalagi aku pun memulakan acara bungkus membungkus, buat reben sikit dah pun siap, beginilah rupanya ringkas jer.......





Inilah isi dalamnya, boleh la....kan......... nak cepat ni curi masa jap, arini ada student nak belajar coklat.

Daaaaaaaaaaaaaa.....................

Tuesday, March 30, 2010

PENGANTIN PINK

Salam,

Selamat pengantin baru buat anak saudara aku Faizi yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 14.3.2010 baru2 ini. Semoga Faizi dan Nurul bahagia melayari bahtera dialam rumahtangga ini sampai kehujung nyawa.



Bergambor depan bilik penginapan kami di nenasi malam tu, seksa yang amat, 2 bilik jer yang ada, terpaksalah kaum wanita dengan anak2 tidur dalam satu bilik dan kaum bapa dan anak2 lelaki satu bilik, bayangkan betapa tak selesanya nak tidur dahle terpaksa masing2 berpisah laki malam tu, hi hi hi........................tapi takpe satu malam jew...............seronok jugak sekali sekala tidoq dengan adik beradik ni, susah tau nak berkumpul dan tidur sebantal macam ni bila dah tua2 ni kan, kenangan yang tak dapat dilupakan tau......

Snap jugak gambor semasa tidoq tapi tak diluluskan kerana terlalu seksi meksi, ha ha ha.........satu katil tidur 4 beranak masing2 ibu dengan anak kecik seksa yang amat, sampai aying melalak cakap sempit la mama, Aying panasssss.....................cian Aying, malam tu memang aku tak dapat tidoq sampai kepagi.



Tengah bagi tunjuk ajar pada pengantin dan sedikit petua, kih kih kih...................


Masa ni dah nak balik, masing2 kekenyangan. Jauh perjalanan lagi ni, aku balik terengganu, k tie balik bentong dan yang lain2 balik kelantan.

Daaaaaaaaaaaaa.....................

Thursday, March 25, 2010

BARU ADIL KAN..............

Salam,

Sebenarnya cerita ni dah basi, tapi takpelah.......sajer nak tepek cake stroge yang aku tempah ni, sampai 2 minggu lepas, order 2 biji dapat satu sorang baru adil kan..........................ha ha ha ........macam orang kawin 2 la pulakkk.................

Layannn.................




Cute kan..................harganya pun murah, berbaloi-baloiiiii....................buat simpan kek batu jer....nak simpan kek betul pun boleh jugak, tapi.............sempat ker kek betul nak masuk dalam tu, hi hi.......................

Daaaaaaaaaaaaa.............

Wednesday, March 24, 2010

TEMAN BARU



Salam,

Ha ha ha...........takde benda lain ker nak tunjuk mokcik ni kan, tunjuk sipi2 jer................. jangan terpedaya dengan tajuk yang tak boleh blah di atas tu yea........Inilah dia yang dikatakan teman baru aku tu, jangan korang ingat benda lain pulak.............

Baru 3 minggu jadi milik aku, sukeee...........................sangat2, senyum sampai ke telinga. Taklah susah2 isteri mu ini hari2 dok bawa unser yang besar gedabak tu, muahahahahhh......sekarang ni unser pulak jadi milik che abang dan si kancil yang che abang bawa dulu telah dijual.

Thanks abang, best jugak bawa keta ni memang tak dinafikan lagi, hi hi........................

Daaaaaaaaaaaa........................

Tuesday, March 23, 2010

FIL MENINGGAL

Salam,

Minggu lepas kami bergegas balik kampung setelah mendapat panggilan memberitahu arwah sakit tenat, kebetulan sekolah pun cuti jadi kami pun segera balik kampung, che abang ambik cuti 2 hari dapatlah 4 hari campur jumaat dan sabtu.

Namun kita hanya merancang tapi hanya Allah yang menentukan segalanya, pada pagi sabtu 20 hb mac 2010 arwah FIL menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.15 pagi di hospital kota bharu disamping semua anak2 dan isterinya.

Selama hayatnya kami telah cuba sedaya upaya memenuhi segala permintaannya dan che abang selalu disampingnya membaca ayat2 suci al quran dan kitab yang disukainya kerana arwah adalah seorang guru agama dan juga pengamal perubatan alternatif yang terkenal di sini.

ALFATIHAH BUAT ARWAH semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dari orang2 yang beriman, aminnn...yarabbal aalami.......

Wednesday, March 10, 2010

TUDUNG IDAMAN HATI

Salam,

Amacam, ok takkkk..........sajer nak menggediks dengan tudung baru ni, nak pakai kenduri ahad nanti.

Bodek che abang masuk Ariani, pilih punya pilih rembat 2 helai jer....................nak rembat banyak tak mampu, hi hi...................lain bulan la pulak.........

Layannnn...................................



Aku pilih corak pelangi satu, sebenarnya awning tu warna pink tapi dalam gambar jadi merah la pulak, new design dari Ariani.

Dan warna biru lembut satu, dah lama cari warna ni baru jumpa, sukeeenyaaa......................

Daaaaaaaaaaaa...................

Tuesday, March 9, 2010

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Salam,

Pada sabtu dua minggu lepas aku dan che abang keluar berdating dan ronda2 bandar KB, sambil tu kami dah plan nak pegi lunch kat SYAM RESTORAN di berek 12 ni, kawan2 yang dok KB tentu dah kenal kan.....syam restoran ni memang dah terkenal kat sini dengan masakan ala thai dan chinesenya yang marbeles, cheewah promote lagik tu...................

Tauke syam restoran ni kawan che abang masa kami tinggal kat besut dulu, tapi sampai sekarang masih berhubung, nengoklah sesekali berjumpa borak tak hengat, hi hi........

Layann.................



Yang tengah tu anaknya, muda lagi tapi minat dalam bidang perniagaan ni.

Inilah antara menu2 yang ada di syam restoran di berek 12 ni, banyak menunya yang paling aku sukee butter prawns, sampai sekarang dok ingat2 lagik, meleleh air liuq ni, muahahahah..........macam orang mengidam la pulak.

Layannnn................




Lepas lunch borak2 jap, bergambor lebih kurang dan aku pun minta diri. Masa nak balik baru ingat nak snap gambor, tadi lupa pulak nak snap menu yang aku ngap, chehh.......lapo sangat gamaknya, ha ha ha....................makan tak hengat dunio, bila dah kenyang dan licin baru nak ingat, cisss.............takpelah, kalau korang nak rasa datanglah kesini bila berkunjung ke negeri cik siti wan kembang ni yeaa.....................jangan lupa...............

Daaaaaaaaaaaaaa..........................

Sunday, March 7, 2010

AKHIRNYA JADI MILIKKU

Salam,

Bukan main lagi tajuk tu ya, macam berebut kekasih la pulak,hi hi......... benda ni lah yang aku beli kat KK HOME DECO dinilai 3 aritu, sebenarnya aku ke KL nak merisik sesuatu, biarlah rahsia.............tunggu.....korang akan tahu jugak nanti yeaa...........bak kata pepatah sambil menyelam sambil minum air, selepas selesai menguruskan perkara penting tu, dengan semangatnya aku pun berdesup ke nilai 3, dalam kepala ni dah terbayang macam2, tujuan utama ke KK, apalagi shopping lerr............... heh heh.....

Layan jer.........ada lagi yang aku rembat tapi malas nak snap la pulak, aku tepek jam je yea......sebab dah lama aku dok mengidamkan dia, dulu ternampak kat reflesia mahal bangget, malas nak beli tapi kat KK ni murah skit harganya jadi apalagi rembat jerlah, tertunailah hasrat di hati.


Lepas shopping bagai, terus berdesup kerumah suesafia, jam dah 5 petang tapi sempat lagi curi masa pegi belajar buat fauxcake, cupcake dan slice cake. Jam 7 baru siap tq yea sue......atas layanan mu, kelam kabut skit lepas tu terus ke bangi beli bahan2 coklat pulak untuk customer kat terengganu ni, jam 9 baru selesai. Penat betul aritu tapi takpe asalkan semuanya terlaksana, eh eh......lari tajuk pulak, inilah rupanya cake aku yang tak seberapa tu.

Layannnnn......................


First time buat cake batu ni, ha ha ha......kelakarnya.......

Daaaaaaaaaa..........................

Saturday, March 6, 2010

SEDIKIT PERUBAHAN DISINI

,

Salam,

Dah bersawang blog diari aku ni kan, tak sempat wehhh.......ari2 sibuk dengan tugas seharianku, apalagi kalau bukan dengan coklat homemadeku itew.......hi hi.......

Curi2 masa kejap update blog, rindu kat kawan2 semua, kali ni aku nak kongsi hiasan diruang tamu kediamanku yang tecik comel ni, atas permintaan kawan2ku semua, inilah kediaman aku disini, tak banyak yang berubah cuma sikit ajer perubahannya.

Layan jerk ya.........................






Sedikit himpunan pelitaku yang ciput dan sarung kusyen yang lama jugak, belum sempat buat yang baru, mungkin raya nanti akan aku bikin yang baru plak.

Pssstttt....aritu aku ke KL korang nak tau aku kemana???? ha ha ha..........tungguuuuuuuuuuu....

Daaaaaaaaaaaa......................

Wednesday, February 17, 2010

PANTAI BATU BURUK

Salam,

Cuti aritu sajer jalan2 kat tepi laut, sambil menikmati keindahan pantai batu buruk yang tersohor di kuala terengganu, dah lama aku tak datang sini memang banyak perubahannya. Kali terakhir datang tak silap tahun 1994, lama betul kan...........

Pantai yang indah dan bersih, sampai pun dah petang kejap jer, anak2 tak puas main, kalau ikutkan aku memang tak sukee ke pantai ni, salah satunya kat dalam keta penuh dengan pasir, balik rumah pula kena siram pulak pakaian anak2 sebelum masuk mesin basuh leceh, silap2 kat dalam rumah habis berpasir, sungguh aku tak sukee.

Layan gambarnya,





Makan jagung bakar sambil menikmati angin petang best jugak kan............lepas makan2 aku pun balik, dah mangrib rupanya tak perasan hari dah senja. Seronok jugak la sambil mengimbau kenangan lalu, masa tu datang bawa anak satu, sekarang hambik kau berderet macam keretapi, hi hi.......

Daaaaaaaaaaaaaaaaa........................

Wednesday, February 10, 2010

KELAS CUPCAKE

Salam,

Gambar kenangan semasa kelas cupcake aritu, baru berkesempatan tepek kat sini, sekarang ni tengah bersemangat mempraktikkan diri buat cupcake pulak, insyaallah jika ada masa banyak lagi benda yang aku ingin belajar untuk menambah ilmu didada, mana tau kan esok2 anak nak bertunang ker.... kahwin ker....... boleh buat sendiri kan, chewah.....





Amacam cupcake yang aku buat tu, ok tak??? Ini juga salah satu hobi aku, sukee sangat buat benda yang memerlukan deco2 macam ni, bila dah siap terasa puas sangat tak dapat digambarkan.

Layan gambanya yea.................




Jeles aku dengan ida dari ida bakery, maaf ya ida, sal kagum sangat dengan dengan kebolehan mu dalam bidang masakan ni, pendek kata serba boleh. Sal memang berhasrat nak belajar dengan ida dari dulu lagi tapi tak tau nak carik rumahnya, last2 jumpa yang dekat ambik ajerlah.

Sampai sekarang dah pindah ni pun dok simpan hasrat tu, bila la agaknya boleh jumpa ya ida, sal nak belajar cistart ni, sebab sukee sangat makan sambil buat bisnes kan......

Ok....sampai jumpa lagi.

Daaaaaaaaaaaaa...............................

Tuesday, February 9, 2010

KENANGAN BIRTHDAY AYING DI KL

Salam,

Kenangan di rumah lama birthday Aying 08.1.2010 yang lalu, kira birthday terakhir Aying kat sini lah kan........ aku jemput kawan anak2 dan jiran sebelah menyebelah jer, majlis yang biasa2 saje. Masa tu aku tak sempat nak tepek lantaran sibuk dok kemas barang nak pindah rumah.

Masa ni kat ruang tamu belum kemas lagi, hari terakhirlah kiranya, esoknya aku pun kemaslah barang2 kesayangan ku itu dengan rasa sedih, entah kenapa sayang sangat nak tinggalkan rumah itu, huh huuuuuuu..................

Itu cerita lama aku, sekarang ni kena buka lembaran baru kat sini pulak, sampai sekarang tak habis buka bungkusan lagi, hari minggu asyik sibuk nak balik kampung, katanya dah dekat dengan kampung kan.........perjalanan makan masa 2 jam setengah jer, apalagi gatallah bontot ni, silap2 kalau gaduh pun boleh aku lari balik kampung, kih kih kih.................acah jer..........selisih.

Layan gambor kenangan itew......................








Semoga semua kenangan di rumah lama itu menjadi satu sejarah, aku tepek sikit jer malas la pulak, amacam ok ke ko kek coklat yang aku buat tu??? heh heh......menu diatas aku buat soto jer.......masa tu tengah pening macam2 dok pikir kat dalam kepala aku tu, mujur boleh masak lagi.

Daaaaaaaaaa..............................

Thursday, February 4, 2010

RINDUNYAAAAAAAAA................

Salam,

Yabedabeduuuuu...............hari ni dapat juga aku melepaskan rindu yang telah sekian lama terpendam, chewahh......rindunyaaaa......pada kawan2 semua yang ku cayam, korang tak rindu ker???.....hi hi......ada ker yang rindukan aku ni, takpalah yang penting aku dah kembali berblog setelah sekian lama menyepi dek kerana kesibukkan kemas umah,urus anak2 kesekolah baru dan urus bisnes kat tempat baru, heh heh.......

Untuk pengetahuan semua coustomer2 yang belum tahulah kan.....bahawa sekarang ni de'sal sweet lovely dan de'sal collection koleksi langsir terkini sekarang ni telah berada di kuala terengganu, jadi bagi warga terengganu yang ingin membuat tempahan atau belajar coklat homemade sila sms atau email yang tertera di atas.

Syukurlah semalam baru dapat tenet, lembat betul. Hari ni dah tak menyempat2 nak berkongsi cerita dengan korang semua, almaklumlah kan dah 3 minggu sunyi sepi takde tenet, payah nak berurusan, hati ni takyah ceritalah meroyan dah rasanya.

Aku biasa2 jer kat sini, oklah jugak baru nak menyesuaikan diri di tempat baru la katakan........senang2 aku tepek gambor umah kat sini pulak ye........bila nengok gambor umah lama kat blog ni terasa sayu pulak, hu hu..........................entah kenapa aku sukee sangat dengan umah lama tu.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......................

Thursday, January 14, 2010

DALAM DILEMA

Salam,

Dah lama aku tak update blog ni disebabkan kesibukan yang melanda aku sekarang, hari ni aku curi masa untuk rehat kejap nak umumkan pada kawan2 bahawa aku terpaksa pindah umah lagi, kali ni che abang dapat posting kat terengganu.

Makanya aku akan jadi orang terengganu la pulak, semalam baru balik dari terengganu, 3 hari kat sana cari rumah untuk disewa, tapi tak juga jumpa2. kalau ada pun kecik ataupun rumah kampung yang tak berpagar, aku taknakkkkkk...................rumah banglo atau teres yang selesa sikit memang jarang jumpa, kalau ada pun mahal giler mengalahkan KL la pulak, susah bebenor nak carik umah kat terengganu ni, jarang ada perumahan yang elok dan memuaskan hati.

Kawan2 che abang pun cakap camtu, kadang tu berbulan2 baru dapat rumah. mujurlah mereka disana ambil berat dan sanggup kehulu kehilir carik rumah untuk bosnya ni, tapi masih takde yang sesuai lagi.

Buat masa sekarang ni dah jumpa satu rumah baru siap 3 bilik tapi kecik yang amat, kalau takde rumah lain terpaksalah aku menyewa juga kat situ, barang2 aku ni separuhnya terpaksalah diantar balik kampung, hu hu........ yang membuatkan aku tak sukee rumah tu takde pagar tak selamat rasanya.

Kawan2 ku tolong doakan aku yea....aku serabut dah ni, dengan nak pack barang lagi, selasa minggu depan che abang dah mula keja, ini pun dah cuti seminggu nak uruskan apa2 yang patut. Yang membuatkan aku geram, ada ker patut petang jumaat bagitau posting kat terengganu, isnin dah mula keja, tak ke nanya....kelam kabut dibuatnya.

Nak nangis rasanya, memang dalam hati aku dah nangis tapi aku cuba tabahkan hati ni. Aku dalam dilema sebenarnya ni nak pindah dok rumah tu bertolak minggu depan biar che abang pegi dulu ataupun nak tunggu pindah hujung bulan ni sambil2 cari dulu rumah kot2 ada yang sesuai, aarrrgggggggg...........pening den.

Nak dok kat kampung terus pun kesian pulak dengan che abang kena berulang alik, jauh jugak tu.......aku pasrah ajerlah, sambil2 berdoa agar Allah permudahkan segala kesulitan ini dan dapat tempat tinggal yang sempurna, aminnn....................

Daaaaaaaaaa........................