About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Monday, March 30, 2009

MALU GILER

Petang semalam aku sekeluarga ke besday party anak jiran aku, bukan jauh mana pun kat depan rumah tu jer. dah setahun lebih aku pindah kat sini. inilah kali pertama jiran ku itu menjemput kami. Aku tak kesah apa pun mungkin yang lepas2 dia buat untuk sedara maranya aje, sebab aku pun biasa jugak buat jamuan kecik2 jemput sedara mara je kan....

Apa yang membuatkan aku terdetik nak kongsi cerita ni dengan korang semua kerana ada sesetengah orang kita yang bersikap sombong bodoh tu. Meluat betul aku, adakah patut...masa aku bagi salam dan masuk kedalam rumah jiran aku tu, sedara maranya yang ada kat dalam rumah tu, tengokkkkkk....... aje kat aku, salam aku tak berjawab, mungkin diorang jawab salam aku dalam hati kot.....pelik benor ke aku ni, ahhhh lantak dialah nak jawab ke taknak, peduli apa aku yang penting aku dah bagi salam dan senyuman lagi.

Aku masuk dan duduk kat sebelah makcik, aku tahu makcik tu ibu kepada tuan rumah, dia yang tak kenal aku. Aku senyum dan bersalaman dengan beberapa orang yang ada kat situ. Tapi yang aku herannya kenapalah sesetengah orang kat sini sikapnya lain benor dengan orang kampung aku, apa salahnya kalau jemput masuk dan tanya anak ni sapa, dari mana, umah kat mana, tak salah kan....ni tak, mulut masing2 berat macam ada emas seguni nak bertegur sapa. Aku pun buat bodoh jugalah, muahahahhhhh..... tak lama lepas tu tuan rumah pun keluar, baru lega skit aku. Masa tu che abang aku dok sembang kat luar, aku anak beranak je yang terkial-kial kat dalam rumah tu

Yang buat aku geram sangat ada sorang akak tu, pandang semacam je kat aku. Kenapa, baju aku lawa ker?????atau aku yang lawa kih kih kih...dengkilah tu, aku nampak dia berbisik dengan akak sebelahnya dan tunjuk2 pada aku. Ciiissssssssss....kalau ya pun tak kenal, tak boleh ke ...nak bertegur sapa, apa salahnya kan....

Aku ni bukan jenis orang sombong, bibir aku ni selalu aje mengukir senyuman, cheewah.... Bila berada dalam keadaan macam ni angin malu aku pun tak semena-mena datang, lepas makan2 skit, aku pun mintak diri dengan tuan rumah, apa lagi ...aku belah ajelah. Eeeeee panaslah kat rumah tu....

Friday, March 27, 2009

KALAU HATI DAH TERPIKAT

Aku tak tahu nak hupdate apa sebenarnya ni, kepala dok serabut nak pikir macam2, fesyen bajulah, patern langsirlah, nak siapkan baju pelanggan lagi, anak2, kemas rumah, sidai kain, masak aku malas nak cerita dah, sebab benda tu memang wajib kan.... Last sekali aku dok depan laktop ni lagi baik dapat juga hilangkan kepenatan aku ni...disamping melepaskan rindu pada korang semua.

Lawa tak kain langsir yang kat bawah tu.....sebenarnya itulah kain langsir untuk rumah aku yang kat kampung, Lama dah aku dok rancang nak tukar, tapi tak terbeli jugak, asyik dok jahit yang orang punya aje, yang tukang jahit punya bertangguh-tangguh. Tak boleh jadik ni....bila dah jumpa yang berkenan dihati tu, terus aku cekup ajelah......Bang duit bang....hai botaklah kepala che abang aku ni, dapat bini tak reti nak jimat. dah jimatlah ni, cuma beli yang nak ajer...yang taknak mana aku beli, alasannnnnn nak melepaskan diri.

Ini baru kain tak jadik langsir lagi....bila dah jadik, siap semuanya aku hupdate lagi ya.....patern??? haaa....mana boleh bagitahu lagi ,saborlah....sabor. Korang lihatlah nanti ya....




Inilah rumah aku kat kampung tu, kesiaaaann ya...kesepian kat sana, tuannya asyik pindah randah, sekejap kat sini,sekejap kat sinun. Bila nak dok umah sendiri tak taulah, pencen koottt....
bila balik masa cuti sekolah je dapat dok lama skit, paling lama pun seminggu ajer....dikira lama lah tu....kan.



Aku buat langsir untuk satu ruang tamu dulu, ruang ke-2 tu...nanti2lah, yang ni pun jalan dah senget dah ni, tingkap punyalah banyak abis 43 meter untuk satu ruang, ish ish.... tu la dulu menggatal nak tingkap ala inggeris konon...sekarang sapa susah??? sendiri kena tanggung le....dah le ruang banyak, bilik pun banyak, mau pengsan aku kalau sekali sekala balik kemas umah ni.

Sunday, March 22, 2009

ANAK SOLEH

Salam semua, tentu uols seronokkan melihat perkembangan anak2 kita macam ni, inilah Aying kalau kat rumah, tengok abang dan kakak mengaji , dia pun sibuk cari quran nak mengaji. Umur baru nak masuk 2 tahun 2 bulan tapi dia boleh ikut dengan baik setiap ayat yang di ajar, Syukurlah , semoga Aying dapat membaca al quran seawal usia yang boleh, amin.....


Bukan mengaji saja, menyanyi pun boleh...semua lagu dia boleh ikut, bercakap mengalahkan mak nenek, siap mengarahkan orang lagi, dia tak pelat cuma satu perkataan je dia tak boleh sebut dengan baik seperti "tengok" dia sebut" tenot" kelakor betul Aying ni.



Hari tu dia mengamuk nak ikut kakak ke sekolah, aku biarkan aje nak tengok apa yang dia buat,
dia berlari masuk kebilik dan mengambil bag sekolahnya, sebenarnya bag tu bag lama abangnya, lepas tu dia terus keluar, siap nak salam dan cium pipi aku lagi, nak pegi sekolah kata kan.....nak tergelak aku masa tu. Dia selamba je keluar dan memakai selipar abang eam, tak hirau pun aku kat belakangnya masa tu.


posing dengan bag beratnya



bersedia ke sekolah

Bila bas kakak datang, dia pun sibuk nak ikut naik sekali, haii.......masa ni lah aku tak tahan dengan kerenahnya, mati akal aku. siap melalak terguling2 kat atas simen tu. tapi dia menangis kejap je....lepas tu ok lah. aku seronok melihat perkembangannya, dah pandai bercakap menggunakan ayat yang betul, jadi tak mustahil kalau dia dah boleh ikut baca quran. Anakku, semoga menjadi anak yang soleh nanti, insyaallah....

Thursday, March 19, 2009

MASALAH RUMAHTANGGA


Salam semua, harap uols bahagia selalu disamping keluarga tersayang,hari ni aku nak cerita skit masalah2 rumahtangga yang sering berlaku di sekeliling kita. aku ringkaskan aje ceritanya ya, ini bukan kisah rumahtangga aku lah.......aku ok saja loving2 sokmo.

Ceritanya lebih kurang camni, ada seorang kawan aku ima (bukan nama sebenar) dia selalu meluahkan perasaannya pada aku tentang masalah dia, kalau sms berjela di tulisnya sampai aku pun dah buntu tak tahu dah nak nasihat macammana, tapi masih camtu juga.

Ima ada masalah dengan suami, katanya suami dia tak seperti suami orang lain, tak romantik, tak pernah bawa dia dan anak2 melancong, kalau diajak pun taknak pegi, tak pernah keluar makan bersama ,asyik dengan keja, keluar pagi balik malam, bla bla bla...dia dengan anak2 macam tunggul kat rumah, itulah antara luahannya. sampai ada keinginan nak lari dari rumah tinggalkan suami dan anak2, aku rasa ....sebagai kawan kena buat sesuatu sebelum terjadi perkara yang tak diingini, tapi....aku tak tahu macammana lagi harus aku nasihat orang macam dia ni, diharap sape2 ada pendapat atau idea tolong kongsi dengan aku ya.

Aku rasa masalah tu biasa je....memandangkan suaminya seorang pekerja kampung, pelajaran tak tinggi, kalau tak keja tak ada sumber pendapatan. Sebenarnya dalam hal ni, aku rasa si isteri yang mempunyai masalah, dia tak puas hati dapat laki yang serba sederhana , tak dapat memenuhi kemahuannya yang tak reti bersyukur.

Sebelum kawin dulu dia pernah bekerja kat KL dan ada pendapatan sendiri,suka shopping, jenjalan. Aku tak nafi yang aku pun suka shopping, tapi kenalah ukur baju di badan sendiri kan.... lepas kawin terus berhenti kerja, menjadi surirumah sepenuh masa, mungkin sebab itulah dia tension dengan keadaan sekarang.

Bagi akulah kalau berada ditempatnya, aku redha dengan ketentuan Ilahi, bersyukur dengan apa yang ada, mendapat suami walaupun miskin tapi bukan jenis kaki perempuan ataupun berjudi dan tak berfoya-foya. sebenarnya banyak lagi, aku malassss nak tulis panjang sangat uols juga malas nak baca kan.....

Kalau terjadi pada uols, apa yang harus dilakukan dalam menghadapi situasi seperti ni. Daaaa....

Monday, March 16, 2009

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Ahad ari tu aku rasa tension sangat, dah le cermin meja kopi aku kebabommmmm dek kena mastul, anak aku yang tua punya keje yang kecik ok plak. Haa...aku malas nak cerita masa tu...bla bla blaaa, uols faham2 sendiriklah ya! kan kita semua ada anak, yang bezanya kecik dengan besar aje....

benda dah terjadik nak buat camnokan, redha ajelah, tapi berat hati gak nak redha ni. Tak apalah aku carik kedai cermin, tempah sebijik yang macam tu abis cerita, buruk perangai aku ni tau....

Petang aku buat muka 10 sen ajak en.lokman pegi Alamanda, kononnya anak dara aku nak beli pin rambut aje mengades tul punya orang, nak pin rambut anak pun beli kat Alamanda. Sebenarnya aku nak ronda2 cuci mata aje....

Aku ni kalau ari minggu tak jalan2 tak sonang duduk, dah jenis macam tu, nak buet camno kannn.....sesampainya kat sana fuyoooo.....sale 50% untuk handbag bonia, kasut, pakaian lelaki banyak lagilah, aku jeling2 aje.

Sambil aku jalan2 tu, nampak plak Habib buat sale white gold, aku apalagi tumpang sekaki la....tumpang tengok jer....en .Lokman jeling2 kat aku, nasib baik aku taknak....aku tunggu birthday dan hari ulangtahun perkahwinan aje kalau nak benda ni. comfirm dapat....

Dah ponat kaki berjalan tu, tetiba terasa lapar lak, aku pun terus masuk ajelah......makan sepuas-puasnya, yang 2 potong kat bawah tu aku punya tau.....jangan ada yang terliur plak.nyam nyam..









Inilah kami anak beranak, kalau makan tempat macam ni 2 keping tu mesti abis. Tapi kalau tak abis ko anak bini, nak abis ko sape plakkan..... lepas makan terus balik, magrib sampai kat rumah. Lepaslah aku malam tu, takyah susah2 masak. sukeeeeeee....

Sunday, March 15, 2009

BUAT TATAPAN KAK REMI DAN SU

Gambar langsir ni saja aku upload kat sini, supaya tuan punya langsir dapat melihat patern yang dah siap ni, sebenarnya tuannya suruh aku yang belikan kain ni, dia cakap nak match dengan badan langsirnya yang berwarna keemasan, susah nak cari beb......jadi pilih punya pilih, aku bincang dengan kak tie, sebab tuan punya langsir ni kawan sekolahnya tau, aku pun belum mengenalinya lagi. Dengan kata sepakat corak nilah yang paling sesuai, jadi ambik ajelah......

kak remi, ini dia hasilnya taraaaaaaaaaaaaaaaa.....



Haa......yang kat bawah ni kain lebih je, jadi...... daripada simpan lebih baik di buat satu lagi kepala langsir, sikit.... aje lagi tak cukup kainnya, tengok ribennya tu terpaksa di buat dengan kain berbunga plak yang sepasang kat tengah tu....tapi kalau aku tak bagitahu mungkin orang tak perasan kot, di ingat fesyen ke kannn....

kat bawah tu kalau letak manik lagi menyerlahkan....nampak kosong je.
tengoklah .......



Satu lagi ni langsir pintu bilik rumah akulah....adik aku kat kelate nak tengok , dia nak buat kat rumah barunya nanti, aku buat dengan kain lebih aje tu....

ok, setakat ni je lah, di harap kak remi puas hati yaaa....aku ngantuk dah ni, aku tidoq dulu ya.

Saturday, March 14, 2009

HUTANG TAG DARI CINTA ABADI

Salam, hai.....selagi tak bayar hutang ni, tak senang duduk dibuatnya, maka terpaksalah aku tunaikan permintaan adik yazeema ku ini. di harap sapa2 yang kena tag macam aku ni, siapkan cepat ya......ok aku mulakan , serius ni.....

1. Do u think u're hot

Memang la hot, tapi bukan hot tu la...hot sebab panas, kat rumah takde aircond.

2.Upload ur fav pic






3. Why do u like that pic ?

Sukeeeelah sebab makan orang yang tolong suapkan. (jangan jeles).

4. When was the last time u ate pizza ?


Bulan lepas kot......tiap bulan aku makan benda ni, bulan ni idak lagi.

5. The last song u listen to

Hanya kau yang mampu, nyanyian Aizat AF, tangkap jiwang habis....syiok dengar.

6. What r u doing right now beside this ?

Aku banyak keje laaa....menjahit, mengemas , memasak, buat keje2 kat rumah nilah, kannn surirumah.

7. What name u prefer beside yours ?

En. Lokman dan anak2 aku le.....

8. People to tag :

1. Amirul amrie
2. Amelia aireen
3. Aifa amirah
4. Aidil afizudin
5. Amirun afham
6. Amrin adiputra


9. who is no 1?

Anak sulung aku laa......keh keh

10. no.3 is having relationship with ..

Takdelah,masih belajar lagi......baru darjah 5 hi hi...

11. say something bout no 5

Hai.....yang ni perangai pelik skit, kalau jumpa serangga tak sempat mengucaplah jawabnya.

12. how about no 4

Haa...... yang ni sebiji macam perangai aku, dari kecik pandai berdikari, bijak mengatur masa, tak payah diarah, tak makan selagi kerja2 dia belum siap, hebatkan.....terperasaan la plak.

13. and no.2


Anak dara akulah dah tingkatan 1 pun, aku rasa baru ......jer aku sekolah menengah,cepatnya masa berlalu.....dah tua rupanya, mana ada...... umur aje yang tua, tuan muda lagi..kan... kan......(tak sedar diri tul orang ni kan).

Ah!!!!! lega......dah siap pun tag aku ni, ada sape2 yang nak tag lagi tak.......lariiiiikk.....

Thursday, March 12, 2009

EMMMM....NYAM..NYAM.

Malam tadi aku dengan en.lokman pi ronda2 kat pasar malam, saja je nak carik benda makan ckit. nampak satay, haa... aku tunjuk satay, tak dapat satay kajang yang pasor malam pun jadilah,janji sodap.

Badan ni tak berapa nak ok lagi, batuk pun makin melarat plak sakit dada aku ni. sambil jalan2 tu terpandang benda ni la plak, aku tunjuk lagi, En. lokman beli aje apa yang aku tunjuk, agaknya kalau aku tunjuk kapal terbang pun dia beli ni, eeeee seronoknya....sapa tak sayang bini oiiii. eh eh melarat plak dah, nak tahu apa bendanya tu.. tu...kat bawah tu ha. Jangan ada yang meleleh sudah.....



Buah mangga ni kalau kat kelate murah aje, beli kat sini ada mahal skit, tapi nak makan punya hal tak kesahlah...nak tunggu balik kampung, huh..... entah bila, kempunanlah den. si aying ni pun suka.......siap tunjuk best lagi. eeeee anak sapalah tu...comotnya.......


Bestnya.......

Sebenornya aku banyak keje ni, langsir customer belum siap lagi.....tolonggg....dapat buat kejap2 je, badan tak larat lagi ni. saja.... nak release tension, lagi pun rindu plak pada uols . Daaaa....

Monday, March 9, 2009

AKU SEDIH DAN RINDU

Entah kenapa aku merasa sedih plak ari ni,sedih kerana tak dapat balik kampung agaknya tiba2 aje aku rindukan ayah , mak dan adik beradik aku kat kampung. Sebenarnya aku plan nak balik kampung semalam, oleh kerana anak dan suami masing2 ada urusan yg tak dapat di elakkan maka terpaksalah aku melupakan niat itu, sedih amat ni hu hu huuuuu....

selama 16 tahun berkahwin aku mesti balik kampung sebulan sekali, paling lama pun 2 bulan sekali. Kalau bab balik kampung, akulah orang yg paling gembira sekali, seminggu dengan tarikh nak balik , aku dah bersiap2 packing kain baju anak2 almaklumlah anak ramai.... cuti seminggu rasa macam sehari bagi aku, tak puas rasanya bersembang atas beranda dengan sepupu, sedara- mara kat kampung, alangkah seronoknya....

Aku rindukan mak ayah aku, apatah lagi sekarang mak tak boleh melakukan tugas nya seperti dulu, mak tak mampu menguruskan dirinya apa lagi memasak dan melakukan kerja rumah, disebabkan strok yg di alaminya 10 bulan yg lalu. Bila terkenangkan mak dan ayah, hati aku menangis, air mata terus keluar walaupun aku tahan. Tapi aku bersyukur kerana mereka masih ada lagi....sempatlah kiranya aku membantu selagi ada hayat mereka. Paling aku tak tahan mak menangis masa aku bersalam dan cium pipinya sewaktu nak pulang ke KL sebulan yg lalu.

Aku rindukan gurau senda kakak2 aku, bila berkumpul riuh- rendah rumah mak aku di buatnya, aku rindukan waktu itu...uwaaaaaaaaa.
Bilakah aku akan dapat balik kampung tak tahulah, yang aku tahu cuti sekolah ni pun belum tentu dapat balik, anak2 cuti tapi babanya plak tak cuti student katakan, Sibuk memanjang.

Hari ni aku rasa macam tak sihat aje, kepala pusing, di dada terasa nyilu semacam , sakit tekak mungkin sebab cuaca agaknya . Untuk uols semua aku ucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut maulidur rasul.

Wednesday, March 4, 2009

SEPETANG DI THE MINES

Petang semalam , aku dah janji dengan en.Lokman nak pegi the mines, konong2nya nak beli handset satu lagi untuk bisnes lah kan, nak carik yang murah2 aje rege dalam 3oo ke bawah gitu, buat apa yang mahal2 hanya untuk panggilan customer aje dan boleh juga buat mainan anak2 aku nih.

Masa nak pegi bukan main happyyyy

Selalunya handset akulah yang jadi mangsa diorang, eeeeeee tak sanggup aku, Aying pun bukan main lagi kalau dapat benda alah ni, dah pandai snap gambar segala, siap buat panggilan lagi. ari tu ada ke patut dia call aboh kat kg siap cakap2 dan gelak2 lagi, lama jugalah,ada dalam 15 mnt gitu. Ish..ish..ishhh abih kredit aku.

Ni dia.....gambar yang Aying snap, yang lain banyak sangat aku dah delete.

Mata
Hidung
Lubang hidung

Aku nak yang ada kamera tapi murah, ade ke......nasib baik ada, sony ericsson k22oi rege 37o dia kata... aku tawar ckit dapatlah 3oo, beli bateri handset aku yg kong 80 inggit, kedekut betul salesman yang sekoq ni.

Ni.... diaaaaaa..rupanya


Haa......ni yg aku nak cerita sebenarnya aku sakit hati sangat2 ari tu, rasa nak sepak2, pijak2, lanyak2 salesman ni, apa taknya ari tu jugalah sedang aku asyik berlenggang2 tiba-tiba aku terpandang satu kedai handset ni, sebiji macam yg aku beli tulah regenya promotion hanya 175 aje, tak ke sakit hati aku nih eeeeee ...... geraaaaaaaaamm......

Kalaulah aku tak cepat beli tadi, berapa banyak baki duit aku ya, uols kiralah , aku tengah marah ni huih!!!! rasa nak terajang aje. kalau tak tahu takpe plakkan..tapi nak buat camno kita dah beli kan....sabo ajelah.....nak shopping benda lain pun takde mood dah, pegi makan KFC kejap lepas tu balik dengan hati yang panaaaaaas. En.lokman gelak melihat gelagat aku yang frust, ari tu sampai ke rumah aku membebel sebab tak puas hati.

Tuesday, March 3, 2009

SATU HARI DUA ACARA....

Pagi Ahad lalu aku ada buat jamuan makan2 ckit sambut hari lahir Aifa ke-11 pada 28 Feb lalu. Ala kadar saja sebab aku banyak keje nak disiapkan nih..Langsir..kain baju bertimbun nak disiapkan. Dah terbelit tangan aku ini..

Posing sebelum makan..

Hari tu hampeh...orang yang ditunggu2 tak dapat datang plak..Ishh..Ishhh...Ishh ponat aku masak soto, alih2 orang lain yang dapat merasa keenakan soto aku nih..Ini aje gambar yang sempat anak aku snap...lepas tu bateri kong...Kebetulan bateri kamera digital pun lupa nak dicas. Handy cam ntah dok berabuk kat mana..Tak sempat nak uruskan benda2 tu.


Selamat Pengantin Baru..


Acara rutin kaum ibu.....mendokong anak

Lepas zohor, aku sekeluarga pegi makan kenduri plak..kawin sedara En. Lokman di Semenyih. Rombongan kami sebelah pengantin lelaki. Ramai yang datang..adik-beradik, sepupu, sedara mara. Sonok gak, walaupun ari tu hujan renyai2. Lepas makan kami dipelawa kawan sekampung En Lokman ke rumahnya di Cheras, untuk tidak menghampakan, aku singgahlah kejap. pulang ke rumah jam 6.30 petang. Aku ingat dapatlah rehat, rupanya fuuuuh!!!!..penuh meja saki-baki yang aku tinggalkan begitu aje tadi kerana nak cepat. Agaknya kalau pencuri masuk masa tu, kenyanglah perutnya. Letih betul ari tu, lepas kemas semuanya aku terus ting tong....zzzzzzzzz..