Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Tuesday, April 27, 2010

CUTENYAAAAA........................

Salam,

Dirembat dari butik Avon dengan pembelian rm 20 keatas boleh dapat beg ni dengan harga rm 19.90. Aku terpikat dengan warna dan patternnya yang fink2 gitu, lembut jer kan....murah jew....sape nak sila ke butik Avon, cepatttt...............sebelum kehabisan stok.

Aku nak letak barang2 make-up jew...............yang macam2 tuh, boleh letak serbaneka kat dalam tu, segala mak nenek boleh masuk, pendek kata semua ada kat dalam tu, kalau anak ker...... che abang ker......mintak apa2 aku seluk jer terus kasik, hahahahahahahah...................

Layan gambornya..........................




Santekk kann.................eh eh......sama la pulak dengan comforter aku tu, hi hi.................mokcik pinky betoi laa...............dah tua2 pun minat pink, adooooiiiiiiilaaaaaa.......................mengalahkan anak2 pulak.

Daaaaaaaaaaaaaaa................

Saturday, April 24, 2010

MELARAM JAP..

Salam,

N3 ni berkaitan dengan besday me dua hari lepas, ada yang tanya aku dapat adiah apa???kalau tak cakap di katanya sombong pulak kan.....kalau cakap orang kata nak menunjuk2 pulak kann....pendek kata semuanya tak kena, nak tak nak aku cakaplah jugak, tapi tiada niat apa pun, sekadar untuk kenangan aku jerk kan.....

Adiahnya biasa2 jerk, tiada yang luar biasa semua orang mampu milik, dah rasmi pun arini, hahahahah........mokcik yang gelojoh.

Mula2 tunjuk mukee tuannya dulu bolehhhh.........masa ni nak balik kampung, sambut besday aku kat sana bersama family, aku bawa balik 2 biji kek coklat.





Eh eh..........apa snap gambor kat belakang nih????

Nak tahu tu la dia adiahnya, hi hi.........serba putih lagik tu.


Bertambahlah lagik koleksi henbag aku, yang dulu dulu dulu.........................sapa nak?????angkat kaki, hi hi.......aku lupa dalam kotak mana satu aku letak nih.......

p/s: rugi semalam kak tie takde, kami makan2, borak2, gelak2 semua balik umah mek tau..........

Thursday, April 22, 2010

HAPPY BESDAY TO ME.........

Salam,

HAPPY BESDAY TO ME......HAPPY BESDAY TO ME......

Khas untuk diri aku sendiri, semoga tahun ni aku akan jadi lebih matang, lebih banyak beribadat, lebih bahagia, (selama ni pun bukan tak bahagia) lebih banyak tempahan, chehhh.........semuanya nak lebih2 ya......jangan badan pulak jadi lebih udahhh........terlebih sudahhh.............

Syukran... syukran....syukur kehadrat ilahi di atas limpah kurnianya waktu ini, saat ini dan ketika ini aku masih lagi bernafas di muka bumi ini. Tahun ni bertambah lagi umur aku, kejap jer.......pejam celik pejam celik dah 37 tahun you..........dah tua kerrr??????......hahahahaha............mokcik perasan muda lagik tu.

Malam tadi che abang balik masa tu aku tengah bersilat kat dapur buat kek coklat, yahoooooooooooooooooo...................akulah orang yang paling seronok, bukan ape............nak adiah jer.......jam 12 malam tadi dapat diah dari che abang, tq abang, terharu sungguh!! walau sesibuk mana pun dia selalu ingat besday kami, tak jemu2 kasi adiah, bang...........pemberian mu akan ku kenang sampai bila2 pun.

Daaaaaaaaaaaaaaa...................

Wednesday, April 21, 2010

BILA SUAMI TIADA DI RUMAH

Salam,

Bukan main lagik tajuk diatas tu, jangan syak yang bukan2 pulak yea..................tiada maksud lain sekadar nak berkongsi cerita jer dengan uols semua, ini bukan kisah isteri keluar pintu belakang yer.........sila bersihkan hati korang bila baca tajuk yang tak boleh blah tu, kih kih...........

Ini kisah yang berlaku pada aku minggu ni, banyak cerita dan peristiwa yang aku nak kongsi dengan korang bila che abang out station dan seminggu takde kat rumah. Bagi korang biasalah kan......tapi bagi aku, susahnyaaaa..............ditambahkan lagi dengan semua benda didalam dan diluar rumah nak kita uruskan sendiri, ponat mokcik nyahhh.....................

Pagi2 lagi dah bangun siap bagai antar anak2 kesekolah, berdesup balik rumah masak untuk breakfast dan lunch sekali, lepas makan kemas rumah dan terus menyiapkan tempahan, tengahari antar yang sekolah petang dan tunggu anak2 yang sekolah pagi jam 2,30 baru selesai, balik rumah solat dan lunch lepas tu bereskan apa2 yang patut, jam 6.30 ambik anak sekolah petang, balik dah magrib, jam 8.00 antar anak tuisyen, jam 10.00 ambik, aiihhhhh............poning mokcik, kalau che abang ada kat rumah taklah penat sangat bolehlah bagi2 tugas kan....

Nak dijadikan cerita, mula2 penapis air rosak, maka aku kenalah masak air paip tak bertapis bagi minum kat anak2, nak baiki memang dah sah tak pandai, lepas tu hari kedua sedang syok2 memasak klung klang klung kleng, gas pulak habis itu nasib baik ada spare kalau tak maunya aku panik giler, dahle aku tak biasa kat sini, gas tu dari kl lagi tu........jimat tak aku, hi hi........

Yang berikutnya ini yang paling tragis, hahahahahahh..............................minyak keta aku nak habis, sapa nak tolong aku nih weeiiii..... aku bukannya biasa dengan benda2 macam ni, semuanya che abang yang buat, yang aku tahu bawak jer........minyak mesti selalu kasi penuh ya.........kali ni baru padan dengan mukee aku, pannnggggggggggggggggg............ bagi penampar kat aku sendiri biar mokcik sedar sikit, terlalu manja sangat.

Kali ni aku kena tebalkan mukee pegi jugak isi minyak, hu hu........sampai kat sana terkial-kial, nasib ada pakwe kat sebelah terus mintak tolong dia isi minyak kat aku, muahahahahahhhh....................................masih taknak berdikari lagik tu, apa punya perangai nih.......(bang.... nanti ganti balik yea.....)

Malam tadi pulak tengah siap2 nak beradu, tak pasal2 letrik pulak black out, aduyaaiiiiiiiiiiiii........aku ni jenis penakut skit kalau gelap2 macam ni, anak2 pun menurun sama semua penuh selonggok dalam bilik aku, tapi aku tak panik sebab lilin dan lighter sentiasa ada kat bilik aku nih.

Bangggg.................cepatlah balikkkkkk.....................esok besday aku, ingat nak buat kek coklat tapi............tak larat la weeiiiii..............rasa macam nak demam pulakkk.............

Daaaaaaaaaaaa....................

Monday, April 12, 2010

HADIAH KERRRRR?????..............


Salam,

Sukeeeenyaaaaaa................................aku dah dapat lappy baru, la la la..................adakah ini hadiah besday ku??? aku pun tak pasti.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...................mana mungkin, besday aku lambat lagi, tak aci la kan......ha ha ha..........botak kepala che abang dapat bini macam ni.

Dah che abang kasi, aku ambik ajerlah..........bukan aku yang mintak tau...........che abang yang belikan sebab tak tahan asyik berebut lappy jer.

Sekarang ni aku pun dah jatuh chenta dengan lappy ni tau...................layannnn..................





Daaaaaaaaaaaaaaaaaa...........................

Saturday, April 10, 2010

DUA MINGGU LAGI

Salam,

Dah lama tak update blog ai nih, bukannya apa yang benarnya laptop kesayangan aku dah rosak, nampak gayanya kena beli yang baru, tapiii............ongkosnya bukan korang tak tau kan......laptop satu lagi che abang bawa pi kursus la pulak, tinggallah aku terkulat2 kat rumah ni.

Nak dijadikan cerita rabu aritu tiba2 jer aku sakit, nasib kejap jew kalau lama2 susah pulak dahle che abang takdak kat rumah, hu hu..............sebagai suami yang sayangkan isterinya chehh...bila dapat tahu yang isterinya tak sihat terus terbang balik dari bentong ke kuala terengganu jam tu jugak, ish ish....sape tak sayang bini oiii......lautan api sanggup direnangi tau.....sanggup ker???hi hi hi................


Dah lari tajuk la pulak........yang sebenarnya dua minggu lagi pada 22 april ni aku akan
menyambut besday aku yang ke berapa erkk???????aku pun dah lupa la...........muahahahahhhh......boleh gitu, nak rahsiakan umur la konon........macam la muda sangat kan....................

Tahun ni pun nak sambut macam biasa jerk.........buat ala kadar jew....kek ker.....cupcake ker...........yang penting semua tu aku nak buat sendirik.

Dah malam ni, mata pun dah ngantuk, biasalah laptop curi kan.........faham2 ler yer......

Daaaaaaaaaaaaaa........................

Saturday, April 3, 2010

KASUT SIAPAKAH ITU???

Salam,

Tentu uols dah boleh agakkan kasut siapakah itu, heh heh heh............macam kasut pengantin la pulak................... kasut sape lagi kalau kecik macam saiz budak sekolah tu, dah besar saiz kaki anak daripada maknya, hu hu.........

Tak tau nak pakai bila atau ke majlis apa, rasa2nya pakai masa hari konvokesyen che abang kot......tapi lambat lagi, buat masa ni aku simpan dulu buat pekasam, hi hi.......




Aku sukeee dengan patternnya yang ringkas tu, reganyanya pun murah jew....mampu milik boleh la kan.........

N3 ni nak cepat jugak sebab curi laptop che abang, ha ha ha.......yang sendiri punya rosak la pulak, seksanya......................che abang nak bawa pegi kursus jadi minggu ni tak dapatlah ai nak mengadap, kita jumpa minggu depan ler yea.....

Daaaaaaaaaaaaa..........

Friday, April 2, 2010

KENDURI NAIK RUMAH BARU

Salam,

Semalam terpaksa balik kampung lagi dapat call dari su paksa aku balik jugak sebab dia kenduri naik rumah baru, jadi dengan kelam kabutnya aku tak tau nak kasi apa, dalam dok kalut tu baru teringat yang aku ada terbeli 2 buah tray kayu kat nilai 3 aritu.

So apalagi aku pun memulakan acara bungkus membungkus, buat reben sikit dah pun siap, beginilah rupanya ringkas jer.......





Inilah isi dalamnya, boleh la....kan......... nak cepat ni curi masa jap, arini ada student nak belajar coklat.

Daaaaaaaaaaaaaa.....................