About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Tuesday, May 25, 2010

ANAK MAMA

Salam,

Lama dah tak update blog ni, tapi sempat gak curi2 masa jalan blog kawan2 jap. Sekarang tengah sibuk mempromosikan coklat untuk hantaran kahwin, bertunang dan yang sewaktu dengannya lah.

Tiada apa yang nak di update kat sini, sekadar nak melepaskan rindu pada kengkawan semua jer....layan gambar mokcik dengan anak bongsu sorang yang manja ni, petah bercakap dan yang paling aku gembira sekarang ni Aying dah mula suka makan, tak kesahlah biar badannya naik sikit, cian aku nengok badannya sebelum ni, kurus kering jer.....




Tapiiii.................sekarang ni keje dia nak makan jer, bangun jam 3 atau 4 pagi pun boleh mintak roti bakar, hahahahahahah...........kadang2 aku hangin jugak, taulah kan masa tulah tengah sedap membuai mimpi kann..........hi hi...........

Terpaksalah bangun bakar roti untuknya, hurmmmm..........kalau aku tak bangun nanti melalak pulak, merajuk berlari ke dapur pegi buat sendirik, tulah peel dak Aying ni.

Daaaaaaaaaaaa..........

Wednesday, May 12, 2010

TERHARUNYAAAA.......

Salam,

Inilah hadiah yang aku dapat dari anak2 pada hari ibu ahad lepas, terima kasih tak terhingga dari mama untuk anak2 semua, mama sungguh terharu atas ingatan kalian semua pada mama,
Walaupun tak seberapa tapi ianya sangat bermakna bagi mama, pemberian ikhlas dari anak2 ku ini akan aku simpan sampai bila2.

Che abang pulak pagi2 lagi sms "SAYAAAAANGGG..........SELAMAT HARI IBU",terima kasih semuanya yaaa..........ingatan dari kalian membuatkan aku jadi terharu dan tergenang juga airmata di kelopak mata ini, sesungguhnya hati seorang ibu sangat2 halus.

Layannnn......





Setiap hadiah dari anak2 mahupun che abang akan aku simpan sebagai kenangan, nampak gayanya kena buat galeri De'sal agaknya tak lama lagik,hahahahahahhh.............

Daaaaaaaaaa..................

Monday, May 10, 2010

BERINAI

Salam,

Lama tak update blog, rindu pulak rasanya pada kengkawan semua. Minggu lepas tak berapa nak sihat, tenet pulak buat hal. Belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat hari ibu pada semua kengkawan dan pengunjung2 blog aku ni yang bergelar ibu.

Semalam sedang aku kemas2 barang dalam laci jumpa sesuatu yang aku sukee, petang tu kebetulan keje dah beres apalagi aku pun mulakan operasinya, pakai kejap jew dalam 3 atau 4 jam dah dapat hasilnya, aku sukeee...........selalu pakai kat tangan dan kaki, hi hi..........

Jeng jeng jenggggg...................





Mokcik bukannya nak tayang barang kemas yee........nak tunjuk inai jew.............inai dari tanah suci mekah yang cair tu pakai picit jer, senang takyah nak tumbuk2 lagi, merah lak tu.

Aku ni sukee pakai inai tau, dari muda remaja belia sampai sekarang ni tak boleh nengok kuku putih, gatalllllllll...................jew tangan ni nak berinai, bukan tangan jer tau sampai ke kaki aku pulun, mengalahkan pengantin pulak gayanya, hahahahahahahahhhh..........................

Daaaaaaaaaaaaaaa....................