Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Monday, June 29, 2009

LANGSIR CORAK BUNGA VANTAGE.

Salam,

Bertemu kembali, sorry yerk aku tak punya manyak masa sekarang nih. Hari ni aku tepek langsir pattern ni pulak hasil idea aku sendirik, tempahan langsir untuk pattern yang dah aku tepek kat sini aku tak akan tepek lagi walaupun berlainan coraknya.

Cantikkan coraknya, aku sukeee bunga vantage tu digabungkan dengan kain kosong pink nampak romantik gitu. Kalau nak gabungkan dengan kain kosong maroon pun boleh jugak tapi yang pink ni lagi nampak lembut gitu, kan......

Layan patternnya ok.............. woww......weeeeeeeeeiiiiiiitttttttttttttttttt.....




Semua pattern yang kat atas tu kepunyaan orang jauh, kat pahang nun. Kain dan eksesorinya dia serahkan pada aku untuk membelinya, pattern pun ikut suke hati aku jugak.........

Takpelah aku pun senang nengok customer sukee dengan setiap hasil jemari ku ini,ekekekekkk.
Aku pun sukee juga nengok rumah orang cantik berseri-seri,hi hi.................tak gitu....

wokeylah aku nak buat keje lagi nih, nanti aku datang lagik jika ada masa terluang untuk melepaskan rindu pada korang semua.

Daaaaaaaaa................................

Wednesday, June 24, 2009

NILAI SEHELAI DAUN KUNYIT

Salam,

Semalam aku mengidam nak makan rendang lagik, dengan semangat yang berkobar-kobar aku terus kedapur intai2 cari bahan2nya dalam peti ada ke tak, nasib baik semua bahan2nya ada kecuali daun kunyit jerk yang takde.

Aku pun mintak tolong che Abang pegi beli kat kedai jap, lepas beli semua tu dia terus balik dan letak kat dapur, masa tu aku tengah busy kat opis aku ler dengan kain2 segala.

Jam 12.00 aku masuk ke dapur dengan semangatnya nak buat rendang ayam tu, dah kata mengidam kannn.......ha ha ha hah.............................suspen ker......bukan apa, sebenarnya aku puasa ari tu, teringinlah nak makan macam2 jadi aku buat ajerlah. Bila lapo nih selalu terbayang makanan yang sedap2 dan perut pun mengada2 sikitlah jadiknya.

Aku selalu masak awal tak kiralah bulan puasa ke tak, sebab anak aku yang kecik belum posa tu nak lunch kan....jadi tengahari tu aku dah siapkan semuanya cuma petang aku masak nasi jerk dan panaskan lauk pauk tu, senangkan keje aku...taklah petang2 sibuk kat dapur, boleh pegi jalan2 lagi sementara berbuka.

Lain pulak ceritanya nih, bebenornya aku nak story pasal daun kunyit ni.....aku tak puas hati sebenornya dan sakit hati pun ada gak, ada ker patuttttt........cuba korang nengok besor mana daunnya aku dah ukur sama besar dengan 3 jari aku jerk, nak tahu berapa regenya nih....30 sen sehelai.......ambikkkk kau..............tu lah liat sangat nak tanam sampai daun kunyit pun nak kena beli, tanam bunga rajin pulak.

Korang nengoklah kecik jerk tu gambar nampak macam besor pulak.



Mulanya sajer aku nanya che Abang nak tahu jerk, bila dah tahu sakit hati , geram dan kelakor pun ada. Besor itu daunnya pun dah 30 sen satu keh keh keh..........Kalau kat kampung benda macam ni dapat free jerk kan, adooiiiiiiiiiiiiiiii yaaaa................

Inilah rupa rendang ayam aku tuh, sajer aku tak bagi kuning sebab aku sukee merah,hi hi......


Semalam aku bukak posa dengan syiokkkk............sekali, hari ni aku nak buat cucur udang pulak, ada sape2 nak takkkkkkk.....................sila huloq piring ya, kalu pinggan besor sangat. Aku dah nak mula nih....

Daaaaaaa................................

Monday, June 22, 2009

NASI GULAI KAWAH

Salam,

N3 ni sebenarnya dah lama kat dalam draf cuma aku lupa nak publish aje disebabkan kesibukan yang melanda sekarang ni. Sajer jerk aku nak tepek kat sini, gambar ni aku snap masa balik kampung ari tu lagi, hi hi..........pedulikkkk.................................

Kalau kowang nak tahu nasi gulai kawah ni tersohor kat negeri che siti wan kembang sejak dua menjak ni tau, kalau tak percaya silakan kesana dan rasailah keenakkannya.

Menunya gulai daging(dimasak dalam kawah), ayam percik, ikan percik, solok lada, acar timun, ulam dengan ikan tawar,budu dan ikan kering, banyak lauknya pendek kata sekali makan pasti nak lagi, he he...........itu untuk 2 orang ajer tau.......hero 2 orang tu taknak makan pulak.

Layan jerk jangan ada yang meleleh udah........................



Aku makan kat sini masa pegi beli kain kat pasir puteh hari tu, kenyang giler.......che Abang aku yang tolong abiskan nasi 2 pinggan lagi tu selera betulllll......aku makan sepinggan jerk.............

Aku kalau balik tak sah kalau tak pekena makanan yang tersohor dikelate ni, balik ari tu sempat bawa mak aku makan kat kedai ayam percik yati yang famous disini, ramai giler orang masa tu sampai beratur tunggu giliran nak makan ish ish.......... lupa lak nak snap gambar segala sebab aku lapo sangat muehehehehehhh.........bila dapat meja aku bedal tak hingat dunio. Sesiapa yang pernah ke kelate mungkin kenal dan pernah makan kat situ kan................

Kat bawah ni pulak makan sup belut kat pasir mas, aku geli nak makan....si Eam yang sukee sangat sup belut ni, kalau makan tak toleh kiri kanan. Semangkuk tak cukup sikit katanya, selalu mintak lebih.



Korang pernah makan takkkk......aku tak boleh makan tekak aku tak boleh terima, geliiii.......
teringat kat ular pulak,haihhhh.............geli geloman.

Oklah dah abis story aku kat kampung, maafkan aku sebab masa ni aku busy sangat2 dah banyak kain baju dan langsir nak kena siapkan, sorry ya kalau tak sempat jalan kat umah korang yerkkk...........bukan bermakna aku lupa kat korang, jika ada masa aku akan cuba juga menziarahi teman2 ku sekelian. Cayangggg korang semua, muaaahhhhh.................

ok daaaaaaaaaaaaaa....................

Friday, June 19, 2009

NASYID PAGI JUMAAT

Salam,

Di pagi jumaat yang mulia ini apa kata kita nengok nasyid dari penyanyi cilik ku ini, dah lama rasanya tak buat n3 tentang Aying ni, kali ini aku nak tepek gelagat Aying bernasyid pulak, kowang layanlah ya......kepetahan si kecik ni.

Tolong abaikan keseksian itew, tapi kat atas tu adalah menunjukkan kesopanannya......
layannnnnnnnnnnnnn..............................




Seterusnya layan yang kat bawah ni pulak, nasyid jugak maklumlah hari ni kan hari jumaat, tak berbaju pulak tu......takpe budak kecik, kalau aku pakai macam tu nanti ada yang pengsan pulak, muahahahahhh........ sekarangkan musim panas aku pakaikan baju dia bukak balik tak selesa agaknya tu.

Kowang nampak tak..........hi hi.......mikrofon fesyen baru idea si Aying, lantaklah.............asal dia tak mengarut kacau aku buat keje udahh.......

Layan jerk kepetahannya ok...............................


Thursday, June 18, 2009

TAHNIAH UNTUK TERSAYANG

Salam,

Aku ni sebenarnya bukan nak nunjuk2, tapi sekadar memberi semangat kepada yang nak belajor lagi.. go ahead.. Jangan takut dengan pelajaran. Aku bukan apa, nengokkan che abang aku..dah tua tu pun masih nak belajo..Boleh tahan gak result dia. Dia kata bukan apa,nak konvo dengan first class jer, tu pun kalau dapat..Korang bayangkan, pagi sampai ptg dia kat klas, kat umah kadang2 nolong aku, mlm tgk kerja sekolah anak2. Tapi aku tau dia tdo lewat malam. Time tu gamaknya dia belajo, Pagi2 dah bangun. Banyak kali dia bangun awal dari aku..berapa sen jer dia belajor..Cita2 dia kalau boleh nak buat PhD, tapi dah tua..bagi anak2 lah sambung cita2 dia tu.

Lepas Diploma dulu dia nak sambung terus tapi ayahnya sakit jatuh pokok, dia pun korbankan cita2 dia nak belajar, kerja dulu konon nak bantu keluarga. Dia buat keputusan sendiri, masa tu bukan main marah lagi kakaknya. Tapi ada jugak hikmatnya.......masa keje tulah dia jumpa dengan aku, hi hi............. dah tertulis camtu kan......

Bila dia tau result semester 4 baru ni..sengeh2 dtg kat aku, terus dia peluk..katanya capai jugak cita2 dia nak dapat 4.0. Mak oooi terkejut biawak aku..tahniah abang...Yang paling teruk Sem 3, dpt 3.7 jer..sebb semester tu dia ambik 24 jam kredit kau..Aku doakan che abang aku dapat konvo dengan 1st class...Cuma ada satu semester jer lagi...dpt kot...............

Korang layanlah result dia ok.......Untuk Kat Tie..Alang2 menyeluk pekasam, bior sampai ke pangkal longan..

Sem 1 (2007/2008) - Semester 1

Sem 2 (2007/2008) - Semester 2

Sem 1 (2008/2009) - Semester 3

Sem 2 (2008/2009) - Semester 4

Wednesday, June 17, 2009

LANGSIR RAYA AKU

Salam,

Tentu kowang dok tunggu2 n3 langsir aku ni ya, inilah wajah sebenar langsir baru aku tu baru siap dipasang kat rumah aku masa balik kelate hari tu.

Ini kira langsir raya le........siap sudah satu ruang tamu pertama, ruang ke 2 aku dah beli kainnya cuma tak tepek je lagi kat sini, nanti2lah dulu aku tengah serabut nih. Kain untuk ruang ke 2 ni habis dalam 40 meter temanya hijau lembut gitu, tunggu kemunculannya nanti.

Inilah hasil penat lelah aku layan ajerlah ya...............................






Sila abaikan beras yang berlonggok tu ya, ini pandangan dari ruang tamu ke 2. Rumah aku ni ada 3 ruang tamu semuanya, cuma ruang ke 3 jer takde tingkap sebab ruang ni dok kat tengah2.

Nantilah ada masa aku akan buat juga sejarah tentang rumah aku ni untuk kenangan aku sekeluarga dan tatapan anak cucu cicit nanti, muehehehehh................biar mereka tahu bahawa rumah ini direka oleh aku sendiri dan idea che abang skit2.

Cian kat rumah aku yer.........sesekali balik rasa macam malas nak datang sini semula, tapi apakan daya......

Tuesday, June 16, 2009

SHOPPING IN KELANTAN

Salam,

Hi ha.............ada lagi ni barang yang aku beli kat kelate, kain pasang ni sebagai persediaan untuk raya nanti, ada yang siap dengan tudung sekalik.

Tema raya tahun ini purple pulak, atas permintaan anak2 aku ler nak purple, yang tahun lepas oren. Sampai abis colour dah, tahun yang akan datang tak tahulah colour apa pulak. Kalau nengok baju melayu che Abang aku dah ada macam2 colour dah.

Layan nengok kain pasang aku yerk.........


Yang kat atas tu kain chiffon dengan alasnya sekalik, beli kat nagoya. Kain tudung beli kat zaleha tekstil pasir puteh.

Kat bawah tu pulak kain chiffon jugak tapi jenis tebal skit, aku malas nak alas. Kain dan tudung tu pun beli kat pasir putih gak. Yang wajib purple jerk, tapi yang tak wajib macam2 colour pulak.
Tahun ni untuk aku 5 pasang heh heh heh............cukuplah tu yang ada tu pun tak pakai2, hari raya dan nak pegi kenduri jerk aku pakai, mueheheheh...........



Purple kosong kat bawah tu untuk baju melayu che Abang dan anak bujang aku, yang berbunga tu untuk anak dara aku 2 orang tu, kain pink pulak buat baju serupa 2 pasang untuk anak dara aku jugak.

Semua tu kain chiffon tau kecuali kain baju melayu jer kain satin sharmus, aku sukee kain chiffon ni sebab dia sejuk dan lembut bila dialas.




Kat atas tu kain member aku kat kuantan, che abangnya belajar sekali dengan che Abang aku. Dia mintak aku belikan dan jahit sekalik buat jubah 2 lapis gitu. fesyen aku reka sendiri jugak,ish ish......

Bila siap jahit dekat raya nanti aku buat n3 baju raya pulak dengan fesyen2 yang melatop kedabooooommmmm, harap jangan ada yang termuntah pulak yo.......

Daaaaaaa.......................

Monday, June 15, 2009

STOK MAKANAN DARI KAMPUNG

Salam,

Inilah antara makanan dan buah2an yang aku bawa balik KL semalam, dah menjadi kebiasaan aku kalau balik kelate mesti kena beli benda2 ni kalau tak balik KL rasa macam tak lengkap jerk.
Sape2 yang datang ke kelate kalau tak beli makanan kat bawah ni rugi tau, regenya murah rasanya shedap.....nyum..nyummm.........


Ha ha.....tu dia kepok lekor, kepok keping, penyicah dan budu mesti ada..........itu wajib. Namakan orang kelate kalau tak make budu tak sah, buat cicah ikan bakar tawar letak asam limau, bawang, lada fuihhhhh......terangkat, mak mertua lalu pun tak sedar, hi hi.........

Keropok tu aku beli kat terengganu sebab aku balik ikut jalan jerangau jabor terus ke kuantan rumah sepupu, kalau ikut jalan gua musang dekat sikit la tapi aku tak berapa suke sebab jalannya banyak cerun dan berbukit.



Hi ha......yang kat atas tu aku petik belakang rumah mak jerk.........pelam epal petik belakang rumah sepupu kat kuantan, lebat buahnya nyesal aku ambik 3 bijik. Pelam siam beli kat pasar borong wakaf che yeh, murah tau...... 10 kilo baru rm18.00 murah giler.....

Walaupun jem aku tak kesah aku redah juga masuk pasar borong tu, kul 12:00 mlm baru boleh keluar. Musim cuti ni tau2 ajerlah, orang luar pun sama naik membeli kat situ.


Yang kat atas tu sape tak kenal kek pisang bulat shedap......kat sana rm 1.00 dapat 5 bijik kau, kalau kat sini maunya seringgit 2 bijik betul tak.



Ish ish ish........macamlah kl takde bawang, pedulikkkkkkk nak tahu berapa rege dia kat sana, 10 kilo rm 7. 50 ambik kau.......jauh lebih murah tau, boleh berniaga lagi tu. Tapi aku bukan nak berniaga cuma nak makan jerk.



Durian pun aku beli, hi hi.......bau pun aku tak kesah, sumbat masuk keta. tapi taklah bau sangat sebab aku letak arang, 10 kilo rm 20. Rambutan pun murah 10 kilo rm 17 henggit tau......rugi kalau tak datang kelate semuanya murah2.



Hi hi........beras siam pun ada, aku tak berapa gemor beras kat kedai2 tu sebab dah terbiasa makan beras ni. Aku beli 5 bag kat rumah dah ada 3 bag cukuplah tu sementara aku balik lain kali pulak.

Sonot balik kelate tau........syurga beli belah, barang2 semuanya murah2. Makanan pun murah, hari tu terkezut aku beli mee celup kat rumah mil cuma 1.30 sebungkus, keh keh keh......
shedap pulak tu.....ABC 70 sen jerk sebunggkus murah giler. Beli mee 5 bungkus, ABC 5 bungkus baru rm10 henggit, jimat betul.

Bila la gamaknya aku boleh dok kelate ni, hishh........................melalut pulak. Insyaallah akan tercapai juga nanti.

Daaaaa.........................

Sunday, June 14, 2009

I'M BACK YUHOOOO.......

Salam,

Kowang semua apa khabar? aku macam biasa la......seminggu tak bersua rasa macam setahun pulak, rinduuu........... sangat kat kowang semua, ada sape2 rindukan aku takkkkkk......macamlah
aku ni glamor sangat, hi hi.....

Sorrilah ya, sebenarnya bukan aku taknak update masa kat kampung, broadband buat hal pulak sengal betul, bergelora jiwa aku nih tau.



Nak tergelak aku lihat gambar kat atas tu, gambar ni aku snap masa nak balik KL semalam, lagi banyak dari balik kampung ari tu, penuh sampai ke tempat letak kaki aku kat depan tu, nak hulur kaki pun tak boleh. Macam2 ada, nantilah aku buat n3 barang2 yang aku beli tu, nak tahu tunggu.........

Aku balik sini sabtu, singgah umah sepupu kat kuantan, dia nak tempah langsir raya. Satu malam kami kat sana. Ahad pagi2 lagi kami bertolak ke KL, kuantan ke KL tak jauh ikut highway ambil masa lebih kurang 3 jam jerk.

Sampai je kat rumah rasa tak sabor2 nak bukak blog, gilo ko apo. Lepas angkat barang2 semua apalagi.......terjah le......

Daaaa......................jumpa lagi esok.

Friday, June 5, 2009

NAK BALIK KAMPUNG

Salam,

Sebelum aku berangkat pulang ke kampung, sambil2 dok sibuk berkemas sempat lagi aku siapkan reben ni, cantik takkkkk...............sape kata cantik aku bagi satu, hi hi.......larikkkkkk.....

Buat dengan kain lebih2 jerk, lebih langsir aku ler.........lebih kain orang aku bagi kat tuan dialah.
Daripada buang baik aku buat projek, dapat gak hasilnya.

Layan aje ya.......




Mungkin saat kowang sedang baca n3 aku ni, aku dah on the way ke kelate, aku harap kowang rindukan aku ya, aku pun rindu kat kowang semua. Ada yang nak kirim ape2 tak....kat sana semua murah2 tau.......

Seminggu aku kat sana tau, kalau sempat aku update, biasanya kalau dah balik kampung sibuk memanjang tak sempat nak buat apa2 asyik ke hulu ke hilir.

Dah lama aku tak balik kampung, sepanjang aku berkawin inilah kali pertama aku tak jenguk mak ayah aku selama 4 bulan, sedih tau tapi nak buat camno.....bila anak2 dah masuk sekolah menengah susah sikit takleh nak balik sesukee hati.



Ish..ish..ishhhh....... banyak juga barang rupanya. Aku tak kira asal langsir aku muat udah.......dalam bag hitam Akedemi Fantasia tu baju aku dengan che Abang, bag purple Edi dan Eam, bag hijau tu Aying punya, belum masuk 3 lagi bag anak dara aku 2, anak bujang 1, dalam plastik oren tu langsir aku le....ape lagi, penting tu.

Kat mana gamaknya nak sumbat ni hahh......cian kat unser aku, aahhh........sumbat ajelah.....janji sampai. Oklah aku ngantuk dah ni, esok pagi kami berangkat, doakan semoga aku selamat sampai dan selamat kembali ya.........jumpa lagi.......

Daaaaaaaaaaaa................

Thursday, June 4, 2009

SHOPPING LAGIK

Salam,

Takde keje lain ke aku nih asyik shopping jerk memanjang, inilah penganannya orang sukee merayap macam aku nih, takde keje cari keje. Kata saje2 nak jalan2 jerk, bila dah nampak sale sampai 70% tak tertahan godaan gelora dijiwa nih.

Bila dah masuk nengok2, belek2, mestilah kena ambik. Nasib baik murah jerk, bolehlah.....alang2 tu ambik ko che Abang aku 2 helai, aku 1 jerk dan jeans satu. Lagi pun aku tak berapa gemor pakai tshirt ni.






Kelakor nengok Aying, ha ha ha........ masa ni kat dalam lif kat jusco ari tu, dia taknak aku pegang. Inilah pertama kali masuk lif sendiri siap bergayut lagi kat situ. Sekarang kalau pegi jalan2 kat mana2 dia taknak di pegang, nak berjalan sendiri sesuke hati dia je.......seronoklah kalau dapat jalan2 camni, ikut peel sape ntah hi hi.................



Yang ini pulak masa nak balik, jalan2 jumpa patung tercegak kat situ. Aying pegi peluk dia cakap abang, lepas tu pegang tangan nak salam pulak. Sedang dok pegang2 tu, tangan plak tercabut, adoooiiiiiiiiii yaaaa.........nak buat camno nih, ha ha....Aying dengan wajah ketakutan kat situ sambil pegang tangan yang tercabut.

Daaaaaaaaaaaa..............

Wednesday, June 3, 2009

LANGSIR BARU ADIK

Salam,

Hari ni aku tepek n3 langsir plak, korang ingat lagi tak inilah kain yang aku tepek dulu dah jadik langsir pun. patternnya aku reka sendiri, harap adik aku berpuas hati dengan hasil seni ku ini,he he...

Su, meriah sungguh raya tahun ni gamaknya, langsir baru dan rumah baru lagi tu, chehh........
kembang lah tu.

Inilah patternnya layan ok............



Yang atas tu untuk tingkap bilik tidurnya. Kat bawah tu pulak untuk sliding kat ruang tamu.



Lepas balik dari kampung ni, aku dah nak mula jahit baju dan langsir untuk raya pulak. Nampaknya dah banyak tempahan dah ni, kowang dah buat perancangan ke belum??? sekarang masa yang sesuai untuk merancang sesuatu, nak mendeco, nak tukar langsir, nak jahit baju, nak ganti posa hi hi......... belum terlambat lagi, bertindak dari sekarang..... pesanan berguna ini ditaja oleh de'sal.

Dah, pegi buet keje cepat...asyik dok melangut kat depan ni satu keje pun tak jadi, ekekekeke.....
Aku ciauuuu dulu, nak kemas baju lusa nak balik kampung lak la la la la.........................

Tuesday, June 2, 2009

HENBAG HENGLISH STYLE

Salam,

Semalam aku pegi kat dot..dot..dot lagi, jumpa henbag ni terus terpikat style henglish gitu murah giler, aku rembat satu jerk. Henbag murahan jerk, aku beli sebab berkenan tak tau lagi nak pakai bila dan di mana, cisssssssss.....................berlagak konon......memang pun.........tau takpe, hi hi....

Jalan2 lagi terjumpa pulak purse Anna sui tu style henglish jugak rembat satu lagi, yang ada tu pun tak penuh2 duitnya, hai.......................gilo ko apo sampai benda2 ni pun nak style tu jugak, ekekekeke..................

Tak kesahlah kan, bukannya mahal pun........ kalau ingatkan rege dia sampai aku jadi naik malu nak pakai, pui...pui...puiiiiiiiiiiii.......ada unsur2 riak disitu.

Anak2 aku pun dok gelak, nape mama beli henbag ni, siap nanya lagi berapa regenya, mahal ke murah kalau rosak yang sorang tu nak permata, sorang lagi nak besinya, cisssssssssss............che Abang aku pulak gelakkan aku, tuiiiiiiiii............banyak songeh pulak.

Nantilah ya........................korang gelak ya, raya ni aku nak beli B....atau G..... rasakan. nengoklah nanti. Siap ongkosnya ya bang......................

Layan jerk rupanya, cantikkkkkkkkkkkkk....................



Aku zoom dekat lagi supaya kowang nampak jelas ya...................



Purse Anna sui yang kat atas tu pun cantik banggat kan.....ada tiga pattern semuanya, aku berkenan yang ini. Kat dalamnya luas gak, rasanya sesuai untuk aku.

Daaaaaaaaaaaaaaaa.....