Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Thursday, January 14, 2010

DALAM DILEMA

Salam,

Dah lama aku tak update blog ni disebabkan kesibukan yang melanda aku sekarang, hari ni aku curi masa untuk rehat kejap nak umumkan pada kawan2 bahawa aku terpaksa pindah umah lagi, kali ni che abang dapat posting kat terengganu.

Makanya aku akan jadi orang terengganu la pulak, semalam baru balik dari terengganu, 3 hari kat sana cari rumah untuk disewa, tapi tak juga jumpa2. kalau ada pun kecik ataupun rumah kampung yang tak berpagar, aku taknakkkkkk...................rumah banglo atau teres yang selesa sikit memang jarang jumpa, kalau ada pun mahal giler mengalahkan KL la pulak, susah bebenor nak carik umah kat terengganu ni, jarang ada perumahan yang elok dan memuaskan hati.

Kawan2 che abang pun cakap camtu, kadang tu berbulan2 baru dapat rumah. mujurlah mereka disana ambil berat dan sanggup kehulu kehilir carik rumah untuk bosnya ni, tapi masih takde yang sesuai lagi.

Buat masa sekarang ni dah jumpa satu rumah baru siap 3 bilik tapi kecik yang amat, kalau takde rumah lain terpaksalah aku menyewa juga kat situ, barang2 aku ni separuhnya terpaksalah diantar balik kampung, hu hu........ yang membuatkan aku tak sukee rumah tu takde pagar tak selamat rasanya.

Kawan2 ku tolong doakan aku yea....aku serabut dah ni, dengan nak pack barang lagi, selasa minggu depan che abang dah mula keja, ini pun dah cuti seminggu nak uruskan apa2 yang patut. Yang membuatkan aku geram, ada ker patut petang jumaat bagitau posting kat terengganu, isnin dah mula keja, tak ke nanya....kelam kabut dibuatnya.

Nak nangis rasanya, memang dalam hati aku dah nangis tapi aku cuba tabahkan hati ni. Aku dalam dilema sebenarnya ni nak pindah dok rumah tu bertolak minggu depan biar che abang pegi dulu ataupun nak tunggu pindah hujung bulan ni sambil2 cari dulu rumah kot2 ada yang sesuai, aarrrgggggggg...........pening den.

Nak dok kat kampung terus pun kesian pulak dengan che abang kena berulang alik, jauh jugak tu.......aku pasrah ajerlah, sambil2 berdoa agar Allah permudahkan segala kesulitan ini dan dapat tempat tinggal yang sempurna, aminnn....................

Daaaaaaaaaa........................

Friday, January 8, 2010

HAPPY BIRTHDAY AYING

Salam,

Hari ini 8.01.2010 jam 4.26 petang genaplah usia Aying yang ke-3 tahun. HAPPY BIRTHDAY MY LOVELY SON, AYING. Semoga hidup aying diberkati dan sentiasa berada dibawah lindungan Allah subhanahuwataala, aminnn..................yarabbal alaminnn...............


Aying umur 2 bulan

Aying umur 1 tahun


Aying umur 2 tahun

Gambar kat atas ni umur Aying dah masuk 3 tahun, semoga Aying menjadi anak yang soleh, berjaya didunia dan akhirat dan membahagiakan baba dan mama, insyaallah.

Esok ada jamuan makan2 sikit untuk kenangan kami sementara masih lagi kat rumah ni.

Daaaaaaaaaaa..........................

TERPIKAT

Salam,

Inilah dia salah satu jambangan bunga kepunyaan aku yang dibikin sendirik, mulanya ingat nak letak tepi tingkap kat luar rumah berhampiran pintu masuk tu, tapiiiii.........tak sampai hati takut kena curik la pulak.

Pikir punya pikir timbul idea ni, aku letak jer kat dalam rumah hadapan pintu masuk tepi sliding tu. Elok jugak kan....nampak mach dengan langsir tu, hi hi.....................

Layan gambarnya yeaaaa....................





Yang herannya sape2 yang datang kerumah aku ni tak kira laki ker pompuan semua pakat2 dok terpikat dengan jambangan bunga ni, masuk sorang belek2, datang sorang lagi pun terus belek siap cakap lagi"lawanya bunga"

Macamlah lawa sangat kan...............bunga lain yang besar gedabak tu takde sape pulak nak belek2nya, korang nak tau tak setakat ni 2 orang dah tempah bekas dan bunga tu nak aku gubah sekali, yang lucunya nak sebijik macam tu jugak, ish ish................

Untuk tidak menghampakan orang, aku pun buat ajerlah. Tapi yang tak syoknya sama pulak dengan aku punya, kalau rumah jauh tu tak kisahlah kan...............ahhh...........biarkanlah, bila lagi aku nak tunjukkan bakat aku yang terpendam ni, miahahahahhhhh.............perasan weh!!!!.

Sajer nak tepek pic jambangan bunga tu, bila dah masuk kotak nanti entah apa jadik agaknya yea........sedey aku, taknaklah aku pikir2.

Daaaaaaaaaa..........................

Thursday, January 7, 2010

HIASAN MEJA

Salam,

Buat masa sekarang inilah hiasan meja di ruang tamu aku, sebenarnya dah takde mood nak mendeco2 lagi dah, sekarang ni tengah menunggu keputusan dapat posting kat mana tak tau lagi.

Layan gambarnya yea............mungkin ini deco terakhir sebelum aku memulakan tugas memasukkan semua barang2 ni kedalam kotak, sedih bunyinya kan..........hu hu hu..................



Tempat letak cupcake tu sebenarnya bekas puding, aku make-up2 sikit jadiklah macam tu.



Harap2 kalau jadi pindah, barang2 aku ni tak rosak. Risau aku memikirkan benda2 ni, adooooiiiii..........laaaaaaaaaaaaaa...................penatnya mokcik nak berkemas, tolong akuuu............

Daaaaaaaaaa.......................

Wednesday, January 6, 2010

PROJEK TERGENDALA 2009

Salam,

Tak ramai yang tahu projek cendawan tiram kepunyaan aku ni, projek ni diusahakan di kampung. Sekarang dah tak beroperasi lagi disebabkan masalah2 tertentu yang tak dapat dielakkan.

Tak sangka tengah dok kemas2 terjumpa gambar ni, kenangan mengusik jiwa........
Masa ni cendawan baru nak mula tumbuh, cuma ada beberapa botol jer yang yang dah kembang sepenuhnya.



Insyaallah akan diusahakan lagi pada masa akan datang, masih tak putus asa lagik tu, ha ha ha..........sape nak kerja dengan aku sila angkat kaki, kih kih kih...........

Daaaaaaaaaaa.....................

Monday, January 4, 2010

3 DALAM 1

Salam,

Pada 1.01.2010 aritu aku telah mengadakan sesi makan2 yang alakadar jer, untuk meraikan kesyukuran dan doa selamat sempena besday che Abang, kejayaan Along dan sambut tahun baru sekali, umpama majlis 3 dalam 1 gitu.

Aku tak jemput sape2 yang hadir cuma adik beradik che abang dan sepupu2nya, itu sajer. Aku masak alakadar jer......mula2 ingat nak buat kek icing sendiri siap beli icing yang dah siap dan bunga sekali, alih2 pegi rembat kek kat kedai jugak, miahahahahhhh.............aku penat laa.........ikutkan hati semua nak buat sendiri, tapi kesihatan tak mengizinkan.

Layan kek yang tak seberapa itew........................



Acara potong kek, ha ha ha..............nasib anak ada kat depan tu, Aying pulak yang melebih-lebih. Layan gambarnya yea..........






Aku bagi baju jer untuk hadiah besday che abang tahun ni, boleh pakai untuk keja. Tahun ni che abang dah mula kerja balik setelah 2 tahun setengah cuti belajar.

Selamat tahun baru untuk korang semua ya.........azam tahun baru ni aku ingin buka kelas coklat kat rumah ni, untuk sape2 yang berminat nak belajar tu boleh caling2 aku yea.......dan mengikuti sebanyak mungkin kelas2 kek seperti cupcake dan yang sewaktu dengannya.

Daaaaaaaaaaaaa......................

Sunday, January 3, 2010

SHOPPING DAN GIFT

Salam,

Hari ni sajer jerk aku tepek barang2 yang sempat dirembat hari tu, dalam perjalanan ke mersing tu sempat lagi singgah kat nilai kejap, tujuan utama nak ke kk sebab tak puas hati pegi minggu lepas.

Sebenarnya aku taknak lepaskan peluang jualan gila2 tu, beli 1 percuma 1, masa nilah kita boleh berjimat sikit kan.............berbaloi2......

Inilah dia barangnya ambik jugak walaupun kat dinding tu dah penuh, tak sedar diri lagik tu, ha ha ha........

Aku ambik rak ni dan percuma yang sama harga dengannya adalah quilt yang comey kat bawah tu, sukee sangat sebab dengan harga sepatutnya satu barang dapat dua barang gitu.


Berkenan la pulak dengan tingkap ni, rembat lagi...... Dengan tamaknya aku rembat dua sekali, tapi sampai lo ni barang2 yang aku rembat tu dok dalam bungkusan lagi, ish ish ish........



Balang ni aku rembat di romantika kat Angsana ari tu, ambik tiga biji kasi kat eija satu yang tinggi tu.


Tin ni pulak dapat dari kawan baik aku kat mersing, sukeeee................sangat senyum sampai ke telinga dapat tin ni, memang dah lama aku idam2kan, thanks kak Lin kasi tin ni, macam tahu2 aku sukee tin, hi hi...................


Jangan jeles yea.........bukan banyak mana pun......baru jer nak giler kat pelita2 ni, kui3.....itulah dia himpunan pelita aku yang ciput. Dua biji yang tecik tu si eija kasi, thanks eija....kak sal sukeee........satu lagi yang ada decal tu, kak yah yang kasi suatu ketika dulu.

Masa balik kl aritu sampai jer kat simpang nilai tu, che abang tanya''taknak ke nilai lagi ker....'' masa tu jam 9 malam, aku yang kat sebelah ni jawab''oooooo.....perli yaaa........jom la kedai belum tutup lagi ni, kalau ayang nak pegi betul2 macammana???...''

Tiba2 Che abang gelak dengan aku2 sekali gelak, sukee sangat menyakat orang buat lawak macam tu.

Daaaaaaaaa...................

Saturday, January 2, 2010

JUMPA TEMAN BLOGGER

Salam,

Masih kat johor lagi, kalau korang nak termuntah baca n3 ni pun aku tak kesahh........aku cuma nak tepek gambar kenangan aku dengan teman blogger yang yang pertama kali bersua ni, tak lain tak bukan EIJA dari eija cottage, tentu korang dah kenal kan....................sapa tak kenal tokey pelita ni, kih kih............





Eija datang ke hotel jumpa aku, lepas borak2 dan bergambar bagai kami keluar hotel pegi jalan2 kat Angsana, sempat lagi cuci2 mata kat romantika. Thanks Eija sudi teman kak sal jalan2 hari tu, lepas tu terus kerumah Eija nak nengok pelita pulak, kui3...........(dah berjangkit )




Tengah syok pilih pelita, jangan maree ye korang............aku dah rembat pelita korang punya, miahahahahhhh..............sorry yea......tokey kata takpe, aku rembat ajelahh..............

Pung pang pung pang dah jam 4 lebih, aku bertolak balik kl dengan hati gumbira, korang nak nengok tak apa yang aku dapat semasa di johor tu????.......tunggu yeaaaaa.................

Daaaaaaaaaa.......................

HARI KETIGA DI JB

Salam,

Masih tak habis2 lagi story mory kat johor aritu kan, pedulikkk............aku nak tepek jugak, kalau agak2 korang dah jemu baca, jangan baca yea.....hi hi.......kali ni kat JB pulak, bertolak dari mersing jam 12.00 tengahari, sampai kota tinggi jam 1.30, singgah plaza kejap lunch kat sana tempat biasalah, makan nasi ayam baser, dah lama tak makan.

Lepas makan, pung pang pung pang dah jam 3 lebih baru gerak ke jb balik, singgah rumah kawan kejap dok borak2 tak sedar dah malam, kami dinner bersama. Lepas tu baru carik hotel, masuk hotel dah jam 8.30 malam.


Pemandangan waktu malam hotel tempat aku menginap tu, biliknya luas siap dengan ruang tamu sekali, best gak.

Sempat lagi snap gambar pemandangan bandar jb ni pada waktu malam, gambar ni di snap dari tingkap 20, gayatttt................wooo...........aku memang penakut, takleh pandang ke bawah, seriauuuuuuuuu.................


Yang ini pemandangan bandar jb pada waktu pagi, masih berkabus lagi dan satu lagi gambar matahari terbit, cantik kan....................


Pagi2 lagi dah siap nak pegi sarapan, lepas ni nak dating dengan seseorang pulak, korang nak tau takkk........sabar2....yang dah tahu tu rilek2 buat tak tau le yeaa..................ha ha ha.......boleh gitu.

Daaaaaa......................

Friday, January 1, 2010

PAGI HARI KEDUA

Salam,

Pagi2 lagi semua dah bangun, sebabnya nak mandi kolamlah kan....tapi mamanya suruh sarapan dulu, kalau tak seorang pun tak boleh mandi, maka terpaksalah kena ikut arahan mandi kat bilik dulu, pakai cantik2 pegi sarapan, lepas tu baru boleh tukar pakaian untuk mandi pulak, jangan main2 dengan mamanya ni, aku kalau bab2 macam ni memang aku tegas dengan anak2, sape tak ikut arahan memang kena, miahahahahahhhhh......................

Along ditugaskan untuk mengawal Aying sebab kolam ni untuk orang dewasa, kolam kanak2 dah penuh masa tu padahal masih awal lagi.

Layan gambar ya..................................






Lepas mandi masing2 kesejukkan, lepas tukar pakaian semua dok lepak2 depan tv sementara tunggu nak pegi jalan2.

Dari mula2 sampai hingga ke hari ketiga, kerja aku makan makan makan, risau......pegi rumah orang tu, makan....rumah orang ni pun makan.....sampai penuh perut ni, taknak makan tak sampai hati pulak......

Kalau macam ni selalu boleh naik montel badan aku ni, tapi takpe.....sekali sekala kan...........ayat nak sedapkan hati, hi hi..............

Petang tu kami ketepi laut mersing ambik angin sekejap, sementara balik ke bilik.



Suatu ketika dulu, selalu juga aku datang ambik angin petang kat sini sambil minum petang dan melayan anak2 main kat taman permainan.

Walau dimana pun aku berada, kenangan lama tempat aku pernah tinggal dulu tetap dalam ingatan, begitu juga dengan kawan2, kami selalu berhubung.

Di mersing aku terima gift dari kak Lin, terharu rasanya....dia kasi sewaktu kami hendak bertolak ke jb hari tu, sekali lagi berlaku drama airmata kat situ, hi hi.........aku cuba tahan tapi airmata ni tetap nak keluar jugak, poyo betul...

Daaaaaaaaaa....................

HAPPY BIRTHDAY DAN SELAMAT TAHUN BARU

Salam,

Hepi besday Abang, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dijauhi dari malapetaka serta diberkati didunia dan diakhirat, aminnnn......yarabbal alamin........semoga hari esok lebih baik dari semalam.

Maka hari ini 01.01.2010 genaplah usia che abang yang ke 42 tahun. Awal2 lagi dah sambut besday ya, esok aku nak adakan majlis kesyukuran untuk che abang, jemput keluarga datang makan2 kat rumah ni, sajer nak sukee2 jer.

Terimalah hadiah yang tak seberapa ini dari ayang, diharap Abang semakin berjaya dalam kerjaya dan setiap perkara yang diceburi, insyaallah......

Selamat tahun baru 2010 untuk semua, diharap tahun ini lebih baik daripada tahun2 yang sebelumnya dan berkati selalu hendaknya, aminnn.................

Daaaaaaa...........................