About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Thursday, January 14, 2010

DALAM DILEMA

Salam,

Dah lama aku tak update blog ni disebabkan kesibukan yang melanda aku sekarang, hari ni aku curi masa untuk rehat kejap nak umumkan pada kawan2 bahawa aku terpaksa pindah umah lagi, kali ni che abang dapat posting kat terengganu.

Makanya aku akan jadi orang terengganu la pulak, semalam baru balik dari terengganu, 3 hari kat sana cari rumah untuk disewa, tapi tak juga jumpa2. kalau ada pun kecik ataupun rumah kampung yang tak berpagar, aku taknakkkkkk...................rumah banglo atau teres yang selesa sikit memang jarang jumpa, kalau ada pun mahal giler mengalahkan KL la pulak, susah bebenor nak carik umah kat terengganu ni, jarang ada perumahan yang elok dan memuaskan hati.

Kawan2 che abang pun cakap camtu, kadang tu berbulan2 baru dapat rumah. mujurlah mereka disana ambil berat dan sanggup kehulu kehilir carik rumah untuk bosnya ni, tapi masih takde yang sesuai lagi.

Buat masa sekarang ni dah jumpa satu rumah baru siap 3 bilik tapi kecik yang amat, kalau takde rumah lain terpaksalah aku menyewa juga kat situ, barang2 aku ni separuhnya terpaksalah diantar balik kampung, hu hu........ yang membuatkan aku tak sukee rumah tu takde pagar tak selamat rasanya.

Kawan2 ku tolong doakan aku yea....aku serabut dah ni, dengan nak pack barang lagi, selasa minggu depan che abang dah mula keja, ini pun dah cuti seminggu nak uruskan apa2 yang patut. Yang membuatkan aku geram, ada ker patut petang jumaat bagitau posting kat terengganu, isnin dah mula keja, tak ke nanya....kelam kabut dibuatnya.

Nak nangis rasanya, memang dalam hati aku dah nangis tapi aku cuba tabahkan hati ni. Aku dalam dilema sebenarnya ni nak pindah dok rumah tu bertolak minggu depan biar che abang pegi dulu ataupun nak tunggu pindah hujung bulan ni sambil2 cari dulu rumah kot2 ada yang sesuai, aarrrgggggggg...........pening den.

Nak dok kat kampung terus pun kesian pulak dengan che abang kena berulang alik, jauh jugak tu.......aku pasrah ajerlah, sambil2 berdoa agar Allah permudahkan segala kesulitan ini dan dapat tempat tinggal yang sempurna, aminnn....................

Daaaaaaaaaa........................

4 comments:

  1. Lor,susah rupanya nak cari rumah yer sal, em susah juga yer....moga2 dapat buat keputusan yang terbaik k......

    ReplyDelete
  2. sian kak sal..syg la umah yg dh dideco cantik2 ni..huhu..kak sal cari la dulu umah lain..biar cik abg pegi dulu..weekend jmpa la..ala2 long distance gitu..eh teringt plak sy dulu cenggitu..hehe..biar la dpt umah yg sleesa br pindah..keje pindah ni bkn sket..kalu dh dok situ dulu br cari umah lain nnti nk kena pindah lagi..letih tu..ape pun tabahkan hati hadapi dugaan ni ye:)

    ReplyDelete
  3. salam sal..
    akk pun sependapat dengan suziey..biar ck abg pergi dulu..semuga semua urusan di permudahkan
    Allah

    ReplyDelete
  4. alahai siannya akak.. eemmm betul sama pendapat ngan suziey.. biar hubby akak g dulu.. nanti klu dah dpt umah yg ok.. baru la akak ikut sekali

    ReplyDelete