About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Thursday, February 26, 2009

PENGANTIN LAMA


Selamat pengantin lama semoga bahagia selalu

Pelamin masa kawin adik aku dulu

Bersama anak2 (masa tu anak 5)

Sekali pandang macam kenal, 2 kali pandang memang sah dah kenal bebenor budak 2 orang ni. Berangan nak naik pelamin weh.......masa kawin dulu tak nak buat pelamin, bila dah beranak pinak gian pulak dah, tokleh tengok pelamin tu kosong berdesup naik posing bagai nak roboh pelamin tu. Tak cukup 2 orang dengan anak2nya sekali di angkut, kes berat dah ni.....

Biar apa pun orang nak kata, terserah.....aku nak merasa juga naik pelamin nih, dah le masa kawin dulu aku nak buat pelamin suami aku tak nak, buat dalam bilik aje....malu katanya. Malu apa, masa tu aku ikutkan aje walaupun sedih uwaaaa...sebab kawin ni sekali aje kan.

Tapi takpa, sekarang aku tak kesah... bukan penting mana pun pelamin tu ya...tak naik pelamin pun bahagia jugak, ada yg kawin tempah pelamin bagai nak rak pun tahu2 dah bercerai - berai betul tak kengkawan. tapi..... esok2 jika ditakdirkan anak2 aku nak kawin, akulah orang yg paling sibuk dok buat pelamin gamaknyalah, dah memang minat aku buat keja2 macam ni.

Sunday, February 22, 2009

PETUA AWET MUDA

Relak dulu kejap ya, ni aku ada cerita skit nak di kongsi dengan hangpa semua. Pada yg tak sudi takpa fikir2kan ya, rugi tau kalau tak amalkan petua aku ni.......psssttttttt.

Nak tahu apa? petuanya senang aje tanpa menghabiskan wang beribu2 ringgit, dok kat rumah je tanpa ke salun kecantikan, tak percaya?.......

Nak tahu caranya? ha..... ni aku nak kasi tahu, sape2 yg nak kelihatan muda jelita remaja selalu walaupun dah beranak2 tak henti2(macamlah takde keja lain) sila amalkan petua 5 s ni, insyaallah badan dan wajah kita tidak tua sebelum tiba waktunya.

1. Solat
Boleh menyucikan hati dan jiwa menjadi tenang dengan itu wajah akan berseri-seri.

2. Sarapan
Menjadikan badan kita sihat sepanjang hari. sebaik2nya tidur awal dan bangun awal, mandi, solat dan minum 2 gelas air suam 10 minit sebelum sarapan.

3. Sentuhan
Sentuhan kasih sayang amat penting dari suami dan anak2, sebaik2nya bersalaman, peluk dan cium suami dan anak2 sebelum mereka berangkat ke tempat kerja dan ke sekolah.

4. Senyum
Senyumlah selalu walaupun dalam keadaan marah (boleh ke....cuba ya). Senyuman boleh membuat wajah kita jauh lebih muda dari usia yg sebenar.

5. Senaman
Amat penting untuk kesihatan. Jangan sekali-kali tidur di waktu siang hari, lakukan kerja2 rumah dan beriadah.


senyum jangan tak senyum

Itu cara aku, bukan copy dari mana2 buku ataupun majalah okey..... sesibuk mana pun kita, jangan biarkan wajah kusut masai dan tak terurus. Ruangkan sedikit masa untuk bersolek walaupun sekadar lipstik dan krim pelindung uv yg nipis. Tampil menawan sepanjang hari walaupun berada di rumah. Penampilan juga memainkan peranan penting dalam menjayakan misi ini, sekian....wachaaaaaaaa....

Thursday, February 19, 2009

ADA LAGIII LAAAAA........









Cantik tak.....? ini koleksi aku ajeee.... tp sape2 yang berkenan boleh aku tlg belikan. Murah je...
Sebenarnya aku nak cerita gambar kat bawah tu....k.tie(mektie) langsir dah siap ni tengoklah, gambar silau skit warna pun jadi lain. Tengok langsir aje tau, jgn tengok model plak. langsir ni k Tie yg tempah dari aku model langsir De,sal 7 dari dsalcollection.

Thursday, February 12, 2009

MINAT KER GILERR...

Di sini aku ingin berkongsi minat dengan teman2 semua, selain menjahit ,menyoping, inilah minat aku yg tak boleh di tahan2. Sekarang ni tgh giler konsep inggeris katakan, aku pun jadi gila jugalah. Tapi bukan gila tu tau, gila hiasan dalaman jer jangan salah faham tau....nanyaa....Aku ni kalau sehari tak kemas rumah tak sah, macam cacing kepanasan tak tahu kenapa, walau banyak kerja, penat mana sekalipun aku tetap buat keja ni supaya rumah sentiasa kemas dan bersih kecuali bila dah tak dapat bergerak tak tau la, akan aku paksa anak aku plak yg buat ataupun suami aku yg kena buat he he he......macam mem besar plak(maaf ya bang). Selagi aku larat, aku tak nak tengok rumah bersepah umpama kapal yg dah pecah. Itu bukan prinsip hidup aku, aku suka ketenangan dan kedamaian biarpun berada kat dalam rumah sebab di sinilah tempat kami sekeluarga berteduh dan melakukan aktiviti seharian. Bila rumah bersih hati jadi tenang, suami pun senang berada di rumah kan..kan..kan.

Teringat aku masa tinggal kat johor dulu, aku ada ramai kawan yg sama minat dgn aku sekepala lah katakan. Kami beli barang sama2, shopping pinggan mangkuk, barang kristal dan perabut pun sama2. Tapi kami tak beli yg sama, lain skit la. Itu kisah lama aku, sampai lo ni pun aku masih ingat lagi, kelakor betul....menghabiskan geta laki aje. Nasib baik laki kita sporting....cayang abang (bodek lg lah tu). setiap barang hiasan yg ada kat rumah aku ni ada kenangannya, sebab tu lah aku sayang sangat dan jaganya dgn baik dan sampai sekarang aku dah pindah ke KL pun masih dalam keadaan baik lg.




Pasu cina dari p.pinang

Masa nak pindah dulu, akulah orang yg paling risau sekali. Bukan apa takut barang2 aku pecah je, bukan senang nak dapet tau......Aku sanggup ulang alik dari johor turun ke KL semata mata nak angkut barang2 kesayangan tu dgn unser, dua tiga kali jugalah sebelum pindah, yg lain semuanya di angkut dgn lori.Orang yang minat bunga rose pasti dia suka dgn konsep inggeris kan, betul tak cikLinn. Aku minat sangat2 dari ruang tamu sampai ke tempat tidur ada bunga rose, kat tandas takde le. Dah nampak macam kedai bunga plak, tapi tak kesah le apa orang nak cakap, yg penting aku minat. Inilah yg di katakan minat giler, Aku selalu beli majalah Anjung seri untuk buat rujukan tentang hiasan dalaman ni, terima kasih Anjung seri kerana banyak membantu. Di bawah adalah koleksi rose aku macam2 warna gitu. okeh...




Monday, February 9, 2009

TELATAH AYING


Semalam aku free, terus apa lagi kalau tak pi shopping. Aku kalau bab yang satu ni, sakit pun jadi sihat hehe...... Ari tu banyak gak aku menyopping, tak tahan tengok sale sana sini. Aying pun seronok kalau dapat jalan-jalan camni. Kalau tanya; aying nak pegi mana ni? terus dia jawab; "Jusco selection", nak beli gula-gula dan aiskrim. Tu lah kemahuannya tiap kali di bawa ke sini.

Muhamad Amrin Adiputra, inilah nama anak bongsu aku yang daun keladi ni. Umur 2 tahun, manja orangnya tapi garang, banyak cakap, tak suka dok diam, minat menyanyi semua lagu yang dia dengar diikutnya dengan mudah, bercakap mengalahkan mak nenek.

Sedapnya Aiskrim ni..


Gigit bawah lagi best..


Beginilah cara makan gula-gula..

Sampai je kat rumah terus mandi, tukar baju. Ha....masa nilah nak rilek kejap makan gula-gula sambil tengok tv.Lepas ni mau masak plak, banyak keja lagi nih.. bla...bla... bla...

Masak ikan masam manis


Cuci kain alaf baru

Ha... tulah keja aying bila kat rumah, tak kenal erti penat, ada saja keja yang dia nak buat. Macam-macam idea yang di lakukanya mencuit hati kami. Kalau ke dapur panjat kerusi cuci pinggan,dengan dia2 sekali dalam sink. Panjat meja, masak, abis berterabur dapur aku, pendek kata langsung tak boleh dok diam. Bila kat ruang tamu dia buat keja lain plak, tapi...... nasib baik barang2 perhiasan aku tak di usiknya, mungkin dah biasa agaknya ataupun dia tahu barang2 kesayangan mama dia.

Bestnya kat dalam ni

Apa lagi nak buat ni haaa....

Posing camni hensem gak

Merehatkan badan dan minda

Inilah masanya aku boleh rilek skit. Dia tidur sekali dalam sehari itu pun kejap je, nak tidur bukan main susah lagi. Masa Aying tidur terasa sunyi plak rumah ni. Masa ni lah boleh tengok dia diam, kalau tak macam-macam gelagat Aying yang tak menang tangan di buatnya. Biar apapun yang di lakukannya, walau penat sekali pun aku tak kesah, asalkan dia sihat walafiat selalu. itulah pengorbanan seorang ibu terhadap anak2nya.

Saturday, February 7, 2009

CUTI SAKAN TAHUN BARU CINA

Hai! hari ni baru lega sikit dari tugasan nih......dapatlah aku cerita pengalaman manis kami sekeluarga sewaktu berkunjung ke rumah bapa saudara suami aku di kg Jerek (Gua musang) baru-baru ni. Memang dah lama kami tak jenguk mereka, nak berhubung payah di sana line tak clear almaklumlah ''pedalaman''.

Sempena cuti hari tu, kami pun mengambil keputusan untuk ke sana. Kami singgah kejap je sebab esoknya kami akan meneruskan perjalanan ke kg di Kota bharu Kelate. Setelah melalui kesesakan lalulintas, tau jelah hari tu jem giler. Kami bertolak jam 10.30 pg dari KL, jam 6.30 ptg baru kami tiba di Gua Musang. Penat usah ceritalah, anak2 aku pun dah macam2 buat hal. yang bongsu(Aying) tak pernah penat ke depan ke belakang tu keja dia, tengok kakak dan abangnya pakai tali keledar dia pun tumpang sekaki menyibuk, last2 aku yang pening.

Jam 7 ptg kami sampai, paksu,maksu dan anak2nya, nenek pun ada dari pagi-pagi lg menyediakan masakan untuk kami. Hari tu kami makan malam dengan lauk asam pedas ikan talapia maksu, lepas makan kami sembang sampai jam 1.00 pg, dah lama tak jumpa nih.....nak tau paksu pelihara sendiri ikan ni, ada tiga buah kolam semuanya.

Suami dengan Paksunya

Anak aku yang darjah satu(eam) tak nak balik tau dia nak tangkap ikan kat kolam tu, akhirnya dapatlah seekor talapia yang hidup baru nak balik,sukalah dia. Yang lucunya dia sanggup dok dengan ikan sorang2 kat belakang sekali, gara2 nak jaga ikan tu lah takut mati katanya. Bukan itu saja, orang yang paling seronok sekali adalah suami aku, dia rindu sangat kat satu2nya bapa saudara sebelah arwah ibunya yang dah 4 tahun tak berjumpa.

Malam tu riuh rendah di buatnya, sampai anak paksu tak terkata melihat gelagat anak2 aku, apa taknya mereka bersorak-sorak, melompat-lompat melihat keretapi yang tiba-tiba melintasi depan rumah paksu.Yang kelakarnya setelah keretapi pergi,Aying yang terlopong kehairanan terus berkata;''buat lagi'', dia ingat benda tu boleh di ulang2 agaknya. Sepanjang malam tu dapatlah anak2 aku tengok 3 kali keretapi melintasi rumah paksu,seronoklah dia.

Pagi tu aku rasa malas nak bangun, sejukkkk betul di sini macam kat negeri salji plak. Pagi2 lagi eam dah bangun, rupanya dia dah janji nak tangkap ikan di kolam, memang betul budak ni tak boleh di buat janji, tidur pun dia ingat lagi.

Aku dan nenek


kenangan bersama maksu, nenek dan anak2nya.


Gambar kenangan bersama paksu,maksu dan nenek.

Lepas sarapan dan borak2 kami pun bersiap2,jam 11.30 pagi kami bertolak. Dalam perjalanan tu sempat lagi singgah bergambar di Gunung Stong, air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Kami bergambar je,perjalanan kami jauh lagi nih..... Anak2 aku memang seronoklah, itulah pengalaman baru bagi mereka.
Aku dan Aying

Bersama Aying,Eam dan suami


Bersama anak-anak

Along,kakak,Aifa dan Aidil

Tetap romantis walaupun dah 16 tahun kahwin


Ikan bawal (air Tawar) masak 3 rasa.

Ikan bawal dari kolam Pak Su yang sempat aku bawa balik sebanyak 4 ekor. Bosau tau...tu separuh ekornya saja, bahagian kepala ada aku simpan nak masak lemak.Ikan tiga rasa ni aku masak sendiri tau. eeeemmmm terangkat.