Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Saturday, February 7, 2009

CUTI SAKAN TAHUN BARU CINA

Hai! hari ni baru lega sikit dari tugasan nih......dapatlah aku cerita pengalaman manis kami sekeluarga sewaktu berkunjung ke rumah bapa saudara suami aku di kg Jerek (Gua musang) baru-baru ni. Memang dah lama kami tak jenguk mereka, nak berhubung payah di sana line tak clear almaklumlah ''pedalaman''.

Sempena cuti hari tu, kami pun mengambil keputusan untuk ke sana. Kami singgah kejap je sebab esoknya kami akan meneruskan perjalanan ke kg di Kota bharu Kelate. Setelah melalui kesesakan lalulintas, tau jelah hari tu jem giler. Kami bertolak jam 10.30 pg dari KL, jam 6.30 ptg baru kami tiba di Gua Musang. Penat usah ceritalah, anak2 aku pun dah macam2 buat hal. yang bongsu(Aying) tak pernah penat ke depan ke belakang tu keja dia, tengok kakak dan abangnya pakai tali keledar dia pun tumpang sekaki menyibuk, last2 aku yang pening.

Jam 7 ptg kami sampai, paksu,maksu dan anak2nya, nenek pun ada dari pagi-pagi lg menyediakan masakan untuk kami. Hari tu kami makan malam dengan lauk asam pedas ikan talapia maksu, lepas makan kami sembang sampai jam 1.00 pg, dah lama tak jumpa nih.....nak tau paksu pelihara sendiri ikan ni, ada tiga buah kolam semuanya.

Suami dengan Paksunya

Anak aku yang darjah satu(eam) tak nak balik tau dia nak tangkap ikan kat kolam tu, akhirnya dapatlah seekor talapia yang hidup baru nak balik,sukalah dia. Yang lucunya dia sanggup dok dengan ikan sorang2 kat belakang sekali, gara2 nak jaga ikan tu lah takut mati katanya. Bukan itu saja, orang yang paling seronok sekali adalah suami aku, dia rindu sangat kat satu2nya bapa saudara sebelah arwah ibunya yang dah 4 tahun tak berjumpa.

Malam tu riuh rendah di buatnya, sampai anak paksu tak terkata melihat gelagat anak2 aku, apa taknya mereka bersorak-sorak, melompat-lompat melihat keretapi yang tiba-tiba melintasi depan rumah paksu.Yang kelakarnya setelah keretapi pergi,Aying yang terlopong kehairanan terus berkata;''buat lagi'', dia ingat benda tu boleh di ulang2 agaknya. Sepanjang malam tu dapatlah anak2 aku tengok 3 kali keretapi melintasi rumah paksu,seronoklah dia.

Pagi tu aku rasa malas nak bangun, sejukkkk betul di sini macam kat negeri salji plak. Pagi2 lagi eam dah bangun, rupanya dia dah janji nak tangkap ikan di kolam, memang betul budak ni tak boleh di buat janji, tidur pun dia ingat lagi.

Aku dan nenek


kenangan bersama maksu, nenek dan anak2nya.


Gambar kenangan bersama paksu,maksu dan nenek.

Lepas sarapan dan borak2 kami pun bersiap2,jam 11.30 pagi kami bertolak. Dalam perjalanan tu sempat lagi singgah bergambar di Gunung Stong, air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Kami bergambar je,perjalanan kami jauh lagi nih..... Anak2 aku memang seronoklah, itulah pengalaman baru bagi mereka.
Aku dan Aying

Bersama Aying,Eam dan suami


Bersama anak-anak

Along,kakak,Aifa dan Aidil

Tetap romantis walaupun dah 16 tahun kahwin


Ikan bawal (air Tawar) masak 3 rasa.

Ikan bawal dari kolam Pak Su yang sempat aku bawa balik sebanyak 4 ekor. Bosau tau...tu separuh ekornya saja, bahagian kepala ada aku simpan nak masak lemak.Ikan tiga rasa ni aku masak sendiri tau. eeeemmmm terangkat.

2 comments:

  1. Dah ada blog baru rupanya, bagus lah...

    ReplyDelete
  2. ya la k tie,tengah belajar.Almaklumlah baru nak menjinak-jinak dalam bidang ni.

    ReplyDelete