Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Thursday, December 16, 2010

MAJLIS PERTUNANGAN

Salam,

Majlis pertunangan anak sedara sabtu minggu lepas, aku jadi tukang sibuk, hihi.......sibuk menjadi mak andam, sibuk buat gubahan hantaran cupcake, sibuk buat cupcake banyak2 bagi makan kat sanak saudara, sibuk dok hias pelamin dan sibuk dok curi makan ayam percik kesukaan aku, haha......

Sibuk jugak dok bergambar sana sini, itu dah memang adat la kann........majlis hari tu memang cukup meriah sekali.

Layan gambarnya yaa...........















Seronokk......klu ada majlis macam ni selalu kann.......dapat berkumpul dgn adik beradik, memang bestttt......

Daaaaaaaaaaaaaa.......................

Tuesday, December 7, 2010

PERCUTIAN YANG INDAH.........

Salam,

Haiiii.........masih ada yang rindu kerrrr???????.......hehehe....dah berkurun tak update blog ni, bukan takde cerita cuma tak sempat nak bercerita jew.......macam dah takde mood nak bercerita, arini ada mood la pulakk.....

Saje nak tepek gambar pegi holiday aritu, alaa.........bukan pegi luar negara punnn.......di malaysia ni jew......tu pun dah kecoh kann.....kikiki..........tak kesah la kann....kat mana pun asal dapat membahagiakan dan menyeronokkan kami sekeluarga, itu yang paling penting.

Dua hari satu malam kami kat bukit gambang resort city, anak2 seronok sangat dapat main air, ada yang mintak nak datang lagi, ermmmm.......botaklaaa.......che abang tu, hihihi..........sesekali boleh la datang tempat2 macam ni, penginapannya boleh tahan jugak, biasa la kann...

Layannnnn jerkkkkk..............





















Wednesday, November 10, 2010

TERGELAK DALAM SEDIH..............

Salam,

Pelik benau bunyiknya kan, ada ker dalam sedih2 nak gelak la pulak......tapi ini cerita benar tauu.....cerita ni berlaku petang semalam antara aku dan che abang disebuah restoran.

Ceritanya lebih kurang macam ni, petang semalam dari pejabat che abang call bgtau lepas keja dia nak jumpa membernya kat besut jadi dalam keadaan sakit kepala selsema dan rasa nak demam, aku pun tawarkan diri menemaninya sebab risau memandu sorang2 diri dahla musim hujan kan......jauh pulak tu.

Kami pun berangkat kesana lebih kurang jam 6.15 gitulah, tak sampai separuh jalan che abang ajak makan kat restoran, lapo katanya sebab tadi sibuk tak sempat nak lunch, alahaiiiii................kecian pulakkk....kira makan malam sekali la niiii.......

Aku ikut saje, memang aku sukee makan2 ni, hihi........masuk aje restoran tu kami disapa oleh kawan sepejabat che abang yang kebetulan datang beli juadah makan malam untuk anak2nya, isterinya dah lama meninggal kerana mengidap pelbagai penyakit.

Dok sembang2 kejap dia pun balik, naluri wanita aku dah bercampur baur masa tu dengan rasa sedih dan macam2, memang aku berhati lembut, chehhhh.......bukan apa.....aku kesian melihat seorang bapa yang terpaksa menjaga makan minum anak2 tanpa seorang isteri disisi, sungguh sedih.

Tanpa sedar bergenang juga air mata aku ni, sambil bersuara kepada che abang," kesiannnnn...... ya bang pada dia, terpaksa hari2 beli makan kedai untuk anak2," aku pandang che abang dengan genangan airmata, tiba2 che abang gelak tak hengat, aku yang dalam kesedihan ni terpinga2 mencari jawapan, rupanya dalam gelak2 tu sempat lagik dia perli aku,"alaaaaaaaaaaa........abang yang ada isteri ni pun selalu jugak makan kedai," hahahahahahaaaa..................kantoiii...................
terkena weihhhhh.........terkesan dalam sanubari, aku yang sedih ni pun tergelak sama dengan ayat keramat dari che abang tu.

Sedar2 dah nak magrib, lepas makan dan sembahyang terus kesana dalam hujan renyai2, jam 12 malam sampai kat sini balik, penat giler.

Daaaaaaaaaaaaaa...........

Monday, November 8, 2010

MAJLIS PERTUNANGAN

Salam,

Dah lama tak update blog ni kan, ari ni mcm ada aura plak nak belek2 blog ni yang dah macam dianaktirikan, walaupun tak update blog tapi sesekali sempat jugak aku jengah blog korang tauu....tak caya??? cuma tak sempat nak tinggalkan jejak aje, datang sekadar nak melepaskan rindu dan melihat perkembangan korang.

Aktiviti sabtu lepas, ke majlis pertunangan anak sepupu yang dah lama tak bersua, almaklumlah kan masing2 sibuk dengan tugas sampai tak sempat nak menziarahi sanak saudara. Sedar2 anak sepupu pun dah besar panjang dah nak kahwin dah pun.

Layan gambar yang sempat disnap pada hari tu, sampai pun dah petang sebab kami semua sesat jalan, jenuh mencari mujur jumpa.


Bakal pengantin

Hantaran belah pihak lelaki

Bergambar bersama kak pah, kak na, mek, mak saudara dan sepupu

Sepupu sepapat


Lepas makan borak2 jap, kami pun balik. Masa balik singgah jap kat kk home deco yang baru dibuka kat kota bharu ni, kami kongsi kereta yang lain2 balik dulu. Sajer bawa kakak2 ku pegi cuci2 mata jew.....sempat naik tingkat 2 jer, ada 2 tingkat lagi tak larat dah nak naik tangga, kaki dan betis dah sakit gara2 banyak berjalan, balik rumah che abang lah kena jadik tukang urut kaki, hahahahahh.......

Daaaaaaaa...............

Tuesday, October 12, 2010

TARIKH KERAMAT 10.10.2010

Salam alls,

Dengan ucapan TAHNIAH buat suami tersayang diatas kejayaan dan anugerah yang dimiliki, diharap anak2 juga akan mengikut jejak yang sama nanti, insyaallah....

Pada tarikh 10. 10 2010 adalah tarikh keramat bagi kami, tarikh inilah tak mungkin akan dilupakan lebih2 lagi che abangku, aku juga gembira dan bersyukur kerana abang dapat membuktikan kebolehannya kepada anak2 dan sebagai pembakar semangat untuk anak2 masa akan datang serta dapat merealisasikan impian dan cita2nya yang telah lama dipendam.

Tak lupa sejambak rose pink buat abang tersayang ikhlas dari ayang, TAHNIAH SAYANG.......

Layan gambarnya yea, itu jew yang sempat tepek, nak lihat banyak lagi sila ke fb aku yea.......

Layannnnnnn..........................











Tuesday, September 21, 2010

RAYA PERTAMA KAMI

Salam,

Baru sempat nak update gambor raya, tema baju raya kami tahun ni warna apa ntah, nak kata purple tak juga, tak kesahlah warna apa pun asal sedap mata memandang dah oklah tu kan....

Raya tahun ni rumah che abang lagi, huhu.......sebab semua dah buat kata sepakat nak beraya kat umah mil memandangkan tahun ni pertama kali sambut raya tanpa Fil yang telah pergi bulan 3 aritu, kami tak kesah, aku ikut jew apa yang baik, isteri solehah la katakannn.....ecehcehhh.........

Raya tahun ni adalah yang paling tak best okeyyy................bukan sebab raya umah mil tapi seminggu sebelum raya aritu aku kena gastrik teruk sampai takleh posa, klu posa badan akan menggigil2 sebab sakit dan pedih kat perut dan dah pastinya tak boleh buat satu kerja pun, mujur tempahan coklat dah siap masa tu, itulah ujian yang Allah bagi pada aku masa tu, aku terima segala ujiannya dengan sabar dan harap tidak akan belaku lagi pada masa yang akan datang, insyaallah.

Layan jew gambornya,






Raya pertama, kami kerumah sepupu sepapat kat kampung che abang, aku nampak jew sihat tu tapi kalau lambat makan mulalah sakit datang balik, kena makan selalu, kalau macam ni nanti gumuklah hakuuuu....uwaaaaa.....taknakkk...

Ada tak di sini sape2 yang pernah kena gastrik?? andainya terbaca entry ku ini tolong bagitau andai ada cara2 atau tip nak menyembuhkan penyakit ni, pleaseee.................

Saturday, September 4, 2010

TUDUNG RAYA



Salam,

cuti aritu ambik kesempatan carik tudung raya plak, hambik ko......nak raya la katakannnnnn......habis segala warna mak nenek baju mokcik rembat, kali ni aku dapat shopping dengan aman sekali tanpa gangguan si Aying yang lasak tu dan che abang tunggu sampai tertidur dalam keta, kih kih..................ciannyaaaa......bini punya pasal, entah berapa kali mimpi tak taulah.

Aku sukeee tudung Ariani, sebab awninya yang memang lain dari yang lain, cuci berapa kali pun macam tu juga, sekali sarung je awninya terus terletak kat muka dengan cantik sekali.

Sekarang tengah ada promosi jadi boleh la rembat lebih sikit, sapa2 yang tengah mencari tudung tu, kunjungilah butik Ariani secepat mungkin sebelum kehabisan stok, hi hi........jadi tukang promosi la plakkk....

Daaaaaaaaaa.......

Friday, September 3, 2010

HAPPY 17 TH ANNIVERSARY




Salam,

Bergambar dihari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 17 th pada 31 ogos lepas sama dengan tarikh hari kemerdekaan kita, kebetulannya bulan puasa dan dah nak raya makanya takdelah suprise apa2, sebab semuanya dah ada seperti baju, kasut, handbag,subang dan loket baru aje rembat kira hadiah dan untuk raya sekali la kan.....

Untuk keperluan rumah pun ada, minggu lepas baru rembat kat kk home deco nilai 3, sanggup lagik tu posa2 pun kesana semangat betuiiiii laaaa........

Terima kasih yang tak terhingga buat che abang, diatas pengorbanan dan kasih sayang yang tak berbelah bahagi dan tak pernah ada sedikit pun kata2 kasar yang mengguris hati selama 17 tahun ini. Untuk abang, ayang minta ampun maaf banyak2 jika ada salah dan silap selama kita bersama dalam melayari bahtera rumahtangga ini.

Ya Allah......kau peliharakanlah hubungan kami ini dengan sebaik2nya, jauhilah kami sekeluarga daripada perkara2 yang tidak diingini dan tidak baik, berikan kami kesejahteraan hidup dan kesihatan yang baik dan berkatilah kehidupan kami sekeluarga, aminnnnn.....................




Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN

Salam,

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini ingin aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan2 dialam maya ini, kepada follower2 tersayang dan kepada sesiapa saja yang membaca entry ini, diharap pada bulan ini dan bulan2 seterusnya kita semua sentiasa berada dibawah lindungan dan limpah kurnianya.

Syukurlah kita semua diberi peluang lagi menyambut ramadhan pada tahun ini, jadi gunakanlah kesempatan itu dengan sebaik-baiknya, tahun depan belum tentu kita diberi peluang lagi atau tidak, hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.

Salam ramadhan almubarak untuk semua dan selamat berpuasa dari kami sekeluarga.

Daaaaaaaa......................

Sunday, August 1, 2010

FAMILY DAY JPNT

Salam alls,

Rindunyaaaaaaaaaaaaaa.............................dah lama tak update blog, manyak keje wehh............ luangkan masa jap arini melepaskan rindu pada kawan2 semua. Ada ker yang rindu kat aii ni, hi hi........kalau rindu selalulah jengok2 aii kat fb ya, aii sentiasa ada kat sana dengan cerita2 terbaru dan terhangat, chehhh........

Saje nak tepek gambar2 yang disnap pada hari keluarga jpnt baru2 ni, tepek sikit jew malas tahap gaban nak uploud gambar.

Layannnnn........


Sedang menikmati makan malam, menu malam tu memang marbeles dihidangkan dengan makanan laut dengan sosnya wallaaaaa.......syiokkkkkkk habis........malas nak tunjuk kot ada yang meleleh la pulakkk.....hahahahah.....................


Tempat penginapan kami sekeluarga, Azimos challet memang berpatutan la jugak......walaupun kecik ada bilik tidur,dapur dan ruang tamu, semua lengkap.


Sedang menunggu cabutan bertuah tapi tak bertuah punnnn...........masa ni jam dah 12:30 mlm, semangat sungguh sampai tertidur anak2, keletihan lah tu........masa ni memang aii rasa dah nak cabutt, dah sakit segala urat saraf aii ni, dah lah letih dan mengantuk tahap gaban, sejuk pulak tu, balik tidur lagi best kannnn.........


Aii yang kesejukkan bergambar bersama kawan lama yang kat besut dulu, kak rah ni lah yang selalu tolong aii dulu masa anak kecik2, sekarang anak2 dah besar pun ia anggap macam cucu sendiri.

Daaaaaaaaaaaaaaaa..........................


Wednesday, July 7, 2010

PINDAH RUMAH

Salam,

Esok pindah rumah lagik,hu hu...........letih tau.....mujur dekat, boleh bawa dulu deco2 kesayangan aku dengan kenderaan sendirik, dok quarters la pulakkkk..............selesa skit nak buat kelas coklat, walaupun quarters tapi besar dan 2 tingkat lagik tu.

Sabarr...ya kengkawan, ada masa nanti aku tepek gambor kediaman baru ku itew dengan hiasan yang menarik, chehhh....perasan pulok mokcik.

Esok lori datang angkut barang, aku paksa tuannya siapkan tempat letak deco aku sekali, hi hi................dril apa2 yang patut, tak gitu.....sekali pakej tu, hahahah..........jahat tak aku dan aku pastikan sebelum diorang balik kena pasang semula semua katil2 yang ada, mokcik nak jadi pengarah plak ni, tungguuuuuuu.........

Wednesday, June 30, 2010

SHOPINK RAYE DAAA........

Salam,

Semangat kata ko.......puasa belum lagik da shopping tuk raya, besa laaa........aku sukee buat persiapan awal, shopink sikit2 dulu, dekat raya baru shopink sakan lak, he he.........

Layannnnnn........



Laa.......kenapa senget lak nih, tak kesahlah.....gara2 nak cepat ler nih. Rembat baju kurung satu kat butik AFIA, amacam lawa takkkk????? he he.......lawa tak lawa, itu dah jadik milik aku tau...


Kain pasang cotton untuk si anak dara ku yang 2 orang tu, yg ni untuk hari raya ke-3 kott.........


Yang kat atas tu untuk raya ke berapa ntah, 2 pasang kain untuk anak dara, sengaja aku pilih kain sarung supaya anak2 kenal dan suka pakai dan kain pasang yang kelabu tu milik hakulah, bahagian aku wajib ada,hihi.........



Yang ni pulak untuk kami sekeluarga, kain untuk baju melayu dan baju kurung, semua sama tahun ni, dipakai pada raya pertama, tahun ni aku pilih color ni pulak tp bukan purple macam tahun lepas tau........

Alamakkkk!!!!!! sapa nak jahit nih...........sempatkah haku.......akan aku cuba, tapiiiii........... kalau tak sempat, tolong hakuuuuuu......................

Daaaaaaaaaaaa........