About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Wednesday, November 10, 2010

TERGELAK DALAM SEDIH..............

Salam,

Pelik benau bunyiknya kan, ada ker dalam sedih2 nak gelak la pulak......tapi ini cerita benar tauu.....cerita ni berlaku petang semalam antara aku dan che abang disebuah restoran.

Ceritanya lebih kurang macam ni, petang semalam dari pejabat che abang call bgtau lepas keja dia nak jumpa membernya kat besut jadi dalam keadaan sakit kepala selsema dan rasa nak demam, aku pun tawarkan diri menemaninya sebab risau memandu sorang2 diri dahla musim hujan kan......jauh pulak tu.

Kami pun berangkat kesana lebih kurang jam 6.15 gitulah, tak sampai separuh jalan che abang ajak makan kat restoran, lapo katanya sebab tadi sibuk tak sempat nak lunch, alahaiiiii................kecian pulakkk....kira makan malam sekali la niiii.......

Aku ikut saje, memang aku sukee makan2 ni, hihi........masuk aje restoran tu kami disapa oleh kawan sepejabat che abang yang kebetulan datang beli juadah makan malam untuk anak2nya, isterinya dah lama meninggal kerana mengidap pelbagai penyakit.

Dok sembang2 kejap dia pun balik, naluri wanita aku dah bercampur baur masa tu dengan rasa sedih dan macam2, memang aku berhati lembut, chehhhh.......bukan apa.....aku kesian melihat seorang bapa yang terpaksa menjaga makan minum anak2 tanpa seorang isteri disisi, sungguh sedih.

Tanpa sedar bergenang juga air mata aku ni, sambil bersuara kepada che abang," kesiannnnn...... ya bang pada dia, terpaksa hari2 beli makan kedai untuk anak2," aku pandang che abang dengan genangan airmata, tiba2 che abang gelak tak hengat, aku yang dalam kesedihan ni terpinga2 mencari jawapan, rupanya dalam gelak2 tu sempat lagik dia perli aku,"alaaaaaaaaaaa........abang yang ada isteri ni pun selalu jugak makan kedai," hahahahahahaaaa..................kantoiii...................
terkena weihhhhh.........terkesan dalam sanubari, aku yang sedih ni pun tergelak sama dengan ayat keramat dari che abang tu.

Sedar2 dah nak magrib, lepas makan dan sembahyang terus kesana dalam hujan renyai2, jam 12 malam sampai kat sini balik, penat giler.

Daaaaaaaaaaaaaa...........

1 comment:

  1. ehheheee...biasala tu k sal wei...buat2 tak dgr je la...

    ReplyDelete