About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Wednesday, November 10, 2010

TERGELAK DALAM SEDIH..............

Salam,

Pelik benau bunyiknya kan, ada ker dalam sedih2 nak gelak la pulak......tapi ini cerita benar tauu.....cerita ni berlaku petang semalam antara aku dan che abang disebuah restoran.

Ceritanya lebih kurang macam ni, petang semalam dari pejabat che abang call bgtau lepas keja dia nak jumpa membernya kat besut jadi dalam keadaan sakit kepala selsema dan rasa nak demam, aku pun tawarkan diri menemaninya sebab risau memandu sorang2 diri dahla musim hujan kan......jauh pulak tu.

Kami pun berangkat kesana lebih kurang jam 6.15 gitulah, tak sampai separuh jalan che abang ajak makan kat restoran, lapo katanya sebab tadi sibuk tak sempat nak lunch, alahaiiiii................kecian pulakkk....kira makan malam sekali la niiii.......

Aku ikut saje, memang aku sukee makan2 ni, hihi........masuk aje restoran tu kami disapa oleh kawan sepejabat che abang yang kebetulan datang beli juadah makan malam untuk anak2nya, isterinya dah lama meninggal kerana mengidap pelbagai penyakit.

Dok sembang2 kejap dia pun balik, naluri wanita aku dah bercampur baur masa tu dengan rasa sedih dan macam2, memang aku berhati lembut, chehhhh.......bukan apa.....aku kesian melihat seorang bapa yang terpaksa menjaga makan minum anak2 tanpa seorang isteri disisi, sungguh sedih.

Tanpa sedar bergenang juga air mata aku ni, sambil bersuara kepada che abang," kesiannnnn...... ya bang pada dia, terpaksa hari2 beli makan kedai untuk anak2," aku pandang che abang dengan genangan airmata, tiba2 che abang gelak tak hengat, aku yang dalam kesedihan ni terpinga2 mencari jawapan, rupanya dalam gelak2 tu sempat lagik dia perli aku,"alaaaaaaaaaaa........abang yang ada isteri ni pun selalu jugak makan kedai," hahahahahahaaaa..................kantoiii...................
terkena weihhhhh.........terkesan dalam sanubari, aku yang sedih ni pun tergelak sama dengan ayat keramat dari che abang tu.

Sedar2 dah nak magrib, lepas makan dan sembahyang terus kesana dalam hujan renyai2, jam 12 malam sampai kat sini balik, penat giler.

Daaaaaaaaaaaaaa...........

Monday, November 8, 2010

MAJLIS PERTUNANGAN

Salam,

Dah lama tak update blog ni kan, ari ni mcm ada aura plak nak belek2 blog ni yang dah macam dianaktirikan, walaupun tak update blog tapi sesekali sempat jugak aku jengah blog korang tauu....tak caya??? cuma tak sempat nak tinggalkan jejak aje, datang sekadar nak melepaskan rindu dan melihat perkembangan korang.

Aktiviti sabtu lepas, ke majlis pertunangan anak sepupu yang dah lama tak bersua, almaklumlah kan masing2 sibuk dengan tugas sampai tak sempat nak menziarahi sanak saudara. Sedar2 anak sepupu pun dah besar panjang dah nak kahwin dah pun.

Layan gambar yang sempat disnap pada hari tu, sampai pun dah petang sebab kami semua sesat jalan, jenuh mencari mujur jumpa.


Bakal pengantin

Hantaran belah pihak lelaki

Bergambar bersama kak pah, kak na, mek, mak saudara dan sepupu

Sepupu sepapat


Lepas makan borak2 jap, kami pun balik. Masa balik singgah jap kat kk home deco yang baru dibuka kat kota bharu ni, kami kongsi kereta yang lain2 balik dulu. Sajer bawa kakak2 ku pegi cuci2 mata jew.....sempat naik tingkat 2 jer, ada 2 tingkat lagi tak larat dah nak naik tangga, kaki dan betis dah sakit gara2 banyak berjalan, balik rumah che abang lah kena jadik tukang urut kaki, hahahahahh.......

Daaaaaaaa...............