Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Sunday, May 31, 2009

MELANGSAIKAN HUTANG

TAG 1, TAG NAMA JEPUN

Tag ni aku terima dari adik FRB yang comel tu, nasib baik sonang....

TRANSLATION:

A - ka----F - lu---- K - me---- P - no---- U - do---- Z - zi B - tu----G - ji----- L - ta----- Q - ke ----V - ru C - mi----H - ri ----M - rin ----R - shi ---W - mei D - te----I - ki -----N - to----- S - ari---- X - na E - ku--- J - zu ----O - mo ----T - chi---- Y - fu

Sama2 kita nengok ya apa bunyinya nama aku......nama pendek ajerlah ya.

SAL = ARIKATA

Hi hi comel jugak nama aku dalam bahasa jepun ni, sukeee......

Nama che Abang aku,

LOKMAN = TAMOMERINKATO

Ha ha.....kelakor macam tomato pulak bunyinya, cukuplah tu aku penat nih.

FRB, akak dah settle semua tu dik....harap puas hatilah ya.


************************************************************************************



TAG 2, tag ni aku terima dari kak yong kawan baru aku, susah gak tag ni soalan pelik plak tu, takpe aku cuba ya.......

1. If you can be an animal, what will u be?

Aku rasa nak jadi arnab, sebab dia cantik dan manja hi hi.....

2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?

Hish....taknaklah merompak, aku tak suke duit haram.

3. If you can teleport your self anywhere in the world, where do you want to be? why?

Nak telepot diriku sekeluarga ke tanah suci Mekah, tapi tak berkemampuan lagi duit simpanan tak cukup2, makin kurang adalah sejak che Abang sambung belajar ni. Aku teringin menjejak kaki ke Mekah untuk menunaikan rukun Islam ke 5.

4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want? why?

Masa tu taknak makan apa dah, cuma nakkan amalan jer..... doa anak2 dan saudara mara, supaya dipermudahkan urusan disana. Seram aku tau...................

5. If you can only kill one person in this world, who is the person? why?

Napee.......lah nanya soklan camni, aku ni usahkan nak membunuh orang, nengok darah gigi pun dah menggigil.

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? why? hah?

Cukup dah 24 jam tu, aku jerk yang selalu kalut. Kalau boleh taknaklah hidup sampai 100 tahun, nanti menyusahkan anak cucu cicit plak, tapi kalau dah tertulis camtu aku terima jerlah. Aku bersyukur jika dipanjangkan umur, dapatlah melihat anak2 berjaya dalam pelajaran dan kehidupannya masing2.

7. If you can date celebrities, who is that person? why?

Dulu2 aku minat kat Acis, sekadar minat ajerlah tak ada date2 ape pun.....sekarang dia pun dah kawin dengan sheila majid dah ada anak pun.

8. If you can only have 1 thing in this world, what should that be? Why?

Aku kalau boleh nak........mesin buat duit kot......he he he....sebab aku suke shopping, bila aku rasa nakkan sesuatu, buat jer duit banyak2 dan menyopping sepuas hati aku, boleh gitu.

9. If you have the opportunity to tag 7 of your friends, who are they? why?

7 orang yer, aku nak 7 orang yang aku sebut ni bersedia jawab ya....

[-suziey-]

FRB

mektie

mamaqaseh

ena

mamasyaza

Gieyana

Sape2 diatas yang dah buat tag tu sila abaikan yerk.

Kak yong, sal dah buat tag ni dengan gigih tau.....harap dah berpuas hati ya......
****************************************************************************************************************

TAG 3, TAG GAMBAR KEYCHAIN

Tag akhir ni aku terima dari adik neezareef yang cute tu, makaseh ya dik...kak sal cuba buet ni, nasib baik sonang kalau susah maunya poning akak nak menjawabnya.

1. ambil gambar keychain yang ada pada kunci kereta/motor/van/lori atau apa-apa sahaja kenderaan. (kunci rumah/office tak aci ok)
.


Ok dah, aku tepek keychain kunci unser dan kancil jerk, motor pun ada tapi masa aku snap gambar ni motor takde adik aku pinjam.

2. buat ulasan lanjut tentang keychain korang.
Keychain kunci unser tu saje jerk aku letak gambar shin chan tu, sebab anak2 sukeee....keychain kunci kancil tu pulak untuk penyokong manchester united, kancil ni che Abang aku selalu guna untuk ke kuliah.

3. nyatakan juga jika ada memori atau kenangan indah pada keychain tersebut.
Sebenarnya takde apa2 memori atau kenangan indah pun pada keychain tu, saje jerk...kalau tak letak keychain nampak dogel plak kan......keychain tu beli kat jusco jerk.

Dah selesai semua tag aku, maka selesailah hutang aku dengan korang ya. Dengan ini senang sikit hati aku bila balik bercuti kat kampung nanti. Ada satu lagi tag gambar masa kecik belum selesai sebab gambar kecik aku dok kat kampung, sorry ya cutemiut.....nanti kak sal buat okey.....

Friday, May 29, 2009

SKETSA PAGI JUMAAT

Salam semua,

Hari ni aku rasa ok sikit, jadi dapatlah aku bersama kowang semua di hari jumaat yang indah ini. N3 aku kali ini mengisahkan Aying yang sedang berleter memarahi seekor tikus, yang sebenarnya tak ada pun tikus kat situ saje je, sebab selalunya kalau dia nak main benda2 yang merbahaya aku sembunyikan dan aku cakap tikus yang ambik, jadi kalau mainannya hilang ke apa ke selalu dia marahkan tikus, ha ha..............

Masa ni che Abang aku yang rakam, dia tahu babanya tengah rakam tu tapi saje nak berlakon kononnya, pandai sungguh anak mama ni berlakon ya.....besar esok jangan jadi pelakon udah........mama tak sukeee....

Aku masa tu tengah gelak guling mendengar leteran Aying yang ntah apa2 tu, memang mulut Aying ni mengalahkan mak nenek, bila bercakap tak reti nak berhenti.

Jom saksikan sketsa ni ok, jangan gelak........layannnnnnnnnnnnnnnnnnn......



Aku tak tahu kowang paham ke tak ya, sebab dia berleter dalam versi kelate + kl, tu yang buat aku gelak bagai nak rak sakit perut ni ha. Kowang perasan tak masih lagi dengan baju bola dia tu tak jemu2, hurmmm.....

Ok aku lunch dulu ya......

Thursday, May 28, 2009

SAKIT MELANDA

Salam ,

Kowang tahu tak ubat apa tu, aku rasa semua orang tahu kan.......perut aku ni dah seminggu buat hal tapi dengan kedegilan aku ni, aku tahan sebab taknak ke klinik. Kalau pegi klinik sah dah kena makan ubat, aku ni tau2 ajelah bukan jenis makhluk yang suke makan ubat.

Dah berapa kali che Abang aku ajak, aku buat dak.....je, last2 semalam kena pegi jugak sebab tak tahan sangat. Orang degil macam nilah, aku ingat semakin sembuh rupanya makin melarat pulak.

Balik dari klinik pegi pasar malam jap nak beli roti john dan buah2, che Abang pelawa aku makan kat restoran western food papa joo, apalagi aku order chicken chop dan che Abang aku black pepper beafsteak, aku makan separuh jerk tak berselera. malas nak snap gambar sebab masa tu aku tengah tahan sakit.



Balik rumah macam biasalah kalau aku sakit, che Abang yang ambik ubat, buka ubat,suap ubat, ambikkan air macamlah aku ni OKU yang takleh bergerak. Sebenarnya terlebih ngada2 sikit dan lagi satu sanggup dia tunggu aku, selagi aku tak makan ubat selagi itulah dia dok kat sebelah aku, chehhhh.........nak taknak terpaksalah aku telan, uwaaaaaaaaaaaaaa...............kalau tak tunggu maunya aku buang ubat tu, mueheheheheh...............tak sedar diri lagi tu.

Setakat ni dah dua kali aku makan ubat tu tapi macam takde perubahan plak, kowang tahu tak ubat apa yang elok untuk gastrik ni, tolong aku weh. Kalau macam ni bila nak abis puasa ganti aku, perut ni pun ngada2 macam tuannya jugak.

Maafkan aku ya, ari ni aku takleh nak jalan2 rumah kowang semua keadaan tidak mengizinkan aku,hu hu......

Tuesday, May 26, 2009

KOLEKSI VANTAGE

Salam uols,

Inilah antara koleksi vantage yang aku ada, bertahun2 jugak mengumpulkan benda ni. Maklumlah kan regenya sape tak tahu, kita yang tak mampu ni ada banyak ni pun dah rasa bersyukur sangat.

Warmer yang kat bawah ni adalah hadiah Happy Anniversary aku yang ke berapa ntah lupa plak, che Abang aku yang kasi dia beli kat Alamanda. Masa tulah pertama kali aku dapat vantage terlalu seronok, sukeeeee............rasa macam nak melompat2, ekekekekeke....

Warmer ni aku guna pada masa2 tertentu jerk, lepas tu simpan. Dulu aku guna seharian kat dapur, tak kuasa plak nak urus lepas makan cerewet kena selalu berhati2, dahle anak2 asyik dok main buka tutup, ngeri aku. Last2 aku masuk kat dalam kotak balik.







Tea set yang kat atas tu che abang aku jugak yang beli 1 set dengan pinggan mangkuk sekali set yang 6 biji. Pinggan mangkuknya aku malas nak tepek sebab elok2 kat dalam almari tu setengahnya ada kat dapur aku guna.




Balang tu aku guna masa hari raya, yang lain tak pernah guna pun buat koleksi dalam almari jerk. Kalau pikir2 betul jugak kita orang pompuan ni, beli pinggan mangkuk yang mahal2 simpan buat hiasan dalam almari, makan dengan pinggan yang biasa2 jerk tak adil kan, ekekekekkekk...............

Untuk menjaga hati suami, aku guna jugak tapi jarang2 jerk...........tukar2lah kan, tak kuasa nak guna selalu benda2 macam ni, cerewet..........cuci nak kena selalu hati2. Aku kan jenis yang serba serbi mau cepat, nanti tak pasal2 hancur plak.

koleksi ni semua dah lama aku beli, saje aku tepek kat sini untuk kenangan aku dan menunjukkan betapa minatnya aku pada benda2 macam ni, esok2 bila kita dah tua dan tiada, ada juga koleksi peninggalan kita untuk anak2, betul tak........macam dah tua benor nampak, muehehehe.....................

Daaaaaaaaaa.................

Monday, May 25, 2009

PENYANYI CILIK

Salam semua,

Hari ni kita nengok konsert plak ya, sebenarnya banyak penyanyi cilik ni buat persembahan, saja aku tepek satu dulu kat sini. Kowang nengoklah jangan gelak udah le.........

Suke sangat kalau rakam aksi dia menyanyi, berlakon pun boleh gak......kalau bercakap memang susah nak berhenti, siap berleter lagi tu ikut perangai sapa ntah, muehehehehehh.....

layan jerk konsert penyanyi cilik yang seksi meksi tu, sekarang dipersembahkan Aying dengan lagu LASKAR PELANGI.....dipersilakan.......





Sunday, May 24, 2009

BUNGA DAN LAMPU

Salam semua,

Semalam aku mendeco semula bunga2 yang kat dalam rumah ni, aku tukar pasu dan letak bunga dalam pasu lain pulak supaya nampak macam baru, aku tak suka nengok benda yang sama dok ditempat sama, selagi boleh diubah aku akan buat, barulah kediaman kita akan nampak berlainan setiap masa betul tak kenkawang?.......

Inilah dia yang aku beli kat kk home deco ari tu, siap digubah baru aku tunjuk kat kowang semua, cantik tak..........tambah sikit dengan bunga2 yang sedia ada kat rumah.




Bekas ni pun beli kat kk, guna bunga yang dah ada jugak gantung kat situ, tak kesahlah kan....nampak sikit jerk kena beli tambah lagi tu. Bunga beli kat lovely lace.




Yang kat atas tu dah lama aku beli cuma tukar bunganya jerk, bunga kat dalam tu yang pink aku letak dalam watering pulak.



Satu lagi bekas ni aku beli kat kedai english style nilai 3 ari tu, bunga dah lama aku beli. Dulu letak dalam watering.



Ini dia terendak yang aku beli kat kk jugak, standable lamp tu dah berkurun aku beli cuma tukar terendaknya jerk, bolehlah kan......yang lama tu aku nak hias semula, tunggulah kemunculannya nanti ya........

Ok bye bye.......

Thursday, May 21, 2009

SHOPPING BARANG DAPUR

Malam tadi aku ke jusco niat nak beli mandian dan ubat gigi jerk, bila dah sampai kat sana lain pulak jadiknya. Nilah peel aku bila dah berada kat tempat camni, memang takleh nak diubah sikap ni, tangan ni gatallllll................... je nak ambik itu ini, hishhhhhhhhhhhhhh...........masa bayar barulah insaf tapi kejap jerk, lepas tu buat pulak.

Tengoklah si cilik tu suke benor dia tolak troli tu, aku pegang pun dia marah. Bukannya boleh dok diam kat dalam tu, menyebuk dengan dia je kalau nak cepat memang hangin dengan si Aying ni, tak bagi melalak2 pulak. Suka hatilah Aying asal tak berlari2 kat tempat lain sudah.......

Layan jerklah, tengok tu troli lebih tinggi dari dia, ha ha ha.............cuba bayangkan dia berjalan dengan kaki camtu.




Rehat kejaplah, penat weh tolak benda ni, berat jugak rupanya. Apalah mama nih ambik banyak sangat, kemana pulak mama nih tak habis2 lagi ker........Aying letih dah ni.


Nasib baik mama cepat, Aying tak larat dah ni . Lepas bayar segala aku pun terus balik, jusco pun dah nak tutup, aku ingat dia dah penat rupanya belum lagi, di tolaknya lagi troli tu sampai kat luar, Aying2 rajin sungguh anak mama ni.

Belum pun masuk keta dah mintak papat(susu badan) adoiiiiiiiiiiiiiila buat malu mama jerk, sabar ya sayang.....papat kat rumah ya......sampai je kat rumah tak menyempat2.

Monday, May 18, 2009

LANGSIR BARU AKU LA.. LA.. LA.. LA........

Salam uols,
Seperti yang telah aku janji dengan kowang semua, nak tepek langsir baru aku kan......inilah hasilnya ya.....setelah seminggu bertungkus lumus, maka siaplah langsir aku nih. Tak sia2 aku
bersengkang mata dok menjahit malam2 semata-mata nak siapkan benda ni.

Layan aje ya.....patern tu aku reka sendiri tau......




Tolong abaikan model kat belakang tu ya....masa tu aku tengah tahan gelak sebab langsir tu berat sangat,adeehhh...ish ish ish....nengoklah anak sulung aku tu, dah besau dia dari aku.

Yang kat atas tu untuk tingkap 4 panel, kedua2 langsir ni untuk rumah aku kat kelate sebab dah lama aku tak tukar langsir rumah sana, semenjak mula siap dulu lagi. Cuti sekolah ni aku balik, yahoooo.....tapi minggu kedua, minggu pertama ada hal pulak. Aku rasa tak sabar2 nak balik kampung, dah lama aku tak balik tau........rindu ngan mak, ayah, adik beradik aku.

Lari tajuk plak, apa aku merapu nih. Nantilah aku buat n3 lain plak bila siap pasang nanti ya, disamping tu kowang boleh nengok dengan lebih dekat rumah aku kat sana okey.


Daaaaaaaaaaaaa........

Sunday, May 17, 2009

AKU KE NILAI 3

Semalam aku ke nilai lagi, tujuannya nak beli langsir adik aku, dia nak cepat pulak terpaksalah aku segera kesana. Alang2 dah sampai kat sana, aku masuk kk home Deco kejap, adalah sikit2 aku beli, nanti2lah aku tepek kat n3 lain kali.

Sambil jalan2 cuci mata ternampak pula kedai henglish, apalagik terus masuk ajelah. Aku beli sikit jerk, saje je nak tambah koleksi. Kalau ikutkan hati, banyak yang aku nak duit jer tak cukup, hu hu............habis wak beli karpet bulu tu, hi hi......

Sebenarnya tak rancang pun nak karpet bulu tu, tapi..........saje je lalu depan kedai karpet terliur pulak,hurmm..........Deco tu pun pantang nampak, padahal takde tempat dah nak letak. Kalau ada yang berkenan memang tak dapat nak tahan nafsu aku nih.

Ini jerk yang aku beli, towel dan apron tu nak ganti baru sebab yang kat dapur ni dah uzur benar dah.




Cantik tak karpet bulu aku tu, hi hi.......i likeeeee........................

Yang kat bawah ni kain langsir adik aku, dia nak ruang tamu kuning dengan gold. Aku rasa ini yang sesuai, gambar kurang menyerlah sangat. Bila siap nanti aku buat n3 pattern ni pulak ok, Yang purple tu untuk semua bilik tidur.


Su, diharap kau berkenanlah ya, nantikan n3 langsir aku esok, he he..........jangan ngada2 nak tiru patern aku pulak, kalau nak cepat buat yang simple jerk ok........

Daaaaaaaaaaaaaaa........muahhhhhhh...rindu korang semua.

Friday, May 15, 2009

AKU ADA PEMBANTU

Salam uols,
pejam celik pejam celik dah hari jumaat , aku rasa baru jerk hari minggu besok cuti pulak, bagi orang yang berkerjalah kan......bagi aku kat rumah ni hari minggu ke hari biasa ke sama jerk tak henti2 buat kerja, uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......tolong aku................

buruk sungguh perangai aku nih, kalau boleh semua benda aku nak buat, semua perkara aku nak sempurna. Nasib baik tangan ada 2 kalau ada empat tak tahulah, mungkin dah lama terbelit,ekekekeke....

Mula dari bangun tidur sampai nak tidur balik, tak henti2 buat kerja. sekarang ni tengah siapkan langsir aku, lepas tu nak siapkan yang adik aku punya pulak untuk sebuah rumah, dia nak naik rumah baru.

rutin seharian aku sebelum mula menjahit, aku kemas rumah dulu. Aku memang pantang kalau rumah bersepah, nasib baik anak2 aku paham apa yang aku tak suka, diorang tak pernah buat sepah. kalau nak sepah kat dalam bilik diorang jerk itupun kalau aku tak cek, kalau aku cek memang kena dengan aku,sebab tu diorang tak buat.

Inilah pembantu aku, rajin sungguh buat keja. Bagus anak2 aku nih, ringan sikit keja aku, kecik2 dah pandai nak menolong mama. kowang perasan tak dah seminggu dok pakai baju bola tu, belum sempat kering dah pakai balik kalau tak bagi melalak pulak. Satu malam tu, jam 1 pagi dia tak nak tidur lagi, aku buai pun taknak, rupanya nak pakai baju bola. terpaksalah sidai bawah kipas, dah kering sikit2 terus pakai, jam 1.30 baru tidur, haru sungguh si Aying ni kan.

Layan jerk kegiatan diorang kat rumah ni okey.......





Aku tak suruh tau, diorang yang gatal nak main benda tu. Main jerlah Eam selagi kau larat, larang pun bukannya dengar, buat sakit tekak aku jerk.

Wednesday, May 13, 2009

DECO KESAYANGANKU

Aku sedih ni, nak tau tak........malam tadi deco kesayanganku ini pecah lagi. Mula2 aku beli dulu dah hancur berkecai, tapi aku tak serik.... beli lagi sama yang macam tu juga, kali ni pecah lagi nasib baik muncungnya jerk yang pecah.

Tengok le gambar kat bawah tu, kowang perasan tak. Inilah antara koleksi2 peribadi kesayangan aku, dulu aku minat giler dengan benda ni, sekarang minat juga tapi kurang sikit. Lo ni dok giler english style pulak, macam2 minah ni kan....

Inilah antara koleksi deco kesayangan aku, setengahnya aku letak kat rumah aku di kelate. Aku ingat yang ni pun aku nak antar kat sana jugalah, risau kalau pindah nanti. Sayang tau.....bukan senang nak dapet, bertahun aku kumpul ni tau.





Yang kat bawah ni set biru, set merah tak sempat beli aku pindah. Semua ni dah lama aku beli tau masa dok kat johor dulu.



Saje jerk aku letak kat blog aku nih, semua deco2 peribadi kesayangan aku akan aku tepek satu persatu disini, kowang tunggu kemunculan deco aku yang akan datang okey.....semua ni sebagai kenangan untuk aku jerk tak lebih dari itu.

Daaaaaaaaaaa.......

Tuesday, May 12, 2009

MINUM PETANG

Selamat petang semua,
Kowang dah minum petang? aku bukan setakat minum jerk, makan petang lagi. Errrrrkkkkk, alhamdulillah......baru lepas makan ketupat sotong ni ha. Petang ni aku merajinkan diri berpeluh kat dapur masak ketupat sotong versi kelate ni, ampun ore kelate kureng sikit kemerahannya, ini pun dah manis amat. Aku kurangkan sikit manisnya, takut kena kencing manis pulak.

Layan jerk ketupat sotong aku yang tak seberapa nih.



Kalau kat kelate punyalah manis, dengan air gulanya pekat likat. Aku tak suka manis nak jimatkan gula dan gula melaka kaedahnya. Buat 16 ekoq jerk, dapat 2 ekoq sorang, hi hi....jiran2 hidu bau ajerlah.......

Monday, May 11, 2009

BAJU BOLA AYING

Salam uols,
N3 aku kali ini nak cerita tentang Aying pulak, dah lama rasanya aku tak tepek gambar Aying kat sini. Inilah gambar terbaru Aying, masih fresh lagi baru snap pagi tadi.

Inilah baju baru Aying, baju bola lagi tu, sebenarnya baju ni baru beli semalam, dah seminggu dok mengarut nak baju bola ni, hari tu masa aku beli untuk abang Eam dan Edi aku lupa nak beli untuk dia, bila dah sampai kat rumah, apalagi....... berebut tak sudah le nak pakai baju tu.

Makanya semalam aku pegilah beli untuk Aying satu, nasib baik ada saiznya. Kalau takde tak tahulah, maunya melalak kat situ juga. Dahle kat restoran hari tu dia buat hal menjerit sekuat hati berebut roti bakar dengan si Edi, hurmm.......risau aku dengan si Aying ni, tak boleh halang kemahuan dia, terpaksalah abang2 dan kakak2nya mengalah.

Dah dapat baju baru ni taknak tukar pulak, dari malam tadi pakai baju tu. Pujuk mandi lepas tu pakai balik, punyalah seronok dia pakai.

Tengoklah tu, suka sangat kalau orang snap gambar dia.



Sehari dua ni, aku tengah sibuk menjahit langsir aku, nantikan n3 yang akan datang pastinya lebih kebabommmmmmm. Bila sibuk dan letih nak berblog pun rasa cam tak larat. Hari ni aku masak simple2 jerk untuk lunch tadi.


Sayur campur ayam
Ikan bilis pedas with kentang
Ikan merah masam manis



Anak2 suka makan bilis tu, diratah begitu jerk sampai licin. Petang ni aku masak pengat ubi keledek plak untuk minum petang. Dah lama keledek dok bertapa kat dalam peti tu, aku tak sempat nak masak.

Friday, May 8, 2009

SELAMAT HARI IBU

Salam semua,
Pertama sekali aku ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu aku (Hamidah) yang tersayang, semoga mak aku semakin sihat dan boleh melakukan tugas kat rumah seperti dulu, amin....... dan juga kepada semua kawan2 blogger aku yang dah bergelar ibu, semoga menjadi ibu yang baik.



Untuk tatapan anak2ku dan diri aku sendiri,

Orang kata aku lahir dari perut MAK..(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....MAK
Bila lapar, yang suapkan aku....MAK
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..MAK
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....MAK
Bila bangun tidur, aku cari....MAK
Bila nangis, orang pertama yang datang ....MAK
Bila nak bermanja, aku dekati....MAK
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....MAK
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....MAK
Bila nakal, yang memarahi aku....MAK
Bila merajuk, yang memujukku cuma....MAK
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....MAK
Bila takut, yang tenangkan aku....MAK
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....MAK
Aku selalu teringatkan ....MAK
Bila sedih, aku mesti talipon....MAK
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .MAK
Bila bengang.. aku suka luah pada..MAK
Bila takut, aku selalu panggil... "MAAAAKKK! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....MAK
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....MAK
Bila buat hal, yang marah aku dulu....MAK
Bila ada masalah, yang paling risau.... MAK
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. MAK
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...MAK
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....MAK
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....MAK
Yang selalu berleter kat aku...MAK
Yang selalu puji aku....MAK
Yang selalu nasihat aku....MAK
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....MAK
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....MAK
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....MAK
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....EMAKKU
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....MAK
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “SELAMAT HARI IBU”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. MAK ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon MAK
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk EMAK
Renungkan:"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk MAK? MAK bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
Tapi kalau mak sudah tiada..........MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan IBUNYA....
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah IBUNYA....
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin IBUNYA....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis IBUNYA....
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis IBUNYA....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga IBUNYA....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH IBUNYA....
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"SAYA SAYANGKAN IBU".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya.


Mak,
Sesungguhnya aku sangat sayang padamu, walaupun ianya tak perrnah diucap, namun ketahuilah aku sayang pada mak dan rindu pada mak selalu.

Maafkanlah anak mu yang degil ini, walaupun dulu aku tak dapat menghadiahkan segulung ijazah pada mu, sekarang kesenangan menyebelahi aku dan sedikit sebanyak dapat membantu mu hari ini.

Mak dah banyak berkorban untuk aku, jasa mak tak dapat aku balas. Terima kasih mak, hanya Allah saja dapat membalasnya. Semoga mak happy selalu disamping Ayah tercinta.

HABIS KENA CURI

Salam semua,
Semalam aku pegi jalan2 lagi, semenjak che abang cuti ni, asyik berjalan jerk kerja aku. Hari2 kerja nak menghabiskan geta laki ajer. kali ni shopping pakaian anak2 plak, kami gerak jam 10 pagi.

Setelah sampai di tempat yang di tuju, aku pun teruskan aje niat aku tu. pilih2 dan ambik yang berkenan di hati. Che abang ikut belakang jerk, sambil mengawasi anak2 yang tak makan saman tu.

Selesai shopping2 semua baru sedar perut dah lapo, anak2 dah masing2 buat hal. Kami pun terus turun dan pegi ke restoran kat depan tu untuk lunch.

Masa kat restoran tu masing2 lapo, makan tak hingat dunio termasuklah aku juga. Masa tu handbag aku letak kat atas kerusi sebelah aku, takde orang kat tepi tu.

Nak dijadikan cerita masa aku pegi cuci tangan tu, aku lupa handbag aku kat situ. Anak2 pun dah keluar, che abang tengah bayar kat kaunter.

Hari yang malang bagi aku, ya Allah handbag aku.....dan2 tu juga aku pegi ambil, tapi.........dah takde rezeki aku, masa tu dah habis lesap semua isi dalamnya DUIT, BARANG KEMAS aku semua aku bawa dan semua kad yang ada termasuk kad ATM dan IC aku. Huhuhuhuhuhuhuhu.........................

Saat tu juga aku menangis sekuat hati aku, aku dah tak malu dah, aku melalak kat situ juga. Dalam hati terfikir minta2lah hanya mimpi je bukan yang betul2 terjadi, tapi kali ni memang betul2 , walau sekuat mana pun aku menangis takkan dapat balik harta aku tu.

Dah le emas aku boleh dikatakan banyak jugalah, tapi dah lama aku tak pakai sebab takut. Sekarang ni pakai emas putih yang kecik2 jerk.

Dalam dok nangis2 tu, tiba2 aku rasa ada orang peluk aku, bila aku bukak mata, oohhhhhhhhhhhhhhhh...mimpi rupanya, cissssssssssssssssssssssss nyesal aku nangis, buat malu jerk. Nasib baiklah aku mimpi, kalau buatnya betul2 tadi tak tahulah macammana.

Aku bersyukur sangat2 kepada Allah, aku bangun dan nengok handbag aku masih ada semuanya. Nengok jam dah siang rupanya, terus pegi mandi. Subuh gajah le jawabnya aku pagi tadi dok layan mimpi ngeri tu, haihhhh........Daaaaaa............

Thursday, May 7, 2009

BERDATING

Semalam aku ke jusco, saje je nak shopping barang dapur yang kehabisan . Masuk aje kat dalam tu, ehhhhhhh.....tiba2 je nampak pizza dok melambai-lambai, teringin plak nak makan benda tu.

Masuk aje le.........berdating sakanlah hari tu, aku berdua dengan che abang jerk, Aying tak kira sebab dia kecik, yang lain aku tinggal kat rumah, muahahahahh............mama apakah ini.

Harus bergambar dulu, aku dan che abang bergedik, memang tak kenal erti malu dua orang ni yerk, gedik tak bertempat, hi hi.......takpe memang dah sah lama dah pun....




Sedang menikmati pizza kegemaran aku, makan ke mentekedarah ni. Aaaaaahhhhhhhh........lantaklah.....


Pizza kegemaran aku, super supreme dan chicken supreme. Eeeeeeemmmmmmmmmm......shedappppppppppppppp......order satu bekas sorang baru adilkan.


Aying suke makan sup cendawan ni, kat rumah aku buat sendiri jerk.


Makan jangan tak makan, sesi menambahkan lemak dan kolestrol. Aku habis 2 keping jerk, che abang pun 2 keping gak, selebihnya aku mintak bungkus bawa balik kat anak2. mama mana yang tak ingat kat anak2 oiiiii.......kalau boleh yang kat dalam mulut nak bagi lagi. Ha, itulah kasih sayang ibu pada anak2 ni.

Untuk kawan blogger yang bergelar ibu, selamat menyambut hari ibu. Jadilah ibu yang penyayang dan dapat membimbing anak2 kearah kebaikkan.

Daaaaaaaaaaaa...........

Wednesday, May 6, 2009

RUMAHKU SYURGAKU

N3 ni sebenarnya dah lama kat dalam draf tu, aku tak sempat nak publish aje, n3 aku kali ni tentang hiasan dalaman plak, jangan salah sangka ya, bukan niat aku nak menunjuk2 ke apa ke kan, dek kerana aku minat banget dengan benda2 macam ni maka aku tepeklah kat blog aku ni untuk kenangan aku nanti takde niat ape pun.

Kalau ada yang beranggapan bukan2 tu, aku tak kesah pun, aku tetap aku jua. Aku suka buat benda yang aku minat, kerana benda tu boleh membahagiakan, mendamaikan dan menyeronokkan aku kat rumah ni, cehhhh.....melebih-lebih plak.

Ahad hari tu, lepas bangkit dari tidoq aku rasa bersemangat sikit. Oleh kerana malam tu aku tidoq awai dari biasa. Pagi2 lagi aku bangun kemas apa2 yang patut, sedang dok sapu2 lantai tu timbul plak idea ni, tingggg.......................

Hari ni free, che abang aku pun ada kat rumah, anak2 pun ada, bolehlah tolong aku. Yessssss.........good idea, maka jadilah MEM besau aku hari tu mengarah angkat itu angkat ini, letak situ letak sini, hehehehe.......bagus.....bagus...

Mungkin raya tahun ni tak perlu diubah2 lagi kot......tapi tengoklah, kalau aku rajin akan aku ubah lagi. Aku ni jenis yang tak suka nengok perabut ke hape ke dok tempat yang sama sampai bertahun2. kalau perabut yang besar dan berat tu lain ceritalah.

Inilah hasilnya.........setelah sepagi bertungkus lumus , layan aje yerk......deco aku yang tak seberapa nih.








Terima kasih ya abang dan anak2 kerana sanggup melayan kerenah aku yang macam2 nih, pepaham ajelah ya..........tau takpe.

Lain kali nak mintak tolong lagi ya...........jangan serikkkkk........

Monday, May 4, 2009

WEEKEND AT A' FAMOSA

Salam semua,
Hari ni semua dah keja semula kan, bagi aku keja ke cuti ke sama je tetap bekerja kat rumah ni.
Sabtu hari tu kami sekeluarga pegi bercoti-coti kat A'Famosa ni ha, saje bawa anak2 mandi.

Setibanya di sana, harus snap benda ni dulu. Itu sudah semestinyalah, bukan apa saja nak buat kenang- kenangan sebagai bukti kami dah sampai ke sini.


Ni masa dalam perjalanan, Aying dengan muka kemeknya. Suka sangat bergambar budak sorang ni, selalu suruh ambik gambar dia.


Setibanya di sana haruslah beli tiket dulu, hari tu punyalah ramai orang dari pelusuk mana ntah, lenguh kaki aku ni menunggu che abang. Alang2 tu bergambar dululah, cisssssss menyebuk sungguh mamat sorang ni, dah le.......sabar2 tak baik mengata orang kan........

Bagi sape2 yang belum datang sini, tempat mandi kat sini best gak, luas dan menarik seolah-olah macam berada kat tepi laut dan kat air terjun sekali. Cuma yang tak bestnya masa bayar tiket tu aje, ada mahai sikit le..... Hari minggu dewasa(13 thn ke atas) rm40 sorang, kanak2(4-12 thn) rm35. Hari biasa dewasa rm35, kanak2 rm30. Bagi aku yang anak ramai ni ha.....botak le kepala che abang aku ni.



Haaaa.........tu dia...... inilah peel budak2 ni belum ape2 dah rembat itulah inilah, barang2 kat sini tau2 ajelah, air mineral kecik tu pun dah rm 3.oo sebotol yang lain2 usah ceritalah.


Bersiap sedia nak mandi, tapi......anak2 aku ni tak suka baju mandi yang seksi meksi tu, bila dah jadi anak dara dan bujang ni kan, lagi taknak. Masa kecik dulu tak kesah la kan. Kalau beli pun buang duit jer....geli katanya. Lantak le asal dia selesa udah.....

Layan gambar mandi manda ni dulu ya.......









Ha ha ha...Aying dengan cara dia, kakak dan abangnya dah penat layan dia kat dalam kolam tu. Tinggallah Aying sorang2 kat situ, asal ada air tak kesah apa pun. Asyik sungguh dia main air, sekejap meniarap, sekejap duduk, nasib baik ada tempat budak kecik ni.


Aying yang kesejukkan, bukan main susah lagi nak ajak naik. Main2 juga, tapi makan harus makan, walaupun rasanya tak berapa nak shedap, telan ajelah.....aku rasa macam makanan kat hospital plak, tak rasa apa pun, mentanglah makanan free. Nak tahu tak sebenarnya kat sini nasi free je, di kira pakej.






Lepas makan2 semua sambung main lagi, jam 5 kami bertolak balik KL, aku tak mandi.....sebenarnya mak datin ni teringin sangat nak mandi ekekekeke....... tapi memandangkan harta2 yang ada tu takde sape nak tunggu, maka tak tercapailah hasrat aku nih,hu hu.....

Lain kali datang lagi ya bang.....




Harus bergambar kenangan kat sini dulu, Along dengan Eam sibuk nak bergambar dengan ular sawa ni, eeeeeeeeeeeee geli aku. Eam frust sebab dia nak pegang kepala ular tu tapi along yang ambik dulu, muahahahahah....takpelah eam...bukannya lawa pun...





Masa nak balik tu, sempat lagi bergambar dengan orang utan ni ha.....aku geli campur takut dengan binatang ni, siap pegang bahu aku lagi tu. Di buatnya cekik leher aku naya......

Masa tu aku rasa nak lari aje, tapi aku tahan sebab ramai orang kat depan tu, anak2 aku yang 2 orang lagi tu taknak bergambar dia takut. Aku pun takut, buat2 berani jer.....he he he...bergambar dengan orang utan ni pun kena bayar rm15 sekeping tau.

Lepas tu kami pun balik, penat dah sehari kat sana. Sampai rumah dah malam, terus mandi makan2 dan tiduq. Daaaaaaaaaaaa.......