About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Friday, May 8, 2009

HABIS KENA CURI

Salam semua,
Semalam aku pegi jalan2 lagi, semenjak che abang cuti ni, asyik berjalan jerk kerja aku. Hari2 kerja nak menghabiskan geta laki ajer. kali ni shopping pakaian anak2 plak, kami gerak jam 10 pagi.

Setelah sampai di tempat yang di tuju, aku pun teruskan aje niat aku tu. pilih2 dan ambik yang berkenan di hati. Che abang ikut belakang jerk, sambil mengawasi anak2 yang tak makan saman tu.

Selesai shopping2 semua baru sedar perut dah lapo, anak2 dah masing2 buat hal. Kami pun terus turun dan pegi ke restoran kat depan tu untuk lunch.

Masa kat restoran tu masing2 lapo, makan tak hingat dunio termasuklah aku juga. Masa tu handbag aku letak kat atas kerusi sebelah aku, takde orang kat tepi tu.

Nak dijadikan cerita masa aku pegi cuci tangan tu, aku lupa handbag aku kat situ. Anak2 pun dah keluar, che abang tengah bayar kat kaunter.

Hari yang malang bagi aku, ya Allah handbag aku.....dan2 tu juga aku pegi ambil, tapi.........dah takde rezeki aku, masa tu dah habis lesap semua isi dalamnya DUIT, BARANG KEMAS aku semua aku bawa dan semua kad yang ada termasuk kad ATM dan IC aku. Huhuhuhuhuhuhuhu.........................

Saat tu juga aku menangis sekuat hati aku, aku dah tak malu dah, aku melalak kat situ juga. Dalam hati terfikir minta2lah hanya mimpi je bukan yang betul2 terjadi, tapi kali ni memang betul2 , walau sekuat mana pun aku menangis takkan dapat balik harta aku tu.

Dah le emas aku boleh dikatakan banyak jugalah, tapi dah lama aku tak pakai sebab takut. Sekarang ni pakai emas putih yang kecik2 jerk.

Dalam dok nangis2 tu, tiba2 aku rasa ada orang peluk aku, bila aku bukak mata, oohhhhhhhhhhhhhhhh...mimpi rupanya, cissssssssssssssssssssssss nyesal aku nangis, buat malu jerk. Nasib baiklah aku mimpi, kalau buatnya betul2 tadi tak tahulah macammana.

Aku bersyukur sangat2 kepada Allah, aku bangun dan nengok handbag aku masih ada semuanya. Nengok jam dah siang rupanya, terus pegi mandi. Subuh gajah le jawabnya aku pagi tadi dok layan mimpi ngeri tu, haihhhh........Daaaaaa............

10 comments:

  1. Laa mimpi upenya..wat gelabah jer tau akak nie hehe..

    ReplyDelete
  2. sal ni buat suspen jer..dah lah sekarang ni musim peragut bermaharajalela

    ReplyDelete
  3. lerm impi rupnye..ish tp ape pn jgn ltk brg kemas dlm henbeg la kak...bhya..skang ni byk kes ragut..

    ReplyDelete
  4. ala akak nih..
    nk cubit kuat2 x
    :p

    ReplyDelete
  5. kak, nk kluar xyah bw hdbag besar2. mkin besar mkin bnyak brg yg kita isi..peragut kt luar tu geram je klo tngok bag besar2 ni.

    ReplyDelete
  6. ish.. akak ni saspen je.. mimpi rupanya

    ReplyDelete
  7. erk....mimpi rupanya, sib baik emas yang banyak tu tak kena curik,kalau tidak berayalah pencurik tu....risau sekarang ni kan

    ReplyDelete
  8. Qaseh,
    jangan gelabah,mimpi je..... kan.

    Kak Lela,
    eh eh sal pun terkejut gak,mimpi macam betul2 rasanya.

    [-suzie-],
    Akak kadang2 jer letak.Dalam henbeg takdak apapun,dalam mimpi jerk.

    ReplyDelete
  9. Neezareef,
    kalau nak cubit masa akak tengah mimpi tu lagi elok,takle akak nangis2 camtu.

    FRB,
    Kak sal bawa beg besar tu takde ape pun,pampers anak jer,muahahahhhhh...

    Cutemiut,
    Ya la rina,nasib baik mimpi je kan.

    ReplyDelete
  10. K tie,
    Ish2....banyak ker...takdelah,risau juga sekarang ni macam2 berlaku,kena jual semua tu gamaknya. Pakai yang putih plak.

    ReplyDelete