About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Monday, May 11, 2009

BAJU BOLA AYING

Salam uols,
N3 aku kali ini nak cerita tentang Aying pulak, dah lama rasanya aku tak tepek gambar Aying kat sini. Inilah gambar terbaru Aying, masih fresh lagi baru snap pagi tadi.

Inilah baju baru Aying, baju bola lagi tu, sebenarnya baju ni baru beli semalam, dah seminggu dok mengarut nak baju bola ni, hari tu masa aku beli untuk abang Eam dan Edi aku lupa nak beli untuk dia, bila dah sampai kat rumah, apalagi....... berebut tak sudah le nak pakai baju tu.

Makanya semalam aku pegilah beli untuk Aying satu, nasib baik ada saiznya. Kalau takde tak tahulah, maunya melalak kat situ juga. Dahle kat restoran hari tu dia buat hal menjerit sekuat hati berebut roti bakar dengan si Edi, hurmm.......risau aku dengan si Aying ni, tak boleh halang kemahuan dia, terpaksalah abang2 dan kakak2nya mengalah.

Dah dapat baju baru ni taknak tukar pulak, dari malam tadi pakai baju tu. Pujuk mandi lepas tu pakai balik, punyalah seronok dia pakai.

Tengoklah tu, suka sangat kalau orang snap gambar dia.



Sehari dua ni, aku tengah sibuk menjahit langsir aku, nantikan n3 yang akan datang pastinya lebih kebabommmmmmm. Bila sibuk dan letih nak berblog pun rasa cam tak larat. Hari ni aku masak simple2 jerk untuk lunch tadi.


Sayur campur ayam
Ikan bilis pedas with kentang
Ikan merah masam manis



Anak2 suka makan bilis tu, diratah begitu jerk sampai licin. Petang ni aku masak pengat ubi keledek plak untuk minum petang. Dah lama keledek dok bertapa kat dalam peti tu, aku tak sempat nak masak.

8 comments:

  1. Aying leh jd pemain bola sepak lak pasni..harap2 pasu akak x jatuh la yer...hehehe

    ReplyDelete
  2. waa tanteknye baju aying..:)
    ikan tu seketul je ke..ekek:D

    ReplyDelete
  3. Wah!!!sambal tumis itu kegemaran kak tie sejak kecik lagi tuuuuuuuu...nostalgia tul. tiap kali buat mesti tingat kat arwah mak huhu.

    ReplyDelete
  4. Gieyana,
    Harap2 begitulah ya, kalau pecah menangislah jawabnya mama dia,hi hi...

    ReplyDelete
  5. [-suzie-],
    seketui jerk,lebih masak asam pedas semalam.Lagipun anak2 tak makan.

    ReplyDelete
  6. k tie,
    Ya ke k tie,jangan macam tu...... sedih plak ni.sabarlah ya....

    ReplyDelete
  7. sejak2 ni bnyk plak blogger n3 pasal masakan. sape ckp wanita zaman skrg xpndai masak ek kak sal.
    batrisyia pun sama la kak, pak long dia kasi bju upin ipin..bju dh msuk bakul dia amik blik nk pkai

    ReplyDelete
  8. Wah hensem laa Aying ngn bju bolanya tue..hepi yea dpt baju baru hehe..
    Smbal tumis ikan bilis n kntang tue msti sedaaap kn..favret gak tuee..mmm nyum nyum

    ReplyDelete