About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Wednesday, July 29, 2009

AYING DAN BABY

Salam,

Ini dia baby yang aku cakapkan semalam tu Umair namanya, sebenarnya Umair ni sepupu Aying, jangan salah sangka pulak yer......aku buat masa ni belum terfikir lagi nak bagi adik pada Aying tu, ekekekekkkk..........

Sebenarnya adik aku mintak tolong jaga Umair ni 2 hari jerk sementara antar kat pengasuhnya.
sukee sangatlah Aying, nak riba babylah nak buailah macam2. Tapi kalau baby tidur dia sukee cakap kuat2 dan selalu usik baby dalam buai sampai baby pun tak lena nak tidur, naik geram aku dengan dak Aying ni, kalau aku marah makinlah menjadi2, dia dengki sebenarnya sebab aku tak sempat nak urus dia macam selalu.

Layan gambar Aying dengan baby Umair yang cumel tu......................







Hari ni Umair kat rumah pengasuhnya, tak tahulah macammana maklumlah dok dengan orangkan........harap Umair dapat pengasuh yang baik dan kasih pada kanak2.

Fikiran aku hari ni pun dok teringatkan dak Umair tu, terdengar2 bunyi suaranya merengek2 nak susu, ish ish.............aku pulak yang melebih2, entah camno dengan ibunya sendiri........begitulah kalau ibu bekerja nak buat camnokan................

Aku jenis spesis yang tak berapa nak percaya kat orang jaga anak ni, nasib aku tak keje..... kalau keje maunya aku berenti semata-mata nak jaga anak, muehehehehhh.......

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........................

Tuesday, July 28, 2009

LANGSIR DISPLAY UNTUK RAYA

Salam,

Lagik pattern langsir untuk sambut raya, aku buat display kat rumah jerk ya. Sape2 berminat boleh tempah untuk raya nanti. Korang dah buat persiapan ke belum?????, buat awai2 yerk....

Layan pattern langsir yang ini pulak, sape2 yang nak tiru kena mintak izin dulu tau, penat aku mikir nak siapkan satu2 pattern ni, kebanyakkan pattern langsir aku tak terdapat kat mana2 kadai tau sebab aku bikin design sendiri.

Aku takleh lama2 ni banyak tugas weh.......baby dok nangis nak mamam tu.......
baby????????????????? aku ada baby baru tau........................nak nengok???? tunggu............

ok......daaaaaaaaaaaaaaaaaaa...............

Thursday, July 23, 2009

AKU DEMAM MAAAA.......

Salam,

Dah bersawang ker blog aku nih, bukan aku lupa dan bukannya takde cerita ataupun idea, yang benornya bermula hari ahad hingga selasa lepas aku sibuk sebab kakak dan adik aku datang kat rumah.

Biasalahkan kalau ada tamu kenalah sibuk dok masak bagai kat dapur, seronok dok sembang ramai2 sampai takde masa nak berblog. Lepas mereka balik hari selasa tu, tiba2 jerk malam tu aku demam pulak, adoooooiiiiiiii laaaaaaaaaaaaa...............sakit seluruh badan aku ni.

Takleh tidur malam tu sakit badan, che Abang terus ambik ubat bagi aku makan, tolong picit dan urut2 maka tertidurlah sang tuan puteri ni, celik2 mata dah subuh gajah. Malas rasanya nak bangkit, kepala melayang2 rasa lemah sangat....

Semalam melepek jer tak buat keje apa pun, baring jerk kat katil tu sampai petang, masak pun tak, che Abang beli jer. Malam makan kat kedai jugak, kalau macam ni selalu kan seronok takyah susah2 masak, hi hi..............

Hari ni ok sikit rasanya, kepala dah tak sakit cuma sakit2 urat jerk. mokcik ni buat keje banyak sangat tak reti nak rehat, che Abang sibuk dok cakap tu la........ buat keje banyak sangat, rehat la dulu.

Camana nak rehat, badan jerk rehat tapi kepala dok nampak kain2 yang kat dalam opis aku tuh, nak kena siapkan jugak. Kalau tak siap jawapnya ada yang meleleh nanti.

Oklah aku buat keje dulu yea......

Daaaaaaa........................

Friday, July 17, 2009

BIRD CAGE

Salam,

Ha ha...............n3 hari ni pun deco aku lagik, jangan bushan yerk.........segar-segarkan mata skit supaya tak ngantuk petang2 nih.

Bird cage ni aku dah tepek hari tu tapi masa tu benda alah ni belum di make-up lagi, setelah aku letak aksesori dan make-up skit baru nampak cantik dan berseri ya dak.........siap letak burung 2 ekor lagi tu, nampak ke takkk......ada kat dalam tu, kalau tak nampak pendek umur...kah kah kah...........



Aku zoom bagi korang nampak, cantik burung aku tu tau........satu laki satu pompuan baru aci.
Kalau dapat anak tentu cantik kan.......warna dia mesti belang biru kuning, muehehehehh..........

Ha ha.....sajer jerk bual kosong petang2 nih, yang sebenarnya ada member blogger nak datang rumah aku ni, aku sedang menunggu dialah ni....kejap lagi dia sampai, janji jam 4 tapi sampai sekarang belum sampai2nya lagi labuuu......tahu tak kak sal ni pecah peluh dari tadi lagi dok masak, macamlah pandai sangat masak,hi hi.......

Nak tahu ker sape.........takyahlahhhhh.......nanti2lah.

Daaaaaaa........................................

Thursday, July 16, 2009

CANDLE HOLDER

Salam,

Tak habis2 mokcik ni dengan deco dia, korang nyampah ker..................pedulikkkk.........................
aku tetap aku jugak, sehari kalau tak belek benda alah ni tak sempurna rasanya, dah namanya minat nak wak camno kan.......... Mungkin orang2 yang sewaktu dengan aku mesti diorang faham kan........

Aku alihkan letak atas meja consol pulak, selalu jerk beralih tempatnya, kalau benda tu boleh bercakap tak tahu apa yang dia maki kat aku nih kan.......sekarang duduk diam2 kat situ yerkkk.....raya ni mungkin aku alih lagi.

Candle holder yang belah kanan tu belum ada candlenya lagi tak sempat nak carik, nantilah senang2 aku pegi, nyesal tak beli sepasang.





Yang kat atas ni paling aku sayang, cantikkann............nak gantung pun boleh tapi aku letak jerk kat situ.

Mujur anak2 tak usik benda2 ni, dah biasa agaknya. Mula2 beli dulu ada juga sesekali dia sentuh, lama2 dia buat dak jer......oklah tu, mungkin dia dah tahu minat aku gamaknya.

Daaaaaa...................

Wednesday, July 15, 2009

LIVING ROOM

Salam,

Okehhh.....dah siap pun langsir baru aku, amacamm....okey tak, bolehlah kann......aku buat ringkas2 jer untuk aku sebab dah jemu dok jahit yang customer punya yang berlisu-lisu bagai tu.

Dalam dok sibuk2 tu sempat lagik weh........semangat katakan.....mana aci asyik jahit hok customer jerk, aku pun nak yang baru jugakk......kejap jerk aku buat tu, sambil2 tunggu mata mengantuk jer...............

Layan ajerlah........................




Ini pandangan ruang tamu bahagian depan sekali, belah kiri tu pintu masuk. Sliding door aku tak pernah bukak pun sebab berhadapan dengan jalan, nanti orang nampak pulak kat dalam rumah aku ni kan....mana tau aku sedang seksi meksi ker.....muahahahah......................

Aku zoom dekat skit supaya korang nampak, abaikan munger yang senget benget kat atas tu ya.......nantilah senang2 aku suruh che Abang aku kasi betulkan, dulu tak perasan sebab kepala langsir takde reben kat tengah camtu.

Oklah aku ciauuuuu dulu mokcik ni manyak keje weh........................takleh nak borak panjang cam selalu.

Daaaaaaaaaaaaaaaaa........................

Tuesday, July 14, 2009

TOPIARI

Salam,

Inilah topiari hasil kerja tangan aku, first time aku buat benda alah ni, harap dah menjadilah kan...nak tahu nape aku buat topiari color hijau tu, sebabnya langsir baru pun hijau gak.......
kunun2 nak matchinglah kan.....

Langsir baru pun dah siap cuma tunggu giliran jerk nak keluar, hi hi.................dah giler nak raya mokcik nih, posa ganti tak habis2 lagi, tengah gigih posalah nih.

Siang malam aku buat keje tau, punyalah semangatnya. Kalau aku tak bersemangat susah pulak......tak siaplah kain baju dan langsir yang berlambak tu, dah naik letih aku nengok keadaan dalam opis aku tuh, wakakaaa.......opis kunun.

Layan ajer topiari aku ni ya.............aku sukee yang macam ni, lain kali aku buat jenis lain pulak.



Gigih betul nak buat benda ni, senang jerk tak susah mana pun yang penting semangat tu mesti ada. Ini salah satu persiapan raya jugak, ada banyak lagi...................nantilah kalau rajin aku tepek ok,

Daaaaaaaaaaaaaaaaa.................

Saturday, July 11, 2009

BASIKAL BARU

Salam,

Hari tu jalan2 kat serdang kunun2 nak cari beskal Aying ni, pusing2 jumpalah satu kedai ni. Aku masuk tinjau2 carik mana yang berkenan, aku nanya Aying sukee yang ini?? dia wak dok jerk asyik dok pegang yang warna pink tu, macam pompuan pulak.

Dak Aying ni memang minat pink, kalau cakap apa2 mesti terkeluar perkataan pink dari mulutnya, ha ha.....................berleter pun dia kaitkan dengan warna pink tu, kelakor.

Aku pujuk2 tunjuk yang color biru ni, nasib dia nak. Regenya lepas tawar menawar dapatlah 90 henggit, oklah kot.......................aku pun tak tahu mahal ke murah, rasanya bolehlah........





Sampai kat rumah tak sabar2 nak merempit macamlah dia besar sangat, selama ni asyik dok berebut beskal dengan Eam jerk sampai melalak-lalak.

Petang tu sampai kat rumah terus merempit hingga ke malam sampai tak ingat nak tidur, makan pun kat atas beskal tu. Malam tu ajak tidur pun taknak asyik merempit, tak sangka hari tu jugak Aying dapat kayuh beskal tapi separuh jerlah....aku rasa bolehlah dengan umur dia yang baru 2 stgh tahun tu.

Sekarang ni bangun tidur mula2 sekali dia cari, beskal. Yang tak tahannya hari2 dok melalak nak main kat luar pulak, adoooiiiiiiiiiilaaaaaaaaa..........tulah takde beskal carik beskal, sekarang sape yang susah??????akuuuuu............jugakkkkkk........

Daaaaaaaaaaaa.................

Thursday, July 9, 2009

MAJALAH LANGSIR

Salam,

Weekend ari tu aku ke serdang nak beli reben dan alat2 menjahit skit terpandang buku ni, aku belek2 lepas tu beli, dalamnya ada cara2 nak jahit langsir siap dengan gambar sekali.

Patternnya menarik gak ler.... yang pernah aku buat selama ni pun ada gak tapi dek kerana minat, aku beli gak buat panduan sebab aku jahit langsir selama ni tak pernah belajar pun, main hentam jerk janji sedap mata memandang dan yang penting customer puas hati dengan jahitan dan pattern yang kita reka, betul takkk...........

Tapi aku ni pelik skit, kalau belajar dengan buku memang susah nak faham, aku lebih sukee nengok sendiri cara2 nak buat sesuatu benda tu. Sekali nengok jerk aku dah boleh buat, malah lebih kreatif dari yang tukang ajar tu, hi hi......perasan la pulakkk.......tapi itulah kenyataannya.



Aku sukee majalah ni sebab muka depannya menarik, hijau gitu sama dengan color langsir aku yang belum siap tu cuma aku punya hijau polos gitu.

Siap nanti aku tepek okeyyyyy........aku sukee buat persiapan awal tak kiralah apa pun, baru tak kelam kabut nanti.

Daaaaaaaaaaaa.................

Tuesday, July 7, 2009

HASIL KERJA TANGANKU

Salam,

Aku dah agak mesti korang dok tunggu2 apa benda yang aku ceritakan semalam tu......ada kerr..........macamlah deco mokcik ni melatop kedabommm sangat kannn.......

Alaaa............sajer jerk aku tepek, bukan niat apa pun sekadar nak berkongsi idea jer kann........

Ish ish........lawa jugak bila dah siap nih, ingat ari tu aku nak antar balik kampung, tak jadilah pulak. Terendak ni asalnya warna putih kosong jer dan ada sikit renda kat tepi, boring ari2 dok nengok aku beli pulak terendak baru kat nilai 3 regenya tak silap rm 135 yang aku tepek kat n3 yang lepas tu.

Dulu tak terfikir langsung nak buat camni padahal kejap jerk dah siap, lagipun hasil tangan kita sendiri ni lebih bermakna tauu........kepuasan yang tak terhingga tak gitu........apalagi kalau di puji oleh suami terchenta, kembanggggggg jadikknya,hi hi.......

Sebelum tu aku nak bagitau tapi korang jangan gelak, sebenarnya pasu kat bawah tu bukan pasangan dia, itu pasu cina aku. Ha ha..........aku letak jerk kat situ, amacam boleh takkkk.......lantaklah........korang nak kata apa pun, aku tak kisah.....






Korang nampak tak alas meja bulat tu, itu pun aku buat sendiri jugak masa weekend yang lepas tapiiii..................tak cukup kain laaa.............dapat senteng jerk, takpelah kan....nampak betis seksi skit, muahahahahh..................



Yang ini aku zoom dekat supaya jelas skit, hijau gituu.....jangan jelessssss......................ini persiapan raya tau......rumah KL temanya hijau, langsir pun corak sama jugak digabungkan dengan kain kosong hijau.

Nanti siap aku tepek lagi okeyyyy................sape2 nak tempah boley lerr......larikkkkkk......

Daaaaaaaa.........................

Monday, July 6, 2009

KESIBUKANKU TELAH BERMULA

Salam,

Hari ini merupakan hari pertama kesibukan aku dirumah setelah 2 bulan che Abang bercuti, kelasnya akan bermula hari ni dan macam biasalah orang belajar selalu sibukkkkkkk....memanjang kannnn....... biasanya jika dia ada kat rumah senanglah aku sebab kalau Aying buat hal ker apa ker dia yang tolong uruskan, jadi aku dapat buat keje aku dengan aman skit.

Jadi hari ni cam biasalah tinggal aku dengan Aying jerk kat rumah, asal jer aku bentang kain dia buat hal naik atas riba aku mintak papat pulakkkkkk.....aduissss....macam2lah Aying nih, sengaja jerk dia nak aku layan dia.

Aku memang spesis yang tak boleh dok diam, kepala hotak ni selalu pikir nak buat itu ini macam tak cukup jerk masa, makin aku kejar makin cepat masa berlalu pegi.

Sambil dok layan Aying tadi timbul satu idea, tingggggggggggggg........................aku pun terus capai benda alah tu dan selongkar barang2, renda dan sewaktu dengannyalah nasib semua ada.
Aku pun mulalah buat keje tu, sambil cakap2 dengan Aying dah siap............ tak sampai pun 1 jam, tak sangka ya........kebetulan semua barang2 dah ada jadi cepatlah aku buat.

Korang nak tahu tak apa benda alah tuuu..................hi hi.........nantiiiiiiiii......sabar.......sabar..........
esok aku tepek yea..... tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu......................

tengahari pulak berlaku adegan lucu, masa tu aku tengah tidurkan Aying, budak bertuah ni susah skit kalau bab tidur ni, dah elok2 aku nengok dia kat buai tu baik punya pejam mata ala2 dah lena gitu, aku pun terus keluar bilik nak buka pintu bab Eam dan Efa dah balik skola. Lepas tu aku terus ke dapur nak lunch sama2 dengan anak2 yang baru balik tu.

Lepas makan Eam terus masuk bilik aku sebab dia nak mandi, terkezut aku bila dia jerit "mamaa................. Aying main bedakkkk...................................."

Laaaaaaaaa............................aku kat dapur ni kehairanan, bila masa pulak dia bangun tadi masa aku keluar dia dah tidur. Agaknya dia pura2 tidur kotttt.................bila aku keluar dia bagun buat keje, habis separuh botol bedak di taburnya, atas cadar, kepala katil, kat lantai sebuah bilik jadi licin. Kat muka, badan dan rambut dia usah ceritalah, aku nak marah pun tak jadi dok gelakkan dia, nasib aku cepat masuk kalau tak habis make-up aku pulak dikerjakannya sebab masa aku masuk tu dia dah bukak dan ambik lipstik aku, haaaaiiiiiyaaaaa.................sukee sangat main benda2 camni tau....

Tak pasal2 tambah keje mop lantai pulak letih aku tauuu......dahlah cadar penuh berbedak, bertuah betullll.....................

Sengaja aku tak snap gambar sebab kat atas katil aku porak peranda dibuatnya, taknaklah tunjuk kat koranggg.....maluuuu......lagipun takut dia jatuh sebab kat lantai licin sangat, kang aku gi ambik kamera tak pasal2 dia tergolek pulak.

Daaaaaaaaaaa.....................


Sunday, July 5, 2009

TERIMA KASIH ABANG

Salam,

Inilah projek pertama che Abang masa cuti ari tu, hampir 2 bulan bercuti seronok dok kat rumah yeaa........ temankan aku dan tolong apa2 yang patut, time kasih Abang......pengorbanan mu tak dapat diucapkan dengan kata2 terlalu banyak untukku.

Bukan nak memuji tapi tulah hakikatnya, dia tahu minat aku dan bila aku kata nak cat putih troli tu buat ala2 enggeris dan nak tampal decal terus dia tunaikan niat aku tuh dengan anak2 sekali diarah buat keje, anak2 apa lagi sukee sangatlah kalau keje macam ni.

Kat bawah ni adalah warna asal yang belum dicat putih lagi, harus dibawa keluar dulu untuk di bedak, hi hi............




Kat atas ni pulak anak2 aku sedang kusyuk buat keje, haaaa........keje rajin2 yeaa........bila dah siap semua dan cat pun dah kering, aku pun tampal decal yang aku beli kat nilai 3 ari tu.

Amacam cantik takkkkkkkkkkkkkkk.........walaupun tak secantik yang kat kedai tu tapi aku berpuas hati sebab che Abang aku yang buat boleh gak berjimat, kann......

Layannnnnn........hasilnya yang tak seberapa ni tapi amat bernilai bagi aku, chewahhh.......



Sebenarnya troli ni elok letak kat dapur, oleh kerana dapur rumah aku ni sempit makanya kat luarlah jawabnya, tak kesahlah kan......letak kat mana pun asal sedap mata memandang. Dan esok akan bermulalah sesi pengajian che Abang, maka bermulalah juga masa2 sibuknya, hu hu..... dan aku pun turut sama jadi sibuk sebab urusan dirumah aku yang kena uruskan.

Daaaaaaa..................

Saturday, July 4, 2009

BUKA PUASA

Salam,

Petang semalam aku bukak posa dengan pizza lak, nyum nyummmmm.......................enak sekali, aku kalau posa memang mengada-ngada skit, tak posa pun ngada gak,............nak makan macam2 mengalahkan orang mengidam jerk, hi hi.......nasib che Abang aku selalu tunaikan permintaan isteri kesayangan ini, (menyampah mokcik ni). Asal jer jalan2 perut pun lapo nak makan, nape ntah..........che Abang selalu tersenyum bila aku cakap bang lapoooooooo........................bukan dia tak tahu peel aku, hi hi..........................



Itu dia hindangan berbuka kami ari tu, Che Abang pun posa gak, dia selalu temankan aku posa taklah aku sahur sorang2 kan........................

Kenyang ker.........................belum lagi.........malam tu bedal nasi pulakk.....muahahahahahhh.......

ok daaaaaaaaa.......................

Friday, July 3, 2009

SEMUANYA LIMA

Salam,

Dah lama rasanya tag ni dok bertapa kat dalam draf nih. Tag ni datangnya dari kv, member sedaerah aku katanya, kak sal buat ya kv dan jangan lupo duyan untuk akak yer.....heh heh.....

Soklannya adalah.......

1)"5" nama timangan anda.....

a. Sal
b. Mah
c. Mama
d. Cek Chik
e. Cik Mah

2) "5" sifat/tabiat buruk.....
a. Sukee shopping tak kira barang deco, pakaian dan sewaktu dengannyalah.
b. Sukee memetir.
c. Sukee buat keje yang menyusahkan diri,seperti kemas rumah tak kira masa.
d. Tak sukee dok diam,keje jerk tiap masa.takleh tidur siang hari dok ingat nak buat keje jer.
e. Takleh makan kalau dapur bersepah,sentiasa pastikan dalam sink kosong.

3) "5" makanan peberet
a. Tom yam
b. Mee celup
c. Seafood
d. Nasi kerabu
e. Kek coklat

4)"5" subjek pelajaran paling suka....
a. Sains
b. Senilukis
c. Bahasa Malaysia
d. Agama islam
e. Pj (senarnya aku tak berape nak sukee belajar nih, sebab tulah lepas spm terus kawin muahahahahh................................

5)"5" benda wajib lam purse....
a. IC
b. Lesen memandu
c. Kad ATM
d. Duit kertas dan syiling
e. Member card

6) "5" topik yang biasa di bual bersama pasangan/teman....
a. Hal kami suami isteri,hi hi......
b. Hal pelajaran anak2
c. Hal belanjawan
d. Tentang minat kami
e. Bergossip

7) "5" MANGSA TAG
a. Neezareef
b. Mama Qaseh
c. suzie Apai
d. Leadleedeea shawtee
e. Era

Heh heh......sape2 yang dah buat tag ni sila abaikan yerkk......kalau tak lagik silakan.......aku nak cek lepas nih,mak datin ni garang tau........ekekekekk....

Thursday, July 2, 2009

PULUT DURIAN VERSI KELANTAN

Salam,

Hari ni pagi2 lagi aku dapat luangkan masa disini, sebabnya tadi aku bangun pagi2 lagi sahur katakan....... makanya ari ni aku puasalah. Haiiiiiiiiiyyyaaaaaaaaa.................berapa manyak posa nak kena ganti daaa...................

Oleh kerana aku dah janji semalam nak tepek pulut duyan versi kelate ni, maka aku tunaikanlah.......petang semalam aku merajinkan diri masak pulut ni, rasanya dah lama tak makan, bukan selalu dapat makan benda2 macam ni tau.

Itu sajer bahan2nya ya puan2 senangkan...... mesti ada pulut, santan mentah dimasukkan sedikit garam, gula melaka, gula dan yang penting sekali duyan mesti ado, hi hi...........






Atas tu siap untuk dimakan, itu hok mokcik punya tapi......tak abis lerr.....tu pun aku dah pusing belakang taknak nengok che Abang makan, malas aku nak cerita, sape2 yang biasa makan dia akan tahu macammana pulut duyan ni dimakan. Aku makan pulut dulu lepas tu makan duyan pulak samalah kan......aci takkkk.....

Mok cik ni bukan sukee sangat makanan macam ni, oleh kerana che Abang sayang sukeee....sangat haruslah buat.......... jugak bukan terpaksa tau......

Aku paling tak tahan bila nengok pulut digaul sebati dengan duyan, uweeeeekkkkkkkk.......loya tekak aku ni tau.......tapi bagi yang penggemar pulut duyan ni dia tak kesah apa pun, aku jer yang otak jahat selalu teringat yang bukan2.

Sape2 yang nak cuba bolehlah, kat tempat aku memang soho pulut duyan ni.

Oklah aku nak buat keje dulu, selamat mencuba......

Wednesday, July 1, 2009

UBAT PENAT

Salam,

Dah berapa hari aku tak update yer........hari ini walaupun sibuk tapi aku curi2 masa kat sini, buring jugak asyik dok cium mesin jahit tu hari2, naik sakit badan aku nih.

Semalam aku keluar jap, niat nak beli majalah Anjung Seri tapi lain pulak jadiknya, haiiiiiyaaaaaaa..........
kalau dah nampak kat depan mata, makanya tak terkawal nafsu menghabiskan duit nih. Majalah tetap beli tapi yang tak tahannya benda2 sampingan yang tak terniat tu pun mesti ada.

Itulah aku, tabiat buruk ni payah nak kikis tau................nape.....lah. Ada tak sape2 yang boleh berubat penyakit ni, ekekekekkk...............

Layan jerk apa yang aku beli tu yer....................



Yang atas tu aku sukee............ boleh isi majalah ataupun bunga2 ya puan2 sekelian....



Atas ni pulak boleh isi burung, muahahahahhh..................banyak benor burungnya tuh. Senarnya aku nak hias bunga kat atas tu....bunganya lum beli lagik.

Ha ha...........yang ini paling aku sukeee.......boleh letak baby tau.....hi hi......



Dan yang akhir kat bawah ni pulak nak letak apa erkkk.............lantaklah, ambik ajerlah.......tu pun dah berapa kali si Aying ambik nak naik basikal katanya, nasib baik tak patah.



Mula2 bawa balik semalam, anak dara aku berebut nak buat hadiah katanya, no no no no..........takkan aku bagi punya......

Masa balik tu singgah beli duyan 6 biji, sampai kat rumah tak menyempat2 nak bedal duyan, lama dah tak makan, hari ni nak buat pulut duyan ala kelate pulak, kalau sempat aku tepek esok ok.....

Daaaaa..........................