About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Monday, February 9, 2009

TELATAH AYING


Semalam aku free, terus apa lagi kalau tak pi shopping. Aku kalau bab yang satu ni, sakit pun jadi sihat hehe...... Ari tu banyak gak aku menyopping, tak tahan tengok sale sana sini. Aying pun seronok kalau dapat jalan-jalan camni. Kalau tanya; aying nak pegi mana ni? terus dia jawab; "Jusco selection", nak beli gula-gula dan aiskrim. Tu lah kemahuannya tiap kali di bawa ke sini.

Muhamad Amrin Adiputra, inilah nama anak bongsu aku yang daun keladi ni. Umur 2 tahun, manja orangnya tapi garang, banyak cakap, tak suka dok diam, minat menyanyi semua lagu yang dia dengar diikutnya dengan mudah, bercakap mengalahkan mak nenek.

Sedapnya Aiskrim ni..


Gigit bawah lagi best..


Beginilah cara makan gula-gula..

Sampai je kat rumah terus mandi, tukar baju. Ha....masa nilah nak rilek kejap makan gula-gula sambil tengok tv.Lepas ni mau masak plak, banyak keja lagi nih.. bla...bla... bla...

Masak ikan masam manis


Cuci kain alaf baru

Ha... tulah keja aying bila kat rumah, tak kenal erti penat, ada saja keja yang dia nak buat. Macam-macam idea yang di lakukanya mencuit hati kami. Kalau ke dapur panjat kerusi cuci pinggan,dengan dia2 sekali dalam sink. Panjat meja, masak, abis berterabur dapur aku, pendek kata langsung tak boleh dok diam. Bila kat ruang tamu dia buat keja lain plak, tapi...... nasib baik barang2 perhiasan aku tak di usiknya, mungkin dah biasa agaknya ataupun dia tahu barang2 kesayangan mama dia.

Bestnya kat dalam ni

Apa lagi nak buat ni haaa....

Posing camni hensem gak

Merehatkan badan dan minda

Inilah masanya aku boleh rilek skit. Dia tidur sekali dalam sehari itu pun kejap je, nak tidur bukan main susah lagi. Masa Aying tidur terasa sunyi plak rumah ni. Masa ni lah boleh tengok dia diam, kalau tak macam-macam gelagat Aying yang tak menang tangan di buatnya. Biar apapun yang di lakukannya, walau penat sekali pun aku tak kesah, asalkan dia sihat walafiat selalu. itulah pengorbanan seorang ibu terhadap anak2nya.

3 comments:

  1. Rajinlah aying menolong mama dia yer, hihi...sal kaktie nak patern dsal 7 cam kak pah nyer, nanti kaktie ukur eeekk

    ReplyDelete
  2. Rajin bebenor Aying tu,takyah pakai bibik dah.Oklah k tie,jgn silap ukur tau.

    ReplyDelete
  3. Pinjam bibik seminggu, boleh? tulon basuh kain auntie kat sini.

    ReplyDelete