About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Sunday, February 22, 2009

PETUA AWET MUDA

Relak dulu kejap ya, ni aku ada cerita skit nak di kongsi dengan hangpa semua. Pada yg tak sudi takpa fikir2kan ya, rugi tau kalau tak amalkan petua aku ni.......psssttttttt.

Nak tahu apa? petuanya senang aje tanpa menghabiskan wang beribu2 ringgit, dok kat rumah je tanpa ke salun kecantikan, tak percaya?.......

Nak tahu caranya? ha..... ni aku nak kasi tahu, sape2 yg nak kelihatan muda jelita remaja selalu walaupun dah beranak2 tak henti2(macamlah takde keja lain) sila amalkan petua 5 s ni, insyaallah badan dan wajah kita tidak tua sebelum tiba waktunya.

1. Solat
Boleh menyucikan hati dan jiwa menjadi tenang dengan itu wajah akan berseri-seri.

2. Sarapan
Menjadikan badan kita sihat sepanjang hari. sebaik2nya tidur awal dan bangun awal, mandi, solat dan minum 2 gelas air suam 10 minit sebelum sarapan.

3. Sentuhan
Sentuhan kasih sayang amat penting dari suami dan anak2, sebaik2nya bersalaman, peluk dan cium suami dan anak2 sebelum mereka berangkat ke tempat kerja dan ke sekolah.

4. Senyum
Senyumlah selalu walaupun dalam keadaan marah (boleh ke....cuba ya). Senyuman boleh membuat wajah kita jauh lebih muda dari usia yg sebenar.

5. Senaman
Amat penting untuk kesihatan. Jangan sekali-kali tidur di waktu siang hari, lakukan kerja2 rumah dan beriadah.


senyum jangan tak senyum

Itu cara aku, bukan copy dari mana2 buku ataupun majalah okey..... sesibuk mana pun kita, jangan biarkan wajah kusut masai dan tak terurus. Ruangkan sedikit masa untuk bersolek walaupun sekadar lipstik dan krim pelindung uv yg nipis. Tampil menawan sepanjang hari walaupun berada di rumah. Penampilan juga memainkan peranan penting dalam menjayakan misi ini, sekian....wachaaaaaaaa....

6 comments:

  1. tapi kita orang yang cikgu ni muka mesti berkerut punyer, bila menghadap muka anak2 murid yang 1001 ragam...adeh pening! agaknya tuelah penyebab cikgu2 nampak tua kot he..he..

    ReplyDelete
  2. Suzi, bolehlah cuba senang jer kan.

    mamaizzmi,jangan cakap cam tu...sebelum marah tu senyumlah dulu(marah dalam senyum)he he he.

    ReplyDelete
  3. Ermmm sya sokong 100% Kak Sal..suke tgk muka Kak Sal bersih n gebu jer kan..

    ReplyDelete
  4. nak kena praktis nih. patut le muka kak sal cun je. as pon nak stat le.

    ReplyDelete
  5. hmmm..nak amalkanlah..bagus jugak kutip dari org berpengalam ni

    ReplyDelete