About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Sunday, March 22, 2009

ANAK SOLEH

Salam semua, tentu uols seronokkan melihat perkembangan anak2 kita macam ni, inilah Aying kalau kat rumah, tengok abang dan kakak mengaji , dia pun sibuk cari quran nak mengaji. Umur baru nak masuk 2 tahun 2 bulan tapi dia boleh ikut dengan baik setiap ayat yang di ajar, Syukurlah , semoga Aying dapat membaca al quran seawal usia yang boleh, amin.....


Bukan mengaji saja, menyanyi pun boleh...semua lagu dia boleh ikut, bercakap mengalahkan mak nenek, siap mengarahkan orang lagi, dia tak pelat cuma satu perkataan je dia tak boleh sebut dengan baik seperti "tengok" dia sebut" tenot" kelakor betul Aying ni.



Hari tu dia mengamuk nak ikut kakak ke sekolah, aku biarkan aje nak tengok apa yang dia buat,
dia berlari masuk kebilik dan mengambil bag sekolahnya, sebenarnya bag tu bag lama abangnya, lepas tu dia terus keluar, siap nak salam dan cium pipi aku lagi, nak pegi sekolah kata kan.....nak tergelak aku masa tu. Dia selamba je keluar dan memakai selipar abang eam, tak hirau pun aku kat belakangnya masa tu.


posing dengan bag beratnya



bersedia ke sekolah

Bila bas kakak datang, dia pun sibuk nak ikut naik sekali, haii.......masa ni lah aku tak tahan dengan kerenahnya, mati akal aku. siap melalak terguling2 kat atas simen tu. tapi dia menangis kejap je....lepas tu ok lah. aku seronok melihat perkembangannya, dah pandai bercakap menggunakan ayat yang betul, jadi tak mustahil kalau dia dah boleh ikut baca quran. Anakku, semoga menjadi anak yang soleh nanti, insyaallah....

11 comments:

  1. Satu lagi perkataan yang dia suka sebut : "Poksu Lan"

    ReplyDelete
  2. kak, qimi 3 yrs tp ckp tak baper nk btul lagih.. tp org kata, adik2 lagi advance dan bijak sbb bergaul ngan abg2 nyer kan? btul ker?

    ReplyDelete
  3. alahai bagussnyer dier..... semoga jadi anak soleh duni akahirat yer sayang..

    linn pun suka tgok budak2 mengaji...best jer dgr kan...

    hahahha sampai senget ha bawak beg besar...

    ReplyDelete
  4. betul tu suzie,kak sal sokong sebab dah melaluinya,kan....

    satu lagi, kalau jarak usia anak rapat2, anak akan cepat bercakap dan pandai berdikari. masa kecik memanglah susah nak jaga anak yang ramai ni, tapi bila dah besar senanglah. itu pengalaman tau....

    ReplyDelete
  5. bagus2.. semoga jadi anak yg soleh bila besar nnti ya

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah kak..mdah2an Qaseh akn ikut jejak abg Aying yea..cute laa dgn begnya tue..

    ReplyDelete
  7. pandainya Aying..
    jgn mcm Batrisyia. kalo papa dia buka lagu Alif Ba Ta bkn nk ikut nyanyi dia dok joget. mgkin xpaham lg kot bru sthun 2bln

    ReplyDelete
  8. cutemiut, insyaallah harap2 begitulah.

    yer lah my qaseh, jangan lupa memberi didikan seawal usia untuk anak2, tak rugi...anak pun jadi cepat matang.

    FRB, okey ape...itu juga perkembangan anak2, lama2 dia pahamlah.

    ReplyDelete
  9. alhamdullilah sejuk ati tgk ayin..
    semoga ayin menjadi seorang anak yang baik dan solehah..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah
    insyaAllah.. semoga tercapai

    ReplyDelete