About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Tuesday, March 3, 2009

SATU HARI DUA ACARA....

Pagi Ahad lalu aku ada buat jamuan makan2 ckit sambut hari lahir Aifa ke-11 pada 28 Feb lalu. Ala kadar saja sebab aku banyak keje nak disiapkan nih..Langsir..kain baju bertimbun nak disiapkan. Dah terbelit tangan aku ini..

Posing sebelum makan..

Hari tu hampeh...orang yang ditunggu2 tak dapat datang plak..Ishh..Ishhh...Ishh ponat aku masak soto, alih2 orang lain yang dapat merasa keenakan soto aku nih..Ini aje gambar yang sempat anak aku snap...lepas tu bateri kong...Kebetulan bateri kamera digital pun lupa nak dicas. Handy cam ntah dok berabuk kat mana..Tak sempat nak uruskan benda2 tu.


Selamat Pengantin Baru..


Acara rutin kaum ibu.....mendokong anak

Lepas zohor, aku sekeluarga pegi makan kenduri plak..kawin sedara En. Lokman di Semenyih. Rombongan kami sebelah pengantin lelaki. Ramai yang datang..adik-beradik, sepupu, sedara mara. Sonok gak, walaupun ari tu hujan renyai2. Lepas makan kami dipelawa kawan sekampung En Lokman ke rumahnya di Cheras, untuk tidak menghampakan, aku singgahlah kejap. pulang ke rumah jam 6.30 petang. Aku ingat dapatlah rehat, rupanya fuuuuh!!!!..penuh meja saki-baki yang aku tinggalkan begitu aje tadi kerana nak cepat. Agaknya kalau pencuri masuk masa tu, kenyanglah perutnya. Letih betul ari tu, lepas kemas semuanya aku terus ting tong....zzzzzzzzz..



2 comments:

  1. Napok gayanya lepas ni Su pun akan ada acara rutin.. dukung anak..

    ReplyDelete