Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Sunday, April 26, 2009

LAMA DAH AKU MENGIDAM....

Dah lama aku menjeling kat blog isteri kesayanganku ini. Tapi tak sempat nak terjah. Bila aku dah merdeka dari seksa exam semalam...rupanya dia lebih gumbira dari aku..malam ni, si Aying buat hal nak tidoq dgn mama..betulpun dgn mamanya sekali dibuai mimpi..ni peluang aku lah..

Ni bukan nak membodek..Isteri aku ni mmg orang seni..kalau bab kerja tangan..dgr lagu..sekali dah cukup..hampir semua anak aku mcm nak ngikut jer..Sbb tu kalau dia demam, ubat dia sonang jer. Bawak gi lovely lace @ Nilai (Tpt langsir tu..) Sihaaaaat...ubat klinik tak jln..bagi 2 biji, 1 tolan, 1 jatuh..hilang..Aku mmg tak tau apa seni menyeni..dulu aku try la nyanyi..baru satu baris pendek, anak aku dah tegur, tak masuk key., apa ke bende key aku pun tak tau. kalau panjang lagi..maunya cikgu besau campur tgn (mak dia da..). Sejak dari itu aku dah padamkan cita2 aku nak jadi penyanyi..

Aku ada terbaca dalam blog....Takut bini..gitulah lebih kurang bunyinya. Kesian pulak kat org yang mengata takut bini tu, sebab dia tak diberi kefahaman oleh suami dia..Cuba kita balik asal ikut Agama Islam..Isteri cuma bertugas untuk suami sj. Kerja rumah lain semua suami kena buat, tetapi adat dah turun temurun isteri buat keje tu, sekarang jadi mcm ni..aku bukan bela sape2, tapi hakikat. Org lelaki, ke jantan ke, kena faham dan kena terima..

Sejak aku jadi pelajar tua sepenuh masa ni, kesian lak aku tgk isteri aku..mcm2 kena buat..biasanya setakat jemur kain, basuh pinggan, mandi anak..aku buat. Semester dpn ok ckit, sbb aku ambik 14 jam kredit jer, boleh aku tolong apa yg patut..sbb tu aku jd pelik org kata takut bini..aku mmg terima kasih kat isteri aku kerana dah melahirkan 6 anak aku..takkan kerja ringan pun tak leh buat, takkan semua isteri..org lelaki kena sedar, kerja umah lagi penat...Cuba try test tgk..buat kerja isteri, bg dia rehat sepenuhnya, satu hari cukuuup...tak mampu, ponaat..

Untuk suami yang selalu bebankan isteri dgn kerja ringan tu, cuba masuk bilik bersalin sama2, cuba hayati apa yg isteri kita rasa..bukan senang nak keluarkan seorang manusia berat 2@3 kg..bukan utk sapa, lahirkan anak yg akan di bin/bt lelaki, senang2 jer. Ini tidak dgn kengkawan bukan main sonok, dgn isteri & anak2 mcm singa..ada lelaki mcm tu. Dua anak terakhir aku, dpt lah sama2 dlm bilik bersalin..tak tahan gak aku tgk..Aku tak akan sia2kan keluarga aku. Terima kasih buat isteriku TERSAYANG. ..Aku ni bukan emosi, tapi aku tekezut sebab ada lg istilah takut bini...

Satu lagi aku nak sentuh yg orang lelaki yang suka tipu bini..jangan amalkan..sebab Allah dah bagi kelebihan kpd org pompuan..Org pompuan dianugerahkan 'Corpus Callosum' (penyambung otak kanan dan kiri) lebih tebal dan lebih lebar 15% dari lelaki, gentian sarafnya lebih 4x ganda (org lelaki 200juta gentian saraf). Bermakna pertukaran maklumat lebih laju..Org Pompuan boleh rasa (sense) suami dia menipu..Kalau diam tu, suami jgn ingat dia percaya..dalam hati "PEMBOHONG BESAU LAKI AKU NI".......Itu sebab org pompuan boleh buat byk koje dlm satu masa...Tangan kanan menggoreng, kiri antar sms, mata jeling kat tv, mulut memetir anak, kaki kiri kuis sampah, kanan tendang kucing....Lg lak lebih kuat dr org laki. Cuba gi supermarket...Aduiiih..Start bukak..sampai potang.. tak berenti jalan..tak ponaaat..
Aiiik lebih2 lak aku ni....Tak pe..tercapai hasrat aku..tak mengidam lg..
Minta maaf semua kalau terkasar bahasa...
Aku juga doakan supaya isteri aku dapat bukak butik dia sendiri satu hari nanti..


9 comments:

  1. best ya kalo semua suami phm mcm ni.....

    ReplyDelete
  2. kalau nak tolong tu bukan maknanya takut bini...tp cthnya macam nak beli sesuatu pun.. cthnya baju, bila sang suami bersopink ngan kawan dia...sebelom beli dia call bini dia kat umh...'yang abg nak beli tshirt ni..abg berkenan sgt..boley tak'....ni kisah benar...yg ni kategori apa ye...sopan santun ke?

    ReplyDelete
  3. Nursyazwani,ya la kan...akak dah banyak bersyukur.

    suhaila-ab,ada ke camtu,nak beli baju sendiri pun tanya bini, kelakorlah.

    [-suzie-],ya la suzie....ada orang ceroboh masuk rumah tanpa kebenaran,hu hu hu......

    ReplyDelete
  4. Uih ... orang lain menulis ari nih ek? Share and share alike ...

    ReplyDelete
  5. aiihhh...kalu la semo lelaki camni, aman dunia.

    ReplyDelete
  6. wahh bestnye dapat hubby understanding camni..
    rela padamkan niat nk jd penyanyi dek krn nak penuhkan impian stri tercinta bukak butik.. jeles seeeeehhhh heheheh

    ReplyDelete
  7. eh husben akak ker ni...wah sgt2 baguss dan romantikk okey...... best linnn baca

    ReplyDelete