About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Sunday, April 12, 2009

ADA AKU KESAH

Hari ni, ahad aku tak kemana2, lagipun kat luar tu asyik hujan...memanjang, perut pun takdak keje lainlah, asyik lapooooo aje, so lunch untuk tengahari tadi aku masak rendang ayam dan acar timun itu saja, campur lauk2 yang lebih semalam skit ekekekee....gulai udang you, nak buang sayang, lagipun tak elok membazir kan...

Bersilat aku kat dapur ari ni, aku arahkan semua anak aku masuk dapur, sorang tumbuk kerisik, sorang kupas bawang,sorang cuci pinggan mangkuk, sorang potong2 sayur, ambik kau....
aku nak denda bagi keja kat dia skit, kalau tak asyik bergurau aje....lepas tu cari pasal jadi gaduh plak. Terutamanya yang hero dua orang tu, eeeee gerammmmm aku tau.....

Hari ni ada satu perkataan baru yang aku dengar dari mulut hero berdua tu, "ADA AKU KESAH", haaa.. itulah ,dari mana diorang belajar aku pun tak tau. Tengah tolong aku kat dapur pun sempat lagi bergaduh, dengan menyebut2 perkataan tu. Hishhh.....hangin aku dibuatnya.

Nak masak rendang tu, sikit punya lama....sambil masak tu mulut tak henti2 marahkan hero dua orang yang tak makan dek saman tu, bla bla bla.....penat mulut aku ni tau...... dok pok pet...pok pet kat dapur, buruk perangai aku ni ya....

Yang che Abang aku ni pulak, dia tak kesah apa pun, bunyi petir pun dia tak dengar agaknya, he he....asyik dengan nota2 dia tulah, esok che abang aku exam akhir untuk semester ni, lepas tu....akhir bulan ni, yo hoooooooo cuti 2 bulan you...projek apa aku nak buat haaaaaaaa..

Haa.....nilah dia, dah masak pun......hasil penat lelah aku ari ni, bang.....jomlah makan, lapaq ni....
anak2 aku tak menyempat2, rendang belum naik minyak dah di sapunya. Semerbak harum sampai keluar rumah. Maaf ya jiran2 ku, tak sempat nak huluq dah licin.......

layan...........






Yang kat atas tu acar timun, ha..... nak tahu, che abang aku suka sangat makan acar ni. Lepas makan nasi, acar pulak di kerjakannya, habis semangkuk tu tau......malam ni nak makan apa plak ya.......

5 comments:

  1. budak2 kdg2 cpt mengikut ckp2 orang, hohoh..

    wah sdp nyer rendang tuuu..

    ReplyDelete
  2. kak sal, kv kat rumah pun mesti terjerit jerit ngan anak. Buruk perangai sungguh. Hihi

    ReplyDelete
  3. mesti best rendang itew...kalau duk sebelah umh..dah hulur mangkuk..hehe...

    ReplyDelete
  4. wow wwwweeiii.. kak, smpi sini la terbau2 rendang akak tu...heh..heh

    ReplyDelete
  5. itu dia orang dapat kat sekolah lah tue, anak2 murid akak selalu sebut tue..kalau orang yang mendengarnya memang akan naik geram

    ReplyDelete