About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Thursday, April 30, 2009

AKU YANG KEPENATAN

Salam semua,
Hari ini aku dilanda keletihan yang amat, melayan kerenah anak2 aku yang 6 orang tu. Baru 3 hari che abang takde kat rumah,rasa macam 3 tahun lamanya. Semua benda aku kena buat sendiri, ponat den ni tau, kan aku dah cakap, aku ni terlebih manja. sikit2 abang, itu abang, ini abang, bagi kanggggggg.......haa rasakan, baru 3 hari kalau 3 bulan atau 3 tahun, uwaaaaaaaa taknakkkkkkkk....

Korang taulah kan, aku ni anak ramai, pagi buto jam 5 dah kena bangun. Lepas kejutkan along, gigih buat sarapan, bas ambik jam 6. Lepas tu bangunkan 3 orang yang sekolah rendah pulak, yang ni bas ambik jam 7, sorang lagi sekolah agama aku hantarlah.

Ada 2 lagi kat rumah, kakak sekolah petang dan Aying. Kalau che abang aku ada kat rumah, dia yang kejutkan anak, masa tu aku tengah terbungkang dalam selimut lagi. Lepas antar anak kat sekolah agama terus dia pegi beli sarapan, relaklah aku. Celik je mata sarapan dah ada kat meja tuh.

Sehari dua ni huru hara jadiknya, jam 3 ambik along kat serdang jauh woiii....ikut highway lebih kurang 20 minit dari umah aku, dahle Aying tak reti nak duduk diam. Yang harunya satu hari tu, ada ke patut, tengah aku drive tu tiba2 je dia mintak papat (dia masih menyusu badan) idak ke haru jadiknya sambil merayap naik atas riba aku melalak-lalak, terpaksalah aku berhenti kejap kat tepi jalan tu.

Hari ni che abang aku balik, ahhhhhh......... lega rasanya dan esok cuti, che abang aku janji nak bawa aku dan anak2 ke satu tempat, sowiiiiiiii tak boleh bagitau.......

untuk korang semua, selamat bercoti-coti. Kalau ada yang balik kampung tu berhati-hati dijalan raya, semoga selamat sampai. Aku nak rehat kejap yo......

3 comments:

  1. Wah sal nak kemana tu??? nak ikuttttt....hihi

    ReplyDelete
  2. K tie jomla kita join sekali,kata nak mai umah.

    ReplyDelete
  3. Nak g ner??? keta tak berapa ok lagi laaa...

    ReplyDelete