Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Thursday, April 9, 2009

KENA PUKAU

Hari ini aku dikejutkan dengan kes kena pukau plak, pagi2 morning lagi mak aku call memberitahu sedara aku yang dok kat cheras kena pukau semalam, mak pesan kat aku supaya beringat, mana tahu kan..dok dikota metropolitan ni, macam2 boleh berlaku.

Kadang2 tu kita alpa, bila dah berlaku sesuatu perkara baru nak beringat, betul tak kengkawan ku..mulai hari ini sama2lah kita berwaspada selalu ya, supaya tidak berlaku perkara tak diingini. Pesanan untuk diri aku dan juga korang semua.

Ceritanya macam ni, peristiwa itu berlaku waktu pagi semasa sedara aku nak ketempat kejanya dengan menaiki LRT, sedang dia menunggu kat stesen LRT tu, tiba2 didatangi oleh 5 orang yang tidak di kenali 2 perempuan , 3 lelaki, memberitahu yang sedara aku telah memenangi sebuah kereta, tapi kena bayar skitlah untuk urusan apa ntah.

Masa tulah si penjahat tu pukau sedara aku gamaknya, masa berbual2 tu, dia tepuk kat bahu katanya. bila dah terkena tu, ikut ajelah apa yang dia suruh, penjahat tu siap ajak balik rumah lagi ambik buku bank, lepas itu terus ke bank ambik duit dengan menaiki keretanya.

Sedara aku masa tu dah tak tahu apa dah ikut aje apa yang dia suruh. Sampai di bank disuruh ambik semua duit yang ada sebanyak 10 ribu, pegawai bank nampak pelik dan bertanya "adik nak buat apa duit banyak ni" sedara aku bagitahu ada orang yang suruh ambik, tanpa buang masa, pegawai bank tu pun hubungi polis, apalagi cabutlah si penjahat tu.

Dengan kuasa Allah, nasib baiklah tak sempat bagi, kalau tak ....menangis tak berlagulah jawabnya nak dapat balik duit banyak tu. aku baru tahu rupanya orang yang kena pukau ni, kena bawa jumpa bomoh kasi baik semula, sebab badan akan jadi letih lesu, semangat down.

Sama2lah kita berwaspada ya.....aku pun takut ni, maklumlah jiran2 kat sini huh.... hampeh.

7 comments:

  1. pukau ni memang bahaya, dia guna macam2 cara dan taktik, mujur juga ada orang yang prihatin cam pegawai bank tu ye...selamat.

    ReplyDelete
  2. anda ditag,kalo free buat lor..ye

    ReplyDelete
  3. Eh tahniah kat pegawai bank yang ambil berat tu. Kena belanja makan tu ...

    ReplyDelete
  4. hati2..bace ayat kursi sebelum pi jalan2

    ReplyDelete
  5. betul2.. kita semua kena hati2
    anak sedare frb pun dah kena dah kt jb town ni

    ReplyDelete
  6. Aah laa kaka..kt paper metro hr nie pn da citer yg sma kan..warga emas kna kuar duit ASB smp kosong buku bank dia..tp 3 ekor yg jahat tue hbs kna belasah ngn org rmai..pdan muke dorang

    ReplyDelete