Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Tuesday, October 6, 2009

RUANG TAMU

Salam,

N3 ruang tamu pulak yea kawan2.........sajer nak kongsi idea dan minat dengan korang semua terutama yang satu kepala dengan aku, he he he............. ruang tamu ni baru disusun atur dan tukar sarung kusyen bertemakan hijau epal pulak yang dijahit sendiri.

Manakala perubahan pada kerusi kayu jati pulak aku tukar sarung alas tempat duduk dan kusyen yang juga dibuat sendiri mengikut citarasa aku.

Ruang tamu ni dikhaskan untuk tetamu2 yang datang, boleh memuatkan lebih kurang 10 orang tetamu dalam satu masa, jom ke cottage ku yang tak seberapa ini, kita borak2, makan2, minum2 dan gossip2,hi hi..........

Silakan masukk.........................jangan segan2 yea...........................



Silakan dudukkkkkkk...........




Inilah dia keja tangan aku minggu lepas, balik jer dari kampung ari tu terus siapkan alas kerusi jati ni dengan sarung kusyennya sekali, siap yang tu sambung buat sarung kusyen hijau kat bawah ni pulak.

Layan jerk.......


Aku zoom sikit bagi korang nampak, perasan tak kusyen tu sengaja aku jahit dua biji yang bercorak munger bahagian depan dan dihiasi manik keliling cotton munger2 tu.

Alas munger2 pada kosi kecik yang aku letak bakul tu pun baru bikin jugak, semuanya nak pakai baju baru, nak tergelak dengan ayat anak aku ni,"mama ni takde keje ker, asyik nak bungkus itu ini, semuanya nak yang inggeris2," wahai anak2 ku, ko masih kecik lagi nakk........ini hobi mama yang azali lagi, mama lakukan ini semata-mata untuk kita sekeluarga, sama2lah kita menciptakan suasana yang tenang dalam kediaman, itulah impian mama.

Bersambung sudut yang lain pulak okeyy........

Daaaaaaa...................

p/s : Sape2 yang ingin menempah sila hubungi aku yea........013 7174422.

8 comments:

  1. salam sal...
    cantik le sal jahit alas kerusi kayu jati tu kalau tempah mahal tak...

    ReplyDelete
  2. kak, klu nak tempah.. akak ikut rega camne... ikut size ke..

    ReplyDelete
  3. azlina,
    Alaaa...biasa ajer kak ina,apa2 sms sal yea.

    ReplyDelete
  4. cutemiut,
    Biasanya apa2 yang akak jahit,upahnya mengikut size,pattern dan kalau nak letak aksesori yang lain2 mahal sikit dari yang biasa.

    ReplyDelete
  5. KV,
    Aaahlah kv......meriah sebab raya kan....

    ReplyDelete
  6. atty's,
    kreatif ker.....bakat semulajadi tu agaknya atty,dia datang dengan sendirik,heh heh...

    ReplyDelete