About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Friday, October 2, 2009

KENANGAN RAYA TAHUN 2009

Salam,

Semalam aku janji nak tepek gambar raya aku kan........tapi nak dijadikan cerita, bila aku bukak camera cari punya cari gambar raya pertama aku takde pulak, habis terdelete uuuwaaaaaaaaaaaaaaaaa............frust menunggeng aku tau......nape......lah dalam banyak2 gambar yang tu pulak terdelete. Sape punya keje tak taulah, rasa aku budak kecik tu agaknya sebab dia yang selalu main menda ni.

Tak dapatlah aku nak mengimbau kembali kenangan tu, hu hu.....................penat aku snap juadah raya yang MIL masak dan yang penting sekali tema baju raya kami tahun ni purple gitu, Aying dengan sepasang baju melayu dengan samping dan songkok, aduhh.......gerammmmmmm.....mokcik....sabar2....aku snap semula kat rumah kl lah yer.....boleh gitu.

Heh heh heh......muke orang mengantuk gitu, tengah tayang gelang, hi hi..........tahun ni raya pertama kami raya umah MIL kat pasir mas, ini jerk gambornya yang ado, hu hu......


Raya pertama aku beraya rumah MIL kat pasir mas, lepas berbuka rumah mak kami gerak kesana, sampai sana kul 10 malam gitu, terus siapkan juadah esok untuk orang2 yang datang sembahyang raya kat surau sebelah umah MIL, penat weeiiii...........usah ceritalah, tapi buat2 rajin gitu maklumlah umah mertua, kalau umah aku maunya aku cabut pegi tidur, kih kih kih......

Pagi raya tu bersilat gayong kat dapur pulak dengan tugas memasing, memang dari dulu dah jadi adat umah MIL ni, selesai jerk sembahyang raya semuanya dijemput makan macam kenduri pulak jadiknya, letih betul..........

Walaupun penat tapi aku seronok.........yang tak seronoknya gambar yang disnap takde semuanya mujurlah ada sekeping ni, anak2 aku sedang main bunga api pada malam raya jerk.......


Raya ke-2 kami beraya umah mak aku pulak, pagi2 lagi anak2 aku dan sepupunya pegi kekubur, dah menjadi kebiasaan penduduk kampung aku sama2 menziarahi kubur pada hari raya ke-2, yang seronoknya, semua kanak2 yang datang dibagi duit raya rm 3 sorang. Adat ni dah jadi turun temurun kat kampung aku. Masa aku kecik dulu pun berebut2 pegi ziarah kubur semata2 nakkan duit raya, hahahaha...........

Gambor raya ke-2 pun terdelete jugak, nasiblah kan.........lepas balik dari kubur kami kerumah kakak aku kak yah, kakpah dan kak dah, sehari suntuk beraya.

Raya ke-3 aku kerumah kv n co kawan blogger yang sama negeri dengan aku, mujurlah gambor ni tak terdelete dapat jugak buat kenangan ya kv, senang jer carik umahnya sebab aku dah biasa
jalan kat situ.




Raya ke-4 beraya umah kak na, kakak aku yang no 4, umahnya kat pasir puteh. Makan soto lagik. Asyik makan jerkan......




Tengoklah anak aku tu, kalau dah jumpa dengan sepupu2nya macam tulah. Itu baru sikit ajer tu, jumlah keseluruhan anak cucu tokwan Ahmad sebanyak 42 orang. Ambikk kau............duit raya untuk anak buah lu pikirlah sendirik.

Layan jerk gelagat mereka, sesekali jumpa sonot lah tu..............tak hengat dunio.









Itulah serba sedikit kenangan raya aku tahun ni kat kampung, seminggu rasa macam sekejap jerk...

Daaaaaaaaa..............

9 comments:

  1. ala sygnya terdelete.huhu..dugaan tu..xpe posing la balik pakai baju raya tu..asalkan dpt rakam..hehee

    ReplyDelete
  2. cubaan utk mengomen.. semalam tak blh nak komen sini
    alahai sayang terdelete... sama la ngan kita kak. gambo raya kedua adik terdelete.. sib baik gambo utk raya pertama ada...

    jumpa KV lagi tu...

    ReplyDelete
  3. hiks...lawo tudung dato' siti yg akak pakai tuuuuuu...

    ReplyDelete
  4. suzie,

    Ya la suzie,akak ingat pun nak posing balik tapi suasana lain la pulak kan.....

    ReplyDelete
  5. cutemiut,

    Nak wak camno kan....kenalah terima hakikatnya, sayang tu memanglah.Ya la rina,pertama kali akak jumpa kv walaupun dok satu daerah,bila agaknya nak jumpa rina pulak ya....

    ReplyDelete
  6. SUZIE APAI,
    Kih kih kih......kak sal bikin sendirik tu,nak tempah ker.....hi hi...

    ReplyDelete
  7. lor mana peginya gambar purple2 seme tuh...sandal hush puppies kaktie ada bawak balik tak???

    ReplyDelete
  8. atie,
    Tu ler k tie,habis hilang semuanya..sedih ni.
    barang k tie semua ada,datanglah beraya kat umah
    yea.....

    ReplyDelete
  9. tuk...tuk...salam akak..amboi berserinya pki tudung tue..akak selamat hari raya..azie datang nak beraya nie..

    ReplyDelete