Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Monday, March 30, 2009

MALU GILER

Petang semalam aku sekeluarga ke besday party anak jiran aku, bukan jauh mana pun kat depan rumah tu jer. dah setahun lebih aku pindah kat sini. inilah kali pertama jiran ku itu menjemput kami. Aku tak kesah apa pun mungkin yang lepas2 dia buat untuk sedara maranya aje, sebab aku pun biasa jugak buat jamuan kecik2 jemput sedara mara je kan....

Apa yang membuatkan aku terdetik nak kongsi cerita ni dengan korang semua kerana ada sesetengah orang kita yang bersikap sombong bodoh tu. Meluat betul aku, adakah patut...masa aku bagi salam dan masuk kedalam rumah jiran aku tu, sedara maranya yang ada kat dalam rumah tu, tengokkkkkk....... aje kat aku, salam aku tak berjawab, mungkin diorang jawab salam aku dalam hati kot.....pelik benor ke aku ni, ahhhh lantak dialah nak jawab ke taknak, peduli apa aku yang penting aku dah bagi salam dan senyuman lagi.

Aku masuk dan duduk kat sebelah makcik, aku tahu makcik tu ibu kepada tuan rumah, dia yang tak kenal aku. Aku senyum dan bersalaman dengan beberapa orang yang ada kat situ. Tapi yang aku herannya kenapalah sesetengah orang kat sini sikapnya lain benor dengan orang kampung aku, apa salahnya kalau jemput masuk dan tanya anak ni sapa, dari mana, umah kat mana, tak salah kan....ni tak, mulut masing2 berat macam ada emas seguni nak bertegur sapa. Aku pun buat bodoh jugalah, muahahahhhhh..... tak lama lepas tu tuan rumah pun keluar, baru lega skit aku. Masa tu che abang aku dok sembang kat luar, aku anak beranak je yang terkial-kial kat dalam rumah tu

Yang buat aku geram sangat ada sorang akak tu, pandang semacam je kat aku. Kenapa, baju aku lawa ker?????atau aku yang lawa kih kih kih...dengkilah tu, aku nampak dia berbisik dengan akak sebelahnya dan tunjuk2 pada aku. Ciiissssssssss....kalau ya pun tak kenal, tak boleh ke ...nak bertegur sapa, apa salahnya kan....

Aku ni bukan jenis orang sombong, bibir aku ni selalu aje mengukir senyuman, cheewah.... Bila berada dalam keadaan macam ni angin malu aku pun tak semena-mena datang, lepas makan2 skit, aku pun mintak diri dengan tuan rumah, apa lagi ...aku belah ajelah. Eeeeee panaslah kat rumah tu....

7 comments:

  1. dia tengok sal, sebab cantik lah tue, dia jeles he..he..btw rumah yang lawa tue ker..tapi rumah sal pun lawa jugak

    ReplyDelete
  2. biasenya org cam tu jeles la kak..akk lebih dari dia. frb dah biase dah keadaan cam ni. mmg la kita malu tapi lantak la bagi je hadiah besar2 kt anak dia baru nak sengeh kat kita..

    ReplyDelete
  3. Wah kalu sya pn bngang jgak Kak Sal..kita dh la mnebal kn muka dtg rmh yg tk bpr knal..tetba seisi rmh layn nk tknk jerk huhu..memg ptut lek awl jer kak..wah api2kn lagi plak kn hehe..

    ReplyDelete
  4. kak lela, ya la...adat berjiran tak nak pegi pun,malu mata.

    FRB,takpe...aku tetap aku,tuan rumah ok...sedara maranya aje.

    qaseh,buat bodoh je....itu pengalaman namanya.

    ReplyDelete
  5. kak sal inilah gak yg berlaku kat linn...perumahan linn ni perumahan lama(ruamh arwah MIL) so kat sini org2 lamalah kan....

    adalah haritu ada majlis.... linn mmglah tak kenal org sini kan tapi dah jemput dtglah.. ya allah dah jadi patung dah linn masa kat rumah dier... seb baik pastu tuan rumah perasan n duk sebelah linn... linn minum jerk pas tu balikk sakit hati..... masa kita salam kan..ada yg hulur tgn jerkk tgok muka pun idak.... huhuhuhuhu

    sbb tu ckp abg linn nak duk kg...seronok semua bermasyarakat.... linn ni jiran kana nkiri ni.. nak tgok muka sebln sekali pun payah

    ReplyDelete
  6. hurm...buat bodoh jelah, dah pegikan tunjuk muka. Tulah kadang niat kita dah cukup baik tapi jadi camtu lak.

    ReplyDelete
  7. ish.. ada cenggitu plak sambut tetamu.. tak patut betul la kan kak

    ReplyDelete