Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Wednesday, September 2, 2009

MY ANNIVERSARY

Salam,

Maaf ler yer, terlewat sikit n3 untuk my anniversary aku kali nih, hari ni baru berkesempatan nak tepek gambar kahwin aku kat sini. Sebenarnya Anniversary aku pada 31 ogos yang lepas, belum basi lagik kan.........

Kalau ikutkan hati aku pada hari isnin 31 ogos lagi nak update tapi apakan daya hari tu kami sekeluarga dalam perjalanan bertolak balik kl.

Semalam penat sesangat, maklumlah baru balik dari kampung kan......bertolak dari kampung pagi2 lagi malam baru sampai, jem giler dari raub lagi. Letih dan penat usah ceritalah, dahle bulan posa lagi tu.

Layan gambar kahwin aku yang tak seberapa ini, kenangan ni tau.....................masa ni umur aku 20 tahun dan che Abang 25 tahun, gambar bersanding 16 tahun yang lepas, ehem...ehem....ada manis tak aku masa tu, hi hi........mokcik ni perasan la pulakkk...........................



Ya Allah,
Dengan iringan doa ku panjatkan agar Allah memberkati dan memelihara kehidupan kami berdua hingga ke hujung nyawa semoga kami berdua tenang dan damai dalam lindungan mu ya Allah bersama anak2 tercinta dan kebahagiaan itu adalah milik kami selamanya, amin.....

Itulah yang selalu di mohon setiap kali selepas solat, aku rasa korang pun macam tu jugak kan....sape2 pun dalam dunia ni mahukan kebahagiaan sepanjang hayat bersama keluarga tersayang.

Gambar yang kat bawah ni gambar terbaru dari aku, sambut my Anniversary yang ke -16 tahun 2009 kat kampung.Layannnnnn...................



Romantik takkkkk..............weehehehehehhh..........................


Abang, di kesempatan ini ayang ingin memohon beribu-ribu kemaafan jika ada salah dan silap selama hidup bersama ini, atau ada perbuatan dan perkataan yang mungkin menyinggung perasaan Abang selama ini, harap dimaafkan yerk.......begitu jugak dengan ayang sentiasa memaafkan Abang setiap saat.

Syukurlah doa aku dimakbulkan Allah mendapat suami yang baik, bertanggungjawab, penyayang dan boleh membimbing aku tentang ilmu agama. Syukrann.................chehhh....puji meleret lagik tu.

Bersambung..............n3 yang akan datang nak tepek hadiah Happy Anniversary pulak, jangan jelesssss.......................takyah nak jeles2 hadiah yang biasak2 jer.....................

Daaaaaaaa.............................................

8 comments:

  1. waaaaaa romantik laaaa akak neh...hehehehe~!!! suke tgk gambo2 akak...hehehehe~!

    ReplyDelete
  2. wah sambut anniversary.. rajinnye.FRB ni pun dah mls kak. ada ank kecik kot. romantik gitu amik ambar

    ReplyDelete
  3. hepy anniversary kak.. semoga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa...

    ReplyDelete
  4. Walaupun Usia Perkahwinan kita telah menjangkau usia 16 tahun, namun rasanya baru semalam debaran mengadab pak imam..Abang juga memohon maaf dan terima kasih kerana Ayang telah melahirkan anak-anak yang 'Handsome' Mcm sapa Ntah..Selama usia perkahwinan ini, tidak pernah ada terkasar bahasa..terlanjur bicara antara kita..Abang doakan semoga ianya berkekalan ke akhir hayat..Amin..Your Lovely Husband

    ReplyDelete
  5. salam dsal ...
    hepy beletd anivsry...semuga bahagia ke akhir hayat...sal umur hubby sal dan umur sala lebh kurang sama masa akk khawin dlu...

    ReplyDelete
  6. happy belated anniversary to akak...semoga berbahagia hingga ke akhir hayat....amboi akak ....hubby akak dah montel...akak still cun...

    ReplyDelete
  7. Hepi Anniversary - 16yrs Sis..wah still romantika d amour kn Kak..Pink color sedondon lagi my favret color..
    Mga jodoh akak n hubby kekal hingga ke hujung nyawa dn berbahgia d samping ank2 tsayang..Amin

    ReplyDelete
  8. Thanks kepada teman2 yang sudi wish untuk Anniversary aku tu,time kasih banyak2 yea....moga persahabatan kita berkekalan sampai bila2.

    ReplyDelete