About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Thursday, December 17, 2009

SUASANA INDAH DIKAMPUNG

Salam,

Betapa indah dan nyamannya berada di kampung, inilah pandangan hadapan rumah aku tu, dikelilingi dengan pokok2 macam berada kat dusun buah-buahan pulak.




Macam ni la rupanya rumah yang tuannya sekejap ada sekejap takde macam chipsmore pulak, hi hi........tiap kali balik kena upah orang bersihkan kawasan luar rumah yang semak tu, dulu ayah yang jaga dan bersihkan kawasan rumah ni, sekarang ni ayah dah tak larat lagi dah uzur, tu pun kadang2 dia tolong juga sikit2, ayah sayangkan rumah ni sebab hasil tangan dia dan kawan2nya.

Mujurlah pokok2 bunga aku hidup subur lagi tu.

Layan jerk gambar anak2 aku bila berada di kampung, seronok sangat la tu dapat naik beskal lama atoknya, siap dok kat depan lagi tu macam bujang lapok la pulak. beskal ni nanti aku nak spray putih letak kat anjung rumah aku ok tak?? ha ha ha.....berangan, itupun kalau tuannya izinkan........kalau tak angan2 mat jenin ajerlahhh.......................





Suasana depan rumah mak, seronok sangat dapat main dengan sepupu2nya tu, sampai Aying taknak masuk rumah, asyik nak main jer.

Daaaaaaaaaaaaaaa..........................

No comments:

Post a Comment