Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Thursday, December 17, 2009

PENGANTIN BARU????

Minta maaf lah sayang...abang nengok dah terkulai kat atas katil tu (kepenatan selepas seharian bersilat dengan anak2)..abang ambik kesempatan lah menceroboh lagi...jangan maree..nak buang tabiaat, 2 thn setengah jadi student..

Isteriku Sayang..

Alhamdulillah, berkat doa sayang, abang akan bergraduat dgn kepujian kelas pertama. Itulah tiket penting untuk abang melangkah ke peringkat seterusnya. Abang tidak pernah jemu untuk belajar..InsyaAllah..tetapi, berehat dulu. Terima kasih atas doa dan pengorbananmu sayangku, anak2 dan semua. Abang sedar betapa penatnya sayang melayan kerenah anak2, betapa berat memikul tanggungjawab sebagai isteri, tetapi...Bibirmu tetap mengukir senyuman...walaupun raut wajahmu tampak kepenatan...Abang akui, tidak akan mampu membalasnya..Cuma yang ada hanya sebuah kesetiaan kepada mahligai yang telah kita bina bersama..Abang akan cuba untuk menjadi seorang suami dan bapa yang terbaik untuk keluarga kita..hanya kita yang akan menilainya..Kita perlu berusaha dan berdoa..

Kerana..
Di luar sana..masih ada suami/isteri mencurangi pasangan, suami mendera isteri, isteri menderhaka, anak menderhaka, ibu/bapa mendera anak/anak2..pergaulan bebas, jenayah, keruntuhan akhlak dan bermacam masalah sosial..Semoga dijauhi Allah dari petaka akhir zaman..


Amboi sayaaang...cottage tu memang, selangkah je ke dalam, rasa macam PENGANTIN SENTIAAASA BARU...walaupun dah lebih 16 tahun kita diijabkabulkan...Pengantin tu tengah berangan tu..BILA GAMAKNYA NAK PINDAH KAT SITU..Semalam abang dah lapor diri, bulan Januari ni baru tau posting kat mana2, Kalau kat HQ atau negeri berhampiran, tak pindah kita..kalau kena kat negeri lain, pindah lagi, tetapi kalau kena kat negeri kelahiran kita..alangkah indahnya anjung beradu tu...pengantin lelaki tu bukan mengereng lagi...tapi..telentang...

Thanks and Good Morning.

1 comment:

  1. Eeeeeeee...gerammmnyaaa....sempat lagi menceroboh tu,siappppp nanti yeaaa.......abaaaaaaaggggg...............

    ReplyDelete