About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Thursday, December 31, 2009

JUMPA KAWAN LAMAKU

Salam,

Gembira rasanya dapat jumpa kawan yang dah lama tak berjumpa, sajer jalan2 ke johor semata2 nak jumpa mereka, sementara cuti ni kan........nak pegi ke tempat peranginan malaslah pulak, mereka siap masak2 bagai tunggu kedatangan mak datin ni, hi hi.........

Sebenarnya banyak kenangan aku kat sini, kawan2 pun dah macam adik beradik dah, masa aku pindah kl dulu dioranglah yang paling sedih termasuklah aku sendirik, maka terjadiklah babak2 drama air mata masa tu, kenangan yang tak dapat aku lupakan.

Ini kat rumah kak Lin, mula2 sampai terus kerumahnya sampai ke malam baru masuk hotel, hi hi.........masing2 tak puas bersembang, kak Lin pun punya minat yang sama dengan aku, satu kepala katakan......

Layan gambar jerk..........





Yang ni pulak kenangan kat rumah kak mar, dia berniaga perabut jati dan barang2 deco, nengoklah macam2 ada sampai penuh rumahnya. Bila dah jumpa macam2 ceritalah kan, topik macam biasalah.......orang pompuan kan.............






Tiga hari dua malam kat sana tak puas rasanya, malam terakhir tu kak lin datang kebilik hotel tempat tinggal aku sajer nak berborak2, husband masing2 keluar dengan member2nya.

Pagi isnin lepas sarapan singgah rumah kawan dua buah rumah lagi sebelum bertolak ke JB, nak tahu aku dating dengan sape kat JB tu? nantikan n3 akan datang yea.....

Oklah setakat ni dulu, sebenarnya ada beberapa buah lagi rumah kawan yang aku pegi, tapi dah penat lupa nak snap.

Malas la pulak nak menaip, banyak keje lagi nak dibereskan, kain baju dari johor hari tu pun masih tak beres lagi, penat tau....hu hu..................

Daaaaaaaaaaaa....................

2 comments:

  1. uiittss... akak ke jb ke... tak beritahu pun.. klu tau..blh gather2

    ReplyDelete
  2. cutemiut78,

    A ah rina,k sal taknak menyusahkan rina....bukan kah rina kat batu pahat? jauh jugak kan dengan jb tu...nantilah kita jumpa lain kali ya...

    ReplyDelete