Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Tuesday, September 21, 2010

RAYA PERTAMA KAMI

Salam,

Baru sempat nak update gambor raya, tema baju raya kami tahun ni warna apa ntah, nak kata purple tak juga, tak kesahlah warna apa pun asal sedap mata memandang dah oklah tu kan....

Raya tahun ni rumah che abang lagi, huhu.......sebab semua dah buat kata sepakat nak beraya kat umah mil memandangkan tahun ni pertama kali sambut raya tanpa Fil yang telah pergi bulan 3 aritu, kami tak kesah, aku ikut jew apa yang baik, isteri solehah la katakannn.....ecehcehhh.........

Raya tahun ni adalah yang paling tak best okeyyy................bukan sebab raya umah mil tapi seminggu sebelum raya aritu aku kena gastrik teruk sampai takleh posa, klu posa badan akan menggigil2 sebab sakit dan pedih kat perut dan dah pastinya tak boleh buat satu kerja pun, mujur tempahan coklat dah siap masa tu, itulah ujian yang Allah bagi pada aku masa tu, aku terima segala ujiannya dengan sabar dan harap tidak akan belaku lagi pada masa yang akan datang, insyaallah.

Layan jew gambornya,






Raya pertama, kami kerumah sepupu sepapat kat kampung che abang, aku nampak jew sihat tu tapi kalau lambat makan mulalah sakit datang balik, kena makan selalu, kalau macam ni nanti gumuklah hakuuuu....uwaaaaa.....taknakkk...

Ada tak di sini sape2 yang pernah kena gastrik?? andainya terbaca entry ku ini tolong bagitau andai ada cara2 atau tip nak menyembuhkan penyakit ni, pleaseee.................

Saturday, September 4, 2010

TUDUNG RAYA



Salam,

cuti aritu ambik kesempatan carik tudung raya plak, hambik ko......nak raya la katakannnnnn......habis segala warna mak nenek baju mokcik rembat, kali ni aku dapat shopping dengan aman sekali tanpa gangguan si Aying yang lasak tu dan che abang tunggu sampai tertidur dalam keta, kih kih..................ciannyaaaa......bini punya pasal, entah berapa kali mimpi tak taulah.

Aku sukeee tudung Ariani, sebab awninya yang memang lain dari yang lain, cuci berapa kali pun macam tu juga, sekali sarung je awninya terus terletak kat muka dengan cantik sekali.

Sekarang tengah ada promosi jadi boleh la rembat lebih sikit, sapa2 yang tengah mencari tudung tu, kunjungilah butik Ariani secepat mungkin sebelum kehabisan stok, hi hi........jadi tukang promosi la plakkk....

Daaaaaaaaaa.......

Friday, September 3, 2010

HAPPY 17 TH ANNIVERSARY




Salam,

Bergambar dihari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 17 th pada 31 ogos lepas sama dengan tarikh hari kemerdekaan kita, kebetulannya bulan puasa dan dah nak raya makanya takdelah suprise apa2, sebab semuanya dah ada seperti baju, kasut, handbag,subang dan loket baru aje rembat kira hadiah dan untuk raya sekali la kan.....

Untuk keperluan rumah pun ada, minggu lepas baru rembat kat kk home deco nilai 3, sanggup lagik tu posa2 pun kesana semangat betuiiiii laaaa........

Terima kasih yang tak terhingga buat che abang, diatas pengorbanan dan kasih sayang yang tak berbelah bahagi dan tak pernah ada sedikit pun kata2 kasar yang mengguris hati selama 17 tahun ini. Untuk abang, ayang minta ampun maaf banyak2 jika ada salah dan silap selama kita bersama dalam melayari bahtera rumahtangga ini.

Ya Allah......kau peliharakanlah hubungan kami ini dengan sebaik2nya, jauhilah kami sekeluarga daripada perkara2 yang tidak diingini dan tidak baik, berikan kami kesejahteraan hidup dan kesihatan yang baik dan berkatilah kehidupan kami sekeluarga, aminnnnn.....................