
Sebelum tu aku mesti mandi dulu ok, lepas solat baru kejutkan mereka bertiga. Ha.....ni yang aku tak boleh tahan dengan anak aku yang baru masuk darjah 1 ni, susah bangun dahlah tu nak mandi pun puas memujuk, eeeee tensionnya. Jam 7 pg bas datang, dah pergi semua barulah lega skit tapi..... ada sorang lagi, yang ni sekolah petang. Lepas sarapan aku bergegas kemas rumah, sidai kain, kemas apa-apa yang patut bukan apa takut yang bongsu pulak bangun. Siap semua kerja rumah ah.....lega.
Kerja aku tak berakhir di sini menjahitlah pulak tak habis-habis, bila nak habis tak tahulah. Jam 11.30pg anak dara aku yang no 2 plak berangkat ke sekolah, lepas tu masak plak. Habis babak pergi sekolah,sambung yang pagi plak balik. Lepas makan bergegas antar sekolah agama, apa taknya jam 2.30 dah masuk kelas, yang ni balik jam 5.30 ptg.Hai bilalah nak abis kerja ni, dari pagi sampai ke malam, kalau kira hari dari isnin sampailah jumaat camnilah. Hari sabtu anak-anak aku semua tak sekolah dapatlah aku buat kerja dengan rilek skit(menjahit).
Ha......inilah hari yang paling aku tunggu- tunggu , (Ahad) hari aku pergi bersiar-siar bersama keluarga, jalan-jalan cuci mata , shopping dan macam-macamlah. Walau ke mana aku pergi sekali pun kena ingat esok (Isnin) banyak kerja yang menanti termasuklah tugas yang aku ceritakan di atas. Walaupun penat tapi aku puas kerana dapat uruskan anak-anak dan yang paling penting dapat menyiapkan kerja aku dengan baik. Inilah seorang aku surirumah yang buat kerja sambilan di rumah, mana lebih sibuk komen skit....