Salam,
Minggu ni adalah minggu paling sibuk bagi aku, disamping nak bereskan tempahan, aku jugak sibuk menyiapkan biskut raya untuk dibawa balik ke kampung.
Tak lena tidur rasanya, pejam mata nampak kain, pusing kanan nampak langsir, pusing kiri nampak biskut raya pulak, hurmmmmm.............penat wehhh..............
Biskut raya tu kalau ikutkan aku memang dah malas nak buat tapi memikirkan kesian kat anak2 hari2 dok pujuk aku buat biskut dan mereka sanggup nak tolong, aku on jerlah. Buat biskut yang biasak2 jerk............
Buat sikit jerk sebab aku banyak keje, layan jerlah........................
Kerepek dan maruku ni aku beli jerk.....................tak kuasa aku nak bikin benda2 ni.
Kat atas ni adalah sebahagian biskut raya yang aku rembat kat kedai, cukuple tu kan........
ada lagi yang belum dapat, coklat pun aku tempah tapi belum dapat lagik, jumaat ni dah nak balik kampung, harap2 tak jem macam 2 tahun lepas, fobia aku.
Sebenarnya jumaat ni masih skola lagik tapi aku bagi cuti kat diorang, muehehehehehhhh.......
baik tak aku, hi hi........tak sanggup aku nak balik hari sabtu sebab ahad dah raya kan.................
nanti tak ceria pulak nak raya.
Ambik kau...............tulah nak sangat buat, buat elok2 yea anak2...................jangan ada yang ngelat pulakkkkkkk.............Aying pun nak tumpang sekaki, tumpang makan jerkkkk...................
Seronok jugak buat biskut raya dengan anak2 ni, diorang pun jadi bersemangat dan lupa seketika rasa lapar tu, nak2 si Eam kalau takde keje sekejap2 dia cakap lapar2 geram aku, terapi jugak ni bolehlah sape2 nak amalkan.
ok aku nak sambung keje balik, sesak nafas dah ni............
Daaaaaaaaaa...............................
About Me
- De' Sal
- Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.
MY BLOG ....
FOLLOWER KESAYANGAN KU
Sunday, September 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Banyak kuih raya tu, kaktie biasa ler.... kuih tunjuk ajes...
ReplyDeleteWah Kak Sal & Co.sungguh bersemangat buat kuih raya ciptaan sdirik kan..
ReplyDeleteSonokkk kan Kak dpt buat ngn2 lagi puashati dpt buat bnyk..
Ain kuih tunjuk jer Kak huhu
beshnya sal leh buat biskut sendiri..kty tak sompek..
ReplyDelete