Salam uols , ada tak sape2 yang kenal dengan bunga ni ??? ia adalah sejenis bunga yang dikenali dengan nama BAKAWALI, bunga ni boleh dikatakan unik dan ajaib jugalah, sebab bukan semua pokok bakawali ni boleh berbunga, sesetengah orang saja yang memiliki pokok ni dikatakan berbunga.
Mengikut kepercayaan orang tua2, jika kita memelihara pokok bakawali dan ia mengeluarkan bunga, dapat memberi keberuntungan dalam hidup, semakin banyak bunga , semakin bertambah keberuntungan itu. Aku pun tak tahu sejauh mana kebenarannya, yang aku tahu rata2 orang memberi pendapat yang sama.
Gambar di bawah ni bakawali kepunyaan aku tau, che abang aku snap gambar ni masa aku dok kat johor dulu, gambar lamalah kan...tapi aku sayang. Masih terbayang lagi saat che abang aku malam2 buta terhendap-hendap menunggu bunga ni kembang, kelakor sungguh...dalam gelap plak tu, nasib baik tak kena hempok kat jiran sebelah, muahahahh..... Uniknya bunga ni, dia kembang pada waktu malam antara jam 10 hingga 12 malam dan dapat bertahan beberapa jam aje, lepas tu dia akan layu......
Bunga bakawali mempunyai bau yang sangat harum......sapa2 yang nak awet muda tu, haa...sila2kanlah cium bunga ni ya, hi hi.... kalau kembang baunya semerbak harum boleh masuk sampai kedalam rumah aku.
Cantikkan bunganya, tapi sayang kembang tak lama.....
Itulah sikit sebanyak cerita mengenai bunga bakawali yang aku tahu. Entah betul ke tidak, aku pun tak tahu.
About Me
- De' Sal
- Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.
MY BLOG ....
FOLLOWER KESAYANGAN KU
Thursday, April 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
emmm.. pernah gak dengar citer bunga bakawali ni.. tapi tak pernah tgk.. gitu rupanya ya kak
ReplyDeleteCantiknya k.Sal bga bakawali tue..skrg msih hdup lagi ker..rzeki la tue akak bela dia bbunga kan..
ReplyDeletebaca entry sal baru tau alkisahnya..
ReplyDeleteCutemiut,
ReplyDeletetak pernah tengok ya,cantikkan....
qaseh,
ada....masih berbunga lagi,cantik sekali bunganya harum...
atty,
tak tahu ker...itulah kisahnya.kak sal tanam bunga tu,sebab mak mertua yang suruh.
kak sall linn tak pernah tgok bunga nie..... ckp org2 tua tu kadang2 betull tau kak.....
ReplyDeleteakak ni yg org buat ubat tu..batang bakawali kan....
Akak pun ada dengar juga,orang buat ubat dengan bunganya, simpan sampai kering, tapi tak tahu plak ubat apa.kalau tanya orang tua2 dia tahulah.
ReplyDelete