Entah kenapa aku merasa sedih plak ari ni,sedih kerana tak dapat balik kampung agaknya tiba2 aje aku rindukan ayah , mak dan adik beradik aku kat kampung. Sebenarnya aku plan nak balik kampung semalam, oleh kerana anak dan suami masing2 ada urusan yg tak dapat di elakkan maka terpaksalah aku melupakan niat itu, sedih amat ni hu hu huuuuu....
selama 16 tahun berkahwin aku mesti balik kampung sebulan sekali, paling lama pun 2 bulan sekali. Kalau bab balik kampung, akulah orang yg paling gembira sekali, seminggu dengan tarikh nak balik , aku dah bersiap2 packing kain baju anak2 almaklumlah anak ramai.... cuti seminggu rasa macam sehari bagi aku, tak puas rasanya bersembang atas beranda dengan sepupu, sedara- mara kat kampung, alangkah seronoknya....
Aku rindukan mak ayah aku, apatah lagi sekarang mak tak boleh melakukan tugas nya seperti dulu, mak tak mampu menguruskan dirinya apa lagi memasak dan melakukan kerja rumah, disebabkan strok yg di alaminya 10 bulan yg lalu. Bila terkenangkan mak dan ayah, hati aku menangis, air mata terus keluar walaupun aku tahan. Tapi aku bersyukur kerana mereka masih ada lagi....sempatlah kiranya aku membantu selagi ada hayat mereka. Paling aku tak tahan mak menangis masa aku bersalam dan cium pipinya sewaktu nak pulang ke KL sebulan yg lalu.
Aku rindukan gurau senda kakak2 aku, bila berkumpul riuh- rendah rumah mak aku di buatnya, aku rindukan waktu itu...uwaaaaaaaaa.
Bilakah aku akan dapat balik kampung tak tahulah, yang aku tahu cuti sekolah ni pun belum tentu dapat balik, anak2 cuti tapi babanya plak tak cuti student katakan, Sibuk memanjang.
Hari ni aku rasa macam tak sihat aje, kepala pusing, di dada terasa nyilu semacam , sakit tekak mungkin sebab cuaca agaknya . Untuk uols semua aku ucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut maulidur rasul.
betul la kan.. sama la ngan kita.. klu time nak blk kg jenguk mak ayah kita.. kita la org yg paling seronok..
ReplyDeleteKita pun sedih dan rindu tau...heh heh. Langsir dah pasang yer...suka
ReplyDeleteader masa kita kena kaur dgn kehendak alam kak... dok aper, next time balik lerrrrrrr
ReplyDeletesabar ye sal..nanti insyallah.dpt balik.kg..
ReplyDeleteyerlah kak linn pun suka duk kg..rasa aman jerk..tgok muka mak n abah.....
ReplyDeletemmg musim demam skrg kak.. lin dgn anak2 punn tak kebah2 lagi dari demam
Sabar, KakSalku..
ReplyDelete