Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Tuesday, April 26, 2011

CELEBRATE BESDAY ME......

Assalam semua,

Hari ni nak tepek gambar celebrate besday aku 4 hari lepas, hehehe.....dah 4 hari baru nak tepek, nampak sangat malasnya, walaupun malas tapi aku paksa juga tangan ni menulis kali ni, lagipun dah lama tak update blog ni kan.......

Kalau ada yang rindu kat aku boleh tengok gambar kat bawah ni ya...........

Layannnnzzzzzzzzz.........


Salah satu acara wajib, sambil menunggu makanan sampai, kita posing duluuuu.......


Kek besday aku yang aku bikin sendirik aje..........


Inilah antara menu malam tu, aku sukeee.....butter prawn....


Tuan rumah tengah asyik makan, tapi makan lauk je...nasi makan sikit saja....


Anak2 pun tak sabar nak makan, semalam besday Edy plak, anak aku yang ke-4, beza 3 hari je dengan tarikh lahir aku.

Friday, February 11, 2011

REZEKI TAHUN 2011

Salam,

Rasa dah lama tak update blog nih, bukannya lupa atau tak suka...tapi kesuntukan masa yang membatasi segalanya tambahan pulak aku tak sihat sekarang nih, Alhamdulillah..masuk je tahun 2011 awal2 dah dapat rezeki dari Allah, syukurlah........

Sajer nak berkongsi dengan member2 aku kat sini, tahun ni bertambah la sorang lagi ahli keluarga aku, rasanya dah cukup dah tu.......ni yang bongsu, anak yang ke-7, haahahaha.....ramaikan anak aku, tapi takpa......esok2 bila dah besar, tinggal berdua juga lahh.......macam mak ayah kita kann.....

Aying bukan main sukee lagi dah tau nak dapat baby, nak baby girl katanya, tak kesah la boy ke girl yang penting sihat semuanya. sekarang tengah mabukksss, satu apa pun takleh bau, yang wangi semua jadi busuk, mujurlah boleh makan tapi skit2 je......lepas tu mula lah loya tak tentu pasal, klu sape2 ada petua nak mengatasi loya boleh share ya.....

Apa2 pun syukur kepada Allah, harap mabukkksss tak berlarutan dan dapat melakukan tugas seharian dgn baik. Dah lama mandi tak bersabun dan syampu, hahahahahaa.......

Daaaaaaaaaa....................

Wednesday, January 12, 2011

HAPPY BESDAY MY HUBBY

Salam........

Sorryyyyy..........sangat2, sebenarnya aku terlupa nak tepek kek besday hubby 1.01.2011 yang lepas, lantaran sibuk hujung2 tahun ni, kek coklat dari air tangan isteri dibuat khas utk yg tersayang, heheh......................

Bersengkang mata buat kek ni tau......tapi takpa....untuk suami tersayang jugak kann....jam 12 malam siap deco dan terus potong, anak2 dok tunggu nak makan sama2.

Layannnzzzzzzzzzzzzzz..................



Gebuuuuunyaaaa....................shedappppp.................................hihi........



Order dua pizza untuk malam tu, master pizza....pizza malaysia tauuu............................



Selamat hari lahir buat suami yang tersayang semoga diri mu sentiasa beroleh kejayaan, diberi kesihatan yg baik, diberkati dan dilindungi selalu, aminn....

Daaaa.....................

BANJIR OH BANJIR......

Salam.....

Dah lama tak main air banjir ni, kebetulan masa balik kampung nak sambut besday party Aying jumaat lepas air tengah naik, anak2 apalagi sukee sangat laa.......mak anak pun sama tapi tak boleh nak main air lama2 nanti krem kaki ni sebab tak tahan sejukkkk, nanti che abang yg susah plak, hehe...............

Tengoklah dak Aying tu siap berenang lagik dengan si abang Eamnya, lepas majlis, malam tu kemas dan angkut perabut segala bawa ke ruang tamu atas, langsir pun angkat juga risau air tengah naik lagi masa tu, mujurlah keesokan harinya surut skit masa aku bertolak balik ke k trg.

Layannnnnnzzzzzzzzzzz..............









Kenangan banjir jan 2011 di kota bharu, tahun ni taklah seteruk mana....biasa2 saja, tapi seronokkkkk........................

Daaaaaaaaaaaa..............

Monday, January 10, 2011

BESDAY AYING DAN BBQ.....

Salam,

Besday party aying yang ke 4 th, untuk tahun ni aku buat kat kampung, kebetulan tarikh besdaynya banjir la pulakkk....air paras betis depan rumah.

Aying apalagi......asyik main air je.....taknak potong kek dan tak hirau makan minum asyik main air, tukar baju kejap basah balik, sabar ajelahh....

Layannnnnnnnn.............


Kek coklat yg dibuat khas utk Aying, nak edible doraemon .......

Lollychoc pun doraemon jugak............

Aying yg kesejukkan baru lps main air, baju dah abis basah tinggal baju tidur jee....

mama dan baba posing maut, hihi.......











Lepas majlis terus kemas perabut segala, risau air tengah naik. nanti aku tepek gambor banjir plak yaaa.......

Daaaaaaaaaaaa..................

Thursday, December 16, 2010

MAJLIS PERTUNANGAN

Salam,

Majlis pertunangan anak sedara sabtu minggu lepas, aku jadi tukang sibuk, hihi.......sibuk menjadi mak andam, sibuk buat gubahan hantaran cupcake, sibuk buat cupcake banyak2 bagi makan kat sanak saudara, sibuk dok hias pelamin dan sibuk dok curi makan ayam percik kesukaan aku, haha......

Sibuk jugak dok bergambar sana sini, itu dah memang adat la kann........majlis hari tu memang cukup meriah sekali.

Layan gambarnya yaa...........















Seronokk......klu ada majlis macam ni selalu kann.......dapat berkumpul dgn adik beradik, memang bestttt......

Daaaaaaaaaaaaaa.......................

Tuesday, December 7, 2010

PERCUTIAN YANG INDAH.........

Salam,

Haiiii.........masih ada yang rindu kerrrr???????.......hehehe....dah berkurun tak update blog ni, bukan takde cerita cuma tak sempat nak bercerita jew.......macam dah takde mood nak bercerita, arini ada mood la pulakk.....

Saje nak tepek gambar pegi holiday aritu, alaa.........bukan pegi luar negara punnn.......di malaysia ni jew......tu pun dah kecoh kann.....kikiki..........tak kesah la kann....kat mana pun asal dapat membahagiakan dan menyeronokkan kami sekeluarga, itu yang paling penting.

Dua hari satu malam kami kat bukit gambang resort city, anak2 seronok sangat dapat main air, ada yang mintak nak datang lagi, ermmmm.......botaklaaa.......che abang tu, hihihi..........sesekali boleh la datang tempat2 macam ni, penginapannya boleh tahan jugak, biasa la kann...

Layannnnn jerkkkkk..............





















Wednesday, November 10, 2010

TERGELAK DALAM SEDIH..............

Salam,

Pelik benau bunyiknya kan, ada ker dalam sedih2 nak gelak la pulak......tapi ini cerita benar tauu.....cerita ni berlaku petang semalam antara aku dan che abang disebuah restoran.

Ceritanya lebih kurang macam ni, petang semalam dari pejabat che abang call bgtau lepas keja dia nak jumpa membernya kat besut jadi dalam keadaan sakit kepala selsema dan rasa nak demam, aku pun tawarkan diri menemaninya sebab risau memandu sorang2 diri dahla musim hujan kan......jauh pulak tu.

Kami pun berangkat kesana lebih kurang jam 6.15 gitulah, tak sampai separuh jalan che abang ajak makan kat restoran, lapo katanya sebab tadi sibuk tak sempat nak lunch, alahaiiiii................kecian pulakkk....kira makan malam sekali la niiii.......

Aku ikut saje, memang aku sukee makan2 ni, hihi........masuk aje restoran tu kami disapa oleh kawan sepejabat che abang yang kebetulan datang beli juadah makan malam untuk anak2nya, isterinya dah lama meninggal kerana mengidap pelbagai penyakit.

Dok sembang2 kejap dia pun balik, naluri wanita aku dah bercampur baur masa tu dengan rasa sedih dan macam2, memang aku berhati lembut, chehhhh.......bukan apa.....aku kesian melihat seorang bapa yang terpaksa menjaga makan minum anak2 tanpa seorang isteri disisi, sungguh sedih.

Tanpa sedar bergenang juga air mata aku ni, sambil bersuara kepada che abang," kesiannnnn...... ya bang pada dia, terpaksa hari2 beli makan kedai untuk anak2," aku pandang che abang dengan genangan airmata, tiba2 che abang gelak tak hengat, aku yang dalam kesedihan ni terpinga2 mencari jawapan, rupanya dalam gelak2 tu sempat lagik dia perli aku,"alaaaaaaaaaaa........abang yang ada isteri ni pun selalu jugak makan kedai," hahahahahahaaaa..................kantoiii...................
terkena weihhhhh.........terkesan dalam sanubari, aku yang sedih ni pun tergelak sama dengan ayat keramat dari che abang tu.

Sedar2 dah nak magrib, lepas makan dan sembahyang terus kesana dalam hujan renyai2, jam 12 malam sampai kat sini balik, penat giler.

Daaaaaaaaaaaaaa...........