Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Tuesday, March 30, 2010

PENGANTIN PINK

Salam,

Selamat pengantin baru buat anak saudara aku Faizi yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 14.3.2010 baru2 ini. Semoga Faizi dan Nurul bahagia melayari bahtera dialam rumahtangga ini sampai kehujung nyawa.



Bergambor depan bilik penginapan kami di nenasi malam tu, seksa yang amat, 2 bilik jer yang ada, terpaksalah kaum wanita dengan anak2 tidur dalam satu bilik dan kaum bapa dan anak2 lelaki satu bilik, bayangkan betapa tak selesanya nak tidur dahle terpaksa masing2 berpisah laki malam tu, hi hi hi........................tapi takpe satu malam jew...............seronok jugak sekali sekala tidoq dengan adik beradik ni, susah tau nak berkumpul dan tidur sebantal macam ni bila dah tua2 ni kan, kenangan yang tak dapat dilupakan tau......

Snap jugak gambor semasa tidoq tapi tak diluluskan kerana terlalu seksi meksi, ha ha ha.........satu katil tidur 4 beranak masing2 ibu dengan anak kecik seksa yang amat, sampai aying melalak cakap sempit la mama, Aying panasssss.....................cian Aying, malam tu memang aku tak dapat tidoq sampai kepagi.



Tengah bagi tunjuk ajar pada pengantin dan sedikit petua, kih kih kih...................


Masa ni dah nak balik, masing2 kekenyangan. Jauh perjalanan lagi ni, aku balik terengganu, k tie balik bentong dan yang lain2 balik kelantan.

Daaaaaaaaaaaaa.....................

Thursday, March 25, 2010

BARU ADIL KAN..............

Salam,

Sebenarnya cerita ni dah basi, tapi takpelah.......sajer nak tepek cake stroge yang aku tempah ni, sampai 2 minggu lepas, order 2 biji dapat satu sorang baru adil kan..........................ha ha ha ........macam orang kawin 2 la pulakkk.................

Layannn.................




Cute kan..................harganya pun murah, berbaloi-baloiiiii....................buat simpan kek batu jer....nak simpan kek betul pun boleh jugak, tapi.............sempat ker kek betul nak masuk dalam tu, hi hi.......................

Daaaaaaaaaaaaa.............

Wednesday, March 24, 2010

TEMAN BARU



Salam,

Ha ha ha...........takde benda lain ker nak tunjuk mokcik ni kan, tunjuk sipi2 jer................. jangan terpedaya dengan tajuk yang tak boleh blah di atas tu yea........Inilah dia yang dikatakan teman baru aku tu, jangan korang ingat benda lain pulak.............

Baru 3 minggu jadi milik aku, sukeee...........................sangat2, senyum sampai ke telinga. Taklah susah2 isteri mu ini hari2 dok bawa unser yang besar gedabak tu, muahahahahhh......sekarang ni unser pulak jadi milik che abang dan si kancil yang che abang bawa dulu telah dijual.

Thanks abang, best jugak bawa keta ni memang tak dinafikan lagi, hi hi........................

Daaaaaaaaaaaa........................

Tuesday, March 23, 2010

FIL MENINGGAL

Salam,

Minggu lepas kami bergegas balik kampung setelah mendapat panggilan memberitahu arwah sakit tenat, kebetulan sekolah pun cuti jadi kami pun segera balik kampung, che abang ambik cuti 2 hari dapatlah 4 hari campur jumaat dan sabtu.

Namun kita hanya merancang tapi hanya Allah yang menentukan segalanya, pada pagi sabtu 20 hb mac 2010 arwah FIL menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.15 pagi di hospital kota bharu disamping semua anak2 dan isterinya.

Selama hayatnya kami telah cuba sedaya upaya memenuhi segala permintaannya dan che abang selalu disampingnya membaca ayat2 suci al quran dan kitab yang disukainya kerana arwah adalah seorang guru agama dan juga pengamal perubatan alternatif yang terkenal di sini.

ALFATIHAH BUAT ARWAH semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dari orang2 yang beriman, aminnn...yarabbal aalami.......

Wednesday, March 10, 2010

TUDUNG IDAMAN HATI

Salam,

Amacam, ok takkkk..........sajer nak menggediks dengan tudung baru ni, nak pakai kenduri ahad nanti.

Bodek che abang masuk Ariani, pilih punya pilih rembat 2 helai jer....................nak rembat banyak tak mampu, hi hi...................lain bulan la pulak.........

Layannnn...................................



Aku pilih corak pelangi satu, sebenarnya awning tu warna pink tapi dalam gambar jadi merah la pulak, new design dari Ariani.

Dan warna biru lembut satu, dah lama cari warna ni baru jumpa, sukeeenyaaa......................

Daaaaaaaaaaaa...................

Tuesday, March 9, 2010

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Salam,

Pada sabtu dua minggu lepas aku dan che abang keluar berdating dan ronda2 bandar KB, sambil tu kami dah plan nak pegi lunch kat SYAM RESTORAN di berek 12 ni, kawan2 yang dok KB tentu dah kenal kan.....syam restoran ni memang dah terkenal kat sini dengan masakan ala thai dan chinesenya yang marbeles, cheewah promote lagik tu...................

Tauke syam restoran ni kawan che abang masa kami tinggal kat besut dulu, tapi sampai sekarang masih berhubung, nengoklah sesekali berjumpa borak tak hengat, hi hi........

Layann.................



Yang tengah tu anaknya, muda lagi tapi minat dalam bidang perniagaan ni.

Inilah antara menu2 yang ada di syam restoran di berek 12 ni, banyak menunya yang paling aku sukee butter prawns, sampai sekarang dok ingat2 lagik, meleleh air liuq ni, muahahahah..........macam orang mengidam la pulak.

Layannnn................




Lepas lunch borak2 jap, bergambor lebih kurang dan aku pun minta diri. Masa nak balik baru ingat nak snap gambor, tadi lupa pulak nak snap menu yang aku ngap, chehh.......lapo sangat gamaknya, ha ha ha....................makan tak hengat dunio, bila dah kenyang dan licin baru nak ingat, cisss.............takpelah, kalau korang nak rasa datanglah kesini bila berkunjung ke negeri cik siti wan kembang ni yeaa.....................jangan lupa...............

Daaaaaaaaaaaaaa..........................

Sunday, March 7, 2010

AKHIRNYA JADI MILIKKU

Salam,

Bukan main lagi tajuk tu ya, macam berebut kekasih la pulak,hi hi......... benda ni lah yang aku beli kat KK HOME DECO dinilai 3 aritu, sebenarnya aku ke KL nak merisik sesuatu, biarlah rahsia.............tunggu.....korang akan tahu jugak nanti yeaa...........bak kata pepatah sambil menyelam sambil minum air, selepas selesai menguruskan perkara penting tu, dengan semangatnya aku pun berdesup ke nilai 3, dalam kepala ni dah terbayang macam2, tujuan utama ke KK, apalagi shopping lerr............... heh heh.....

Layan jer.........ada lagi yang aku rembat tapi malas nak snap la pulak, aku tepek jam je yea......sebab dah lama aku dok mengidamkan dia, dulu ternampak kat reflesia mahal bangget, malas nak beli tapi kat KK ni murah skit harganya jadi apalagi rembat jerlah, tertunailah hasrat di hati.


Lepas shopping bagai, terus berdesup kerumah suesafia, jam dah 5 petang tapi sempat lagi curi masa pegi belajar buat fauxcake, cupcake dan slice cake. Jam 7 baru siap tq yea sue......atas layanan mu, kelam kabut skit lepas tu terus ke bangi beli bahan2 coklat pulak untuk customer kat terengganu ni, jam 9 baru selesai. Penat betul aritu tapi takpe asalkan semuanya terlaksana, eh eh......lari tajuk pulak, inilah rupanya cake aku yang tak seberapa tu.

Layannnnn......................


First time buat cake batu ni, ha ha ha......kelakarnya.......

Daaaaaaaaaa..........................

Saturday, March 6, 2010

SEDIKIT PERUBAHAN DISINI

,

Salam,

Dah bersawang blog diari aku ni kan, tak sempat wehhh.......ari2 sibuk dengan tugas seharianku, apalagi kalau bukan dengan coklat homemadeku itew.......hi hi.......

Curi2 masa kejap update blog, rindu kat kawan2 semua, kali ni aku nak kongsi hiasan diruang tamu kediamanku yang tecik comel ni, atas permintaan kawan2ku semua, inilah kediaman aku disini, tak banyak yang berubah cuma sikit ajer perubahannya.

Layan jerk ya.........................






Sedikit himpunan pelitaku yang ciput dan sarung kusyen yang lama jugak, belum sempat buat yang baru, mungkin raya nanti akan aku bikin yang baru plak.

Pssstttt....aritu aku ke KL korang nak tau aku kemana???? ha ha ha..........tungguuuuuuuuuuu....

Daaaaaaaaaaaa......................