Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Thursday, December 31, 2009

JUMPA KAWAN LAMAKU

Salam,

Gembira rasanya dapat jumpa kawan yang dah lama tak berjumpa, sajer jalan2 ke johor semata2 nak jumpa mereka, sementara cuti ni kan........nak pegi ke tempat peranginan malaslah pulak, mereka siap masak2 bagai tunggu kedatangan mak datin ni, hi hi.........

Sebenarnya banyak kenangan aku kat sini, kawan2 pun dah macam adik beradik dah, masa aku pindah kl dulu dioranglah yang paling sedih termasuklah aku sendirik, maka terjadiklah babak2 drama air mata masa tu, kenangan yang tak dapat aku lupakan.

Ini kat rumah kak Lin, mula2 sampai terus kerumahnya sampai ke malam baru masuk hotel, hi hi.........masing2 tak puas bersembang, kak Lin pun punya minat yang sama dengan aku, satu kepala katakan......

Layan gambar jerk..........





Yang ni pulak kenangan kat rumah kak mar, dia berniaga perabut jati dan barang2 deco, nengoklah macam2 ada sampai penuh rumahnya. Bila dah jumpa macam2 ceritalah kan, topik macam biasalah.......orang pompuan kan.............






Tiga hari dua malam kat sana tak puas rasanya, malam terakhir tu kak lin datang kebilik hotel tempat tinggal aku sajer nak berborak2, husband masing2 keluar dengan member2nya.

Pagi isnin lepas sarapan singgah rumah kawan dua buah rumah lagi sebelum bertolak ke JB, nak tahu aku dating dengan sape kat JB tu? nantikan n3 akan datang yea.....

Oklah setakat ni dulu, sebenarnya ada beberapa buah lagi rumah kawan yang aku pegi, tapi dah penat lupa nak snap.

Malas la pulak nak menaip, banyak keje lagi nak dibereskan, kain baju dari johor hari tu pun masih tak beres lagi, penat tau....hu hu..................

Daaaaaaaaaaaa....................

Saturday, December 26, 2009

SUKEEE............................

Salam,

Seronoknyaaa........dapat benda ni, dah lama aku idam-idamkan. Ternampak kat blog suesafia terus caling2 dia, suruh bawa kat rumah hari tu juga, hishh..................tak menyempat-nyempat.

Sebelum yard sale bermula aku dah rembat satu ha ha......................ingat nak carpet satu tapi dah habis laaa............orang lain dah rembat, hu hu.................

Inilah dia quilt comforter idaman ku, layannnnn.........................



Aku pilih corak macam ni lembut jer kan..........................kalau korang nak, apalagi jom la ke yard sale tu, aku takleh pegi nak bercoti kat jo*** ni, hi hi.............................

Daaaaaaaaa...............................

Friday, December 25, 2009

TAHNIAH ALONG

Salam,

Semalam adalah hari yang paling gembira bagi kami sekeluarga, mungkin juga ibubapa lain pun merasakan demikian juga bila anak2 cemerlang dan mendapat keptusan yang baik, inilah perasaan seorang ibu. Buat Along, mama harap dengan keputusan yang along pegang ini dapat membantu along mendapat keputusan yang lebih baik pada masa yang akan datang, insyaallah..

Seawal pagi semalam kami sekeluarga bertolak ke sekolah Along untuk memberi semangat dan sokongan, tujuan aku untuk memberi galakan pada adik2nya juga. Syukur alhamdulillah along telah mendapat 7 A 1B, syukur kehadrat ilahi diatas semuanya, Aminnnn........

Inilah keputusan Along semalam, botak kepala babanya dah janji nak bagi 1 A Rm 100, ha ha...sebenarnya nak bagi dia semangat lagi untuk belajar, mama harap Along menguruskannya dengan baik untuk masa akan datang.




Untuk meraikan Along, lepas tu kami pegi makan2 di The Mines, adik2nya pun tumpang seronok dan esok kami akan pegi bercoti-coti mesia selama 3 hari, ini dah lama kami rancang. Bukan jauh pun......

Daaaaaaaaaaa....................

Monday, December 21, 2009

MENYESALNYAAAAA....................

Salam,

Pasu ni che Abang yang bagi sempena Anniversary yang ke-11 pada tahun 2004. Pada hari bersejarah tu terkezut beruk aku bila Che Abang siap call cakap lori datang bawa hadiah, kelakor bunyinya kan......memang betul la, lori datang antar dua pasang pasu.

Dua biji besar dan dua biji yang kecik lupa nak snap pulak, yang ni sama tinggi dengan aku yang kecik pulak paras dada aku.

Gembira usah ceritalah kan........sebab aku minat dengan pasu cina ni, tapiiii...................entah kenapa masa tu, aku jadi baik hati pulak memandangkan ruang tamu rumah aku tinggal masa tu kecik, jadi aku tak pikir panjang, terus jer tepon akak ipar suruh ambik 2 biji yang besar dan yang kecik.

Siap sewa lori lagi dari johor bawa balik ke kelantan, bila dah sampai kat rumah sendiri baru aku terfikir alangkah nyesalnya aku...............kalau ada boleh aku letak di kedua2 belah kiri kanan tangga dalam rumah aku tu, sekarang nyesal dah takde gunanya lagi sebab dah jadi milik orang.

Inilah satu2nya pasu besar kesayangan aku, walaupun che Abang tak kesah tapi aku rasa menyesal pulak, maafkan ayang, bukan ayang tak suka dan tak menghargai pemberian Abang, harap Abang mengerti yaa............


Pasu cina kesayangan aku

Bila aku pandang pasu ni kat rumah akak ipar aku, sayuu................jer rasa hati ini, rasa macam nak ambik balik pun ada, tapiii.....................tak mungkin ianya berlaku, hu hu.................

Takpelah...............aku reda..........dan bersyukur dengan apa yang ada, dah bukan rezeki akulah tu kan...............ayat nak pujuk hati sendirik, ha ha ha....................

Daaaaaaaa........................

p/s:Masa kecik si Eam selalu peluk pasu ni siap cakap mama, mama, mama........lagi, kelakor betul!!!! macamlah pasu ni mama dia, kih kih kih...........

Saturday, December 19, 2009

HATIKU RESAH

Salam,

Sekarang ni aku rasa macam takde mood, takde semangat nak mendeco, takde idea dan tak tahu nak buat apa, tak tahu apa yang nak dirancang terlebih dahulu, aku jadi buntu, buntu..................

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..................... dalam kebuntuan itu mujurlah aku dapat menyiapkan tempahan coklat dari customer, cuma menjahit jer aku jadi serba salah nak buat ker.................taknak. Semua ini hanya kerana..................... aku sedang menunggu satu keputusan yang belum pasti.

Tapi yang nyata keputusan itu akan datang jua dan aku terpaksa akur dengannya, tentu korang tertanya2 kan...........dan nak tahu apakah yang sedang berlaku?????

Sebenarnya takde apa2 masalah besar pun................cuma aku jer yang terlebih risau menunggu keputusan ini, awal januari ni terjawablah segala keresahan itu dan.................terpaksalah aku akur dengannya maka terpaksalah aku............................uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa....................

Untuk pengetahuan kawan2 ku semua, jika keputusan itu menyatakan che abang aku posting kat negeri mana2 sekali pun maka terpaksalah aku kena berpindah lagi, sedih tauuu........perkara inilah yang membuatkan mood aku jadi tak menentu.

Apa lagi anak2 aku sayang nak tinggalkan kawan2 sekolahnya, tapi apakan daya................demi tugas seorang bapa terpaksa dilaksanakan jua walaupun perit, dah berapa kali berpindah randah macam ni, satu jer aku pesan kat anak2, jika kita pandai, sekolah kat mana2 pun kita tetap pandai juga asal rajin berusaha, kawan2 yang baik kat mana2 pun ada jika kita tahu memilih kawan dan tahu jaga diri serta tidak sombong.

Aku, tersangatlah malasnya nak kemas barang2 semua, serba salah dibuatnya. Apakata aku lelong barang2 aku tu, oh!!!!! no no no no......................tak mungkin ianya berlaku, aku sayang tauu................berapa lori sekali pun aku rela mengangkutnya.

Kalau benar2 kena pindah, penatnyaa...............sape nak tolong aku kemas nih......................nanti aku bagi upah, hi hi............................

Daaaaaaaaaaaa..........................

Thursday, December 17, 2009

SUASANA INDAH DIKAMPUNG

Salam,

Betapa indah dan nyamannya berada di kampung, inilah pandangan hadapan rumah aku tu, dikelilingi dengan pokok2 macam berada kat dusun buah-buahan pulak.




Macam ni la rupanya rumah yang tuannya sekejap ada sekejap takde macam chipsmore pulak, hi hi........tiap kali balik kena upah orang bersihkan kawasan luar rumah yang semak tu, dulu ayah yang jaga dan bersihkan kawasan rumah ni, sekarang ni ayah dah tak larat lagi dah uzur, tu pun kadang2 dia tolong juga sikit2, ayah sayangkan rumah ni sebab hasil tangan dia dan kawan2nya.

Mujurlah pokok2 bunga aku hidup subur lagi tu.

Layan jerk gambar anak2 aku bila berada di kampung, seronok sangat la tu dapat naik beskal lama atoknya, siap dok kat depan lagi tu macam bujang lapok la pulak. beskal ni nanti aku nak spray putih letak kat anjung rumah aku ok tak?? ha ha ha.....berangan, itupun kalau tuannya izinkan........kalau tak angan2 mat jenin ajerlahhh.......................





Suasana depan rumah mak, seronok sangat dapat main dengan sepupu2nya tu, sampai Aying taknak masuk rumah, asyik nak main jer.

Daaaaaaaaaaaaaaa..........................

PENGANTIN BARU????

Minta maaf lah sayang...abang nengok dah terkulai kat atas katil tu (kepenatan selepas seharian bersilat dengan anak2)..abang ambik kesempatan lah menceroboh lagi...jangan maree..nak buang tabiaat, 2 thn setengah jadi student..

Isteriku Sayang..

Alhamdulillah, berkat doa sayang, abang akan bergraduat dgn kepujian kelas pertama. Itulah tiket penting untuk abang melangkah ke peringkat seterusnya. Abang tidak pernah jemu untuk belajar..InsyaAllah..tetapi, berehat dulu. Terima kasih atas doa dan pengorbananmu sayangku, anak2 dan semua. Abang sedar betapa penatnya sayang melayan kerenah anak2, betapa berat memikul tanggungjawab sebagai isteri, tetapi...Bibirmu tetap mengukir senyuman...walaupun raut wajahmu tampak kepenatan...Abang akui, tidak akan mampu membalasnya..Cuma yang ada hanya sebuah kesetiaan kepada mahligai yang telah kita bina bersama..Abang akan cuba untuk menjadi seorang suami dan bapa yang terbaik untuk keluarga kita..hanya kita yang akan menilainya..Kita perlu berusaha dan berdoa..

Kerana..
Di luar sana..masih ada suami/isteri mencurangi pasangan, suami mendera isteri, isteri menderhaka, anak menderhaka, ibu/bapa mendera anak/anak2..pergaulan bebas, jenayah, keruntuhan akhlak dan bermacam masalah sosial..Semoga dijauhi Allah dari petaka akhir zaman..


Amboi sayaaang...cottage tu memang, selangkah je ke dalam, rasa macam PENGANTIN SENTIAAASA BARU...walaupun dah lebih 16 tahun kita diijabkabulkan...Pengantin tu tengah berangan tu..BILA GAMAKNYA NAK PINDAH KAT SITU..Semalam abang dah lapor diri, bulan Januari ni baru tau posting kat mana2, Kalau kat HQ atau negeri berhampiran, tak pindah kita..kalau kena kat negeri lain, pindah lagi, tetapi kalau kena kat negeri kelahiran kita..alangkah indahnya anjung beradu tu...pengantin lelaki tu bukan mengereng lagi...tapi..telentang...

Thanks and Good Morning.

Tuesday, December 15, 2009

BERCUTI DAN BEREHAT DI KAMPUNG

Salam,

Apa khabar korang semua, dah lama aku tak jenguk blog, rindunyaaaaaaaaaaa...............pada
kawan2 dan pada blog aku nih. Apa khabar semuanya??........aku macam biasa laa.....baik2 ajer...

Rindu serindu-rindunya masa kat kampung ari tu tapi apakan daya tenet takdak, baru jer masuk 3 hari lepas, balik kampung nanti boleh la update blog segala.

Hari ni aku dah berada kat kl dah, balik semalam. Selama 3 minggu aku kat kampung rehatkan badan dan minda, rehat sepuas-puasnya kat rumah sendiri. Rasanya malas nak balik kl tapi apakan daya, aku punya tugas yang sedang menunggu.

Esok akan bermulalah tugas aku yang macam biasa tu la, menyiapkan tempahan coklat untuk customer baru di kelantan, lepas tu nak siapkan baju sekolah anak2 pulak, untuk tempahan langsir akan dibuka semula pada januari 2010 nanti.

Inilah suasana dalam cottage ku kat kampung, layan gambar dalam rumah dulu, nanti lain kali aku tepek suasana kat luar rumah pulak hocay.........welcome to Anjung Beradu cottage.




Aku tepek sikit jer dulu, deco kat rumah ni masih kurang sebab tak sempat nak mendeco, balik kejap2 jerk. Bila pindah sini nanti bolehlah nak mendeco-deco segala mengikut kemahuan aku, bila laaaa.................agaknya yeaaa............malas pulak aku nak pikir2, cakap topik lain pulak yea.

Aying sedang tidur dengan lenanya dalam buai, sukee sangat dia kalau balik kat rumah ni, tidur pun senang, bangun tidur terus jer main tak mengarut macam kat sini. Nengoklah tu, sambil makan roti pun boleh tertidur.

Sedang menunggu, ha ha ha ha ha.............................ala ciannyaa.......sampai tertidur, pengantin lelaki sedang menunggu pengantin perempuan di kamar, kih kih kih kih.........................pengantin perempuan jual mahal pulak, ampun bang........sajer jerk nak buat lawak, jangan mareee.........

Oklah, aku nak jalan2 rumah korang pulak, walaupun tak sempat tinggalkan jejak tapi aku tetap datang, tunggu yea....................

Daaaaaaaaaaaaa......................................