Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Monday, November 23, 2009

PESTA BANJIR

Salam,

N3 banjir pulak yeaaa...............mentanglah kat kampung aku sekarang banjir, jadi aku kat sini resah gelisah, bukan apa........sebenarnya plan nak balik esok tapi tak tau lagi banjir surut ke tak, pakaian serba serbi dah ready, anak2 pun dah melompat2 nak main air, termasuk mamanya, hi hi..............seronok tau....

Nak tau tak musim banjir nilah orang pantai timur berpesta, semua pakat2 keluar nengok air sambil tu makan goreng pisang panas, best tau..........musim2 hujan ni asyik nak makan jer kan....lagi best kalau ada ubi rebus cicah kelapa dengan kopi panas, fuhhhhh............terangkattt....

Apa aku merepek ni haaa.............yang nyata ari ni aku masih kat KL lagi ni, aku nak balikkkk......
mintak2 esok jalan dah dibuka semula, rindu kat kampung, jeles tau nengok orang2 kat sana dok selak menyelak main air, kih kih........

Layan jerk kenangan banjir tahun lepas, nengoklah anak2 aku tu, dah jadi macam apa ntah, kalau dah berada kat kampung memang tak boleh nak kata apa dah, macam hal sukee hati dia jerk.

Suasana banjir tahun lepas kat rumah MIL di pasir mas.





Yang kat bawah ni depan rumah mak aku, ni jerk yang sempat di snap.

Harap2 aku dapat balik kampung sebelum raya ni, sedih ni tau.......................

Daaaaaaaaaaaa........................

ANUGERAH CEMERLANG LAGI

Salam,

Kali ni ke sekolah agama pulak, sambutan hari penyampaian hadiah untuk pelajar2 cemerlang diadakan pada hari jumaat ari tu.

Syukurlah kedua2 anak dara dan bujang aku ni dapat juga, cuma si Eam jerk yang tak dapat kali ni, takpelah usaha lagi ditahun akan datang, lagipun baru jer tahun satu masih banyak masa lagi kan.....................

Aifa dan Aidil dengan hadiah masing2

Aifa Amirah menerima hadiah bagi tempat pertama dalam kelas tahun 5.

Aidil Afizuddin mendapat hadiah bagi tempat ke tiga dalam kelas tahun 3

Sidang bergossip2 oleh ibu2 yang hadir, hi hi.....apa yang digossipkan pun tak tau.....tak sedar ada orang snap gambar pulak. Aku bawak bihun goreng jerk......sebab tak sempat, busy memanjang, ni pun luangkan masa kejap untuk memberi sokongan pada anak2.


Gambar kenangan bersama kawan setaman yang muda setahun dari aku, selalu datang tempah baju dan coklat kat rumah aku ni.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha pada semua follower2 dan pengunjung2 blog aku ni, selamat balik kampung yea, esok aku balik kampung, itupun kalau air dah surut, kalau tak, beraya kat sinilah jawabnya, uwwaaaaaaaaaaaaaa...........

Nak kemas pakaian pulak, ok daaaaaaaaaaaaaa....................

Thursday, November 19, 2009

ANUGERAH CEMERLANG

Salam,

Dah bersawang blog aku nih, almaklumlah tuannya busy sangat2, bisnes women la katakan......... heh heh.............selasa ari tu kat sekolah SKTU telah mengadakan majlis anugerah cemerlang untuk pelajar2.

Syukur alhamdulillah..............ke tiga-tiga anak2 aku yang sekolah rendah telah mendapat anugerah cemerlang, tahniah mama ucapkan, dengan harapan agar anak2 mama dapat kekalkan anugerah tu pada tahun2 yang akan datang, insyaallah.

Wajah2 ceria pada hari terima anugerah tu, snap gambar dulu sebelum berangkat ke sekolah.


Anak dara aku, Aifa Amirah(Efa), Anak bujang Aidil Afizuddin(Edi) dan Amirun Afham(Eam).

Aifa Amirah menerima anugerah matapelajaran terbaik bahasa melayu pemahaman.


Aidil Afizuddin menerima anugerah peningkatan terbaik dalam semua matapelajarannya.

Amirun Afham juga menerima anugerah peningkatan terbaik dalam semua matapelajarannya.


Bergambar dengan hadiah masing2, lega hati mama, anak2 mama masing2 dah nampak bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Mungkin juga berkat usaha belajar melalui internet iaitu program score A yang kami langgan tu agaknya, memang berkesan.

Syukran2, alhamdulillah...........teruskan dan usaha lagi semoga semua anak2 mama berjaya dalam pelajaran masing2, mama dan baba tak akan jemu meniupkan kata2 semangat untuk kalian semua, semoga berjaya dalam pelajaran masing2, aminnnnn................

Thursday, November 12, 2009

SERUPA TAPI TAK SAMA

Salam,

Pada pagi yang indah ini apakata kita cuci2 mata dulu dengan himpunan mug kepunyaan aku yang sama coraknya cuma berlainan bentuk ajer.....

Taraaaaaaaaaaaaaaaa........................


Tiga mug yang kat atas tu adalah diantara mug yang aku guna hari2 kat dapur, dengan tamaknya aku rembat ketiga-tiga bentuk sekali, satu bentuk aku ambik 6 biji. mulanya tak tau nak pilih yang mana satu sebab semuanya aku berkenan, alih2 semua aku ambik.






Rembat kat KK Home Deco di nilai, barang kat situ murah2. Mug tu pun murah giler......nengok barang macam tak percaya pulak dengan reganya tu, nak tahu korang carilah sendiri yea..........

Aku dah biasa kat KK tu, kalau aku masuk jerk mesti jurujual yang ada kat situ menyapa aku sebab mereka dah biasa, sama jugalah dengan KK yang satu lagi tu sebab KK ada 2 cawangan kat situ. Asyik2 muka niiiiiiiii................jer yang datang, nasib mereka tak menyampah dengan aku ni. Baik sungguh adik2 kat situ siap tolong bawak bakul lagi tu, kih kih kih........................aku sajer nak pekenakan dia, alih2 dia kenakan aku, siap cakap lagi kalau tak penuh bakul ni tak boleh balik, ek....elehhhhhhhhhhhhhhh............setakat bakul kecik tu, 2 bakul pun tak cukup, kalau troli tu lainlah kan..................besar gedabak.

Oklah manyak keje nih, bye.............

Daaaaaaaaaaa......................

Tuesday, November 10, 2009

KASUT SIAPAKAH ITU




Salam,

Adakah korang hairan kenapa hari ni aku tepek kasut buruk tu kan..........sebenarnya ada kisah lucu disebalik kasut tu, sampai hari ni pun aku masih lagi gelak kalau teringat akan kisah tu, korang nak tahu takkkkk.............

Sebenarnya peristiwa ni berlaku minggu lepas, kasut ni sebelah kepunyaan si Eam dan sebelah lagi kawan dia yang punya, nak dijadikan cerita masa balik dari sekolah agama ari tu, sorang kawan ni keluar dulu, entah kenapa masa nak balik dia pakai kasut terus balik tak sedar rupanya yang dia pakai tu sebelah kasut dia dan sebelah lagi kasut Eam, dah le kasut orang elok dia pakai kedua-dua belah kanan pulak tu, jenis kaki apa ntah budak ni boleh tak sedar pakai kasut macam tu, menyusahkan orang jerkk....

Eam keluar tercarik2 kasutnya yang sebelah lagi tu takde, yang ada kasut budak tu jerkk kedua2nya belah kiri, nak buat camno orang dah balik kan....takkan nak balik berkaki ayam pulak, Eam pun pakai ajerlah kasut tu bawa balik rumah dengan muka masam
mencuka.

Sampai jerk kat rumah terus beritahu aku cerita yang sebenar, miahahahahahah........
aku gelak tak hengat masa tu, korang bayangkan kasut dipakai dua-dua belah kiri camtu.Yang aku geramnya takkan kaki budak tu tak rasa apa2 masa pakai tu, dahle tak tau sape dan dimana rumahnya, kalau tahu boleh la pegi tukar kan..

Esoknya si Eam mengarut taknak ke sekolah malu katanya takut kawan2 gelakkan dia pakai kasut camtu, kasutnya ada sepasang jerk malas nak beli baru sebab sekolah pun dah nak cuti ni kan.....

Mujurlah petang tu cikgu sekolah agama suruh Eam datang kesekolah, kasut dah jumpa katanya. hurmmmmmmm........selesai satu masalah aku, kalau tak beli baru le jawabnya.
Malas nak tanya cikgu jumpa kat mana, mungkin mak budak tu antar agaknya, macam2 kisah budak2 darjah 1 ni kan......

Daaaaaaaaaaaaaa.............

Sunday, November 8, 2009

MASAK-MASAK DI HARI MINGGU

Salam,

Hari ni aku terlebih rajin sikit, biasalah kan......hari minggu ni semua ada kat rumah dan aktiviti yang biasa anak2 adalah menonton, makan dan makan, kalau aku tak masak mereka nak makan apa kan.........aku ni kan ibu mithali, kih kih kih....................

inilah antara menu yang sempat aku masak, ikan bawal masak 3 rasa dan sayur campur tu jerk, ada sikit menu tambahan yang biasa2 tu malas pulak nak snap gambarnya.



Anak2 memang suka makan ikan 3 rasa ni tak kiralah ikan apa pun, kalau aku masak 3 rasa mesti diorang makan sampai licin.



Sayur campur ni adalah antara makanan kegemaran aku, kalau makan panas2 perhhhhhhh.......
che Abang lalu pun tak nampak. Aku makan begitu jerk dah kenyang tak payah makan dengan nasi.

Korang dah lunch ke belum??? kepada yang sedang lunch aku ucapkan selamat menjamu selera
dengan menu kegemaran masing2.

Daaaaaaaaaaa...................

Thursday, November 5, 2009

LOCENG AYAM

Salam,

Hari ni nak tepek loceng ayam lak, sebenarnya loceng ni dah lama dah aku lihat dok tersenyum kat kedai dot dot dot tu dok melambai-lambai kat aku tapi selama ni aku buat2 tak nampak jerk,
sebab malas nak layan benda2 macam ni kan, tapi ari tu entah kenapa hati aku terpikat pulak, cepat2 aku suruh jurujual tu ambik dan dengan muke minta simpati aku tunjuk kat che Abang minta izinlah kan........che Abang ok jer......apa yang aku nak semuanya boleh ajaaaa.......

Korang bayangkan kalau masa tu che Abang cakap "takyahlah, buat membazir jerk" apa reaksi aku agaknya, maunya mokcik ni tersentak dan lu pikirlah sendirik, kih kih kih................

Masa nak bayar tu sempat lagi aku tanya, che Abang jawab "kalau nak ambik jer...." dia bisik kat aku nanti balik tak boleh tidur termimpi2 pulak.......dalam hati aku, ceehhhhh.......perli aku yea.....masa tu jurujual tersenyum memandang kami.

Inilah dia locengnya, reben tu aku bikin sendirik sebab talinya dah putus dikerjakan dak Aying.
sesuai ke tak.........lantaklahh..................



oklah yea aku stop kat sini dulu badan rasa seram sejuk jer, nak demam kottt..........kurang rehat sekarang ni, asyik dok buat keje jer....lepas jahit bikin coklat pulak, siapkan tempahan kawan anak2, sampai nak rehat pun tak sempat, hu hu....................

Malam ni nak tidur awai nak rehatkan badan.

Daaaaaaaaaaaaaaaa....................

Tuesday, November 3, 2009

VANTAGE BUAT ANJUNG BERADU

Salam,

Beberapa set vantage yang kat bawah ni adalah antara koleksi yang di order untuk kegunaan seharian dicottage kesayanganku ANJUNG BERADU yang berada di kampung.

Tak lama lagi kan cuti sekolah, makanya aku akan berada di kampung sekali menyambut raya haji ni, syioknya dok rumah sendiri lapang dan luas, anak2 pun bebas bermain.

Bekas ni untuk hidang lauk pauk yang berkuah.


Yang kat bawah ni pulak adalah untuk tetamu yang bertandang. Sape2 yang datang ke cottage anjung beradu ni akan aku hidangkan dengan set ni, hi hi...........

Yang ni pulak untuk menjamu selera.

Bawah ni dah tentulah untuk hari raya kan.......tapi tak cukup tu, takpe......yang lama masih boleh digunakan lagi, nanti ada masa aku make-upkan dia kasi perubahan.


Order 4 set jer.....ada lagi yang berkenan tapi ongkosnya dah ciput, miahahahahhh..........slow2 lah kan.....lain tahun ambik lagi.

Daaaaaaaaaaaaa...........

p/s : Dalam penantian, harap2 dapet secepat mungkin, mokcik dah tak sabor dah ni, hi hi............
tak menyempat2.

Sunday, November 1, 2009

KOTAK HIASAN

Salam,

Kali ni nak tepek kotak hiasan pulak, bila di make-up boleh dibuat deco jugak kan, lihatlah hasil keras tangan aku yang tak seberapa nih.

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............






Kotak tu memang dah lama dalam simpanan aku, cuma tak sempat jer nak di make-up kan, padahal kalau buat sekejap jerk. Projek ni aku buat jumaat ari tu, sambil2 tunggu che Abang balik sembahyang jumaat, aku memulakan projek tu dengan tabah gitu.

Bahan2 aku beli kat lovely lace, rose pink pujaan hati ku.

Daaaaaaaaaaaaa....................