Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Saturday, October 31, 2009

DI PETANG ITU

Salam,

Sajer jerk ari ni nak tepek barang deco yang tak sengaja aku rembat kat romantika ari tu, dah lama sebenar baru ari ni berkesempatan.

Petang tu sajer keluar jalan-jalan sambil minum petang dengan che Abang, mata ni asyikkkkk.... jerk dok pandang kedai dot dot dot ni, kalau tak masuk memang tak sah, bila dah nampak mesti wajib kena masuk jugak, sampai jurujual kat situ memang dah kenal dan dah biasa dengan aku, bila aku masuk jer terus dia menyapa.

Hari tu aku masuk sekejap jerk sebab nak ambik anak kat sekolah, lagi pun kat situ dah takde barang yang baru sampai lagi, berapa kali pegi asyik barang tuuuu.......jerk.

Ini jew barang yang aku rembat tu, ciput jer kan......






Masa nak bayar sempat lagi jurujual tu menyapa aku,''hai kak nape ambik sikit ajer ni", cesssssssss............perli aku yeaaaaa...............sebab biasanya aku beli banyak, diorang heran gamaknya, takkan aku nak ambik barang yang ntah hape2 tu kalau free takpe jugak, lagi pun masa tu tengah kering, miahahahahhh.............taksedar diri lagik tu.

Daaaaaaaaaaaaa......................

Tuesday, October 27, 2009

HOBI BARU

Salam,

Kali ni aku nak kongsi hobi baru aku pulak, sajer nak menambahkan lagi kesibukkan yang dah sedia ada tu, tapi takpe.........sesibuk mana pun kita kalau diisi dengan perkara2 yang berfaedah tak rugi rasanya kan........lagi pun benda tu bila dah siap akan memberi kepuasan pada diri kita sendiri tak gitu.

Pillow ni aku buat dengan lebihan kain langsir raya aku ari tu masih ingat lagi coraknya kan..........
dari terbuang begitu saje baik aku cipta sesuatu yang boleh di buat deco di ruang tamu aku yang comey ni.

Layan jerk hasil keras tangan ku yang tak seberapa nih, hi hi.....................



Bawah ni satu lagi hobi baru aku yang sangat glamour sekarang nih, aku sukee mencuba sesuatu yang baru dan boleh dibuat bisnes tak kiralah kecil-kecilan ker........ besar besaran ke kan...........janji kena ada minat ingin mencuba tu yang penting.

Semua ni adalah hasil tangan aku...... nengoklah hasilnya, sedap tau..........dan cantik pulak tu, muahahahahhh...............masuk bakul angkat sendirik la pulakkkkk.......

Memang betul coklat homemade ni sedapppppppp....................sape2 yang dah rasa akan tahu akan kesedapannya kan...kan...kan.......

Taaraaaaaaaaaaaaaaa......................



Sebenarnya banyak lagi benda yang ingin aku pelajari tapi masa tak mengizinkan aku, buat masa sekarang ni aku pendamkan dulu niat tu, yang penting cita2 tu mesti ada, akan aku cuba suatu hari nanti, insyaallah.

Daaaaaaaaaaaaaa................................

Monday, October 26, 2009

JOM CUCI MATA

Salam,

Hari ni De' sal mengadakan sale deco,deco,deco............kepada kawan2 deco atau sape2 aje yang minat mendeco ni sila singgah cuci2 mata kat sini dulu yerkk.................

Layannnnnnn........................

BG01 RM 55.00


BG02 RM 55.00


CSOI RM 49.00

PL01 RM 35.00


PT02 RM 55.00

Itu jerk dulu, nanti aku tepek lagik tau...........sesiapa berminat sila emel atau sms aku yea......

Daaaaaaaaaaaaa.........................

Thursday, October 22, 2009

TENTANG AKU

Salam,

Asyik tepek n3 anak......jerkan, mama dia pun nak mengades jugakkkk............boley kan...............
boley laaaaaaaaaaaaaa.......................

Sajer jerk nak menyibukkan diri kat sini, nak cerita ceriti serba sedikit tentang aku ni yang perlu korang tahu,he he.......macamlah korang nak tahu sangat kan, pedulikkk........nak bagitau jugakk..
Bagi korang yang tak tahu ler.............bagi yang dah biasa dengan aku dan dah tahu tu, rilek2 yea.....bagi peluang pada orang lain pulak.



Seorang ibu yang mempunyai 6 anak,
Seorang surirumah yang berkerja di rumah,
Seorang yang minat menjahit dan suka berfesyen,
Sangat gemar dengan deco,deco,deco dan menghias rumah,
Sukee hiasan rumah english style,
Sukee bunga roses,
Sukee shopping barang deco, henbag, kasut dan barang kemas, hi hi.............
Seorang yang periang dan sukee gelak,
Seorang yang pemalu tapi peramah,
Seorang yang mudah melemparkan senyuman manis, chehh....
Seorang yang manja sikit2 nak nangis, ish buat malu jerk,
Sukee menonton cerita lawak, yang sedih2 ker cerita hantu tak mau....nanti aku down pulak.
Sukee makan pizza,
Sukee melaram,
Sukee dengar lagu jiwang, he he........
Sukee ada ramai kawan,
Sukee memetir, hi hi......pada anak2 jer.....itu pun kalau diorang ada buat salah ape2,
Sukee jalan2 cuci mata lepas tu cuci poket sekali, poket che Abanglah....... muahahahahhh............

Sudah2 ler....nanti korang termuntah pulak...........itulah aku, tak pernah sombong dengan sesiapa pun, harap korang terimalah aku seadanya yea....jangan segan2 dengan aku.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaa......................

MODEL SEKSI

Salam,

Kali ni nak tunjuk model yang seksi meksi pulak, Model cilik ni serba boleh, suruh mengaji boleh, suruh menyanyi boleh, macam2 lagu dia boleh nyanyi, lagu asli, pop rock, sentimental, dikir barat semua boleh, suruh berlakon lagiklah boleh, pendek kata semua dia boleh buat dengan muka selamber......jerk.

Layan jerk gaya ala2 model oleh dak Aying yang seksi meksi tu, waktu malam selalu jerk camtu taknak pakai seluar baju, masa ni tengah berlakon jadi model dengan gaya tersendiri, siap pejam mata lagik ala2 mengantuk la tu.....



Kalau snap gambar dia, lagi la dia buat macam2 siap tidur lagi kat atas kosi tu, alahaiiiii............
kurusnyaaaa............anak mama ni, bila la agaknya nak montel sikit badannya.

Sajer jerk aku tepek gambar ni, bila Aying besar nanti dia dapat melihat telatahnya yang mencuit hati itu.

Daaaaaaaaaaaaaa...............

Wednesday, October 21, 2009

MY HYDRANGEA

Salam,

Sekarang ni hati aku sangat gumbira sekali dan berbunga-bunga, nak tau kenapa???
sebabbbb......................
seeeebabbbb......................
seeeee.................
babbbbb..............
eeeeeeeeeeeeeee..........rasa nak bagi lempangggggg.........jer kan, bukannya ape...........sajer jer....................sebabnya pokok bunga kesayangan aku dah berbunga tau.................inilah dia pokok bunga hydrangea tu, selalunya aku beli yang palsu jerk................tapi sekarang dah ada yang tulin tau..........mokcik sukeeee.....................

Pokok bunga ni mak saudara aku yang kasi, dah lama ni.....betapa susahnya nak hidup, inilah pertama kali berbunga. Dulu aku pernah ambik kat rumah mak, tanam tak hidup2 punyalah liat nak hidup pokok bunga ni tau.

Aku sukee bunga hydrangea ni, dia ada macam2 warna, sweet jer kan....................aku punya warna pink gitu bila lama sikit dia berubah jadik warna purple pulak, bunga ni tahan lama tau...
berbulan-bulan.




Betapa gigihnya aku snap bunga ni dari kecik sampai kembang sepenuhnya, dah katanya sayang kan......hari2 dok belek2 belai2, kalau anak main dekat pokok ni pun aku marah. Bukan ape aku risau, kot ada yang gatal tangan nak tarik2 dan siat2 daunnya kan......bukan boleh percaya bebudak ni.

Korang nengoklah subur jer kan, nak tau rahsianya, kucing selalu berak kat dalam pasu tu, haha hahahah....................kelakor bunyinya kan..........dulu aku marah juga kat kucing tu macam takde tempat lain nak buang, tapi sekarang nengoklah hasilnya subur sekali dan berbunga pulak tu, takyah susah2 beli baja lagi, kih kih kih...............

Daaaaaaaaaaaaaaa...................

Tuesday, October 20, 2009

MAT REMPIT

Salam,

Dah bersawang ker blog ai nih.....jap jap aku lapkan habuk kasi bersih2 sikit, almaklumlah cuti ni kan, anak2 sentiasa ada kat rumah jadik laptop aku ni lah yang jadik mangsanya sampai aku sendiri pun takde ruang nak celah.

Hari ni baru rasa lega sikit, anak2 masing2 pegi sekolah, dapatlah aku mengadap sekejap sementara nak memulakan tugas aku yang sedia ada tuh.

Depavali ari tu kak tie (atie) sekeluarga datang bermalam kat sini, apalagi sonot sangatlah bebudak tu termasuklah mamanya sekali, hi hi.............malam tu jam berapa diorang tidur pun tak tau, hampir jam 1 pagi aku masuk tidur,diorang asyik dengan game lagik, macam tu lah kalau dah jumpa, main habis-habisan sampai lupa nak tidur,termasuklah yang kecik 2 orang nih.

Layan jerk gelagat 2 orang nih sedang merempit, masa ni dah jam 12 lebih masih rancak main lagi, ajak tidur tak nak, gerammmmm......aku.




Nengoklah gelagat mereka berdua tu, Aying dan Ammar dengan helmet masing2. Aying yang seksi meksi taknak pakai baju berpeluh-peluh, panas katanya. Ammar pulak taknak bukak baju, macam2lah dorang nih.

Bangun pagi tu aku masak nasi lemak hijao, hahahahahh..............bebudak heran diorang tak pernah nengok. pertama kali buat tu..................selama ni dok nengok kat blog orang jerk...malaslah pulak nak snap.

Daaaaaaaaaaaaaaaa............................

Tuesday, October 13, 2009

RUANG MAKAN

Salam,

Hari ini kita sambung balik n3 rumahku syurgaku yang tertangguh ari tu, n3 kali ni kita ke ruang makan pulak yea............

Meja makan ciput yang dah uzur ni di alihkan ke tengah sikit untuk menyajikan juadah bagi tetamu yang datang bertandang. Meja makan ni tunggu masa jerk untuk di make upkan, entah bila ada masa tak tau lagi asyik sibukkkkk....memanjang.

Pada hari2 biasa ruang ini digunakan che Abang dan anak2 untuk mentelaah dan macam2 lagilah aktiviti yang sewaktu dengannya, nak buat camno kan......rumahnya kementot, bilik pun cukup2 jerk anak lelaki satu bilik dan perempuan satu bilik masing2 berkongsi.

Tapi aku dah cukup bersyukur berbanding dengan orang lain yang umahnya lagik kementot tu.

Alangkah indahnya kalau dapat balik dok umah sendirik, hu hu.....................sabor mokcik sabor..........teremosi la pulak, hi hi.....

Layan gambar ajerlah, jemput makan yea.......................





Gambar kelabu asap, biasa arr......snap dengan henpon cap ayam, muahahahahhh....................
okess............jumpa lagik.

Daaaaaaaaaaa........................

Monday, October 12, 2009

OPEN HOUSE DR. K

Salam,

Selasa lepas aku ke open house pensyarah che Abang yang menetap di Bangi, Dr. Kamsiah namanya, orangnya manis dan peramah. Menunya malam tu soto, sate dan nasi impit kuah kacang.

Layan gambar jerlah, ini jerk gambar yang sempat aku snap kat rumah Dr. K tu.


Bersama adik2 pelajar UPM yang sama kelas dengan che Abang.




Bersama Dr. K, tuan rumah yang aku maksudkan tu.

Align Center
Kawan che Abang yang sama2 sambung belajar, che wan Radhi sedang melayan kerenah Aying.



Thanks Dr. K, tahun depan buat lagi erkk........hi hi.......

Daaaaaaaaaaaaaa.................

p/s: Malam tadi kat rumah aku ada buat mini open house, jemput jiran sebelah menyebelah ajer........tapi aku sungguh terkilan, dok sibuk melayan tetamu sampai semua kelupaan nak snap gambar segala, owhh..........kenapa boleh lupa nihh..........hurmm........gerammmmm......................

Friday, October 9, 2009

KELUARGA PURPLE

Salam,

N3 rumahku syurgaku break jap yea, sambung dimasa akan datang, saborrrr........................

Hari ni nak cerita ceriti kisah petang raya pertama pulak, petang raya tu sebaik jer aku sampai kat rumah mak, alangkah terkezutnya aku.

Eh eh........ nampak kakak aku sekeluarga dan adik aku semua pakai purple macam janji la pulak.
huhh...........macam takde warna lain ker, semua pakat dok pakai purple ni.

Rupanya anak aku dengan sepupunya la ni punya keja, patutlah dulu beria-ia sangat mintak aku
belikan kain purple untuk tema tahun ni, hurm.........

Hari tu satu umah jadik purple, layan jerk gambar kenangan di petang raya pertama aku, baru separuh ajer tu, ada lagi yang taknak bergambar.




Tiga beradik purple dengan suami masing2, kih kih kih...............



Aying pun nak join purple jugak, masa ni nak ke open house umah kawan che Abang, bergambar untuk kenangan sebab yang raya hari tu kan terdelete.



Tiga beradik purple, kak Efa pakai pink ari tu.


Kih kih kih.........................sebelum korang gelak, baik aku dulu yang gelak, itu dia cadar raya aku, pun nak purple jugak, ish ish.........................dasyat betul mokcik ni kan.......semuanya nak sedondong. Tunjuk sikit jerk mana boleh lebih2 nanti korang fengsan...........

Daaaaaaaaaaaaaa..............................

Thursday, October 8, 2009

SUDUT KE RUANG MAKAN

Salam,

Kali ni sudut bersebelahan ruang makan pulak, rumah ni mempunyai ruang tamu yang agak luas dan memanjang manakala dapurnya sempit jadi terpaksalah aku letak meja makan di sudut berhampiran almari hiasan ni.

Ruang ni dibahagi kepada 3 bahagian, ruang tamu, ruang menonton ditengah2 dan ruang makan hujung sekali berhampiran pintu besar ke dapur.

Sekarang hadapan almari hiasan nilah aku letak meja makan tapi sengaja aku tak bagi korang nampak meja makan tu sebab aku nak buat n3 lain pulak mengenainya. Korang tunggu yea........



Korang perasan tak tapiari tu aku dah tukar pasunya, pasu tu aku rembat kat romantika murah jew.....pasu yang dulu aku letak munger lain pulak, macam2lah mokcik ni kan........macam takde keja sangat padahal bertimbun2 keja sedang menanti, boleh buat tak tahu jew gitu.

Dulu disinilah tempat meja makan tu, sekarang ni aku letak kat tengah sikit dan letak sebiji kosi jati pulak kat situ, dapatlah dijadikan tempat rehat2 sambil baca majalah.



Cantik tak pillow aku buat sendirik tu, hi hi.....................besao tu tau.........kalau ada masa aku nak bikin yang kecik2 pulak, korang nak tempah boleh ler...............lawo gak untuk hiasan kat dinding tu.

Bersambung lagik, harap korang tak jemu yea............................

Daaaaaaaa..............................

Wednesday, October 7, 2009

SATU SUDUT DI RUANG TAMU

Salam,

Ruang tamu lagik, kali ni sudut yang lain pulak yea.........harap korang tak jemu dengan n3 aku ni,
kata nak kongsi idea kan.............

Susun atur sudut ni aku ubah sikit, kalau korang pernah baca n3 aku yang lepas2 tu tentu korang perasan perubahannya kat mana kan..............deconya pun aku tukar jugak, deco yang dulu letak kat tempat lain pulak.

Jemput masuk yea adik kakok............layannn..........................





Bakul baby yang aku rembat kat kuantan ari tu, hi hi........................lawo gak buat deco, sengaja aku letak bear dalam tu, sesuai sangat.....Aying cakap yang kecik bear Aying yang besao bear mama, tergelak aku, ya la tu.......mama ni dah tua baru sukee dengan bear.





Cukuplah untuk sudut ni, bersambung lagi di sudut lain pulak okeyy..........................

Daaaaaaaa..............................

Tuesday, October 6, 2009

RUANG TAMU

Salam,

N3 ruang tamu pulak yea kawan2.........sajer nak kongsi idea dan minat dengan korang semua terutama yang satu kepala dengan aku, he he he............. ruang tamu ni baru disusun atur dan tukar sarung kusyen bertemakan hijau epal pulak yang dijahit sendiri.

Manakala perubahan pada kerusi kayu jati pulak aku tukar sarung alas tempat duduk dan kusyen yang juga dibuat sendiri mengikut citarasa aku.

Ruang tamu ni dikhaskan untuk tetamu2 yang datang, boleh memuatkan lebih kurang 10 orang tetamu dalam satu masa, jom ke cottage ku yang tak seberapa ini, kita borak2, makan2, minum2 dan gossip2,hi hi..........

Silakan masukk.........................jangan segan2 yea...........................



Silakan dudukkkkkkk...........




Inilah dia keja tangan aku minggu lepas, balik jer dari kampung ari tu terus siapkan alas kerusi jati ni dengan sarung kusyennya sekali, siap yang tu sambung buat sarung kusyen hijau kat bawah ni pulak.

Layan jerk.......


Aku zoom sikit bagi korang nampak, perasan tak kusyen tu sengaja aku jahit dua biji yang bercorak munger bahagian depan dan dihiasi manik keliling cotton munger2 tu.

Alas munger2 pada kosi kecik yang aku letak bakul tu pun baru bikin jugak, semuanya nak pakai baju baru, nak tergelak dengan ayat anak aku ni,"mama ni takde keje ker, asyik nak bungkus itu ini, semuanya nak yang inggeris2," wahai anak2 ku, ko masih kecik lagi nakk........ini hobi mama yang azali lagi, mama lakukan ini semata-mata untuk kita sekeluarga, sama2lah kita menciptakan suasana yang tenang dalam kediaman, itulah impian mama.

Bersambung sudut yang lain pulak okeyy........

Daaaaaaa...................

p/s : Sape2 yang ingin menempah sila hubungi aku yea........013 7174422.

Monday, October 5, 2009

BERAYA RUMAH KAWAN LAMA

Salam,

Masa dalam perjalanan balik KL ari tu tiba2 teringat kawan lama kat kg Raja Besut, tempat tinggal aku masa che Abang keje kat situ dulu.

Sebelum tu pegi antar 3 orang anak buah kat pasir putih dulu, mereka ni selalu dok dengan aku bila balik kampung sebab tak puas main dengan anak2 aku .

Penuh keta dengan barang2 lagi tu, ha ha ha........korang nengoklah sebelah tu dah penuh sampai ke bumbung, sumbat jangan tak sumbat, keja akulah tu........macam2 bawak.

Sebenarnya ramai dalam keta ni tapi tak nampak pulak, dok nyorok kat tepi2 tu. Anak aku dah 6 orang tambah anak buah 3 orang, sembilan semuanya.




Nilah dia kawan aku tu, kak bi ni sangat baik orangnya, suami dia polis. Sampai sekarang walaupun dah 7 tahun tak berjiran tapi........aku selalu ingat pada kawan2 kat situ. Hari tu kawan2 yang lain belum balik lagi dia sorang jer yang balik awal.

Banyak sebenarnya kenangan aku kat situ, 10 tahun bertugas kat pejabat perhutanan kg raja membuatkan aku jadi akrab dengan mereka semua dah macam adik beradik, mereka semua baik dan sukee tolong aku sebab masa tu aku yang paling muda kat situ, dari anak 1 sampailah anak 5 baru pindah, mereka semua umpama kawan susah dan senang bagi aku.

Jasa mereka akan aku kenang sampai bila2, masa aku pegi ari tu macam2 buah tangan dia kasi.
Cukup2lah tu kak Bi.........naik malu pulak aku, semuanya kasi ikan bilis, sayur kacang, bendi, lada, buah pelam, biskut raya dan juga kain batik untuk aku.

Lepas lunch baru kami gerak semula, balik ikut jalan jerangau sampai kuantan kul 8 lebih menginap kat situ satu malam, esoknya ahad pagi2 lagi balik KL, sempat lagik tu sambar menda ni, ha ha ha..............cian Along dok belakang sorang2 dengan barang2, sampai tertidur.



Sampai KL kul 12 gitu sempat lagi merayap di The Mines, sajer jalan2 dan makan2 kat pizza Hut. Lepas tu terus balik rumah, sesampainya kat umah bukak jer pintu, MASYA ALLAHHHH........................umah akuuuuuuuuuuuuuu........................

Korang nak tahu takkkkkkkk..........................semua kusyen yang kat atas sofa tu berterabur kat bawah, cisssssssssssss...................... celaka punya kucing, sedap2 yea tidur atas sofa aku lagik tu, habis dengan bulu2nya nasib tak buang air kat situ, kalau tak maunya ada orang kena paksa rela cuci sofa tu, hi hi...............aku tak sangguppppp....................................

Mula tu ingatkan ada orang masuk umah, aku cek sana sini mujurlah takde apa2. Mungkin anak2 lupa nak tutup cermin sliding agaknya, masa sampai tu bukan main luas lagi cermin terbukak, bukan kata kucing rimau pun boleh masuk.

Heran jugak...... ada ker boleh tak perasan, padahal selalunya aku cek dulu, tapi ari tu boleh hilang ingatan pulak, berayalahhh................ko yea kucing....... aku beraya kat kampung ko beraya kat umah aku pulakkk......celaka batull!!!!

Daaaaaaaaaaa............................