Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Thursday, September 17, 2009

KAD RAYA DARI KENGKAWAN

Salam,

Sekali lagi aku nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri pada member2 semua, esok lepas sahur kami sekeluarga bertolak ke kampung, dengan ini n3 ni adalah yang last dari aku sebelum raya
lepas ni kita jumpa lagik erkk.................

Banyak keje yang nak diuruskan jadi di kesempatan ini aku tepek kad2 raya yang sempat aku ambik dari member2, yang tak sempat ambik tu jangan berkecil hati pulak yea......sesungguhnya masa tidak mengizinkan aku.







Kita jumpa lagik lepas raya okey............................

Daaaaaaaaaaaaaa.........................

Wednesday, September 16, 2009

SALAM AIDIL FITRI UNTUK SEMUA

TERIMALAH KAD RAYA INI IKHLAS DARI DE'SAL SEKELUARGA


Salam,

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri untuk teman2, follower2 yang tersayang dan pada semua pengunjung blog aku ni tak kira dimana berada.

Sudi2kanlah ambik kad raya tu yea...........tanda ingatan tulus ikhlas dari aku sekeluarga, seandainya ada salah dan silap selama aku disini yang mungkin tak disengajakan maaf zahir dan batin.

Pada semua yang tersayang, selamat balik kampung dan berhati-hati ketika memandu semoga selamat sampai ke destinasi masing2, selamat beraya.

Daaaaaaaaa........................

Tuesday, September 15, 2009

SAAT-SAAT AKHIR

Salam,

Akhirnya siap jugak langsir ni walaupun ditempah pada saat akhir, dengan gigihnya aku menyiapkan semua ni. Aaaahhhh.............legaaaaa........dengan ini dah beres semuanya, tinggal lagi sarung kusyen yang aku punya jerk, ada 2 hari lagi nak balik raya kalau siap aku tepek ok.....kalau tak sempat aku tepek lepas raya nanti, hi hi..........

Ini kesian punya pasal la...... nasib siap, boleh tuannya buat raya. Taknak ambik pun malu mata kata orang sebab jiran kan.........kalau ikutkan hati memang dah tak larat sampai persediaan untuk sendiri tak sempat nak rancang, baru hari ni boleh buat sarung kusyen tu, tak tau siap ke tak ni.....nak kemas pakaian lagi, tak cukup tangan rasanya. Kalau ada sape2 yang terlebih tangan tu boleh pinjam takkk.....hahahahaha....................

Patternnya macam biasalah, ramai yang sukee corak ni......gambar kelabu asap pun lantaklah.....inilah langsir terpanjang yang pernah aku buat, layannnn.......................




Panjang ni tau...... dalam gambar nampak biasa pulak, jenuh aku nak menjahitnya.




Table runner yang besar gedabak sesuai dengan mejanya.



Meja bulat ni lawa sangat besar dari yang biasa, Semuanya nak corak sama jugak. Meriah laa.....raya tahun ni kan.........

Hari ni aku tak masak, nak berbuka kat bangi sambil tu nak shopping keperluan anak2 ada sikit2 lagik yang belum beres, harap hari ni beres semuanya dapatlah balik kampung dengan aman takyah susah2 nak beli kat sana.

Daaaaaaaaaa........................

Sunday, September 13, 2009

BISKUT RAYA DAH SIAP

Salam,

Minggu ni adalah minggu paling sibuk bagi aku, disamping nak bereskan tempahan, aku jugak sibuk menyiapkan biskut raya untuk dibawa balik ke kampung.

Tak lena tidur rasanya, pejam mata nampak kain, pusing kanan nampak langsir, pusing kiri nampak biskut raya pulak, hurmmmmm.............penat wehhh..............

Biskut raya tu kalau ikutkan aku memang dah malas nak buat tapi memikirkan kesian kat anak2 hari2 dok pujuk aku buat biskut dan mereka sanggup nak tolong, aku on jerlah. Buat biskut yang biasak2 jerk............

Buat sikit jerk sebab aku banyak keje, layan jerlah........................



Kerepek dan maruku ni aku beli jerk.....................tak kuasa aku nak bikin benda2 ni.



Kat atas ni adalah sebahagian biskut raya yang aku rembat kat kedai, cukuple tu kan........
ada lagi yang belum dapat, coklat pun aku tempah tapi belum dapat lagik, jumaat ni dah nak balik kampung, harap2 tak jem macam 2 tahun lepas, fobia aku.

Sebenarnya jumaat ni masih skola lagik tapi aku bagi cuti kat diorang, muehehehehehhhh.......
baik tak aku, hi hi........tak sanggup aku nak balik hari sabtu sebab ahad dah raya kan.................
nanti tak ceria pulak nak raya.



Ambik kau...............tulah nak sangat buat, buat elok2 yea anak2...................jangan ada yang ngelat pulakkkkkkk.............Aying pun nak tumpang sekaki, tumpang makan jerkkkk...................

Seronok jugak buat biskut raya dengan anak2 ni, diorang pun jadi bersemangat dan lupa seketika rasa lapar tu, nak2 si Eam kalau takde keje sekejap2 dia cakap lapar2 geram aku, terapi jugak ni bolehlah sape2 nak amalkan.

ok aku nak sambung keje balik, sesak nafas dah ni............

Daaaaaaaaaa...............................

Thursday, September 10, 2009

TAMBAH KOLEKSI RAYA

Salam,

N3 kali ni sajer nak tepek koleksi raya yang baru aku rembat ya puan2, tapi ciput jew......pilih2 mana yang berkenan sajork.

Banyak sebenarnya yang berkenan tapi aku tapis dulu sebelum rembat, nak kena pikir dulu kat mana nak letak, sekarang ni koleksi yang tecik2 tu memang aku tak ambik walaupun berkenan sebabnya dah tak tau mana lagi nak letak kat rumah aku yang sekangkang kera ni.

Bekas tisu tu pun aku rasa tecik, tapi pikir2 raya ni berguna jugak ambik jerlah....tu pun ambik 2 jew, sudip pun ambik 2 jugak.

Layan jerlah.................................





Bekas butter ni chumel sangat, tapi aku rembat satu jew malas nak semakkan almari aku, sebijik pun takpe.......daripada takde baik ada tak gitu........



Plate ni shantek gak buat hidangan raya nanti, untuk puding ker..... kek ker.....ataupun nak letak camtu pun boleh.

itulah serba sedikit koleksi baru ku itew, ada lagik sebenarnya aku malas nak snap sebab aku dah masuk kotak nak bawa balik kampung raya nanti.

Daaaaaaaaaa.........................

Monday, September 7, 2009

MENU BERBUKA SEMALAM

Salam,

Inilah antara menu berbuka semalam, walaupun penat shopping untuk persiapan raya, aku dengan gigihnya menyiapkan juadah ini untuk anak2 dan suami tercinta.

Kadang2 malas nak pegi pasar ramadhan, depa masak bukan sedap mana pun kadang2 tu diorang jual saki baki yang semalam mana kita tahu kan............

Antara menu masakan kampung dari aku, layannnn.................................



Solok lada ni dah lama aku tak bikin, shedap tau............terangkat, mokcik sumbat banyak2 dah kata buat sendirik, kalau kat kedai kurus keding jerk kan................




Telur bungkus daging dengan caret, anak2 sukee bangat..............tak sempat nengok dah habis licin.



Haaaa...........menu yang kat atas ni rasanya korang tak pernah jumpa, orang belah kelate dan terengganu jerk yang mungkin kenal.

Ikan rebus goreng letak bawang dan lada, best ni tau nak tahu cubalah buat senang jerk.



Dan yang akhir sekali biasalah tom yam campur aku yang main campak2 jerk......alhamdulillah.... kenyang sungguh semalam, hari ni dok tengah pikir2 nak masak ape pulak agaknya ya..........

Daaaaaaaaaaa............................................

Friday, September 4, 2009

PUTIH PILIHAN HATI

Salam,

Balik kampung hari tu sempat jalan2 kedai emas kat KB, sajer cuci2 mata tapi tersambar pulak benda alah ni, ngelat betul!!! mulanya ingat nak beli untuk anak dara aku yang 2 orang tu jerk, pilih punya pilih, mama dia yang melebih2 pulak.

Dalam banyak2 yang kuning tu, putih juga yang aku sukee kenapa ntah. Bolehlah buat raya nanti, kih kih kih..........mokcik dah tak sabor nak raya ni mengalahkan anak2 pulak.

Sekarang untuk musim raya ni white gold mengadakan sale besar-besaran lagik tau, kalau beli 2 dapat potongan 50% atas satu barang tu, jimatlah kan........nasib niat aku nak 2 ari tu, jimat sikit duit aku, hik hik hik................

Hokni mokcik punyo......layannnnnnn............................



Kat bawah ni hok anak dara 2 orang tu, aku beli sama jerk untuk mereka, baru adil kan..........baju raya pun ada yang sama coraknya, mereka berdua beza setahun jerk umurnya, sekarang ni dah macam kembar pulak, sama saiz kakak dengan adik.

Sukee sangatlah tu dapat rantai baru, kecik2 dah pandai nak melaram ikut perangai sapaaaa...tuh.

Layannnnn......................



Sekadar nak sukee suki sajork, tak lebih dari itu. Dah nak raya ni korang dah buat biskut ke belum, aku ingat weekend ni nak pegi beli barang2 buat biskut pulak, berangan nak bikin sendirik tak tau sempat ke tak ni..........tolongggggggg....................

Daaaaaaaaaaaaaaa................................

Thursday, September 3, 2009

DARI INSAN TERSAYANG

Salam,

N3 hari ni adalah sambungan dari n3 yang semalam, dah katanya bersambung kan........harap korang tak jemu dengan aku yea......

Tiada niat ataupun unsur2 riak disini, sekadar mengabadikan kenangan aku sajork, inilah hadiah my Anniversary aku tahun ini 31 ogos 2009, biasak2 ajer sebab dah nak raya ni kena bajetlah kan........untuk raya ni pakaian anak2 pun dah abis ribu++.

Layan jerk apa yang ada kat dalam tu agaknya yea...........................


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa................................


Thanks Abang diatas hadiah itu, terharu rasanya kerana setiap tahun aku pasti mendapat kejutan dari insan tersayang, walau apapun pemberian Abang ayang terima dengan rasa syukur dan akan ayang kenang sampai bila2, ianya akan menjadi kenangan untuk kita berdua, ai lap u muuuaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..............

Untuk Abang terimalah belt yang tak seberapa itu dari ayang, ( tak sempat nak snap dah pakai pun..........hi hi).

Kat bawah ni juadah berbuka pada hari tu, aku merajinkan diri masak2 untuk kami sekeluarga dengan menu ntah apa2 dari aku, kih kih kih.....................

Layannnnnnnn...............................






Harap korang tak terliur yea.........bulan posa ni tau.................kena tahan nafsu dan banyak bersabar.

Daaaaaaaaaaa...............

Wednesday, September 2, 2009

MY ANNIVERSARY

Salam,

Maaf ler yer, terlewat sikit n3 untuk my anniversary aku kali nih, hari ni baru berkesempatan nak tepek gambar kahwin aku kat sini. Sebenarnya Anniversary aku pada 31 ogos yang lepas, belum basi lagik kan.........

Kalau ikutkan hati aku pada hari isnin 31 ogos lagi nak update tapi apakan daya hari tu kami sekeluarga dalam perjalanan bertolak balik kl.

Semalam penat sesangat, maklumlah baru balik dari kampung kan......bertolak dari kampung pagi2 lagi malam baru sampai, jem giler dari raub lagi. Letih dan penat usah ceritalah, dahle bulan posa lagi tu.

Layan gambar kahwin aku yang tak seberapa ini, kenangan ni tau.....................masa ni umur aku 20 tahun dan che Abang 25 tahun, gambar bersanding 16 tahun yang lepas, ehem...ehem....ada manis tak aku masa tu, hi hi........mokcik ni perasan la pulakkk...........................



Ya Allah,
Dengan iringan doa ku panjatkan agar Allah memberkati dan memelihara kehidupan kami berdua hingga ke hujung nyawa semoga kami berdua tenang dan damai dalam lindungan mu ya Allah bersama anak2 tercinta dan kebahagiaan itu adalah milik kami selamanya, amin.....

Itulah yang selalu di mohon setiap kali selepas solat, aku rasa korang pun macam tu jugak kan....sape2 pun dalam dunia ni mahukan kebahagiaan sepanjang hayat bersama keluarga tersayang.

Gambar yang kat bawah ni gambar terbaru dari aku, sambut my Anniversary yang ke -16 tahun 2009 kat kampung.Layannnnnn...................



Romantik takkkkk..............weehehehehehhh..........................


Abang, di kesempatan ini ayang ingin memohon beribu-ribu kemaafan jika ada salah dan silap selama hidup bersama ini, atau ada perbuatan dan perkataan yang mungkin menyinggung perasaan Abang selama ini, harap dimaafkan yerk.......begitu jugak dengan ayang sentiasa memaafkan Abang setiap saat.

Syukurlah doa aku dimakbulkan Allah mendapat suami yang baik, bertanggungjawab, penyayang dan boleh membimbing aku tentang ilmu agama. Syukrann.................chehhh....puji meleret lagik tu.

Bersambung..............n3 yang akan datang nak tepek hadiah Happy Anniversary pulak, jangan jelesssss.......................takyah nak jeles2 hadiah yang biasak2 jer.....................

Daaaaaaaa.............................................