Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Saturday, August 29, 2009

BERADA DI KAMPUNG

Salam,

N3 kali ni bersiaran dari kampung pulak, dah katanya aku kat kampung kan......aku balik 5 ari jerk, cukuplah untuk mengubat rindu kat orang tua dan rumah aku yang kesepian disini.

Di sini tak dapat nak tepek gambar segala, pepaham ler yer......nanti balik kl aku akan tepek gambar2 yang aku snap kat kampung ni.

Walaupun sekejap aku seronok dan happy kat sini, nak tau kenapa????? pertama sekali aku dapat sambut my Anniversary bersama keluarga tersayang awal sehari dari tarikhnya sebab hari 31 ogos ni kami on the way balik kl dah dan yang kedua aku dapat makan makanan kesukaan aku yang tak ada kat kl, kalau ada pun tak sesedap made in kelantan, chehh.

Aku takleh lama2 ni, nak pegi shopping baju raya pulak, petang nak balik berbuka umah MIL dan FIL kat pasir mas.

Nantilah kalau senang2 akan aku buat n3 tentang shopping menyoping ni okey.....nak nengok aku shopping apa lagik, tungguuuuuuuuuuu...................

Daaaaaaaaaaaa......................................

Tuesday, August 25, 2009

MAK AYAM BERTELUR

Salam,

Dah berapa hari sejak puasa ni aku tak mengupdate blog dan tak boleh buat keje apa pun, sebenarnya sakit aku datang lagik, makin menjadik2 pulak sejak puasa nih.

Gastrik aku ni makin serius agaknya, betapa azabnya nak menghabiskan sehari puasa hingga menggigil-gigil dan sampai satu tahap rasa nak muntah.

Puncanya entahlah, mungkin sebelum puasa hari tu aku ada tersilap makan agaknya. Korang doakan kesihatan aku yerk.....

N3 hari ni sebenarnya nak tepek gambor mak ayam aku ni dengan telur2nya tu, hasil rembatan kat romantika.

Layan ajerlah.................




Bagus jugak bela ayam ni, telur2nya tu dapat aku buat kek dan biskut untuk raya nanti, hik hik....

Oklah korang yerk, aku tulis skit jerk untuk melepaskan rindu, tuan puteri nak baring dan beradu, ngeh-ngeh......

Daaaaaaaaaa........................

Friday, August 21, 2009

SELAMAT BERPUASA

Salam,

Terlebih dulu aku nak ucapkan selamat berpuasa buat semua follower2 ku yang tersayang dan tak lupa juga teman2 bloggerku yang lain.

Mohon maaf sekiranya selama ini aku ada tersilap kata atau ada ayat2 yang menguris hati teman2 semua yang mungkin tak sengaja kerana kita insan biasa yang tak dapat lari dari membuat kesilapan, maafkan aku yerkk........

Selamat menyambut ramadhan almubarak semoga dibulan yang mulia ini sama2 kita mendapat keberkatannya.

Dibawah ni aku nak kongsi dengan korang semua vitamin yang kami sekeluarga amalkan dihari2 biasa dan bulan puasa ni kami cuma tambah vitamin c jerk, untuk pertahanan badan disamping mencegah wabak yang melanda sekarang ni.



Ini dia makanan tambahan yang kami ambil setiap hari, spirulina tu sudah semestinya dah bertahun2 aku ambil, sebelum makan pagi dan malam.



Yang ini pulak vitamin untuk kami, vitamin c-1000 mg untuk umur 12 tahun keatas makan sebijik jerk sehari, yang bawah 12 tahun makan yang satu lagi tu 3 bijik sehari.

Oklah itu ajer story mory aku untuk kali ni, selamat berpuasa untuk semua semoga dapat menjalani ibadat puasa dengan tenang dan diredhai Allah.

Daaaaaaaaaaa....................

Wednesday, August 19, 2009

DAH SAMPAI

Salam,

Semalam sedang dok kalut kat opis aku tu tiba2 bunyi pak posmen panggil, aku pun berlari keluar dengan lemah lembutnya, chehhh......

Tepat sangkaan aku, barang dah sampai rupanya tak sabor nak bukak nih, gelojoh betul mokcik nih!!!tapi sabor.......sabor.................sebelum tu snap gambor dulu yerkkk.............

Macam biasa arr snap dengan henpon cap ayam aku, hi hi...................layan jerlah.


Kotak yang besor gedabak, macam2 ada kat dalam tu. Barang biasa jerk.........orang dah lama ada, cuma aku jerk baru terhegeh-hegeh nak beli. Nak nengok apa yang aku beli??????
Taraaaaaaaaaaaa.........................
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Nah!!!!! tulah dia barangnya, mokcik sukee............................untuk hiasan kat dapur mini ku itew,
barang ni aku beli dengan kak yah dari johor bharu, cuma bekas letak roti tu jer aku beli kat romantika.


Thanks buat kak yah kerana bagi hadiah pelita ni, sal sukee......................sangat sebab belum ada lagi koleksi pelita sebelum ni. Time kasih bebanyak kak yah ya, terharu rasanya menerima pemberian dari sahabat yang baru seminggu mengenalinya hanya di alam siber ni, belum bersua muka lagi. Bila2 ada rezeki kita jumpa ya kak....

Daaaaaaaaaaaaaaaa...................

Tuesday, August 18, 2009

MAKE-UP BARANG DAPUR

Salam,

Dah berapa hari aku tak update blog nih, tak sempat nak mengadap sekarang nih kesibukkan semakin kritikal nampaknya, almaklumlah dah dekat nak posa dan nak raya ni kan........tukang jahitlah orang yang paling busy sekali dok jahit baju raya, langsir raya sampai baju tukang jahit pun tak terusik lagi, mokcik meroyan dah nih.

Hari ni sajer nak tepek gambor barang dapur aku yang dah lama di make-up cuma tak sempat jer nak publish, layan jer barang keperluan dapur aku yang tak seberapa nih, hi hi.......




Bukan make-up apa pun cuma tampal decal jerk, nak kasi berseri skit sambil dok beratur kat situ, ha ha.....



Ini bekas beras aku yang dibeli 10 tahun lalu tapi masih tahan lagi tu, tupperware gitu.




Bekas air RO jenama ELKEN pun dah lama aku guna 6 tahun lalu, masih elok kan......bagus air ni tau....nak tahu cubalah, macam iklan pulak gayanya weehehehehhh..............



Periuk nasi pun nak masuk iklan jugak...........ni pun dah lama 5 tahun lalu tapi masih baru, bila dimake-up lagi nampak berseri kan...................

Oven dengan pemanas air elektrik jer tak sempat lagik, kalau boleh semua nak di make-upnya.

Ok daaaaaaaaaaaaa...........

Friday, August 14, 2009

JOM MAKAN COKLAT

Salam,

Hari ni sajer jerk nak hilangkan kepenatan, aku belasah coklat ni sepuas -puasnya tanpa diganggu sesiapa, wehehehehhhh..............syiokkkkkkkknya.........................

Korang nak ?????? beli sendiri arr.......................shedap sekali rasanya tak caya cubalah, rasa sekali pasti nak lagi, sampai terjilat jari, kih kih kih.........................

Korang pernah rasa takkk........................aku memang hantu coklat, raya ni pun aku dah tempah macam2 jenis coklat tau, nak rasa datang umah yer.........................




Sajer nak kasi korang terliur jerk..............jahat tak aku, rehat sebentar bersama kisses, nyum nyum...........

Daaaaaaaaaaa.......................

Tuesday, August 11, 2009

KOLEKSI AKSESORI KESAYANGAN

Salam,

Semalam sajer jerk kemas2 bilik dan lap segala habuk kat almari solek aku tu tergerak hati pulak nak bukak kotak aksesori aku nih yang dah lama tuannya abaikan, almaklumlah dah ada yang baru yang lama dibiarkan begitu ajer.

Dulu 2 ke 3 tahun lepas gelang kristal ni glamour sangatlah kan, sampai aku pun terikut-ikut jadi gilo jugak, lepas sebabak-sebabak keluar pattern baru, kalau jumpa mana2 yang berkenan terus sambar, ish ish......orang pompuan ni macam2lah, rege beratus pun sanggup beli, sekarang simpan macam tu jerk, nak jual tak boleh.

Sekarang ni mokcik rasa malas pulak nak memakainya, simpan buat harta karun ajerlah, weehehehehh............ayat tak sedar diri, dulu terhegeh2 pakai benda ni sekarang berlagak kunun.........

Layan jerk harta2 karun kesayangan ku itew.................... kat bawah ni himpunan gelang kristal, jed dan mutiara.




Gambor kat bawah ni pulak rantai kristal, jed dan mutiara jugak ada yang satu set dengan gelang tadi. Yang hitam putih kat tepi tu dah berterabur dikerjakan anak dara aku, belum ada masa lagi nak sambung balik, gelangnya pun dah putus jugak.





Gambor yang atas tu blur skit, macam biasa ar snap dengan henpon cap ayam, muahahahhh......
tak kesahlah kan.........gelang kristal ni diikat dengan emas hadiah dari che Abang sempena besday aku 5 tahun lepas, masa ni pertama kali aku dapat gelang kristal, mokcik sukee................
tak dapat digambarkan masa tu, happyy............... sangat.

Tapi sekarang nih hurmmmmm............ pakai pun idak, simpan buat pekasam jerk.



Ya Allah.......korang nengoklah cincin aku tu manyak punya besauu......dulu bukan main lagi tergedik-gedik memakainya, kih kih kih..................cincin yang kat ibu jari tu paling aku sukeee....tapi besau skit padan ibu jari jerk......

Korang nak tahu tak, masa aku tengah dok bersenang2 dengan aksesori ni....entah macammana dak Aying tu ambik henpon aku yang kebetulan masa tu takde bateri, dia nak caslah gamaknya, ditekannya no pin salah bertubi2, aku bunyi cuma tak perasan jerk, tak pasal2 kena block, uwaaaaaaaaaaaaaaa..................tolong wehhh........kalau kes macam ni aku nak buat camno erkk....., harap ada yang boleh membantu, hu hu.......

Daaaaaaaaaaaaaa......................

Sunday, August 9, 2009

PERSIAPAN RAYA

Salam,

Sajer jer hari ni nak tepek koleksi yang dah lama siap tapi tak sempat nak snap, sibuk sedang melanda sekarang nih, kepala dok berserabut dengan tugas kat opis aku tu.

Layan jerk gambornya yang tak seberapa itew, blur sikit biasa ar snap dengan henpon cat ayam aku, weehehehehehhhh...........

Sudut ini akan sentiasa berubah2 mengikut mood aku, raya nanti lain pulak jadiknya, tak caya nengoklah nanti erkkk..........



Ini kek tipu jerk yer.........................shantek bangget, mokcik sukee.............................kek untuk my Anniversary nanti, boleh juga buat raya.




Ini candle yang baru siap di make-up, aku hentam jer letak munger tu......shantek jugak, hi hi......kalau aku tak puji sape lagi nak puji kan.......................


Dan yang akhir ni pun buat sendiri gak, bukan aku yang buat..............aku mengarah jerk......che Abang aku yang spray, aku cuma tampal decal ajer.....tapi tak cukup pulak terpaksa kena beli lagik, nampak kosong kat tepi tu, kena beli decal yang kecik2 pulak.

Sekarang ni aku tengah takde mood sebab takleh nak merayap memandangkan penyakit sedang merebak sana sini, terpaksalah tahan nafsu aku nih, baju raya anak2 baru separuh jer beli, biasanya masuk bulan puasa pakaian anak2 semuanya dah ready , taklah kalut nanti.

Apalaa...................... mokcik ni merepek tak tau, melepaskan tension la kunun2nya, ahaks.

Daaaaaaaaaaaaa.........................

Saturday, August 8, 2009

CEGAH HINI

Salam,

Aku risau sekarang ni memandangkan penyakit HINI sedang merebak disana sini, sebagai langkah berjaga-jaga, Allah menyuruh umatnya berikhtiar dan berdoa supaya dapat menghindari dari sesuatu penyakit.




Semalam aku paksa anak2 pakai topeng tu ke sekolah, aku bimbang dengan keadaan sekarang ni, semakin menjadi-jadi pulak.

Aku kat rumah ni yang terlebih risau pulak, dah le minggu lepas kat UPM di kuarantin seminggu, 4 orang yang disahkan kena HINI.

Minggu ni dah buka semula, tapi aku dok risau lagi tu sebab che Abang aku taknak pakai topeng tu, puas aku pujuk katanya orang lain semua tak pakai, hurmmmm.............nak buat camno lagi .......takkan nak marah pulakkkk............

Mujurlah balik dari kelas che Abang terus mandi dan merendam pakaiannya dulu begitu juga anak2 aku, bukan apa................itu salah satu cara menjaga kebersihan dan ikhtiar agar tak kena penyakit, yang selebihnya tu serahkan kepada Allah yang berkuasa diatas segala2nya kerana setiap semuanya datang darinya.

Harap kita sama2 berdoa dan menjaga kebersihan agar dijauhi dari penyakit ini yerkkkk.........
bilalah nak reda penyakit ni tak tau, nak shopping raya pun takde selera rasanya, macam takde semangat pulak sebab takut nak pi shopping, tapi hatiku meronta2 nak pi, tolonggggggg..............

Daaaaaaaaaaaa...................

Wednesday, August 5, 2009

MASA BERTUNANG

Salam,

N3 kali ni pun aku tepek gambor kenangan dolu2 lagik, seronok nengok gambor lama nih terasa lagi nostalgia waktu itu, kih kih kih.......

Kenangan yang tak dapat dilupakan sampai bila2, macam korang jugak kan........ kita semua akan menempuh situasi ini sebagai adat turun temurun sebelum berlangsungnya satu2 perkahwinan.

Cuma bezanya dolu2 diraikan biasak2 ajerk, kalau sekarang bertunang pun dah macam majlis kahwin dah tak gitu.

Layan jerk gambor aku masa tunang dolu, hi hi.......kontrol ayu lagi tu.......sangat tak boleh blah.
Bersama adik ipaq hang tau......masa ni mokcik kena kontrol kesopanan dan kesusilaan, ha ha....
berpeluh weh.......almaklumlah pertama kali mengadap bakal mak, bapa mertua, family dan kaum kerabatnya.





Masa ni berlangsungnya acara menyarug cincin, oleh mak mertua aku. Cantik cincin tu lupa lak aku nak snap gambornya, disaksikan oleh mak aku.


Setelah selesai bergambor lak dengan bakal suami terchenta, kakak, adik dan sepupu2nya. belah lelaki membawa 5 dulang dan belah aku 5 dulang jugak, yang belah aku lupa lak nak snap masa tu, sibuk sangat sampai lupo lak.

itu ajerlah kenangan aku dan che Abang masa tunang dulu, yang sebenarnya banyak lagi gambornya malas pulak nak tepek, aku tunjuk 3 keping jerk...........

Sebelum kami bertunang pakwe dah keje tempat lain dan aku pun keje tempat lain pulak, masa nilah banyak dugaan antara kami, suratlah yang menjadi perantaraan kami berdua......

Korang percaya tak kalau aku cakap dapat surat dari pakwe 3 kali dalam seminggu, muahahahhh..........apa yang ditulis agaknya ya, biar rahsia......... dan date tiap2 minggu kat KFC sebelah supermarket pantai timur kat bandar KB tuh muehehehehhh..... sampai pekerja kat situ dah meluat nengok muka aku nih, pedulikk.......

Selepas 3 bulan bertunang berkat doa kami dan izin Allah pakwe aku dapat keje tetap kat terengganu, itu rezeki namanya.......kan muke aku ni muke rezeki.............ekekekekkkk........

Masa pakwe kat terengganu, kebetulan telefon dah ada kat rumah, apalagi.......bergayutlah keje aku, bil telefon sampai rm 400 sebulan, gilossss tul. merasalah leteran mak aku itu dengan lemak manisnya, hahahaha........padan muka aku.

Dan tanggal 31 ogos 1993 kami pun selamat berkahwin dengan majlis yang sederhana tapi meriah, begitulah alkisahnya. Dah.........cukuplah tu aku nak sambung buat keje pulak ni.

Daaaaaaaa...........................

Tuesday, August 4, 2009

MASA BERCINTAN CINTUN

Salam,

N3 aku kali ni nak story mory pasal 2 insan bercinta pulak, pedulik korang nak nengok ke tak.....yang penting aku tepek kat sini untuk kenangan aku jerk tak lebih dari itu.

Sepanjang bulan ogos ni n3 aku kebanyakkan tentang kisah kami berdua jerk dan hari ni sengaja aku tepek gambor kami tengah bercinte dulu2, bukan apa......sajer nak sukee suki jer.......untuk memeriahkan ulang tahun perkahwinan aku pada ujung bulan ni.

Korang layan gambor yang kat bawah ni yerk, bukan main lagi erkk..........dok tengah mabuk bercinte katakan..........masa tu garam pun dikatakan manis, ekekekekkk.....


Masa ni aku ikut rombongan kat tempat keje aku ke pantai Port Dickson, dah lama ni tak silap aku tahun 1991 masa ni umur aku baru 18 tahun wa cakap sama lu......masih muda remaja belia lagi tu, tapi gatalnya........hi hi....takdelah........biasalahkan.....korang pun apa kurangnya.

Pertemuan pertama sewaktu aku keje kat kedai jahit pakaian seragam milik bapa saudara boypren aku tulah, sementara tunggu keje tetap dia keje sementara dulu jadi pengurus kat situ, disitulah mulanya bibit2 cinta kami berdua, chewahh......

Hari2 dok kelahi dengan dia kat situ tak sangka jadik kekasih pulak, padahal masa tu aku dan dia sama2 ada buah hati, tapi cinta monyet ajer kan.......sebab aku anggap yang lepas2 tu sebagai kawan jer.... tak lebih dari itu, lagipun masa tu aku masih muda lagi.

Yang tak dapat aku lupakan saat dia nak jumpa aku dan menyatakan hasratnya untuk menjadikan aku kekasih hatinya, chehh.....gilos.......terkezut beruk aku. Selama seminggu jugaklah aku sengaja biarkan dia menunggu jawapan dari aku dengan penuh sabar....... jahat tak aku, bukan main payah nak bagi jawapan, padahal dalam hati berkata NAK..NAK..NAK, mulut jer tak mau cakap, kih kih kih.......jual mahal kunun2nya.

Dann........selepas itu dah tentunya aku jadik kekasih dia, aku sukee sikapnya yang kelakor habis, sebab aku sukee gelak, banyak lagi sebenarnya.....malas aku nak cerita, takut nanti ada yang perasan pulak.........muehehehhh...........

Gambar kat bawah ni pun masih disana jugak, itulah kali pertama mokcik jejak pantai port dickson tu, nasib mak aku bagi kalau tak ada yang melalak nanti.



Jeng...jeng...jeng.......korang kenal tak gambar sape kat bawah tu..........kontrol ayu lagi tu, tapi very the tak sopan, hi hi........mokcik mintak maaf yerkkk...................


Kami kenal 2 tahun jerk.....lepas tu tunang 5 bulan terus kahwin. Masa 2 tahun tulah banyak dugaan dari orang luar yang sengaja nak merobohkan ikatan kami, tapi............. segalanya dah tertulis dan jodoh kami disini maka bersatulah 2 hati menjadi satu pada 31 ogos 1993, 16 tahun yang lalu.

Sampai sini jerlah......malas aku nak mengarang panjang2 nanti korang termuntah baca n3 aku ni pulak.

Daaaaaa................................

Saturday, August 1, 2009

OGOS DALAM KENANGAN

Salam,

Sebagai pembuka tirai bulan ogos ini sajer aku tepek gambor mokcik dengan pakcik ni sebab ujung bulan ni adalah hari yang sangat bermakna buat kami berdua.

16 tahun yang lalu, bulan ogoslah yang menyatukan kami berdua, aku bersyukur kerana dikahwinkan dengan pilihan hati aku sendiri walaupun pada awalnya banyak dugaan dan rintangan tapi akhirnya kami berjaya hidup bersama, chewahhh.............ayat tak boleh blah, bersastera kunun.................kih kih kih..................

Zaman aku dulu gambor kahwin snap sendiri2 jerk takde nak sewa cameraman ke hape, sebab tulah gambor tak berapa nak elok, gambor kahwin aku ada skit2 tapi malu pulak nan tunjuk kat korang buruk betul tapi tak kesahlah asal bahagia udah..... nantilah sampai masanya aku tunjuk yerk.................

Korang layan gambor ni udah, masa ni dah anak 5 wa cakap sama lu.............apa korang ingat aku baru kahwin ker.................hi hi.......mokcik yang gedik dan perasan.



Ya Allah korang nampak tak kat lengan mokcik nih nak jadik mami jarum gamaknya, tu baru pakai separuh ajer ore kelate katakan.........kalau takde benda ni tak sah, nasib aku tak pakai sampai lengan, mueheheheh........sekarang mokcik tak pakai dah macam tu........dah insaf......takut woooiiiii..............

Apalah mokcik ni melalut, takde apa sebenarnya sajer jerk nak sukee suki dengan korang. Semalam masa dok belek2 album lama terjumpa gambor yang kat atas tu, dah lama tak bukak album, sonot jugak sekali sekala nengok gambar lama ni.

N3 lepas ni aku tepek gambor aku zaman anak dara pulak, ha ha ha.............aku sendiri rasa nak gelak, zaman bercintan cintun dok tengah mabuk kepayang, muahahahahhh.............................

Daaaaaaaaaaaaaaa......................