Daisypath Anniversary Years Ticker

About Me

My photo
Isteri kesayangan En.Lokman dan ibu yang anggun kepada 6 orang cahayamata,4 lelaki dan 2 perempuan.

FOLLOWER KESAYANGAN KU

Thursday, April 30, 2009

AKU YANG KEPENATAN

Salam semua,
Hari ini aku dilanda keletihan yang amat, melayan kerenah anak2 aku yang 6 orang tu. Baru 3 hari che abang takde kat rumah,rasa macam 3 tahun lamanya. Semua benda aku kena buat sendiri, ponat den ni tau, kan aku dah cakap, aku ni terlebih manja. sikit2 abang, itu abang, ini abang, bagi kanggggggg.......haa rasakan, baru 3 hari kalau 3 bulan atau 3 tahun, uwaaaaaaaa taknakkkkkkkk....

Korang taulah kan, aku ni anak ramai, pagi buto jam 5 dah kena bangun. Lepas kejutkan along, gigih buat sarapan, bas ambik jam 6. Lepas tu bangunkan 3 orang yang sekolah rendah pulak, yang ni bas ambik jam 7, sorang lagi sekolah agama aku hantarlah.

Ada 2 lagi kat rumah, kakak sekolah petang dan Aying. Kalau che abang aku ada kat rumah, dia yang kejutkan anak, masa tu aku tengah terbungkang dalam selimut lagi. Lepas antar anak kat sekolah agama terus dia pegi beli sarapan, relaklah aku. Celik je mata sarapan dah ada kat meja tuh.

Sehari dua ni huru hara jadiknya, jam 3 ambik along kat serdang jauh woiii....ikut highway lebih kurang 20 minit dari umah aku, dahle Aying tak reti nak duduk diam. Yang harunya satu hari tu, ada ke patut, tengah aku drive tu tiba2 je dia mintak papat (dia masih menyusu badan) idak ke haru jadiknya sambil merayap naik atas riba aku melalak-lalak, terpaksalah aku berhenti kejap kat tepi jalan tu.

Hari ni che abang aku balik, ahhhhhh......... lega rasanya dan esok cuti, che abang aku janji nak bawa aku dan anak2 ke satu tempat, sowiiiiiiii tak boleh bagitau.......

untuk korang semua, selamat bercoti-coti. Kalau ada yang balik kampung tu berhati-hati dijalan raya, semoga selamat sampai. Aku nak rehat kejap yo......

Tuesday, April 28, 2009

DI LANDA MEROYAN



Korang tengok kucing tu, haaa........itulah gambaran yang sebenar aku hari ni, meroyan gile, sepi lak tu, baik layan piano tu untuk mengubat sepi yang melanda ni.

Semalam che abang aku ke mersing tempat dia kerja dululah, ada urusan yang belum selesai lagi makanya terpaksalah kesana.

Jadi....haruslah tinggalkan aku sehari dua ni, uwaaaaaaaaaa...nak ikuttttttttt.....kalau anak2 tak bersekolah dah semestinya aku ikut, rindu member2 kat sana tu.

Pagi tadi abang tepon aku, dia cakap kat tepi laut mersing ada karnival plak, hurmmmmm .....makin meroyanlah aku, kalau dulu.....ada karnival kat tepi laut tu, hari2 aku pegi lepak kat situ sambil cuci2 mata.

Asal je che abang balik keje, aku ajak kesana. Tak pegi petang aku pegi malam, itulah macam takde muka orang lain dah kat situ. Agaknya si penjual dah muak nengok muka aku ni.

Tiap kali pegi, mesti ada yang aku bawa balik, baju tu sudah semestinyalah tak boleh nak tahan nafsu aku ni kalau nengok baju cantik2. Takpe tukang bayar ada kat belakang tu, ekekekeke....

Terasa rindu plak, dah lama tak kesana. Sebenarnya aku jeles tau ......dengan che abang aku tu, sebab aku takleh ikut, mana aciii......aku nak juga jumpa member lama aku kat sana tu.....hu hu hu......Bang, balik jangan lupo beli kerepek kat air hitam yo.....yang pedas,yang masin,yang manis bla bla bla......pesanan orang tak puas hati.

Daaaaaaaaa......

Monday, April 27, 2009

LANGSIR RAYA KAK LELA

Salam uols,
Seperti yang telah di janjikan pada n3 yang lepas dan untuk tatapan tuan punya langsir ni, maka hari ini aku usahakan juga tepek langsir ni kat sini. Sorry ya kak lela.

Taraaaaaaaaaaaaaaa........,
Itu kepalanya aje ya.....badannya kain berbunga digabungkan dengan yang kosong tu, purple ke biru-biruan, cantik sekali. Sorry ya, warna dah ok tapi gambar ada kureng sikit. Yang kat bawah ni untuk slidding.




Yang atas tu plak untuk tingkap, warna ada silau sikit. Patern yang ini aku buat lain sikit supaya nampak kelainannya. Untuk kak lela, langsir dah nak siap dah ni.....harap akak berpuas hati, hi hi... kalau nak datang bagitaulah ya.......

Oklah nantikan patern langsir yang tukang jahit punya plak ya.......Daaaaa.....

Sunday, April 26, 2009

LAMA DAH AKU MENGIDAM....

Dah lama aku menjeling kat blog isteri kesayanganku ini. Tapi tak sempat nak terjah. Bila aku dah merdeka dari seksa exam semalam...rupanya dia lebih gumbira dari aku..malam ni, si Aying buat hal nak tidoq dgn mama..betulpun dgn mamanya sekali dibuai mimpi..ni peluang aku lah..

Ni bukan nak membodek..Isteri aku ni mmg orang seni..kalau bab kerja tangan..dgr lagu..sekali dah cukup..hampir semua anak aku mcm nak ngikut jer..Sbb tu kalau dia demam, ubat dia sonang jer. Bawak gi lovely lace @ Nilai (Tpt langsir tu..) Sihaaaaat...ubat klinik tak jln..bagi 2 biji, 1 tolan, 1 jatuh..hilang..Aku mmg tak tau apa seni menyeni..dulu aku try la nyanyi..baru satu baris pendek, anak aku dah tegur, tak masuk key., apa ke bende key aku pun tak tau. kalau panjang lagi..maunya cikgu besau campur tgn (mak dia da..). Sejak dari itu aku dah padamkan cita2 aku nak jadi penyanyi..

Aku ada terbaca dalam blog....Takut bini..gitulah lebih kurang bunyinya. Kesian pulak kat org yang mengata takut bini tu, sebab dia tak diberi kefahaman oleh suami dia..Cuba kita balik asal ikut Agama Islam..Isteri cuma bertugas untuk suami sj. Kerja rumah lain semua suami kena buat, tetapi adat dah turun temurun isteri buat keje tu, sekarang jadi mcm ni..aku bukan bela sape2, tapi hakikat. Org lelaki, ke jantan ke, kena faham dan kena terima..

Sejak aku jadi pelajar tua sepenuh masa ni, kesian lak aku tgk isteri aku..mcm2 kena buat..biasanya setakat jemur kain, basuh pinggan, mandi anak..aku buat. Semester dpn ok ckit, sbb aku ambik 14 jam kredit jer, boleh aku tolong apa yg patut..sbb tu aku jd pelik org kata takut bini..aku mmg terima kasih kat isteri aku kerana dah melahirkan 6 anak aku..takkan kerja ringan pun tak leh buat, takkan semua isteri..org lelaki kena sedar, kerja umah lagi penat...Cuba try test tgk..buat kerja isteri, bg dia rehat sepenuhnya, satu hari cukuuup...tak mampu, ponaat..

Untuk suami yang selalu bebankan isteri dgn kerja ringan tu, cuba masuk bilik bersalin sama2, cuba hayati apa yg isteri kita rasa..bukan senang nak keluarkan seorang manusia berat 2@3 kg..bukan utk sapa, lahirkan anak yg akan di bin/bt lelaki, senang2 jer. Ini tidak dgn kengkawan bukan main sonok, dgn isteri & anak2 mcm singa..ada lelaki mcm tu. Dua anak terakhir aku, dpt lah sama2 dlm bilik bersalin..tak tahan gak aku tgk..Aku tak akan sia2kan keluarga aku. Terima kasih buat isteriku TERSAYANG. ..Aku ni bukan emosi, tapi aku tekezut sebab ada lg istilah takut bini...

Satu lagi aku nak sentuh yg orang lelaki yang suka tipu bini..jangan amalkan..sebab Allah dah bagi kelebihan kpd org pompuan..Org pompuan dianugerahkan 'Corpus Callosum' (penyambung otak kanan dan kiri) lebih tebal dan lebih lebar 15% dari lelaki, gentian sarafnya lebih 4x ganda (org lelaki 200juta gentian saraf). Bermakna pertukaran maklumat lebih laju..Org Pompuan boleh rasa (sense) suami dia menipu..Kalau diam tu, suami jgn ingat dia percaya..dalam hati "PEMBOHONG BESAU LAKI AKU NI".......Itu sebab org pompuan boleh buat byk koje dlm satu masa...Tangan kanan menggoreng, kiri antar sms, mata jeling kat tv, mulut memetir anak, kaki kiri kuis sampah, kanan tendang kucing....Lg lak lebih kuat dr org laki. Cuba gi supermarket...Aduiiih..Start bukak..sampai potang.. tak berenti jalan..tak ponaaat..
Aiiik lebih2 lak aku ni....Tak pe..tercapai hasrat aku..tak mengidam lg..
Minta maaf semua kalau terkasar bahasa...
Aku juga doakan supaya isteri aku dapat bukak butik dia sendiri satu hari nanti..


Friday, April 24, 2009

DAH MERDEKA YEY YEY.......

Salam uols,
Hari ni adalah hari yang mengembirakan che abang aku, dengan berakhirnya exam hari ni maka merdekalah dia selama lebih kurang 2 bulan you....lama tu, Maka aku pun sonot sangatlah kalau che abang dok kat rumah aje kan, dapat tolong aku apa2 yang patut dan aku pun dapat siapkan kerja aku dengan cepat , taklah hari2 terkejar2, penat tau....

Niat aku yang pertama sekali nak ganti puasa aku yang dah lama bertangguh ni ha, hai.....lomah rasanya kalau ingat nak puasa ni, dahle banyak giler. tak habis2 aku ganti ya, tiap2 tahun aku ganti masih tak habis2 jugak.

uols nak tahu kenapa masih tak habis2? ceritanya lebih kurang camnilah, pada bulan puasa tahun 2004 gitulah, baru masuk hari ke- 2 puasa tiba2 je aku keguguran, masa tu aku peknen 4 bulan. Panjang ceritanya malas plak aku nak mengarang ni, aku pendekkan cerita ajelah.

Dulu2 aku pernah cakap2 dengan che abang, sejak aku kawin dan beranak 5 dulu, aku dapat puasa terus dan takyah susah2 ganti puasa, almaklumlah kadang masa puasa kita peknen, adakala lepas bersalin tak datang bulan lagi, macam2lah yang nyata selaluya umur anak aku 1 tahun lebih baru datang bulan, sekali datang terus ter....plak jadi aku dapat puasa dengan baik masa tu.

Masuk je tahun 2004 tahun seksa bagi aku, baby dalam perut aku disahkan meninggal dan terpaksa dikeluarkan segera, 28 hari tinggal puasa, ambik kau...........ada sape2 nak tolong ganti takkk.........sampailah sekarang ni tak habis2 lagi aku ganti tau.

Macammana nak habis kalau tiap tahun asyik dok tambah2 lagi ni, aku ingat nak habiskan juga tahun ni, kebetulan che abang aku cuti ni dapatlah tolong2 aku kat dapur tu, aku bukan malas tapi terlebih manja skit ekekekeke...... Ni yang leceh ni, kita puasa tapi kena masak juga, anak2 balik nak makan. Kalau bulan puasa sonot plakkan.

Tak sabor rasanya nak mula puasa ni, nak lansaikan hutang2 aku yang dah lapok tu, kalau aku puasa siaplah...... macam2 aku teringin nak makan, mengalahkan orang mengidam plak.

Aku ciauuuu.......dululah banyak keje ni, nantikan n3 aku lepas ni partern langsir plak. untuk abang, Selamat bercoti ya bang. daaaa.....

Wednesday, April 22, 2009

HADIAH BESDAY KU

Tepat jam 12 malam tadi genaplah usia aku yang ke- 36 tahun. Semoga kehidupan aku diberkati selalu hendaknya, insyaallah.

kek yang kat bawah tu che abang aku yang belikan tau....thanks abang, selama aku hidup bersamanya, abang tak pernah lupa tarikh2 penting itu, untuk aku dan anak2.Che abang selalu suprisekan kami.

Jom makan kek, sedap tau......kat dalam tu ada aiskrim lagi. Aku potong kek tu jam 12 malam tadi, semua anak2 aku tunggu untuk meraikannya dan bagi hadiah untuk aku, terharu tau....tak dapat nak diucapkan dengan kata2. Untuk anak2 ku dan abang, mama sayang kalian semua lebih dari segala-galanya.


Haaa......yang kat bawah tu adalah suprise yang ke-2 untuk aku, saat nilah yang selalu aku tunggu2, dengan muka tak malu. Thanks sekali lagi untuk abang, muaaahhh.......cayang abang. terima kasih daun keladi, lain kali nak lagi......Pemberian mu tahun ni dan tahun2 yang sebelumnya sentiasa berada di hati ku selamanya, akan aku simpan sebagai kenangan yang terindah buat kita.



Kalau tak nampak, ni ha......aku zoom dekat lagi, huruf s tu sebab nama aku salmah le.


Haa.....ada satu lagi rupanya, yang ini baru dapat pagi tadi siap letak gambar aku lagi tu, macam tau-tau yang aku suka frame tu. che abang beli kat lovely lace yang aku selalu pegi tu le.


Eh eh ada lagi, yang kat bawah ni pulak hadiah dari anak2 aku. Thanks anak2ku .....mama sayaaaaaaangg kamu semua, selalu ingat besday mama. Walau kecil mana pun pemberian mu, mama akan ingat sampai bila2 sayang.



Untuk abang dan anak2 ku, mama terharu sangat2 dengan ingatan kalian pada mama. Sekali lagi mama nak ucapkan terima kasih tak terhingga untuk kalian semua, tanpa kalian siapalah mama di dunia yang fana ini. Daaaa.....

HAPPY BIRTHDAY TO ME

HAPPY BIRTHDAY TO ME

HARI NI MERUPAKAN HARI LAHIR AKU YANG KE-36, SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI, DIBERI KESIHATAN YANG BAIK, BERJAYA DALAM HIDUP DAN SENTIASA BAHAGIA BERSAMA KELUARGA TERCINTA. AMIN..........



HAPPY BIRTHDAY TO MIRUL




SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN DAPAT MEMBAHAGIAKAN KEDUA IBU BAPA TERCINTA

Saja aku tepek kat sini sebab kami dilahirkan pada tarikh yang sama. Jadi senang aku ingat, ya mirul.....

Tuesday, April 21, 2009

HOBI YANG SAMA ANAK DAN BAPA


Salam semua,

Hari ni aku nak cerita kisah dua beranak ni plak, tengoklah gambar yang kat atas tu, bukan main lagi ya.....mainan barulah katakan....sebenarnya bukan anak yang nak, bapa yang lebih2 plak.

Aku tak boleh cakap apa dah, memang itu hobi mereka berdua, lagipun kalau aku beli apa pun che abang tak pernah halang, takkan aku pandai2 plak nak halang kemahuan dia.....ekekekeeee, tak adil plak kan....

Hari sabtu lepas aku ke warta bangi tujuannya nak beli baju PRS anak aku je, jadi sambil jalan2 cuci mata tu, aku shopping hiasan inglish style yang aku tepek kat n3 yang lepas tu.

Balik rumah tak sabar2 nak gantung, malam tu juga aku buat keje mengubah kedudukkan hiasan dinding tu, macam tulah perangai aku, tak menyempat2.

Bila dah selesai, ada plak tempat kosong sebelah cermin tu, aku pikir kalau beli 2 baru ngam kiri kanan, jadi hari ahad aku pujuk che abang pegi lagi tempat tu, nasib baik dia ikut kemahuan bini yang mengades ni, cayang abang...sape tak sayang bini ooiiiiii...

Dah sampai kat sana aku pun terus ke tempat tu, che abang aku masuk tempat barang2 mainan. nampak pulak helikopter tu haa.....boleh naik tinggi tau....

Anak aku apa lagi, buat hal lah nakkan benda tu. che abang aku cakap takpelah dia pun minat juga, bolehlah main sama2. kalau macam tu udah....

Sampai je kat rumah, terus je kat laman main benda tu. ish ish ish......bapak yang terlebih main plak, si anak nengokkkkkk.....jer, cian ko eam....nasib la....kelakor.

Sunday, April 19, 2009

BERANGAN JADI MODEL

N3 aku kali ni nak cerita tentang fesyen plak, almaklumlah beberapa bulan lagi dah nak raya plak kan.... sape2 yang bersemangat tu dah bolehlah nak berkira2 beli kain buat baju raya nanti.

Aku???aku biasanya dalam bulan 6 ni, insyaallah aku akan belilah kain2 untuk dibuat baju raya kami sekeluarga, seperti baju melayu che abang, anak2 lelaki dan baju kurung untuk aku serta anak2 dara aku, akan aku siapkan terlebih dahulu yang lain2 tu aku beli dalam bulan puasa nanti.

Bukan apa, tujuan aku supaya tak kelam kabut nak siapkan yang pelanggan aku nanti.

Eh eh..... lari tajuk plak, layan gambar kat bawah ok....






Ketiga2 fesyen baju yang kat atas tu sesuai di pakai dengan dress labuh ataupun seluar panjang. Ini sebenarnya baju pelanggan2 aku, tu yang nampak besor skit tang bahu.




Aku harap korang jangan termuntah melihat model tu yaa.....keh keh keh....kepala tak diluluskan sebab tak pakai tudung. Itulah antara baju2 yang aku jahit, tak kuasa nak tepek banyak2.

Kebanyakkan pelanggan2 aku, kalau soal fesyen dia serah je pada aku nak buat macammana pun, selama ni diorang suka dengan apa yang aku buat. Setiap fesyen baju yang aku jahit, aku suka buat perubahan pada lengan dan leher baju, seperti fesyen yang kat atas tu.

Sape2 yang berminat nak menempah hubungi aku ya....no -013 7174422. Daaaaaaa.......

Saturday, April 18, 2009

ADUHAI ROMANTIKA

Waduh waduh.......tak sabor dah ni nak menghias rumah , baru sampai je nih ponat tak ilang lagi, tapi....oleh kerana semangat berkobar2 ni, terpaksalah mengupdate blog dahulu.

Sebenarnya tujuan aku tepek kat sini, nak tunjuk kat k. tie barang baru yang aku beli nih. aku sms kat dia, dia berkenan juga suruh aku beli, jadi aku pun beli ajelah. Bab bab membeli ni serah je pada aku, sukeeeeeee sangat inglish style ni.

Yang kat bawah ni aku yang punya.....jangan jelesssss...you.


Haaaa......yang kat bawah ni k.Tie punyaaa....aku pilih tu, bajetnya dalam 100 gitu. Amacam cantik tak.....sape2 yang teringin silalah ke romantika warta bangi. Macam2 ada pendek kata sape2 yang masuk mesti gilo sekejap, termasuk juga aku ekekekeee...

K.Tie, nampaknya kalau tak dapet tido malam ni, esok mai ambik yo.....he he.. daaaaa..

Thursday, April 16, 2009

LAPTOP PUNYA PASAL

Salam uols, n3 kali ni pasal laptop plak. Tengoklah budak kecik ni hari2 macam nilah keja dia, berebut nak guna benda ni, kalau tak laptop dia main komputer, geram aku tau....dahle aku dengan che abang pun selalu berebut masing2 nak laptop, tambah budak kecik ni sorang lagi yang menyebuk.

Disebabkan kesengalan komputer ni ,takde sape yang nak. Aku rasa nak baling aje tikus tu, tapi takpelah....buat mainan Aying ajelah, mengades plak yo. Tengoklah tu, tikus diletak kat telinga kaedahnya.



Lepas komputer laptop plak, pantang takde orang berdesup panjat kerusi. Dah pandai tekan sana sini tengok blog segala.



Nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas, sedang aku dok tengah godek2 tu, tiba2 je skrin padam. Eh eh kenapa pulak gelap je nih, nampak samar2 je....memang sah dah rosak ni. Terpaksalah aku update blog aku dengan komputer yang sengau tu. Baru padan dengan muka aku ni, biar insaf sikit.

Hari ni che abang aku bawa balik laptop yang siap dibaiki, aku tak sabar2 nak tengok. Bila aku tanya berapa upahnya, che abang tersenyum sambil berkata, adaaalaaahhh.......dalam 500 lebih gitu. terkezut beruk aku, mahalnya....

Dah nasib badan.......nak rugi kejap jeeee....tak pasal2 koyak poket che abang aku nih, main lagi Aying.....main jangan tak main...

Wednesday, April 15, 2009

AIR OH AIR

Hari ni adalah hari yang haru bagi aku, pagi tadi aku nak cuci pinggan tiba2 je bukak paip takde air plak, biasanya diberi notis dahulu, ni takde apa pun ade ke patut. Dahle dalam sink penuh dengan macam2 ada, faham2lah ya....

Nasib baik ari ni che abang aku ada kat rumah, dialah yang tolong isteri kesayangan ni ambik air dalam bilik air tu bawa ke dapur dan cuci pinggan sekali, cayang abang....selalu pun takpaaa... Nasib baik air kat tangki ada lagi, petang nanti tak taulah.

Hari ni aku arahkan anak2 aku mandi kerbau aje, susah tau kalau air takde. Lagi2 aku yang anak ramai ni haa...poning den. Sampai bila nak ada air pun tak tau, kalau sampai besok nayaaaa aku.
harap2 taklah ya....

Lunch tadi aku masak nasi goreng simple je, itu pun dah kira syukur dah dengan air yang takde ni. Malam nanti akan aku masak kat kedai gamaknya, hish....susah betul la macam ni berlagak sungguh, baru sekejap air takde dah sebuk. panggggggg...untuk diri aku.

Tetiba insaf.....terfikir juga macam manalah agaknya nenek moyang kita dulu ya...dahle letrik takde, nak air satu baldi pun susah kena ambik kat perigi lagi. Kita sekarang ni dah banyak kemudahan nak senang lagi kan.....

Inilah dia nasi goreng aku tadi, layan jerlah.....


Tuesday, April 14, 2009

SELESAI SUDAH TAG DARI ATTY

1)Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

Nama blog aku diaridsal, kenapa ya...sebab singkatan nama akulah. Diari tu untuk menceritakan kehidupan seharian aku sekeluarga.


2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?


Align Centerhttp://diaridsal.blogspot.com/


4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda?

Buat masa nie takde niat lagilah..


5)Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?

Pendapat aku blog atty ni sangat menarik, gaya penulisannya senang difahami, aku suka buka blog atty nih kerana dia rajin update blog.

Sunday, April 12, 2009

MANDI HUJAN

Wah! wah! wah!.....asyik sungguh budak berdua ni main hujan yerk....sape suruh?? pandai2 ya, tengok2 dah basah lencun, siap kau.....

Masa tu, aku tengah lunch dengan che abang kat dapur, diorang awal2 lagi dah makan. Patut le aku dengar gelak2 je kat luar rupanya dok main hujan, kalau minta izin tak akan aku bagi punya...pandailah kau yaaa....

Aku dari dapur terpekik-pekik tak mau bagi mandi hujan, sedang aku tengah dok sound tu, aku tengok che abang aku gelak. Aku tanya, abang gelak apa? dengan geli hati dia jawab, alaa......kita dulu pun lagi teruk, bukan main hujan saja, siap mandi sungai lagi. selagi tak merah biji mata, tak naik punya.....kalau main hujan tu, siap gesel2 tanah lagi nak kasik licin supaya senang nak meluncur.

Cehh...naik lemak le si hero tu, yang sebenarnya aku pun geli hati gak, memang ya....aku dulu belum lagi hujan turun, dah bersedia buka baju segala. Kalau mandi tu, berlari sana sini tak ingat dunia. Tapi sekarang bila tiba giliran anak, tak boleh plak. sungguh tak adil kan....kesian anak2 sekarang itu ini serba serbi tak boleh, sungguh kejam mak bapak sekarang ni ya....

Kali ini aku bagi peluang, lain kali....kalau minta lagi, haa....aku bagi upah kat bontot tu. cubalah kalau berani.

Tapi semua ni untuk kebaikkan mereka juga, anak2 kena faham....dulu lain sekarang lain, banyak perbezaannya.

Nampak orang snap gambar dia tu, mulalah buat lawak.





Haa......gambar yang kat atas tu, gaya orang tengah frust kena marah muahahahhh....rasakan, mandi lagi, kalau demam sape susah??? aku..... jugak.



Ish ish ish...yang kecik pun nak join sekali ke......

Lepas hujan reda, che abang aku keluar pegi beli roti tempayan ni haaaa......asyik lapoooo ajer, yang mandi hujan tadi aku suruh pegi mandi cuci badan dalam bilik air. Siap baru aku bagi makan. Ambik sorang satu ya....yang kat atas tu aku kongsi dengan che abang le.....nyum...nyum...

ADA AKU KESAH

Hari ni, ahad aku tak kemana2, lagipun kat luar tu asyik hujan...memanjang, perut pun takdak keje lainlah, asyik lapooooo aje, so lunch untuk tengahari tadi aku masak rendang ayam dan acar timun itu saja, campur lauk2 yang lebih semalam skit ekekekee....gulai udang you, nak buang sayang, lagipun tak elok membazir kan...

Bersilat aku kat dapur ari ni, aku arahkan semua anak aku masuk dapur, sorang tumbuk kerisik, sorang kupas bawang,sorang cuci pinggan mangkuk, sorang potong2 sayur, ambik kau....
aku nak denda bagi keja kat dia skit, kalau tak asyik bergurau aje....lepas tu cari pasal jadi gaduh plak. Terutamanya yang hero dua orang tu, eeeee gerammmmm aku tau.....

Hari ni ada satu perkataan baru yang aku dengar dari mulut hero berdua tu, "ADA AKU KESAH", haaa.. itulah ,dari mana diorang belajar aku pun tak tau. Tengah tolong aku kat dapur pun sempat lagi bergaduh, dengan menyebut2 perkataan tu. Hishhh.....hangin aku dibuatnya.

Nak masak rendang tu, sikit punya lama....sambil masak tu mulut tak henti2 marahkan hero dua orang yang tak makan dek saman tu, bla bla bla.....penat mulut aku ni tau...... dok pok pet...pok pet kat dapur, buruk perangai aku ni ya....

Yang che Abang aku ni pulak, dia tak kesah apa pun, bunyi petir pun dia tak dengar agaknya, he he....asyik dengan nota2 dia tulah, esok che abang aku exam akhir untuk semester ni, lepas tu....akhir bulan ni, yo hoooooooo cuti 2 bulan you...projek apa aku nak buat haaaaaaaa..

Haa.....nilah dia, dah masak pun......hasil penat lelah aku ari ni, bang.....jomlah makan, lapaq ni....
anak2 aku tak menyempat2, rendang belum naik minyak dah di sapunya. Semerbak harum sampai keluar rumah. Maaf ya jiran2 ku, tak sempat nak huluq dah licin.......

layan...........






Yang kat atas tu acar timun, ha..... nak tahu, che abang aku suka sangat makan acar ni. Lepas makan nasi, acar pulak di kerjakannya, habis semangkuk tu tau......malam ni nak makan apa plak ya.......

Friday, April 10, 2009

AKSI AYING PART 2



Inilah rupa ubat minda tu, bagus juga ubat ni... aku nampak Aying makin minat nak belajar, suka bertanya macam2, kadang2 tu aku rasa tak larat plak nak melayannya. Dia tak suka tidur, tengoklah gambar kat atas yang tak berbaju tu, masa tu jam dah 12.30 malam masih tak mahu tidur lagi, kalau aku ajak tidur, pandai dia menjawab "Aying nak wak keje nih". Dah aku nak buat camno lagiiiii...

Aku tak nak promote lebih2 nanti ape plak kata orang kan...lagi pun ari ni aku pening la...dari semalam lagi, malam tadi sampai tak boleh bangun dan buka mata, kenapa ntah....darah aku turun balik kottttt....

Sape2 yang nak tahu lebih lanjut tentang ubat ni silakan....http://www.adiputra.com.my/.

Oklah aku nak rehat kejap.

Thursday, April 9, 2009

KENA PUKAU

Hari ini aku dikejutkan dengan kes kena pukau plak, pagi2 morning lagi mak aku call memberitahu sedara aku yang dok kat cheras kena pukau semalam, mak pesan kat aku supaya beringat, mana tahu kan..dok dikota metropolitan ni, macam2 boleh berlaku.

Kadang2 tu kita alpa, bila dah berlaku sesuatu perkara baru nak beringat, betul tak kengkawan ku..mulai hari ini sama2lah kita berwaspada selalu ya, supaya tidak berlaku perkara tak diingini. Pesanan untuk diri aku dan juga korang semua.

Ceritanya macam ni, peristiwa itu berlaku waktu pagi semasa sedara aku nak ketempat kejanya dengan menaiki LRT, sedang dia menunggu kat stesen LRT tu, tiba2 didatangi oleh 5 orang yang tidak di kenali 2 perempuan , 3 lelaki, memberitahu yang sedara aku telah memenangi sebuah kereta, tapi kena bayar skitlah untuk urusan apa ntah.

Masa tulah si penjahat tu pukau sedara aku gamaknya, masa berbual2 tu, dia tepuk kat bahu katanya. bila dah terkena tu, ikut ajelah apa yang dia suruh, penjahat tu siap ajak balik rumah lagi ambik buku bank, lepas itu terus ke bank ambik duit dengan menaiki keretanya.

Sedara aku masa tu dah tak tahu apa dah ikut aje apa yang dia suruh. Sampai di bank disuruh ambik semua duit yang ada sebanyak 10 ribu, pegawai bank nampak pelik dan bertanya "adik nak buat apa duit banyak ni" sedara aku bagitahu ada orang yang suruh ambik, tanpa buang masa, pegawai bank tu pun hubungi polis, apalagi cabutlah si penjahat tu.

Dengan kuasa Allah, nasib baiklah tak sempat bagi, kalau tak ....menangis tak berlagulah jawabnya nak dapat balik duit banyak tu. aku baru tahu rupanya orang yang kena pukau ni, kena bawa jumpa bomoh kasi baik semula, sebab badan akan jadi letih lesu, semangat down.

Sama2lah kita berwaspada ya.....aku pun takut ni, maklumlah jiran2 kat sini huh.... hampeh.

Wednesday, April 8, 2009

AKSI AYING PART 1

Salam uols, n3 aku kali ni nak story mory pasal Aying plak, aksi di bawah ni masa kat pusat sains negara ari tu, maaf ya gambar terbalik sikit, tukang yang ambik gambar tak perasan plak. Tak apa lah ya....sesekali buat senaman leher tak salah kan...he he..

Gambar di bawah tu tempat khas untuk kanak2, di lantai pintu masuknya ada gambar2 binatang, bila di pijak ia akan berbunyi, kalau pijak gambar burung maka berbunyi burunglah ia. Anak2 aku tak lepaskan peluang terutama Aying, dalam banyak2 bunyi, ada satu yang dia paling takuttttttttttt sekali nak tahu.....haaaaa...layan video kat bawah ya...




Gambar yang satu lagi ni Aying sedang mengaji, mula2 elokkkkk mengaji, lepas tu.... lain plak jadinya, apa2 pun aku bersyukur kerana dengan umur yang baru 2 tahun dia boleh menguasai semuanya. Semalam masa aku dok mengadap laktop, Aying datang mengacau, dia suka main benda alah ni, siap tengok blog segala. Aku gerammm...aku pun jeling buat2 marah, nak tahu Aying cakap apa, "mama.....jangan jeling Aying...nanti Aying jerit (menangis)". Ha ha ha ha... che abang aku yang ada kat situ gelak bagai nak rak.

Ari tu... aku tak masak, che abang aku tanya nak beli apa malam ni, dengan cepat Aying jawab, "baba....beli nasi goreng pataya Aying dua". Itulah Aying, tak pernah diam, ada je ayat dia yang mencuit hati, kat rumah dia suka belajar, pantang nampak pen dengan kertas, abis dicontengnya. Ajak tidur pun taknak,"Aying nak buat keja nih" jawabnya.

Aku nak kongsi dengan uols ni, pernah tengok tak ubat minda untuk kanak2 namanya ADI-Q yang adi putra punya, dalam satu kotak ada 2 botol, satu untuk memori, satu lagi untuk sains dan math, harganya rm 40 sekotak. Sesekali terfikir juga...kesan ubat ni kot....nantilah aku akan update gambar ubat tu nanti ya....sape2 yang nak cuba bolehlah hubungi aku.

Layan video skit...

Monday, April 6, 2009

KENANGAN DI AIR TERJUN CHAMANG

Pertama sekali aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada kak tie sekeluarga kerana bersusah payah menyediakan makanan untuk kami menjamu selera di tempat perkelahan ini. seronok bila dapat berkumpul ramai2 macam ni, tak puas rasanya kerana tak dapat mandi, sebenarnya aku teringin nak mandi tapi lupa nak bawa bikini plak, ekekekeeee...

Anak2 bukan main lagi seronok, maklumlah aku jarang bawa mereka ke tempat air terjun ni, bukan apa.....tempat macam ni sangat bahaya kan, lagipun bebudak ramai ni susah nak dikawal. Sakit tekak aku terpekik-pekik, bebudak ni bukan dia dengar pun, tambah2 bila dah datang tempat air macam ni.

Layan gambar kat sana ok.....


















Kezutan buat kak Tie dan Abe Kiman......jangan mareee yeeee.....